Sabtu, 28 April 2012
USAHA PKR Batu Pahat Berhasil?
Oleh Ibn_bacoks
BATU PAHAT – Keprihatian yang diterjemahkan Syed Hamid Ali, Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Batu Pahat dengan mengenengahkan isu tujuh keluarga di Kampung Bukit Kelicap dekat sini berbaloi apabila masalah penduduk yang gagal menikmati bekalan air bersih berjaya menarik perhatian agensi terbabit.
Akhbar sebelum ini melaporkan, satu kata sepakat dicapai antara Syarikat Air Johor Holdings (SAJ) dengan pemilik tanah untuk membuat kerja pemasangan di situ.
Difahamkan, pada peringkat awal kebenaran sukar diterima daripada pemilik tanah berkenaan setelah berasa bimbang akan berlaku keretakan pada struktur konkrit bangunannya kerana SAJ perlu menanam paip bekalan iar di bawah tanah merentasi kawasan tersebut.
Bagaimanapun, permasalahan berjaya diatasi apabila paip berkenaan dipasang dan dilekatkan di bahagian pagar luar bangunan terbabit terus ke rumah tujuh penduduk berkenaan.
Isu ini mula mendapat perhatian umum setelah pendedahan Syed Hamid dibuat apabila penduduk mendakwa tidak menikmati bekalan air bersih sebagaimana yang tersiar laporannya di blog ibn bacoks sebelum ini.
Lebih menyedihkan lagi, air yang diperolehi penduduk hanyak menggunakan sumber perigi dan mereka turut bersusah payah berjalan sejauh 750 meter bagi mendapatkan bekalan daripada air bukit yang mengalir berdekatan dengan penempatan mereka.
Dalam pada itu, isu air yang dikatakan begitu meruncing di Batu Pahat sekali lagi memperlihatkan kesungguhan Pak Habib dalam menyuarakan isu ini apabila bertindak berani menyerahkan memorandum terbuka isu air kepada PM ketika mengadakan lawatan kerjanya di daerah itu baru-baru ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan