Isnin, 6 Disember 2010

Khir Toyo didakwa atas tuduhan rasuah

Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Haryoni dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan rasuah.

NONEKedua-duanya tidak mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut.

Khir Toyo, 45, didakwa berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah di Seksyen 7, Shah Alam.

Beliau mengaku tidak bersalah ketika tuduhan itu dibaca di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.

Beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

khir toyo mansion 060709 06Khir Toyo didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

ADUN Sungai Panjang merangkap Ketua Pembangkang DUN Selangor itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Shamsuddin didakwa di bawah akta yang sama serta satu tuduhan tambahan di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat dengan Khir Toyo.

Pendakwaan dijalankan oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang dibantu Ketua Unit Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah.

Azhanis menetapkan ikatjamin sebanyak RM750,000 tiap seorang.

Khir Toyo diwakili peguam M Athimulan dan Mohd Afifuddin Hafifi.

Beliau menjadi menteri besar Selangor ke-13 dari Ogos 2000 hingga Februari 2008.

Sebelum itu, SPRM menahan Khir Toyo ditahan di pejabatnya di Shah Alam kira-kira jam 9 pagi tadi sebelum dibawa ke mahkamah.

NONEDifahamkan kedua-duanya disoalsiasat pagi ini di ibupejabat SPRM Selangor di Wisma PKPS di Shah Alam.

Ketua pendakwaraya SPRM, Abdul Razak Musa tiba di mahkamah kira-kira jam 11.10 pagi dan terus menuju ke kamar DPP.

Khir Toyo pula tiba kira-kira jam 11.25 pagi.

SPRM telah menyiasat kes tersebut ekoran dakwaan yang dibuat oleh ADUN Sekincan, Ng Suee Lim.

Ng mendakwa hartanah seluas 50,000 kaki persegi itu dibina pada anggaran kos RM20 juta, manakala tanah itu dibeli dengan harga RM3.8 juta.

Khir Toyo telah menafikan dakwaan tersebut, dengan mengatakan beliau membeli rumah dan tanah tersebut pada harga RM4 juta. Beliau juga telah memfailkan saman fitnah terhadap Ng.

malaysiakini

Ketereh diisytihar Perbandaran Islam esok

Wartawan Kita

KETEREH, 6 Dis: Kelantan sekali lagi bakal mencipta sejarah apabila sebuah lagi pihak berkuasa tempatan (PBT) akan diisytiharkan sebagai bandar Islam.

Pada 2005 Majlis Perbandaran Kota Bharu diisytiharkan sebagai bandar raya Islam pertama di negara ini.

Pada 1 Muharam ini (esok) Majlis Daerah Ketereh (MDK) pula akan diisytiharkan sebagai Perbandaran Islam.

Pengisytiharan itu akan dilakukan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertempat di padang MDK.

Penyelia Dun Kok Lanas, Nik Mahadi Nik Mahmood berkata, program diadakan sempena sambutan tahun baru Hijriah esok.

“Sebenarnya usaha-usaha ke arah menjadikan MDK sebagai Perbandaran Islam sudah dilakukan sejak lebih dua tahun lalu termasuk mengadakan program keagamaan di pasar-pasar yang menjadi tumpuan orang ramai.

“Selain itu mempertingkatkan tahap kebersihan dan memperbanyakkan aktiviti keagamaan di kalangan penduduk yang tinggal di kawasan pentadbiran MDK,” katanya di sini.

Program yang cukup bersejarah itu dijangka turut dihadiri Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, anggota Exco, Datuk Takiyuddin Hassan dan Yang Dipertua MDK, Tengku Azmi Tengku Jaafar.

Program tersebut bermula dengan majlis berbuka puasa sunat sempena 1 Muharam.

Kemudian diikuti solat Maghrib berjemaah, solat hajat dan kuliah Maghrib oleh Speaker.

Majlis makan malam pula diadakan selepas solat Isya’ berjemaah. Selepas upacara pengisytiharan ‘Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam’ akan diadakan pula persembahan multimedia.

Sementara itu, malam ini sambutan Hijratul Rasul peringkat negeri akan diadakan di Balai Islam, Lundang. Program itu dijangka dirasmikan Sultan Muhammad Ke-V.

Najib tak peduli apa jadi pada Islam

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 6 Dis: Konvensyen Barisan Nasional, semalam tidak banyak yang diperkatakan tentang memartabatkan Islam khususnya oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak selaku pemimpin parti yang didakwa pejuang Islam.

Mengulas perkara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik, menyatakan bahawa Najib lebih mengutamakan isu-isu popular seperti konsep 1Malaysia yang diperkenalkan.

Pada masa yang sama tidak ada penekanan terhadap memartabatkan Islam

“Najib tidak ambil peduli apa akan jadi kepada Islam dan sensitiviti umat Islam. Beliau lebih memandang program-program yang menyeronokkan dan popular seperti mewujudkan hub hiburan demi menarik pelancong asing,” ujarnya pada sidang media di pejabat Harakah di sini, hari ini.

Beliau berkata, Najib yang juga Perdana Menteri sepatutnya membela hak-hak Islam dan orang Melayu sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan.

Pada masa yang sama, katanya banyak perkara-perkara pokok yang sepatutnya diberikan perhatian tetapi diabaikan oleh Najib seperti rasuah, penyelewengan kuasa dalam bidang kehakiman dan penafian konsep federalismne sehingga hak negeri-negeri diabaikan.

Baginya, secara senyap Najib kini menjadi diktator melalui bendera demokrasi dengan sekumpulan golongan elit yang dibangunkan.

Dalam pertemuan tersebut juga, beliau menekankan peranan media dalam memberi kesedaran kepada rakyat tentang pengabaian kerajaan kepada Islam dan Melayu.

Pada masa yang sama, katanya media alternatif hendaklah memberi kesedaran dan jaminan kepada rakyat marhaen, kakitangan kerajaan dan sebagainya bahawa mereka tidak akan terabai jika Pakatan Rakyat memerintah.

Najib memang gelabah hentam Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR, 6 Dis: Tindakan Datuk Seri Najib Razak menghentam parti-parti Pakatan Rakyat (PR) sewaktu berucap di Konvensyen Barisan Nasional (BN) semalam adalah bukti pengerusi BN itu 'gelabah' dengan kekuatan PR.

Mengulas ucapan Najib itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Najib sudah tidak mampu lagi menyembunyikan ketakutannya berdepan sokongan kuat rakyat terhadap Pakatan Rakyat.

"Kita melihat ucapan itu menunjukkan kegelabahan BN dalam menghadapi perkembangan terkini Pakatan Rakyat.

"Malah mereka sebenarnya agak terkebelakang mengadakan konvensyen daripada kita Pakatan Rakyat," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau membandingkan dengan Konvensyen Pakatan Rakyat yang akan diadakan kali kedua di Pulau Pinang pada 19 Disember ini.

Selain menuduh Pakatan Rakyat anti nasional, Najib semalam turut menuduh PKR sebagai nepotisme manakala PAS dituduh menjalin kerjasama dengan para pembohong besar, pemalsu dokumen, petualang bangsa dan pengkhianat negara.

"Dia tak tahu tentang dalaman Pakatan, strategi kita, hasrat kita, langkah kita.

"Dia tak perlu cakap kalau dia tak tahu," kata Tuan Guru Abdul Hadi lagi.

Dalam pada itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar turut sependapat dengan pandangan itu.

Ketika sidang media bersama Ketua Umum PKR di parlimen pagi tadi, Mahfuz berkata, Najib telah membuktikan bahawa Pakatan Rakyat satu-satunya pihak paling relevan menggantikan Umno.

"Saya ucap tahniah kepada Najib kerana tak dapat sembunyikan lagi rasa cemasnya.

"Terima kasih juga kerana secara tak langsung serangan kepada PKR dan Pakatan Rakyat itu memberi mesej jelas kepada rakyat, bahawa PR adalah gabungan masa depan untuk Malaysia," katanya.

Jumaat, 26 November 2010

Tarif air: Jelas Umno BN khianati rakyat

KUALA LUMPUR, 26 Nov: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyokong penuh tindakan Kerajaan Selangor yang membantah tuntutan kenaikan tarif air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sebanyak 37 peratus berkuatkuasa 31 Mac tahun hadapan.

Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen berkata, tuntutan Syabas yang disokong oleh Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor adalah satu penganiayaan kepada rakyat.

DPPWP juga, katanya kesal kerana Shaziman bersekongkol dengan Syabas untuk menaikkan kadar tarif air berkenaan jika kerajaan Selangor gagal menyerahkan semua aset industri airnya kepada Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) sebelum 31 Mac hadapan.

“Apa yang berlaku pada hari ini memperjelaskan bahawa Kerajaan Umno BN yang memerintah Selangor sebelum ini telah melakukan pengkhianatan terbesar pada rakyat kerana menandatangani satu penjanjian konsensi pembekalan air bersama Syabas selama 30 tahun dengan meletakkan terma untuk membolehkan syarikat berkenaan menaikan kadar tarif pada tempoh tertentu tanpa perlu melihat kepada keadaan ekonomi negeri dan rakyat,” ujarnya.

Katanya, DPPWP mewakili pengguna air di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya berharap Yang di-Pertuan Agong menghalang hasrat Syabas dan membatalkan perjanjian konsensi yang jelas merugikan rakyat di Lembah Klang.

“DPPWP menyeru seluruh pengguna air di Lembah Klang turun beramai-ramai mengiringi Menteri Besar Selangor pada 5 Disember ini untuk menghantar Memorandum Rakyat ke Istana Negara,” ujarnya.

Jika pengguna air berdiam diri pada hari ini, katanya maka tiada siapa lagi yang dapat menghalang kenaikan tarif air sebanyak 37 peratus itu.

Tambahnya, hatta pihak menteri sendiri hanya mampu memberikan jaminan tidak akan menaikkan tarif air selama setahun kepada Kerajaan Melaka dan Johor walaupun negeri berkenaan sudah berikrar akan menyerahkan aset industri airnya kepada PAAB pada bulan Disember dan Januari nanti.

“Selepas setahun, tarif air tetap akan dinaikkan juga di Melaka dan Johor, apa yang Shaziman mampu buat jika PAAB membuat tuntut sama seperti Syabas hari ini?” soalnya.

Dalam hal ini, katanya rakyat sebagai pengguna air juga yang akan tertindas.

“Cukuplah rakyat melihat Kerajaan Umno BN Selangor telah membuat kesilapan dan mengadaikan sumber air Selangor sebelum ini, jangan tutup mata dan anggap Kerajaan Umno-BN di Melaka dan Johor sudah cukup bijak dalam hal ini,” katanya.

Hakikatnya, kata beliau mereka telah melakukan perkara yang lebih buruk lagi kerana seluruh aktiviti pengurusan air di negeri mereka selepas ini akan diswastakan 100 peratus dan kerajaan negeri bakal hilang kawalan terhadap sumber air negeri.

“Marilah bersama-sama menyokong Kerajaan Pakatan Selangor yang bertekad mempertahankan aset pengurusan air negeri dan hak pengguna air yang mahu tarif air tidak dinaikkan,” ujarnya lagi.

Media arus perdana sengaja burukkan PKR

Harakahdaily

PETALING JAYA, 26 Nov: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail mendakwa media arus perdana sengaja memburukkan parti itu dengan menggunakan gambar-gambar dan keterangan yang mengelirukan rakyat dalam proses pemilihan parti.

Saifuddin dalam sidang media di Kongres Nasional PKR hari ini merujuk satu gambar yang memaparkan seorang pengawas Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) sedang menuding jari kepada seorang ahli yang sedang mengundi.

"Sedangkan, pengawas itu sedang membantu seorang pengundi yang buta huruf. Senarai calon panjang, bukan seperti pilihan raya umum yang ada dua atau tiga calon sahaja. Untuk MPP sahaja, kita ada 20 calon," katanya yang juga ahli Parlimen Machang.

Menurut Saifuddin, insiden di Cabang Merbok itu digembar-gembur akhbar The Star, seolah-olah gambar berkenaan menjadi bukti sahih hingga mendorong pembaca menyangka 'penyelewengan' sedemikian benar-benar berlaku.

Dalam laporan sebuah portal pula, beliau berkata, media itu menyiarkan gambar kiriman ahli parti dengan merujuk individu yang sedang mengundi adalah seorang pengawas JPP sedangkan ia tidak benar.

Beliau turut hairan apabila aduan beserta gambar yang diemel kepada portal berita itu tidak disalurkan kepada JPP.

"Bagaimana kita hendak siasat jika aduan dihantar kepada Regina (wartawan Malaysiakini) tetapi tidak sampai ke meja JPP?" katanya berseloroh.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, hanya 12 aduan peringkat cabang dari 289 keseluruhan aduan yang masih dalam siasatan manakala sembilan lagi di peringkat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) sedang diteliti.

Tentera Israel roboh masjid di Nablus

Harakahdaily

NABLUS, 26 Nov: Agensi Berita Palestin, Ma’an, semalam (25 November) melaporkan jentolak (bulldozer) Israel telah meratakan sebuah masjid di persekitaran Yazra di bahagian timur pusat bandar Tebing Barat Tuba.

Tentera Israel mendakwa bahawa masjid itu dibina tanpa mendapat keizinan pihak berkuasa, lapor laman web Haluan Palestin.

Tuba adalah sebuah bandar kecil Palestin di Tebing Barat timur laut, terletak hanya 21 kilometer (13 batu) timur laut Nablus, beberapa kilometer barat Sungai Jordan.

Ahmad As’ad, seorang pegawai Palestin, menyatakan bahawa tentera Israel menyerang kawasan yang dianggap sebagai lapangan latihan ketenteraan, dan mereka menyatakan bahawa kawasan ditutup kerana ianya kini zon tentera.

Kemudian mereka telah menghancurkan satu-satunya masjid yang ada di kawasan itu.

Masjid tersebut dibina pada tahun 1967 dan warga penduduk telah memperbesarkan kawasan masjid itu dengan dua bilik tambahan.

As’ad menambah bahawa warga penduduk memiliki surat-surat rasmi yang membuktikan kebenaran untuk pembangunan masjid di kawasan tersebut pada tahun 1967, dan kedua-dua bilik itu ditambah kerana peningkatan jumlah penduduk yang hadir ke masjid tersebut.

PAS ingatkan Muhyiddin belia bukan kayu

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 26 Nov: PAS mengingatkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa belia Malaysia bukan kayu yang tidak bernyawa, kerana mereka hidup di zaman langit terbuka dan maklumat di hujung jari.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, belia tahu menilai yang mana intan dan kaca.

“Generasi ini tidak senang melihat kepincangan yang berlaku di dalam negara kita.

“Mereka tidak akan biarkan setengah abad kedua diperintah oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab kepada negara dan generasi masa depan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas seruan Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri di Seminar Pemimpin Muda Malaysia di Parlimen semalam supaya generasi muda tidak terpedaya dengan kumpulan yang mempunyai kepentingan tersendiri yang membawa ideologi dan perjuangan yang indah bunyinya.

Menurutnya, seruan Muhyiddin itu sebagai satu kenyataan yang tersilap sasaran.

“Mungkin beliau membayangkan sedang berucap dengan perwakilan Umno yang terdiri daripada saluran satu yang hanya menelan maklumat melalui media lapuk Umno sahaja,” ujarnya.

Beliau menambah, sebagai generasi yang kritis dan mempunyai idealisme perjuangan yang tersendiri amat tidak sesuai untuk menyokong Umno BN di negara ini.

Katanya, mereka sudah boleh melihat contoh hidup yang telah dipamerkan oleh pimpinan negeri Pakatan Rakyat yang jauh lebih baik dari segi ketrampilan, ketelusan dan ketertiban ketika melaksanakan mandat rakyat di negara ini.

“Macam mana Tan Sri Muhyiddin hendak menyeru supaya belia ini bersama dengan Umno BN, sedangkan mereka mengalami keperitan hidup lantaran sikap gelojoh dan boros pemimpin umno sehinggga memberi kesan kepada mereka untuk membina kualiti hidup yang lebih baik,” katanya lagi.

Khamis, 25 November 2010

Pakatan Rakyat bahagi kerusi selepas konvensyen

harakahdaily

KUALA LUMPUR, 24 Nov: Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata, proses persiapan pilihan raya Pakatan Rakyat bermula dengan perhimpunan penyokong parti di Pulau Pinang, 18 Disember depan dan disambung dengan Konvensyen Pakatan Rakyat pada keesokan harinya.

"Pada peringkat ini, kita mahu memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan selepas itu membawa kepada pembahagian kerusi di kalangan komponen Pakatan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat di pejabat Ketua Pembangkang parlimen, petang ini.

Ia juga, katanya sebagai menunjukkan kekuatan Pakatan Rakyat walaupun diasak dengan pelbagai dakwaan melalui media massa.

"Kami juga telah memutuskan untuk membuat persiapan pilihan raya di Sarawak, contohnya telah ada jawatankuasa yang telah ditubuh yang akan melangsungkan keputusan yang telah dibuat sebelum ini.

"Segala program yang sedang kami rancang adalah satu manifestasi kepada pengukuhan Pakatan Rakyat itu sendiri sebagai alternatif kepada rakyat," katanya yang juga ahli Parlimen Bachok.

Selain itu, mesyuarat itu turut memutuskan untuk mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung dakwaan pengundi awam menjadi pengundi pos.

"Ada maklumat tambahan mengenai pemindahan nama orang awam menjadi pengundi pos dan cara pendaftaran yang masih belum diperbaiki.

"Kita akan selaraskan mesyuarat di antara jawatankuasa pilihan raya Pakatan Rakyat dengan pihak Bersih supaya maklumat ini dapat mereka teliti.

Sementara itu, Pakatan Rakyat akan mengadakan konvensyen kali kedua Disember depan bagi membincangkan beberapa isu penting termasuk soal tanah, Felcra dan Felda.

Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ianya akan diakan pada 19 Disember di Dewan Milennium Seberang Perai, setelah mendapat persetujuan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

"Antara isu pokok yang akan dibahaskan ialah isu tanah termasuk Felda, Felcra dan tanah adat, soal air, tol, pelaburan,masalah pekerja, wanita Sabah dan Sarawak.

"Kita juga putuskan pimpinan Pakatan Rakyat mulai Disember ini akan melancarkan majlis penerangan di beberapa buah negeri sebagai permulaan," kata beliau selepas mempengerusikan Majlis Pakatan Rakyat.

Anwar juga memberitahu, menteri-menteri besar dan ketua menteri negeri Pakatan Rakyat akan bersidang di Shah Alam Isnin ini juga bagi membincangkan beberapa perkara khususnya mengenai ekonomi negeri.

"Persidangan menteri besar dan ketua menteri negeri Pakatan Rakyat akan diadakan pada 29 November di Shah Alam dan di antara isu yang akan dibangkitkan termasuk soal menjana koridor dan kekuatan ekonomi, infranstruktur pelaburan, megimbangi kepentingan antara kaum dan dasar pertanian, federalisme dan perhubungan kerajaan pusat dengan negeri, pembangunan masyarakat dan komunikasi massa," katanya.

Turut hadir dalam mesyuarat itu Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali, Setiausaha Agung PAS dan PKR, Datuk Mustafa Ali dan Saifuddin Nasution Ismail serta beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

PAS buat laporan polis isu kain rentang

harakahdaily

PULAU PINANG, 25 Nov: Setakat petang ini, tiga PAS kawasan di Pulau Pinang telah membuat laporan polis tentang dua kain rentang (banner) yang bertulisan 'Kami Tak Nak Wang Judi' dan 'Kami Pemuda Membantah Kerajaan Negeri Lulus 96 lesen Judi, Lesen Permis Rumah Urut 1,367. Hiburan Awam' yang dipasang di lokasi tertentu di negeri ini bermula malam tadi.

PAS Nibong Tebal telah mendahului tindakan tersebut di Balai Polis Nibong Tebal pada pukul 1.00 tengahari tadi apabila mendapati empat banner dipasang untuk menimbulkan provokasi serta memaparkan tiga wajah pemimpin Dewan Pemuda PAS negeri iaitu Ketua Dewan Pemuda, Ustaz Yusni Mat Piah, timbalannya, Helmi Harun dan naibnya, Ustaz Zakaria Hamzah.

Menurut Ketua Penerangan PAS Nibong Tebal, Nazir Arshad kemungkinan banner tersebut dipasang selepas pukul 3.00 pagi oleh orang yang tidak bertanggungjawab atau diupah untuk menimbulkan kemarahan rakyat terhadap PAS.

"Mana boleh biarkan nama PAS rosak kerana banner berkenaan. Kami terus ke balai polis buat laporan supaya polis bertindak segera menyiasat siapa yang buat perkara itu," katanya.

PAS Kawasan Kepada Batas dan Tasek Gelugor berhimpun di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara di Kepala Batas mulai jam 5.00 petang bagi tujuan yang sama.

Manakala Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Helmi Harun dijangka mengadakan sidang media pada pukul 8.30 malam ini untuk menyatakan bantahan terhadap kain rentang itu.

Rabu, 24 November 2010

FACEBOOK MTD PAS BENUT

SILA ADD FACEBOOK MTD PAS BENUT :

Mtd Pasbenut


- SEGALA MAKLUMAT TERKINI MENGENAI PROGRAM DAN SEBAGAINYA AKAN DI MASUKKAN KE DALAM FB INI.

Surat Terbuka Mengenai Insiden Mata Lebam Anwar Disiasat

mstar

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyiasat surat terbuka bekas pegawai kanan polis Datuk Mat Zain Ibrahim yang mendakwa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mempunyai peranan dalam insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim kira-kira 12 tahun lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kabinet mengarahkan beliau dan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim untuk berjumpa Abdul Gani bagi mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan surat terbuka Mat Zain itu.

"Saya dan Rais telah diarahkan oleh kabinet yang bermesyuarat pada 12 November lalu untuk berjumpa Abdul Gani bagi mendapatkan penjelasan mengenai surat terbuka itu sebelum sebarang tindakan diambil.

"Buat masa ini, kami sedang menunggu Abdul Gani pulang dari Mekah," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.Mohamed Nazri berkata beliau dan Rais perlu menemui Abdul Gani berhubung surat terbuka Mat Zain itu sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

Dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada Isnin lepas, Mat Zain merujuk kepada usul memotong gaji Peguam Negara RM10 yang dibawa Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) pada sidang Dewan Rakyat 9 November lepas.

Beliau juga mengesahkan ada menghantar e-mel kepada Lim yang juga pemimpin veteran DAP pada 14 April lepas. - BERNAMA

Gugat kuasa Raja, Umno dicabar buktikan petualang

malaysiakini
PAS hari ini melahirkan rasa kesal parti itu dengan isu gangguan perlembagaan dan kedudukan Raja-Raja Melayu seperti yang sering dibangkitkan, kata ketua penerangannya, Idris Ahmad.

idris ahmad information chief pas muktamar in kota bharuMenurut beliau usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengingatkan pihak-pihak tertentu yang cuba mengubah perlembagaan negara supaya tidak bersikap seperti 'tikus membaiki labu' sebenarnya cuba menimbulkan ketakutan di kalangan orang Melayu supaya tidak menyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

"Sejak mutakhir isu Melayu dan kedaulatan Raja-Raja dibangkitkan sebagai usaha untuk menarik sokongan orang Melayu kepada Umno, kononnya Melayu dan Raja Berperlembagaan hanya selamat di bawah Umno, setelah isu pembangunan sudah lapok, kerana dunia semakin maju," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Harussani ZakariaIdris berkata satu ketika dahulu kononnya ada perlembagaaan baru seperti yang ditimbulkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria tetapi sehingga hari ini perkara itu gagal dibuktikan.

“PAS mencabar mana-mana pihak yang ada bukti jika ada mana pihak yang hendak menggugat perkara yang telah dipersetujui bersama seperti kedudukan agama Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu dan Hak Istimewa Raja-Raja Melayu silalah bawa ke pengadilan.

Isu derhaka

"Isu derhaka kepada Raja-Raja Melayu dibangkitkan dengan hebat ketika pilihanraya kecil Bukit Gantang, kononnya Datuk Seri Nizar Jamaludin derhaka kepada Sultan Perak. Mereka eksploit perkatan yang diucapkan oleh Nizar "Patik Mohon Sembah Derhaka", pada hal ini adalah istilah yang diajar oleh protokol istana ketika berbahasa dengan Raja apabila kita tidak sependapat dalam satu pandangan," kata Idris.

idris jusoh terengganu natang binatang animal banner 260308 02Menurut beliau, dalam sejarah politik Malaysia - “yang biadab dengan Raja-Raja Melayu ialah pemimpin Umno.” Malahan, dakwa Idris, Umno juga cuba mengambil alih kuasa mengistihar darurat daripada Yang Di-Pertuan Agong.

Katanya, rakyat negara ini juga tidak lupa bagaimana Umno “membelasah Raja-Raja Melayu pada tahun 1983 kerana menolak cadangan supaya kuasa Yang Di-Pertuan Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan.

conference of rulers majlis raja raja"Begitu juga penyokong Umno pula mengatakan Sultan Terengganu binatang. Kenapa polis tidak tangkap mereka yang berdemonstrasi dan menghina sultan Terengganu kerana tidak melantik Datuk Seri Idris Jusuh sebagai Menteri Besar Terengganu?” soalnya.

Idris berkata sebenarnya, banyak lagi yang boleh dibongkarkan bagi membuktikan siapa yang sebenarnya menghina Raja-raja Melayu.

Parlimen bocor, jurugambar tak dibenar buat rakaman

malaysiakini
Kakitangan penyelengaraan Jabatan Kerja Raya hari ini memeriksa bumbung bangunan parlimen bagi mengesan sumber kebocoran ketika hujan lebat semalam.

NONESekumpulan jurugambar media kemudian bergegas mengikuti petugas berkenaan tetapi kehadiran mereka tidak disenangi oleh pekerja tersebut.

Jurugambar dan wartawan diberitahu bahawa mereka tidak dibenarkan berada di bahagian bumbung parlimen dan tempat mereka dikhususkan di lobi parlimen dan tempat wartawan di Dewan Rakyat.

Mereka yang telah merakamkan gambar diminta memadamkannya di kamera DSLr serta meninggalkan kawasan larangan itu serta-merta.

Bagaimanapun, jurugambar berjaya memulihkan gambar-gambar berkenaan.NONESemalam, Dewan Rakyat terus dilanda masalah kebocoran dan kali ini air menitis pula di kafeteria ahli parlimen.

Ini berikutan hujan lebat petang semalam sehingga menyebabkan sebahagian daripada kafetaria itu terpaksa ditutup sementara untuk kerja-kerja menyedut keluar air.

Selain lantai yang basah, kebocoran tidak menjejaskan perjalanan Dewan Rakyat.

PAS kemuka usul bincang serangan Korea Utara

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 24 Nov: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub akan mengemukakan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2) untuk menangguhkan mesyuarat Dewan Rakyat bagi membincangkan serangan Korea Utara terhadap jirannya, Korea Selatan.

“Dengan ini diberikan notis bahawa saya akan mengusulkan supaya mesyuarat ini ditangguhkan untuk membincangkan usul yang melibatkan perkara tertentu, berkepentingan ramai dan perlu disegerakan,” ujarnya dalam usul tergempar yang dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Berikutan adalah usul tergempar beliau.

Tuan Salahuddin Haji Ayub (Kubang Kerian) mohon mencadangkan:

Bahawa mesyuarat ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan dewan yang mulia ini merundingkan dan membincangkan tindakan Korea Utara baru-baru ini telah melancarkan serangan ke atas Korea Selatan dengan melepaskan berpuluh-puluh tembakan meriam ke atas pulau Yeonpyeong, yang menempatkan kira-kira 1,000 tentera Korea Selatan, berhampiran sempadan Laut Kuning, yang menjadi pertikaian kedua-dua negara.

Hubungan di antara Korea Selatan dan Korea Utara sejak insiden sempadan terburuk pada perang 1950-1953 dahulu kini semakin membimbangkan. Berikutan daripada insiden serangan tersebut ke atas pulau nelayan itu juga menyebabkan dua anggota marin Korea Selatan maut, sementara 15 anggota marin lagi dan tiga penduduk awam cedera.

Perkara ini berlaku berikutan sepasukan unit tentera Korea Utara melepaskan tembakan meriam sebagai tindakan provokasi pada kira-kira pukul 2.34 petang waktu tempatan (1.34 petang waktu Malaysia) dan pasukan tentera Korea Selatan melancarkan serangan balas sebagai pertahanan. Berikutan itu juga amaran ketenteraan Kelas A bagi situasi tempur ini dikeluarkan serta-merta oleh Korea Selatan.

Saya berharap, Parlimen Malaysia pada hari ini perlu membincangkan perkara tersebut sebagai dasar luar Kerajaan terhadap kedua-dua Negara tersebut. Ianya juga ada protes kita terhadap krisis peperangan yang bakal berlaku di sana. Penegasan terhadap kancah peperangan perlu dimuktamadkan oleh Malaysia kerana kita ada hubungan perdagangan dikedua-dua Negara tersebut.

Oleh yang demikian, saya meminta agar bantahan Parlimen Malaysia dibuat serta-merta terhadap kedua-dua Negara tersebut demi memelihara keharmonian hubungan dagangan atau pun warga Malaysia yang kini berada di sana.

Mata Lebam: 2 menteri diarah soal Gani Patail

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, Nov 24: Dua menteri kabinet telah diarahkan menyoal Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung dengan dakwaan beliau terlibat dalam salah lapor kepada Kabinet berikutan tragedi Mata Lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim 12 tahun lalu.

Keputusan itu dicapai kabinet dipercayai selepas surat terbuka bekas Pegawai Penyiasat polis terhadap kes itu, Datuk Mat Zain Ibrahim kepada Ketua Polis Negara yang mendakwa Gani terlibat dalam salah lapor kepada Kabinet itu.

“Sekarang saya telah diarahkan (oleh Kabinet), Datuk Rais dan saya sendiri agar bercakap dengan Peguam Negara. Kami menunggu beliau pulang dari Mekah,” kata Nazri kepada laman web The Malaysian Insider.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu memberitahu, Kabinet mahu mendengar sendiri daripada Gani sendiri mengenai dakwaan terbaru Mat Zain dalam satu lagi surat terbukanya kelmarin sebelum mengambil tindakan susulan.

“Kami mahu mendengar daripada Peguam Negara sendiri (mengenai surat terbuka).

“Ini perkara yang serius. Jika beliau (Mat Zain) bercakap benar, kita kena mendapatkan maklumat lanjut... tetapi sehingga itu, tiada apa-apa keputusan,” kata Nazri.

Semalam Harakahdaily menyiarkan berita surat terbuka yang dihantar oleh Mat Zain itu kepada Ketua Polis Negara.

Dalam surat itu Mat Zain mendakwa, Gani telah dua kali membuat salah lapor atau menipu kepada Kabinet.

"Apa yang pasti ialah, pertuduhan menipu Jemaah Menteri terhadap Tun LLS (Ling Leong Sik) itu tidak adil kepada beliau, jika Peguam Negara pula tidak dituduh, kerana beliau juga pernah menipu Jemaah Menteri, sekurang-kurangnya dua kali," tulis Mat Zain dalam surat itu.

Menurut surat Mat Zain itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor telah bersedia untuk mengambil tanggungjawab berikutan kes Mata Lebam dan mahu melepaskan jawatannya.

Persetujuan itu dicapai dalam satu perbincangan antara beliau (Mat Zain) dengan Rahim dan timbalannya ketika itu, Tan Sri Norian Mai di pejabat Rahim.

"Malah beliau sambil bersahaja menanyakan kepada Tan Sri Norian, sama ada beliau (Rahim) layak membeli staff-car Mercedes yang sedang beliau gunakan itu, dan jika boleh beliau minta tolong, untuk repair sedikit-sedikit mana yang rosak," tulis Mat Zain.

Namun, keputusan itu berubah selepas Peguam Negara ketika itu, Datuk Mohtar
Abdullah bersama timbalannya, Datuk Abdul Gani Patail datang berjumpa dengan Rahim di pejabat Ketua Polis Negara itu.

Ekoran itu, pasukan polis didakwa gagal menyiasat siapa di belakang tragedi Mata Lebam menyebabkan kerajaan telah menubuhkan satu Suruhanjaya untuk menyiasatnya dan mendapati Rahim adalah pihak yang memukul Anwar sehingga lebam matanya.

Bagi Mat Zain, ini adalah satu tragedi kepada pasukan polis dan ia perlu dipulihkan segera.

Beliau membayangkan, satu tribunal diperlukan untuk menyiasat orang berkedudukan seperti Gani.

"Setakat yang saya telah dinasihatkan dan sesungguhnya percaya;bahawa jika seorang Peguam Negara didapati tidak lagi berupaya diatas apa sebab pun, untuk melaksanakan tugasnya dengan sempurna, atau didapati telah melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan beliau dipecat daripada jawatannya,maka pihak yang berkuasa mengadili/ menghakimi beliau ialah suatu Tribunal yang dilantik oleh SPB Yang Di-Pertuan Agong sahaja, sepertimana perbekalan Artikel 125 Clause (4) Perlembagaan; setelah dinasihatkan oleh Perdana Menteri mengikut Artikel sama Clause (3)," tulis beliau dalam suratnya kepada Ketua Polis Negara 22 November lepas.

Umno hadapi krisis kepercayaan serius

KUALA LUMPUR, 24 Nov: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendakwa tindakan BN membuka keahlian langsung dan bersekutu membuktikan parti itu berdepan krisis kepercayaan rakyat yang serius.

Mengulas 'perubahan' baru dalam BN itu, Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga yakin ianya tidak membantu BN memulihkan semula imej mereka.

"Itu bermakna bahawa BN telah mengaku parti-parti komponen mereka termasuk Umno, berdepan dengan krisis kepercayaan dari pelbagai kaum khususnya generasi muda," katanya kepada Harakahdaily semalam.

Beliau mengulas demikian berdasarkan pandangan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah, yang mendakwa perubahan itu bagi membolehkan pertubuhan atau individu yang tidak suka kepada parti komponen BN, menyertai BN sebagai ahli bersekutu.

Namun katanya, adalah mustahil jika satu pihak itu tidak menyukai mana-mana komponen BN, akan menjadi ahli bersekutu BN.

"Sebab dia tak suka pemimpin Umno, bagaimana dia nak sertai BN yang Umno sendiri terajui.

"Kalau dia tak suka Chua Soi Lek, macam mana dia nak masuk BN sedangkan dia tahu Chua ada dalam tu," katanya.

Selain itu, beliau juga tidak melihat perkara tersebut satu ancaman kepada Pakatan Rakyat khususnya kepada PAS.

Ini kerana, NGO atau individu yang mahu menyertai BN sememangnya menyokong parti itu dari asal, dan bukan pertambahan sokongan baru kepada BN.

"Kita tengok Tan Sri Rozali Ismail bila dia menyertai BN, dia tu Umno dah, bukan pertambahan baru pada BN," tambahnya mengulas pengumuman Rozali membawa Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) menyertai BN.

"Ini tidak tambah kekuatan BN, dan tidak mengurangkan kekuatan Pakatan," katanya.

Memohon Maaf - Lama Tidak di Update

Kami dari MTD Benut memohon kemaafan kerana tidak mengemaskini segala program-program yang berlaku di Dun Benut.Insyallah selepas ini blog ini akan sentiasa di kemaskinikan.

Rabu, 21 April 2010

Tuntut bangunan Umno, Zaid tahu undang-undang

Hafiz Irwan


KOTA BHARU, 21 April: “Kenapa sekarang baru timbul? Kenapa tidak dulu-dulu? Nampak sangat macam hendak menjatuhkan imej Zaid sebagai seorang yang tidak beramanah, lebih-lebih lagi dalam keadaan beliau dipilih sebagai wakil calon," kata Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata demikian ketika mengulas tindakan Umno Bahagian Kota Bharu, semalam mengadakan satu perhimpunan menuntut bekas Ketua Bahagian itu, Datuk Zaid Ibrahim menyerahkan semula bangunan Umno yang didakwa miliknya kepada Umno bahagian itu.

Perhimpunan tersebut diadakan di pekarangan bangunan terbabit petang semalam dan diketuai anggota jawatankuasanya, Datuk Kamaruddin Abdullah.

Takiyuddin, dalam reaksinya dari perspektif undang-undang berkata tuntutan dilakukan itu mesti sesuai dengan status tanah termasuk bangunan.

"Apa status tanah dan bangunan itu? Apakah betul ia nama Umno atau sebaliknya,” soal Takiyuddin semasa dihubungi.

Katanya, Zaid sebagai seorang peguam sudah semestinya lebih maklum aplikasi undang-undang serta kesan disebalik tindakannya.

“Kalau betul tanah dan bangunan itu nama Umno takkan Zaid berani pegang begitu tanpa menyerahkan pada pemilik sebenar,” katanya yang juga peguam.

Sementara itu beliau yang merasa agak pelik dengan desakan tiba-tiba itu membayangkan betapa lemahnya kredibiliti Umno.

“Ya lah…sebuah bangunan tersergam indah selama ini yang lengkap bertulis dan berlambangkan Umno rupa-rupanya masih kabur, tak tahu kemana hulu atau hilir.

“Seolah-olah pernah berlaku gadaian ke atasnya sebelum ini sampai terpaksa berdemonstrasi bagi menuntut semula haknya,” katanya.

Zaid dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipilih sebagai calon untuk mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil kerusi parlimen Hulu Selangor 25 April ini.

Pilihan raya menyaksikan pertarungan satu lawan satu itu Zaid akan bertemu dengan calon Barisan Nasional yang mempertaruhkan P. Kamalanathan dari MIC.

SPR terus dipertikai kerana pindah pengundi

Dzulfikar Mashoor

HULU SELANGOR, 21 April: Gara-gara lebih 50 pengundi dari Kampung Tanjong mengadu bahawa nama mereka tidak terdapat dalam Buku Daftar Pemilih mengakibatkan inisiatif Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengubah nama pengundi Hulu Selangor ke Parlimen Selayang terus dibongkar.

Calon Pakatan Rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim (gambar) berkata, SPR seharusnya bersikap lebih adil dalam menguruskan pilihan raya kecil kali ini.

“Sebagai calon, saya harap SPR boleh bersikap lebih adil, sebab itu (Pakatan Rakyat) menyertai pilihan raya (kecil ini),” ujar Zaid di Pusat Informasi Media, Kuala Kubu Baru petang tadi.

Beliau yang juga Koordinator Pakatan Rakyat berkata, SPR sewajarnya bertindak pantas memindahkan semula para pengundi terbabit ke senarai asal dalam Buku Daftar Pemilih sebelum Hari Mengundi, Ahad ini.

Gesaan Zaid itu, termasuk membuka banyak kaunter SPR di sekitar Parlimen Hulu Selangor supaya para pengundi boleh membetulkan kesilapan teknikal yang dilakukan oleh SPR sendiri.

“Saya harap SPR bertindak, bukalah kaunter agar para pengundi dipindahkan semula ke tempat asal. Saya berharap suatu tindakan yang luar biasa,” ujarnya.

Sekiranya SPR gagal berbuat demikian sekali pun, bagi beliau, para penyokong Pakatan Rakyat dan pengundi sendiri tidak seharusnya berputus asa.

Sebaliknya, mereka diminta terus bekerja kuat agar amalan tidak demokratik sepanjang pilihan raya kali ini boleh diminimumkan.

“Saya harap, kita tidak berputus asa pada jalan yang salah,” ujar beliau.

Selain memberi isyarat yang jelas kepada SPR, beliau turut merayu kepada para pengundi terbabit supaya membantu SPR.

Bercakap pada sidang media yang sama, Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh (gambar) tidak menolak kemungkinan bahawa motif di sebalik pemindahan para pengundi terbabit adalah inisiatif strategik sempena pilihan raya kali ini.

Katanya, ini kerana berdasarkan pada keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 lalu, undi dari kampung tersebut majoritinya menyebelahi calon Pakatan Rakyat.

Selain menyalahkan SPR, beliau turut mempertikai Dewan Rakyat kerana menolak dua kali berturut-turut usulnya berhubung isu kelemahan SPR.

“Dua kali Parlimen menolak usul saya, SPR pula terus dalam penafian selepas saya mengeluarkan bukti,” jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Kuantan.

Walaupun SPR dianggap cuba bersikap tidak demokratik dalam menguruskan pilihan raya kali ini, beliau berkata, jentera PKR akan membuka kaunter-kaunter untuk mengenal pasti para pengundi berbaki yang dipindahkan ke Kampung Tanjong.

Demi memudahkan mereka yang terbabit membuat sebarang aduan berkaitan SPR dan pilihan raya kecil P.094 Hulu Selangor, jentera PKR turut membuka talian perkhidmatan bebas, 019-3260874.

Pun begitu, dalam nada menyindir, beliau berkata inisiatif Pakatan Rakyat bukanlah disebabkan bersetuju dengan sikap tidak progresif SPR sendiri.

“Kita (seolah-olah) melakukan kerja-kerja SPR,” ujarnya.

Tuntas dari kes pemindahan pengundi tersebut, beliau mewakili Pakatan Rakyat mendesak para pemimpin tertinggi SPR supaya meletak jawatan sesegera mungkin, sekiranya masing-masing masih mempunyai maruah diri.

Rabu, 31 Mac 2010

Apco: PAS cadang Majlis Raja-Raja campur tangan

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 30 Mac: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfiz Omar (gambar) mencadangkan Majlis Raja-Raja Melayu campur tangan dalam inisiatif kerajaan melantik Majlis Penasihat Antarabangsa Apco Worldwide (IAC) sebagai syarikat perundingan total kepada komunikasi negara.

Cadangan sedemikian penting kerana dengan partisipasi syarikat yang dikaitkan dengan jaringan Zionis-Israel, meletakkan tahap keselamatan negara dalam bahaya.

"Selain mengusahakan tubuh Suruhanjaya Diraja, Majlis-Majlis Raja Melayu juga perlu campur tangan kerana isu ini secara tak langsung membabitkan kepentingan negara, kepentingan Islam.

"Isu ini adalah isu yang serius kerana berkiatan keselamatan negara dan boleh menjadi ancaman pada keamanan negara," ujarnya.

Menurut beliau, kerajaan mustahil membekalkan maklumat biasa berkaitan tanah air kerana fungsi sebenar Apco adalah menguruskan komunikasi strategik ke atas rakyat.

Ujarnya lagi, seperti suatu syarikat komunikasi antarabangsa yang pernah menjual maklumat strategik kepada Amerika ketika meletusnya Perak Teluk di Asia Barat, tidak mustahil perkara demikian berulang di Malaysia.

Sebelum pada itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyindir kerajaan kerana melantik Apco sebagai firma perunding imej kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kerajaan serta gagasan 1Malaysia.

"Tentang 1Israel' (dan) 1Malaysia', ia tidak boleh semuanya dianggap sebagai kebetulan," ujarnya.

Tambahnya lagi, dengan penyertaan beberapa bekas perisik Agensi Keselamatan Israel (ISA) dalam firma perundingan itu seharusnya memerlukan penjelasan jujur daripada Najib sendiri, mewakili Presiden Umno/BN.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, sekurang-kurangnya Najib wajar menafikan segala dakwaannya di Dewan Rakyat pada sesi penghujahan semula, tengah hari tadi.

Turut menyertai Mahfuz dan Anwar di lobi Parlimen adalah Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Dakwaan Apco seolah-olah mempunyai hubungan langsung dengan jaringan Zionis-Israel sekaligus mencemarkan wawasan 1Malaysia yang cuba diperkenalkan Najib.

DUN Perak kecoh, Pakatan keluar dewan

( malaysiakini )
Dewan undangan negeri Perak sekali lagi dicemari apabila ahli dewan undangan negeri Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat bertikam lidah.

Wakil rakyat Pakatan Rakyat terus mengasak speaker R Ganesan yang didakwa dilantik secara tidak sah, sebaik sahaja selesainya bacaan doa.

Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir kemudiannya membentangkan usul kepercayaan kepada Ganesan dengan mengangkat tangan. Semua adun BN berbuat demikian.

Zambry kemudiannya mula menjawab soalan lisan pada jam10.15 pagi tetapi beliau terus diganggu oleh adun Pakatan.

Mereka cuba mencelah dangan memegang buku peraturan dewan tetapi mikrofon mereka telah dipadamkan.

Pad

a sidang hari ini, semua adun Pakatan Rakyat berpakaian serba hitam sebagai tanda bantahan mereka bahawa demokrasi telah mati di negeri itu.

Semua 28 wakil pembangkang kemudiannya bertindak keluar Dewan selepas tidak berpuas hati dengan perjalanan persidangan itu sejak pagi ini.

Mesyuarat pertama penggal ketiga Sidang DUN Perak ke-12 semalam dirasmikan Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah.

Bagaimanapun, semalam ia berjalan lancar.

Berikut laporan langsung perkembangan sidang itu.

11.00 pagi: Tujuh pengawal Ganesan yang berpakaian seragam biru muda, menghampiri Tai yang berdekatan dengan Zambry sambil memerhatikannya. Bentara kemudiannya menghalang mereka daripada menyentuh Tai. Ngeh Khoo Ham (DAP - Setiawan) meluru ke arah Tai dan menjerit kepada pengawal keselamatan supaya beredar kerana menurut peraturan Dewan, mereka tidak dibenarkan memasuki Dewan. Tai dan Neh kemudiannya melengkapakan jumlah semua adun Pakatan yang meninggalkan dewan.

10.58 pagi: Nizar kemudiannya bertindak keluar dewan. Bagaimanapun adun Pakatan mengambil masa sebelum meninggalkan dewan.

10.55 pagi: Pihak kerajaan menyambung pembentangan rang undang-undang. Kebanyakan wakil pakatan tidak lagi berada di tempat duduk mereka lagi.

10.50 pagi:
Ganesan mengumumkan sesi soal jawab tamat. Pembangkang membantahnya sambil menunjukkan kepada jam di dinding yang menunjukkan masa 10.49 pagi, menandakan sesi tersebut lebih pendek berbanding tempoh sejam yang diperuntukkan.

10.42 pagi: Yee Seu Kai (DAP-Pokok Assam) diberikan peluang untuk bertanya soalan. Yee cuba membenarkan Nga untuk membangkitkan soal peraturan dewan. Ganesan berpindah kepada soalan berikutnya.

10.40 pagi:
Wakil pakatan membaling kad kecil bertulis "Dunia sedang melihat", "pencuri" dan "penyamun".

Nizar pergi kepada meja setiausaha kerajaan dan menjatuhkan salah satu poster tersebut di situ. Tiada sesiapa menghalangnya.

10.30 pagi:
Ganesan memanggil Tai Sng Ng (PKR-Kuala Sepetang) untuk bertanyakan soalan ketika.

Tai bangun dan berkata, beliau mahu memberikan laluan kepada Nga Kor Ming (DAP-Pantai Remis) untuk membangkitkan peraturan dewan.

Ganesan mengabaikan permintaan itu. Berlaku kekecohan.

Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Pasir Panjang) bertempik dengan marah: “Ini peraturan dewan... speaker jenis apa ini?”

Ganesan melangkau soalan tersebut. Tempikan daripada kawasan Pakatan senyap seketika.

Gambar terkini Sidang DUN Perak 31 Mac.




















Ahad, 28 Mac 2010

Apco Serlahkan Umno Tali Barut Israel

Dzulfikar Mashoor ( harakahdaily )

KUALA LUMPUR, 25 Mac: Keputusan kerajaan melantik Apco Worldwide sebagai syarikat perunding komunikasi 1Malaysia menyerlahkan Umno sebagai tali barut Israel, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar).

Beliau berkata demikian kerana Umno tidak mampu menyatakan komitmennya terhadap syarikat tersebut walaupun syarikat itu dikatakan umum sebagai pro zionis Israel.

“Ini serlahkan bahawa Umno adalah tali barut Yahudi zionis kerana dia (Umno) tak boleh menyatakan pendirian (tentang Apco),” jelas beliau petang tadi.

Tidak cukup dengan itu, kata beliau, tidak mustahil kerajaan Malaysia turut memberikan maklumat yang strategik pada Apco kerana Apco tidak berupaya memberikan nasihat yang strategik.

“Kalau Umno tidak diberi maklumat yang strategik seperti demografi negara, bagaimana Apco nak beri nasihat supaya Najib dilihat baik, 1Malaysia direalisasikan.

“Dengan maklumat strategik ini, bermakna keselamatan negara sendiri terdedah pada pihak luar,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menyuarakan rasa curiga pada kerajaan kerana melantik Apco secara tender yang eksklusif sedangkan Apco dibayangi oleh beberapa pemimpin zionis Israel seperti Shimon Stein (bekas Duta Kehormat Israel ke Jerman), Profesor Ittamar Rabinovich (bekas Duta Besar Israel ke Amerika Syarikat), Doron Bergerbest-Eilon (bekas Jeneral Major di Agensi Keselamatan Israel, ISA), David Heral (anggota perisik di ISA), Oded Raz (bekas Pegawai Kanan di ISA) dan Elliott Abrams (proksi Yahudi, bekas pembantu khas kepada Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush).

“Kesemua mereka jelas pro zionis Israel, sebab itu rakyat perlu diberitahu atas asas apa mereka ini dipilih,” jelasnya.

“Dengan pemilihan Apco ini, apakah membabitkan individu di dalam kerajaan sendiri kerana ini bukan tender terbuka, dilanti khusus untuk perbaiki imej Najib.”

Ekoran itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, tindakan kerajaan itu seolah-olah tidak mengiktiraf kelayakan beberapa syarikat perunding tempatan yang sebenarnya mempunyai kelayakan dan wajar diberi peluang.

Bercakap di Dewan Rakyat, beliau turut menasihatkan kerajaan supaya tidak mendapatkan khidmat nasihat daripada syarikat yang dipercayai umum pro zionis Israel itu.

Ini kerana, beliau berkata, Israel pernah menggunakan maklumat komunikasi daripada agensi komunikasi Amerika Syarikat untuk turut serta secara tidak langsung dalam Perang Teluk pada 1988 lalu, bagi mengenakan Iraq.

Jom Heboh: Format asing penonton di Kelantan tiada masalah

Mohd Nor Yahya ( harakahdaily )

KOTA BHARU, 28 Mac: Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan, berkata pihaknya tiada sebarang masalah untuk mematuhi peraturan enakmen hiburan di Kelantan dan akan menggunakan format pengasingan penonton seperti di negeri ini apabila bertandang ke Johor nanti dalam siri jelajah Jom Heboh seluruh negara tahun ini.

“Saya lihat penonton begitu gembira hadir ke konsert ini walaupun mereka dibahagikan kepada tiga tempat yang dihalang dengan pagar besi di antara satu sama lain,” ujarnya ketika ditemui selepas berakhir konsert Jom Heboh di Stadium Sultan Muhammad ke-IV malam tadi.

Beliau juga melahirkan rasa kagum di atas sambutan yang amat menggalakkan dan setakat ini Kelantan adalah negeri yang begitu berjaya dalam mengadakan program Jom Heboh yang berakhir malam tadi.

“Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz serta kakitangan kerajaan negeri yang begitu mesra dalam memberi kerjasama kepada kami dalam menjayakan program ini untuk kali pertama di Kelantan dan insya Allah ia akan diadakan pada setiap tahun di sini sekiranya mendapat kelulusan pihak kerajaan,” kata beliau.

Beliau juga berkata walaupun program Jom Heboh hanya diadakan dua hari tetapi dari segi pendapatan peniaga ia amat menggalakkan sehinggakan ada beberapa gerai jualan kehabisan barangan sebelum berakhir program.

“Saya juga ingin memohon maaf kepada kerajaan Kelantan sekiranya selama dua hari Jom Heboh berada di Kelantan ada sedikit sebanyak kekurangan yang berlaku dan ia akan ditingkatkan pada masa akan datang.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negri, Datuk Takiyuddin Hassan (gambar kanan) berkata, pihak penganjur telah sanggup untuk mematuhi peraturan yang kerajaan tetapkan dan tidak menafikan masih terdapat beberapa kes terpencil dalam perlaksanaannya kali ini.

“Saya akui masih terdapat banyak perkara yang perlu dibetulkan dalam penganjuran kali pertama ini dan insya Allah ia akan dibincangkan dengan penganjur sekiranya mereka ingin adakan tahun hadapan di sini,” katanya.

Kerajaan memandang serius dalam meluluskan mana-mana agensi mahupun syarikat yang ingin adakan pertunjukan mahupun hiburan kerana memikirkan terhadap kesannya terlebih dahulu.

“Kita lihat dalam penganjuran konsert hiburan pentas yang diadakan malam ini, penonton telah diasingkan dalam tiga peringkat iaitu kaum lelaki, perempuan dan juga berkeluarga (gambar bawah) dan menampilkan hanya penyanyi lelaki sahaja,” ujar beliau lagi.

Walaupun ini kali pertama konsert yang tidak ada artis wanita, namun ia amat berjaya dan stadium dipenuhi orang ramai yang dianggarkan hampir 40,000 hadirin yang menampilkan artis lelaki seperti Jamal Abdillah, Jay Jay, Yassin, Kumpulan Raihan termasuk Megat Nordin.

Kelantan sememangnya tidak menghalang mana-mana pihak untuk tampil untuk mengadakan pelbagai bentuk hiburan, namun ia mestilah mematuhi enakmen hiburan negeri yang telah menjadikan dasar Islam sebagai garis panduan.

Setiap kali masuk waktu Maghrib, azan telah dikumandangkan dan penyediaan tempat solat yang banyak juga turut memberi keselesaan kepada pengunjung.

Ganesan tolak soalan ADUN Pakatan Rakyat, bukti tidak layak jadi Speaker - DRS. KHALIL IDHAM LIM

Speaker V. Sivakumar didampingi oleh ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim, ADUN Kuala Sepetang, Tai Sing Eng, dan ADUN Simpang Pulai, Chan Ming kai dalam sidang media di Pejabat PR Perak di sini pagi tadi.

IPOH, 28 Mac :- Ganesan semgaja membuat alasan untuk menolak semua soalan yang dikemukan olen 20 ADUN PR yang disampakian secara tangan dan hanya menerima soalan dari 7 adun yang menghantar dengan email disebab mereka tidak mampu untukmenjawab soalan yang kami kemukakan, demikian antara kenyataan media oleh Speaker Perak, V. Sivakumar dalam sidang media di pejabar PR Perak disini sebentar tadi.

Hadir sama bersama beliau adalah ADUN Titi Serong, Simpang Pulai dan Kuala Sepetang.

"Ganesan cuba lari untuk jawab soalan dengan menggunakan taktik kotor dengan alasan yang tidak munasabah kononya yang dihatar melalui email sahaja diterima" jelas nya.

Beliau juga menngaskan tindakan penolakan soalan tersebut jelas bertentangan dengan peraturan tetap dewan perkara 22 (2) yang menyebut " Notis yang berkenaan dengan tiap-tiap soalan hendaklah dihantar oleh seseorang ahli tidak kurang dari 14 hari dengan menghantar kepada Setiausaha Dewan di pejabat Setiausaha Dewan pada waktu pejabat.

Selain itu beliau menunjukkan salinan bukti semua soalan dari 20 ADUN PR yang telah dicop tanda terima oleh Setiausaha Dewan.

"Siapa serah tidak timbul yang penting ia telah emenpati peraturan yang ada" katanya lagi.

Pada kesempatan itu Sivakumar telah mendedahkan sepucuk faks dari mantan MB Perak yang juga ADUN pengkalan Hulu yang menjawab surat yang beliau hantar untuk bersidang pada 30 Mac ini. Disamping itu dia mengucapkan terima kasih dengan pengiktirafan kjepada surat yang dihantarnya.

"Bukan setakat difakskan tetapi Setiausa beliau telah menalifon pejabat saya dan bertanyakan adakah menerima surat tersebut" Jelas beliau merujuk kepada pengesahan penerimaan surat dari Tajol Rosli.

Sekaligus menunjukan Isu yang dibangkitkan Zambry bahawa kita iktiraf Ganesan sebagai Speaker tidak berbangkit.

Dalam satu soalan dalam perkembangan yang berkaitan, beliau juga mengesahkan telah menerima sepucuk surat untuk hadir pada esok hari pada jam 12.00 tengahhari disebuah balai polis diipoh untuk menjawab berkenaan dengan laporan oleh Gane3san.

Bila ditanya akan hadir atau tidak katanya" esok saya jawab".










PAS yakin PR pertahan Parlimen Hulu Selangor

Hashim Abdullah

TEMERLOH, 27 Mac: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pakatan Rakyat (PR) berkeyakinan akan dapat memenangi semula kerusi Parlimen Hulu Selangor berikutan sokongan rakyat yang semakin meningkat di samping terlalu banyak isu yang semakin membebankan Umno/BN.

Pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor dijangka akan diadakan dalam masa terdekat berikutan kematian ahli parlimennya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, 71, malam semalam.

Tuan Ibrahim (gambar) yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang mengulas perkembangan semasa dalam sidang media yang diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Pahang selepas mempengerusikan mesyuarat PAS negeri, sebentar tadi berkata banyak isu yang berlaku menyulitkan Umno untuk menjawabnya.

“Banyak isu yang sedang berlaku sekarang membelenggu Umno. Kita ada tiga isu besar yang membabitkan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, isu 1Malaysia 1Israel dan isu lompat parti. Isu ini akhirnya menjadi beban kepada mereka. Kesemua isu ini akan kita dedahkan dan Umno begitu sulit untuk menjawabnya.

“PAS yakin apa yang diusahakan kerajaan Selangor selama dua tahun selepas pemerintahannya akan berjaya mempengaruhi pengundi,” katanya.

Ketika ditanya kesan daripada beberapa wakil rakyat melompat parti akan digunakan oleh Umno untuk berkempen, Tuan Ibrahim berkata PR tidak bimbang memandangkan wakil rakyat melompat tidak mempunyai pengaruh.

“Masa mereka keluar pun tak ada orang yang nak ikut. Mereka tak ada pengaruh sebaliknya isu itu akan membebankan Umno,” katanya.

Jumaat, 26 Mac 2010

Pemergian Dr. Zainal satu kehilangan besar-Presiden

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 26 Mac: PAS merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan penduduk di kawasan Parlimen Hulu Selangor di atas pemergian Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad ke rahmatullah malam tadi.

Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini berkata, pemergian Zainal itu bukan sahaja dirasai oleh ahli keluarga Allahyarham dan penduduk Hulu Selangor, tetapi juga merupakan satu kehilangan besar kepda seluruh pejuang keadilan ke arah perubahan lanskap politik yang lebih baik di Malaysia.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berharap agar seluruh ahli keluarga Allahyarham menerima ketentuan ini dengan sabar.

"Semoga seluruh anggota keluarga beliau bersabar dengan ketentuan dan ujian dari Allah SWT ini.

"Saya berdoa semoga Allah SWT melimpahi rahmatNya ke atas roh beliau dan mudah-mudahan beliau ditempatkan bersama-sama roh para solihin dengan izin Alah SWT," katanya.

Allahyaraham meninggal dunia jam 9.30 malam tadi di rumahnya dekat Jalan Cheras, Kajang selepas mengalami barah otak sejak sekian lama.

Beliau yang merupakan bekas Timbalan Menteri Besar Selangor di zaman BN meninggal ketika berumur 71 tahun dan meninggalkan seorang balu iaitu Datin Zaharah Mohd Zin serta empat orang anak.

Zainal menang dalam pilihan raya lalu atas tiket PKR di kerusi Parlimen Hulu Selangor selepas mengalahkan calon BN dari dari MIC, P Palanivel dengan hanya 198 undi.

Ratusan umat Islam bantah akhbar Sweden

( Malaysiakini )

Kira-kira 500 umat Islam berkumpul di depan kedutaan Sweden di ibu negara bagi menyatakan bantahan mereka terhadap tindakan tiga akhbar Sweden yang didakwa menghina Nabi Muhammad hari ini.

Sejurus selepas menunaikan solat Jumaat di masjid bersebelahan bangunan Tabung Haji di Jalan Tun Razak, mereka berarak di kedutaan tersebut, kira-kira 500 meter sahaja daripada tempat tersebut.

Kumpulan tersebut diketuai Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan dan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Jais Abdul Karim.

Di samping bertakbir dan berselawat, mereka melaungkan slogan anti-Sweden seperti “Biadap Sweden” dan “Jahanam Sweden”.

Mereka juga membawa kain rentang dan poster bertulis “Kami kasih Nabi", “Jangan Hina Nabi Muhammad” dan "Kami berjuang untuk nabi kami".

Kelihatan kira-kira 40 anggota polis, termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal sekitar kawasan tersebut. Tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

Setibanya kumpulan itu ke kedutaan negara terbabit di Plaza OSK, Jalan Ampang kira-kira jam 2.15 petang, Nasrudin dan Jais kelihatan naik ke pejabat kedutaan tersebut di tingkat 8 untuk menyerahkan memorandum bantahan mereka.

Memorandum dua halaman itu - ditandatangani 19 NGO Islam - antaranya menuntut kerajaan Sweden mengambil tindakan tegas terhadap pelukis karikatur itu dan tiga akhbar yang didakwa menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

Selepas itu, pemimpin tersebut turun dan berucap kepada kumpulan penunjuk perasaan tersebut, sebelum disudahi dengan tindakan Nasrudin membakar bendera Sweden kira-kira jam 3.00 petang.

Nasrudin dalam ucapannya menyifatkan karikatur yang disiarkan itu amat menyentuh sensitiviti dan mencabar umat Islam seluruh dunia.

"Kita berhimpun serentak bersama dengan umat Islam di seluruh dunia, disebabkan kebiadaban pelukis karikatur di mana Rasulullah digambarkan seperti seekor binatang.

"Oleh itu kita minta kerajaan Sweden mengambil tindakan tegas kepada pelukis dan akhbar itu," katanya.

Manakala Jais pula dalam ucapannya berkata GPMS tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang menghina Nabi Muhammad.

"Mana-mana pihak yang menghina Melayu dan Islam, kita akan bersama-sama (bangkit) untuk menyatakan pendirian kita dengan jelas," katanya.

Sebelum ini, dilaporkan lakaran karikatur yang menggambarkan kepala Nabi Muhammad pada badan anjing - karya pelukis Sweden Lars Vilks - dikemukakan sebagai bahan pameran di sebuah pusat warisan budaya Sweden.

Bagaimanapun, lakaran itu ditolak atas sebab-sebab keselamatan.

Namun, sebuah akhbar Sweden kemudian menyiarkannya bersama tulisan editorial yang mempertahankan kebebasan bersuara. Tiga lagi akhbar Sweden kemudiannya turut menyiarkan semula karikatur itu.

Tindakan itu yang membawa kepada bantahan negara-negara Islam sehingga Vilks menerima beberapa ancaman bunuh.

PKR Yakin Pertahan Parlimen Hulu Selangor

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin mampu mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor yang mereka menangi pada pilihan raya umum 2008 lalu.

Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh berkata, parti itu akan tetap mempertahankan penguasaan mereka di kawasan berkenaan pada pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Kekosongan ini berlaku dalam negeri Selangor yang sememangnya dikuasai oleh Pakatan Rakyat... insyaAllah kita tak ada masalah untuk pertahankan kerusi berkenaan," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, 71, akibat barah otak di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras semalam.

Adik Allahyarham, Md. Hambali mengesahkan Zainal Abidin menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.27 malam.

Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Siti Zaharah Mohd. Zin dan empat orang anak.

Selain itu Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, PKR masih belum menetapkan tarikh khas untuk mengadakan mesyuarat bagi membincangkan mengenai kekosongan kerusi berkenaan.

"Kita belum tentukan apa-apa lagi, Allahyarham baru sahaja meninggal dunia semalam, insyaAllah kita akan mengadakan perbincangan bila tiba masa yang sesuai nanti.

"Tambahan pula bagi PKR dan Pakatan Rakyat, perkara berkaitan pilihan raya adalah isu berterusan dan bukannya mengikut musim, jadi perkara sebegini sememangnya menjadi perhatian kita setiap masa," katanya.

Ditanya sama ada pihaknya sudah mempunyai individu yang sesuai untuk diletakkan sebagai calon pada pilihan raya kecil itu nanti, beliau berkata: "Dalam negeri Selangor kita memang ada ramai calon yang sesuai.

"Cuma sekarang kita perlu pilih yang terbaik dikalangan calon yang ramai itu."

Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk G Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.

Allahyarham yang menyertai PKR pada 2005, memperoleh 23,177 undi, manakala Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC, mendapat 22,979 undi.

Ahli Parlimen Hulu Selangor Selamat Dikebumikan

Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Hulu Selangor Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melaka di Jalan Cheras-Kajang kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Terdahulu, jenazah Allahyarham disolat di Masjid Batu 10 Jalan Cheras dan turut hadir ialah Ketua Pembangkang dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Presiden PKR, Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani antara mereka yang berada di tanah perkuburan itu.

Allahyarham meninggalkan isteri Datin Siti Zaharah Mohd Zin dan empat orang anak.

Allahyarham meninggal dunia kira-kira 9.27 malam tadi akibat barah otak di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras-Kajang. -BERNAMA