Rabu, 29 Februari 2012

Didakwa Tolak Islam, Tapi Mahu Allah Bersama?



Oleh Ibn_bacoks

PASIR GUDANG - Di sepanjang jalan ke arah sebuah Taman perumahan di Plentong, Pasir Gudang dekat sini terdapat bunting yang berbunyi 'Allah Bersama UMNO' mengundang pelbagai reaksi dan tanda tanya.

Menurut sumber, bunting dalam gambar itu turut memaparkan logo Barisan Nasional tertera tulisan 'BN Hak Milik Semua, Pemuda BN Pasir Gudang' menjadi buah mulut orang bagaimana sebuah parti yang didakwa cukup liat bila diajak mendaulatkan hudud tapi memiliki harapan agar Pencipta Hudud itu bersama dengan mereka.

"Di sepanjang jalan ke arah Taman perumahan saya d plentong masai,Pasir Gudang...terdapat bunting Ini dipasang di setiap tiang ...cuba baca Apa yg puak2 Ummo Ini tulis!.Apa komen anda tentang tulisan Kat banner ini?Adakah anda bersetuju?..tapi hairan d hati Ini sebuah parti yg menolak Islam tapi masih mahu Allah bersama mereka?," ujar pemilik akaun rasmi facebook Abusiraj Almuner.

Malah, ada juga komen mempertikaikan kredibiliti UMNO dalam menyentuh perilaku yang kurang enak didengar namun realtinya 'kebusukan' itu tidak boleh disembunyikan lagi.

"ALLAH BERSAMA UMNO...SEOLAH2 MEMAKSA ALLAH UNTUK BERSAMA UMNO.... SEPATUTNYA UMNO BERSAMA ALLAH.... (MELAKSANAKAN HUDUD...MELAKSANAKAN HUKUM2 ALLAH...HAPUSKAN RIBA' .... HAPUSKAN JUDI.... HAPUSKAN KELAB2 MALAM... SENANG CITER BUAT YANG BAIK... CEGAH YANG MUNKAR....) INI X... UMNO DAH TENTU JAHIL...DAH TENTU TERANG2 MELAWAN HUKUM2 ALLAH... TIBE2 NK ALLAH BERSAMA UMNO ..... X MALU KER?" komen pemilik facebook Abd Haffizd Abd Karim pula.

Dalam pada itu, persepsi masyarakat melihat UMNO begitu 'tertarik' dalam soal-soal agama hanya disifatkan 'bermusim' dan tidak lebih menuturkan kalimah Allah di mulut bukan dihati.

"Yg tepatnya umno bersama ALLAH bersempena serta bermusim saja...tak lebih dari itu.Islam ke msia ni kalau arak,judi,zina berleluasa...tak malu ke nak pakai kalimah suci ALLAH kalau kalimah tu hanya di mulut bukan dihati...perhatilah disekeliling kita apakah islam tu memerintah atau diperintah," dakwa Roslan Lan.

PAR Permas Terima 12 ADUAN



Oleh ibn_bacoks

PASIR GUDANG – Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Permas telah menerima 12 aduan daripada penduduk yang menjadi mangsa jenayah pecah rumah di Jalan Teratai 14, Taman Johor Jaya, di sini.

Menurut Penyelianya, Syed Othman Syed Abdullah, penduduk sepatutnya tidak serik membuat laporan polis walaupun melibatkan kes jenayah kecil.

Difahamkan, para penduduk di situ diancam ragut dan jenayah pecah rumah ekoran kawasan semak berhampiran rumah kosong sejak tiga tahun lalu dipercayai menjadi tempat persembunyian penjenayah yang ingin meragut dan merompak.

Selain menyarankan kepada mereka supaya laporan polis dibuat, pihak bertanggung jawab turut digesa menebang pokok berhampiran kediaman supaya tidak lagi menghalang cahaya kampu jalan pada sebelah malam.

”Kita minta penduduk beri kerjasama kepada pihak polis agar segera membuat laporan polis sekiranya berlaku kes pecah rumah agar data yang diperolehi dapat diambil tindakan tegas.

”Kita juga minta polis meningkatkan kawalan dan rondaan di kawasan terbabit,” ujar ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Johor itu dalam satu kenyataan.

Pantau Projek Sebagai Langkah Awal



Oleh ibn_bacoks

JOHOR BAHRU – Masalah yang dihadapi kira-kira 100 pengadu yang juga merupakan pembeli rumah di Taman Desa Kempas di sini, beransur-ansur menunjukkan perubahan positif apabila Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Kempas akan membuat pemantauan di lokasi pembinaan setiap dua minggu sebagai tindakan diperingkat awal.

Menurut Penyelianya, Suhaizan Kaiat, usaha ini dibuat bersama Jawatankuasa Bertindak perumahan berkenaan adalah bagi memastikan pemaju berjaya menyiapkan projek yang dijanjikan.

Difahamkan, para pengadu mendesak pemaju menyiapkan kediaman mereka kerana mendakwa sehingga 12 tahun menunggu keadaannya tetap sama tanpa sebarang perubahan.

Penantian ini sudah pasti membosankan meskipun rumah yang hampir 90 peratus siap itu kini melalui proses kerja akhir, namun tempoh sebulan yang diberikan oleh pemaju bukan satu jaminan.

Dalam pada itu, para pengadu bercadang untuk membawa masalah mereka ke persidangan parlimen untuk bertemu dengan menteri yang bertanggungjawab jika pihak pemaju gagal menunaikan janjinya.

Khamis, 23 Februari 2012

Berpolitik Kena Ikhlas, Sama Dengan Solat



Oleh ibn_bacoks

KUALA PILAH – Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS menegaskan bahawa bukan sahaja suruhan sembahyang itu memerlukan keikhlasan malah mengamalkan politik juga perlu ke arah itu.

”Bukan sahaja ikhlas dalam bersolat, tetapi dalam politik juga kita perlu ikhlas. Ada orang berjuang dalam politik hendak dapatkan nama, pangkat, projek atau harta, ini adalah tidak betul dan sudah tentu tidak dapat pahala,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian sewaktu menghadiri Majlis Pelancaran Dokumen Negara Berkebajikan dan Meyuarat Agung Cawangan-cawangan PAS Kawasan Kuala Pilah, dekat sini, baru-baru ini.

Katanya lagi, PAS sebuah gerakan Islam tidak pernah menjadikan agama sebagai senjata politik untuk meraih kuasa.

Sebaliknya, politik itu adalah sejuzuk dalam Islam dan menjadi tanggungjawab pengamalnya melaksanakan semua tuntutan agama termasuk dengan cara berpolitik.

Justeru, segala persepsi mengatakan PAS mempergunakan agama untuk kepentingan politik adalah disangkal sama sekali.

Beliau mengulas laporan Sinar Harian yang menyebut kenyataan bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin yang menggesa pemimpin politik supaya berhenti daripada menggunakan agama sebagai senjata politik.

Bagaimanapun, Dr Asri tidak menyebut secara khusus daripada kalangan pemimpin pembangkang atau kerajaan dalam kenyataannya itu.

Isu Penggabungan : Elak Rasuah Bola Sepak Beerleluasa



JOHOR BAHRU : Bukan sahaja rasuah boleh terjebak kepada pengamal politik, malah tidak terkecuali juga bagi dunia bola sepak tanah air.
Bagaimanapun, cadangan Tunku Mahkota Johor mahu mengurangkan pasukan bola sepak negeri ini kepada satu pasukan sahaja dilihat mampu membendung gejala itu hingga ke akar umbi.
Dalam masa yang sama, kualiti pemain dapat dipertingkatkan bagi memajukan sukan bola sepak ini.
Selain itu, dengan mengehadkan jumlah pasukan itu dapat mengumpul ramai pemain berbakat sekaligus menarik perhatian penonton untuk menyaksikan perlawanan di stadium.
Akhbar Sinar Harian semalam melaporkan peminat bola sepak tanah air tidak akan melihat aksi dari tiga pasukan kelab dari negeri ini susulan daripada keputusan Presiden baru Persatuan Bola sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang mencadangkan hanya satu pasukan sahaja beraksi dalam kancah Liga Malaysia (Liga-M).
Hal ini berkenaan menyaksikan Tunku Ismail mahu Johor FC, MBJB FC dan Majlis Perbandaran Muar disatukan menjadi pasukan negeri sahaja.
Bagaimanapun, situasi ini menimbulkan banyak perspektif di kalangan pengurus pasukan bola sepak, bekas pemain dan peminat setia bola sepak di negara ini.

Asabiyyah Mula Berkurangan : Peluang Menang Tetap Ada



Oleh ibn_bacoks

MUAR – Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Ahli Parlimen Bukit Gantang mendakwa semangat asabiyyah yang menebal dalam pemikiran masyarakat di Johor telah berkurangan ekoran Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan negeri lain dalam pilihan raya 12 yang lalu.

Hal ini, menunjukkan PR mampu membuang semangat perkauman di negeri yang dimenangi dan peluang  untuk memenangi hati masyarakat Melayu dianggap cerah.

Justeru katanya lagi keinginan melihat rakyat Johor terselamat dari dakyah songsang sebegitu tetap ada selain mahu melihat ada penghormatan di antara kaum di negara ini.

”Kita mahu rakyat Johor dapat melihat kebenaran yang dicapai oleh negeri-negeri lain di bawah pentadbiran PR,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan pada majlis Hi Tea anjuran PAS Kawasan Bakri di Balai Islam Syaidina Abu Bakar, Batu 3 Jalan Bakri, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa, Adun Sungai Abong, Dr Sheikh Ibrahim Salleh, Adun Maharani, Dr Mohamad Taslim dan Adun Bentayan, Gwee Tong Hiang.

Difahamkan, Nizar berada di Muar dalam rangka lawatan seharinya ke negeri ini sempena dengan Konvoi Penerangan PAS.

Terdahulu, beliau berada di Parlimen Parit sulong kerana menyertai Majlis Taklimat Penerangan PAS Johor anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri ini.

Rabu, 22 Februari 2012

Lagi ‘Orang Besar’ Akan Sertai PAS?


JOHOR BAHRU – Lagi bekas pemimpin UMNO di peringkat tertinggi negeri ini didakwa akan menyertai PAS kerana Pakatan Rakyat (PR) dilihat bakal menerajui kerajaan negeri di Nusajaya selepas Pilihan raya Umum (PRU) ke 13 akan datang dan hal ini tidak boleh dipertikaikan lagi.
Menurut sumber, beberapa pertemuan telah diadakan melibatkan bekas pemimpin itu seperti bekas exco Kerajaan Negeri Johor, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan lain-lain.
Sumber turut mendakwa, spekulasi tentang kedudukan mereka itu dikuatkan lagi dengan keyakinan apabila melihat kuasa orang Melayu semakin terhakis di bawah pemerintahan UMNO-Barisan Nasional (BN).
Disamping itu, isu pengambilalihan dua syarikat terbabit Sehingga Johor Corporation (Jcorp) membatalkan hasratnya turut mendorong kelompok itu hilang kepercayaan kepada corak kepimpinan Datuk Abd. Ghani Othman.
“Lagi pertemuan bersama Bekas pemimpin UMNO peringkat tertinggi di Johor, yg juga bekas DO, bekas Exco, bekas ADUN & bekas JCS. Seorg think tank UMNO negeri. Sudah terang lagi bersuluh, beliau memberitahu, UMNO akan TUMBANG DLM PRU-13 di JOHOR. Beliau tak menafikan, bukan setakat ketua caw @ bahagian, malah ADUN & MP dr UMNO sendiri yg BAKAL BERPALING TADAH MENUMBANGKAN UMNO DLM PRU AKAN DATANG… Drpd sini, sudah PASTI Najib akan DRAG PRU SEHINGGA KE TARIKH AKHIR PD MAC 2013. Teruskan perjuangan, KEMENANGAN SEMAKIN HAMPIR UTK ISLAM.
“Seorg yg berpangkat Dato & bekas Bentara Sultan Johor, Sultan Mahmud Iskandar. Beliau MEMANG KONFIDEN PAKATAN AKAN MEMERINTAH JOHOR. Cuma satu shj pesannya, KEMBALIKAN SEMULA HAK ORANG MELAYU DI JOHOR yg hilang semasa UMNO BN memerintah. ISLAM SEMULA BUMI JOHOR nih dgn cahaya HIDAYAH & SINGKIRKAN PENGARUH YAHUDI yg telah laama meresap ke dlm pemerintahan Tok Ghani Othman, Na’uzubillah,” ujar pemilik akaun facebook Ibnu Zatussalasil.
Isu tersebut mula mendapat perhatian umum apabila PAS Johor mendesak Pengerusi Jcorp, Datuk Abdul Ghani Othman yang juga Menteri Besar supaya membatalkan serta-merta kerana ia jelas tidak menguntungkan mana-mana pihak sama ada Jcorp, Kulim (M) Berhad, QSR, KFCH termasuk rakyat Johor.
Dalam pada itu, sumber turut memberitahu, berpandukan analisis yang dilakukan Pakatan Rakyat dipercayai mampu untuk meraih lebih kurang 60% kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala usaha yang berterusan harus digerakkan lagi supaya lebih banyak lagi kerusi yang akan dimenangi.
“Kami cakap, takperlah biar kitorg jd pembangkang yg kuat sdh cukup baik laaa, DIA MARAH KAT KAMI, HAHAHA… Dia kata JGN berfikiran sedemikian, sbb dlm analisis dia, PR akan menguasai 60% kerusi DUN & kena usaha keras sikit spya leh jejak 80%. Mak aih… TERKEJUT KAMI DIBUATNYA, hahaha.
“Selalu jumpa ketua cawangan & ahli2 biasa UMNO yg nak masuk PAS ja, tp kali nih betul2 punya cerita & fakta yg sgt jelas,” ujarnya lagi.

DHPP Menyertai Kempen Tolak EDL



Oleh ibn_bacoks

JOHOR BAHRU – Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bersama 9 badan Bukan kerajaan (NGO) yang lain telah menggerakkan Kempen Tolak EDL dengan diketuai oleh PKR Johor.

Spekulasi mengenai cadangan kadar tol Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) telah menarik perhatian umum untuk mengadakan bantahan.

Antara yang terlibat termasuklah Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Persatuan Penjaja Bergerak Johor Jaya, Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Persatuan Anak Bangsa Malaysia dan lain-lain.

Menurut Pengerusi Kempennya, Stevwen Choong Yoon, kempen ini bukanlah berunsur politik tetapi sebenarnya sebuah gerakan berikutan kebimbangan dengan khabar angin kadar caj tol yang mencecah RM6.20 sehala adalah tinggi.

EDL dipercayai menimbulkan kegelisahan banyak pihak kerana sebelum ini pengguna hanya perlu membayar RM2.90 untuk pergi ke tempat kerja mereka di Singapura.

Namun dasas-desus kenaikan itu bertiup kencang apabila kadar itu dikatakan sehingga mencecah RM6.20 menyebabkan pengguna perlu bayar kira-kira RM12.40 sehari bagi laluan EDL sahaja dan ini belum termasuk bayaran tol lain.

Sehubungan itu, kadar caj tol berkenaan dikekalkan seperti yang dikenakan sebelum ini supaya tidak membebankan mana-mana pihak.

Isu Israel, Anwar Hormati Pendirian Tok Guru



Oleh ibn_bacoks

SEMBRONG – Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang dikhabarkan telah mengadakan pertemuan dengan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS di hotel PNB Derby Park jam 9.15 pagi semalam bagi menjelaskan pendirian beliau mengenai Israel.

Terdahulu dalam ceramahnya di Parlimen Sembrong, beliau mendakwa UMNO cuba melaga-lagakan beliau dengan Menteri Besar Kelantan itu.

Malah pendirian PAS berhubung soal Israel amat dihormati manakala beliau dengan Mursyidul Am PAS itu tiada apa-apa masalah.

”Siapa yang berdagang dengan Israel? Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang jumpa Perdana Menteri Israel, bekas Tan Sri Syed Hamid Albar jumpa Menteri Luar Israel, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi jumpa Menteri Pertahanan Israel… Saya tidak jumpapun Perdana Menteri Israel,” katanya lagi.

Beliau menambah dengan katanya, seorang pemimpin yang sejati tidak gentar dengan dugaan. Malah beliau mendakwa, pemimpin UMNO mengumpulkan kekayaan di sebalik kesusahan rakyat negara ini.

”Saya akan beri tempoh dua minggu untuk mreka turunkan tarif elektrik negara kita, itu pendirian kita. Kalau mahu jadi pemimpin perlu berani, mengapa mesti takutkan syarikat, tauke besar, takut bini. Apa punya pemimpin macam ini,” ujar beliau lagi.

Selasa, 21 Februari 2012

Dipindahkan Sejauh 250km : Lagi Mangsa Politik Bagi Pemerintah Yang Rakus



Oleh ibn_bacoks

PONTIAN – Cikgu Normala Sudirman, bekas Calon PAS Pilihan raya Kecil Dun Tenang, mempertikai tindakan pihak yang mengarahkan suaminya ditukar kerana mendakwa tiada alasan yang munasabah dan tanpa keperluan perkhidmatan berhubung soal perpindahan itu.

Katanya lagi, Cikgu Maarof menjadi mangsa politik setelah dipindahkan ke sebuah sekolah menengah di Tanjung Pengelih, Pengerang yang jaraknya kira-kira 250km dari rumahnya di Labis, Segamat.

Perkara yang melibatkan keluarganya itu katanya, menggambarkan, golongan pemerintah mahu menjajah minda golongan pendidik, dibuat dengan harapan para guru boleh menjadi perkakas atau alat kepentingan politik mereka.

”Minda guru dikongkong. Jadi mangsa politik. Guru dibayar gaji oleh rakyat bukan poket kerajaan UMNO-BN.

”Sebab itu, jangan jadikan mereka perkakas atau alat untuk UMNO.

”Guru perlu ada minda merdeka. Beri peluang fokus kepada tugas,” jelasnya lagi yang juga Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Pemanis.

Sehubungan itu, beliau berazam mahu memperjuangkan nasib guru yang ditindas dengan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang akan digerakkannya ke seluruh negara selain memperjuangkan kebajikan guru yang dakwanya telah dipinggirkan.

”NGO ini merupakan Gerakan Kebangkitan Pendidikan Kebangsaan antara objektifnya iaitu sebagai wadah gerakan kesedaran warga pendidik.

”Selain itu ingin menyatukan golongan ini agar tuntutan dan isu-isu pendidikan didengari. Malah kita ingin memperjuangkan hak mereka kerana inilah (NGO) saluran terbaik buat mereka,” tegas beliau lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramahnya di perkarangan Bilik Gerakan Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Pulai Sebatang, dekat sini, baru-baru ini.

Kemudahan Asas Terhad, Kerajaan Digesa Ambil Tindakan



Oleh ibn_bacoks

PASIR GUDANG – Para penduduk di Flet Jalan Cenderai Taman Megah Ria, dekat sini merayu agar pihak bertanggungjawab menyelesaikan masalah penyelenggaraan yang dihadapi.

Kira-kira 20 aduan yang diterima Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Permas rata-ratanya berhubung masalah yang sama dan menggesa semua pihak turun padang melihat keadaan penduduk di kawasan ini yang mula terancam dari segi kesihatan.

Sebahagian penduduk mendakwa sistem kumbahan, ada yang bocor sehingga persekitaran kediaman bukan sahaja berbau busuk, malah membahayakan kesihatan.

Menurut Penyelianya, Syed Othman Syed Abdullah, pihaknya turut merayu supaya Kerajaan Negeri mengecat semula rumah flet ini dipercayai sudah lebih 20 tahun ia tidak pernah dicat sehingga kelihatan usang.

”Penduduk di kawasan ini membayar cukai tanah sebanyak RM275 dan cukai harta RM102 setahun, jadi apa salahnya Kerajaan Negeri mengambil tindakan mengecat kembali bangunan yang dilihat semakin uzur.

”Kita akan turut ke Biro Pengaduan Awam (BPA) dalam masa terdekat agar masalah ini dapat diselesaikan segera,” ujar beliau lagi yang juga ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Johor dalam satu kenyataan.

Tragedi Sembrong : Layakkah Hisham Jadi MB Johor?



Oleh ibn_bacoks

SEMBRONG – Ramai pihak mempertikaikan kredibiliti Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien, Naib Presiden UMNO kononnya jawatan Menteri Besar Johor bakal dinobatkan kepada beliau tapi dilihat gagal mengawal penyokongnya yang didakwa bertindak samseng dalam satu tragedi di Sembrong.

Ura-ura mengenai kedudukan Hisham sebagai nombor wahid di negeri ini bertiup kencang apabila media memburunya bagi mendapatkan pengesahan daripada beliau.

Sebelum ini, Sinar Harian menyiarkan spekulasi tentang sama ada dipilih atau dilantik memegang apa-apa jawatan termasuk Menteri Besar ditanya dalam sidang media selepas majlis Mesra Rakyat Bersama Masyarakat Orang Asli di Kampung Pengkalan Tereh, Paloh, Parlimen Sembrong, dekat sini, baru-baru ini.

Sementara itu, Hisham turut digesa mengambil sikap bertanggungjawab berhubung satu kejadian di Batu. 4, Jalan Mersing semalam apabila sekumpulan pembuat kecoh didakwa berniat mengganggu ceramah yang melibatkan kehadiran tokoh pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga merosakkan kenderaan rasmi ketua pembangkang itu.

Difahamkan, kejadian ini turut mencederakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Mohamad Nazri Ismail yang mempertahankan Anwar dengan bertindak sebagai perisai malangnya ditumbuk di bahagian kepala.

Paling menyedihkan kejadian ini dilaporkan berlaku di parlimen Sembrong yang mana Hisham merupakan wakil rakyatnya di situ.

Namun, layakkah seorang yang bertaraf menteri untuk terajui Johor tapi dilihat gagal mengawal penyokongnya sendiri dari bertindak ganas? Ada baiknya jika kita tinggalkan jawapannya kepada penyokong tegar UMNO-BN di negeri ini.

Isnin, 20 Februari 2012

UMNO Mempolitikkan Masjid?



Oleh ibn_bacoks

SRI GADING – Barangkali Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor tidak menyedari kenyataannya berhubung ada pihak yang cuba menjadikan masjid sebagai sebuah institusi untuk menghancurkan umat Islam, nyata memakan diri apabila didapati satu banner yang digantung di pagar sebuah masjid di Parlimen ini mempunyai lambang dacing.

Menurut sumber, banner tersebut turut memaparkan tulisan ‘Terima kasih kepada warga Pandan sempena lawatan, YB Datuk Aziz Kaprawi, ADUN Pt. Raja’ bagaimanapun, telah menimbulkan tanda tanya, mengapa dibiarkan dan di letakkan berhampiran masjid?

”Mungkin media massa yang dieksploitasi sekarang sudah tidak mencukupi buat UMNO apabila satu banner dipasang di pagar sebuah masjid,” ujarnya lagi.

Disamping itu, dakwanya lagi, banner dalam gambar yang diambilnya itu terletak di antara jalan Parit Karjo-Parit Raja, Senggarang, dipercayai sudah begitu lama diletakkan berpandukan kepada warna gambar dan tulisannya yang hampir luntur.

”Saya ambil gambar kebetulan mahu solat di sebuah masjid di Kampung Parit Sri Muar, Mukim 8,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau dengan rasa dukacita menggesa pihak berkenaan segera bertindak kerana hal ini jelas memberi gambaran bahawa institusi agama telah digunakan untuk kepentingan diri.

Beliau mengulas perkara ini berhubung satu laporan Sinar Harian menyebut Menteri Besar itu kecewa kerana ada pihak menjadikan mimbar untuk menyampaikan khutbah kepada ceramah yang membawa kepada perpecahan ketika menyampaikan geran kepada 197 penduduk Kampung Desa Pahlawan Manong, Taman Sri Lalang, Batu Pahat, semalam.

UMNO Bakal TUMBANG Sebelum PRU 13? -Nizar



Oleh ibn_bacoks

PARIT SULONG – Bukan dalam Pilihan raya Umum (PRU) ke-13 sahaja Kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN) boleh ditumbang bahkan sebelum daripada itu lagi, demikian penegasan Dato’ Sri Ir Nizar Jamaluddin, mantan Menteri Besar Perak.

Hal ini, kerana setelah memperlihatkan PAS berupaya mempertahankan keyakinan rakyat melalui persefahaman politik yang dilakukannya selama ini.

Dalam masa yang sama, UMNO pula dilihat lebih bergantung kepada ketuanan Melayunya.

Maka katanya lagi, tidak seharusnya PAS membunuh keyakinan masyarakat bukan Islam itu kerana proses pemahaman dan memenangi hati mereka memakan masa yang panjang.

”Kita tidak mahu khianat keyakinan dan kepercayaan orang bukan Islam. Kalau kita khianat, tak tahu berapa kurun lagi nak tunggu seperti hari ini. Mereka (sekarang) nak datang kepada PAS.

”Marilah pelihara bersungguh-sungguh kepercayaan itu,” ujarnya lagi.

Menceritakan pengalamannya di Perak, beliau berkata persepsi buruk masyarakat bukan Islam terhadap PAS berjaya dipadamkan disebabkan unsur-unsur perkauman nyata tidak wujud dalam parti Islam itu.

Gara-gara terpengaruh kepada bacaan dan dakyah songsang UMNO menyebabkan mereka berjauhan dengan PAS.

”Sampai suatu ketika ada pimpinan DAP Sarawak yang punya permusuhan tegar dengan PAS.

”Bila diadakan dialog dan sesi soal jawab lalu difahami dengan baik. Mereka boleh terima, malah pelawa saya ke Sarawak. Katanya untuk cuci akidah (persepsi buruk terhadap PAS) orang-orang DAP di sana,” ujar Nizar lagi sambil disambut ketawa orang ramai.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada Majlis Taklimat Penerangan PAS Negeri Johor, di Dewan Bustanul Ariffin, Markas PAS Parit Bisu, Kawasan Parit Sulong, Batu Pahat, dekat sini. Semalam.

Hadir sama, Dato’ Mahfoz Omar, Naib Presiden PAS, Dato’ Dr Mahfodz Muhammed, Pesuruhjaya PAS Johor, Ust. Misbahul Munir, Setiausaha Lajnah Penerangan PAS.

Ahad, 19 Februari 2012

Terharu Kerana Terima Kunjungan ADUN Maharani



Oleh ibn_bacoks

MUAR – Kekecewaan Seorang warga emas setelah gagal menerima Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) gara-gara permohonannya tidak diluluskan atas faktor usia terubat dengan kunjungan Dr Mohamad Taslim ke rumahnya baru-baru ini.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani bersama PAS Dun tersebut yang melakukan kunjungan itu bercadang untuk membaikinya.

Difahamkan, Tik Ahmad, 82, rumah yang menjadi pusaka peninggalan arwah suaminya kini mencecah hampir 70 tahun telah dibina menggunakan papan terpakai.

Manakala 80 peratus struktur binaannya telah dimakan anai-anai menyebabkan beliau terpaksa menghadapi sebarang kemungkinan.

Malah kebimbangan tidak dapat dielakkan kerana dipercayai ketahanan tiang rumahnya diragui itu boleh menyebabkan roboh pada bila-bila masa dan tidak selamat.

Bagaimanapun, rasa gembira tidak dapat digambarkannya dengan kata-kata kerana harapan untuk memiliki rumah yang lebih sempurna bakal tercapai setelah kunjungan Yang Dipertua Kawasan Muar itu dibuat.

Isu JCORP : Undur Tidak Sekali



Oleh ibn_bacoks

JOHOR BAHRU : PAS Johor tidak sekali-kali akan undur berkenaan isu pengambilalihan dua syarikat terbabit Sehingga Johor Corporation (Jcorp) membatalkan hasratnya.

Pendirian ini telah ditegaskan oleh Pesuruhjayanya, Dato’ Dr Mahfodz Muhammad selepas pengedaran risalah berkenaan isu pengambil alihan KFC Holdings dan QSR Brand Berhad di Kelab Media Cina, di sini, baru-baru ini.

Katanya, PAS Johor akan mengadakan siri jelajah ke seluruh negeri ini bagi menyampaikan penerangan dengan diketuai oleh Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat.

Isu tersebut mula mendapat perhatian umum setelah rombongan PAS Johor bersama kira-kira 300 penyokongnya bertindak menyerahkan memorandum rakyat kepada Menteri Besar, YAB Dato’ Abdul Ghani Othman di pekarangan Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, Nusajaya, 26 Januari lepas.

Kandungan memorandum itu turut mendesak supaya Ghani yang juga Pengerusi Jcorp membatalkan serta-merta kerana ia jelas tidak menguntungkan mana-mana pihak sama ada Jcorp, Kulim (M) Berhad, QSR, KFCH termasuk rakyat Johor.

Gara-gara membawa isu ini ke pengetahuan umum, pada 2 Februari lalu, didakwa kediaman dua tingkat milik, Dzulkefly Ahmad, Timbalan Pesuruhjaya II, di Taman Universiti Skudai termasuk dua kereta miliknya terbakar, dipercayai perbuatan khianat.

Sementara itu, Dzulkefly berkata pihaknya mengakui masih menunggu laporan forensik daripada pihak Bomba untuk mengetahui punca kebakaran terbabit, seterusnya menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan.

Sabtu, 18 Februari 2012

SKUAD Jengking : Adakah Hebat Menyamai Dengan Namanya?



Oleh ibn_bacoks

JOHOR BAHRU- Desas-desus bekas pemain antarabangsa Argentina, Gabriel Batistuta dilamar Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ bertiup kencang apabila presidennya,Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim membayangkan perpindahan itu seakan tepat kerana perbincangan antara kedua-dua belah pihak pernah diadakan.

Namun, adakah dengan situasi begini boleh mengubah skuad Jengking menjadi sama hebat seperti namanya?

Sebagai langkah awal, perubahan mula dilakukan dengan satu pasukan sahaja yang akan mewakili negeri itu untuk saingan Liga Malaysia, musim depan.

Difahamkan, Johor mempunyai empat pasukan bola sepaknya dan hal ini seolah menggambarkan bahawa peminat-peminat bola sepak negeri itu berpecah mengikut pasukan yang diminati.

Justeru, pihaknya akan menggabungkan empat pasukan tadi supaya dapat memastikan skuad yang bergelar Jengking itu bakal menampilkan barisan yang berkualiti mengharungi saingan itu, selain dapat mengukuhkan lagi kewangan persatuan.

”Saya amat dukacita selepas mengetahui ada empat pasukan iaitu Johor, Johor MBJB, Majlis Perbandaran Muar beraksi di Liga Perdana manakala Johor FC di Liga Super,” titah Tunku Mahkota Johor itu yang dipetik Sinar Harian.

Johor pada era 80-an pernah melahirkan pemain yang sama handal di peringkat kebangsaan. Siapa tidak kenal Nasir Yusof, Ismail Ibrahim, Wan Jamak, Lahad Daduk, Tukimen Bahari, Muhiddin Hussein, K Sukumaran dan ramai lagi.

Namun sejak beberapa tahun kegemilangan nama Johor seakan sepi di padang bola tanah air.

Sehubungan itu, dengan transformasi yang dilakukan oleh ikon bola sepak Johor iaitu Tunku Ismail memberi harapan bahawa skuad Jengking mampu mengulangi zaman kegemilangannya dan kini sudahpun menduduki tangga kelapan Liga Perdana.

Isu Lynas, Pemuda PR Kumpul Tandatangan



Oleh ibn_bacoks

JOHOR BAHRU – Barisan Pemuda Pakatan Rakyat (PR) bertindak menubuhkan Solidariti Hentikan Lynas Johor (SLJS) peringkat negeri ini.

SLJS yang merupakan kumpulan yang ditubuhkan semalam mendesak kerajaan memberhentikan serta merta projek Lynas Advenced (Lamp) dan lesen Kendalian Sementara (TOL) yang diberikan, ditarik balik.

Selain bertujuan mengumpulkan seberapa banyak tandatangan di kain rentang yang akan dibawa ke seluruh daerah ini, bahkan seterusnya akan dipasang pada Himpunan Hijau 2.0 yang akan diadakan di Kuantan 26 Februari depan.

Malahan GLJS menggesa warga Johor agar menjadi masyarakat yang prihatin biarpun kedudukan loji tersebut di bina di Gebeng, Pahang dengan kedudukan 350 kilometer dari Johor Bahru, kerana kesan dan impak daripada ancaman ini tidak berkecuali untuk merebak.

Difahamkan, Himpunan itu dijadualkan berlangsung di padang Majlis Perbandaran Kuantan 1 (MPK1) dijangka dihadiri lebih kurang 20 000 orang bukan sahaja daripada penduduk tempatan malahan seluruh negara.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan Majlis Peguam Negara dijemput sama untuk memantau perhimpunan tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, ibn_bacoks sebelum ini pernah menyiarkan sekumpulan 46 ahli Suaram dan DAP telah mengadakan protes Lynas di Danga Bay bagi menarik perhatian PM yang kebetulan melakukan lawatan ke Johor baru-baru ini.

Bagaimanapun, kumpulan itu berjaya disuraikan pihak berkuasa tanpa sebarang kejadian yang tak diingini berlaku.

Jumaat, 17 Februari 2012

Edar Risalah, Lagi Provokasi Dilakukan Pihak Terdesak



Oleh ibn_bacoks

PASIR GUDANG -  Siri-siri provokasi pihak terdesak nyata tiada penghujungnya apabila edaran risalah yang dipercayai sebagai tindakan untuk menjejaskan reputasi pimpinan pembangkang dengan harapan rakyat tidak berada dalam program anjuran Pakatan Rakyat.

Difahamkan, operasi penyebaran ribuan risalah itu dilakukan sempena kehadiran Datuk seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia ke kawasan Flet Tasek 64, Bandar Seri Alam, dekat sini, baru-baru ini.

Untuk rekod, Parlimen Pasir Gudang antara kawasan yang kerap berdepan dengan provokasi, kebanyakannya membabitkan kunjungan pemimpin Pakatan Rakyat.

Syed Othman Syed Abdullah, Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Johor yang dipetik Sinar Harian sebagai berkata, tindakan sedemikian merupakan provokasi yang tidak bertamadun kerana program berkenaan mendapat permit daripada pihak polis.

Ketakutan yang diterjemahkan melalui aktiviti risalah berbentuk hasutan tersebut ujarnya sebagai petanda bahawa sokongan rakyat terhadap mereka semakin merosot sedikit demi sedikit.

Paling menyedihkan, pihak terbabit turut menggunakan khidmat kanak-kanak bawah umur dan ini memperlihatkan betapa jentera mereka tidak berupaya menyaingi kemaraan pihak pembangkang.

”Kita kesal dengan tindakan itu kerana ribuan risalah yang diedarkan bukan sahaja berbentuk hasutan dan lucah, malah menggunakan kanak-kanak bawah umur untuk mengedarnya ke kawasan Masjid, rumah dan tempat meletak kereta awam,” katanya lagi.

Pelbagai UGUTAN Diterima Kerana Masuk PAS



Oleh ibn_bacoks

PONTIAN – Gara-gara mengisytiharkan diri sebagai ahli PAS, Dato’ Hj. Adnan Ibrahim, mantan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Perak mendakwa akan dipulau jika meninggal dunia kelak.

Katanya lagi, pelbagai ugutan yang diterima tidak sedikitpun mengendurkan semangat juangnya malah berkat kesabaran yang dipamerkan selama ini membuktikan bahawa Allah SWT membantu hambaNya yang ditindas.

”15 kali saya kena pindah. Tapi berkat kesabaran, dapat gaji yang terakhir lebih kurang RM13 000, pencen saja RM5000 malah dikurniakan Dato’ lagi daripada Sultan,” terang beliau lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramahnya pada majlis Ceramah Umum di perkarangan Bilik Gerakan Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Pulai Sebatang, Pontian, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Cikgu Normala Sudirman, bekas calon PAS PRK Tenang, Hj. Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Kawasan Pontian, Ust. Muhammad Nazar, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pontian, Sdr. Saiful Amri A Suloh, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pontian.

Beliau yang juga berasal dari Bidor Perak itu menambah penjajahan minda yang dilakukan UMNO ke atas umat Melayu semakin ketara kerana rasuah politik, menjelang PRU telahpun di sogokkan.

Hal ini, dilihat kerana itulah sahaja cara pemerintah negara ini untuk mengekalkan kuasa.

”Jangan diperbodohkan dengan pemberian BR1M. Kerana inilah satu cara UMNO nak kekalkan kuasa.

”Malah ia disifatkan rasuah politik menjelang pilihan raya. BR1M diambil dari akronim ‘Bagi Rasuah Satu Malaysia?” soal beliau lagi.

Beliau turut mengecam tindak tanduk pemimpin UMNO-BN yang banyak melakukan penyelewengan sehingga ke tahap yang maksimum kerana menjadi pengamal politik hipokrasi.

Dalam pada itu, beliau menyarankan agar rakyat dapat mempertahankan politik berintegriti dan sebagai warganegara, mereka harus tahu hak dalam menentukan kepimpinan negara.

”Saya mual, ada nak tercirit , marah betul dengan UMNO. Walaupun dulu saya UMNO.

”Siapa yang larikan duit ke Australia? Bahkah larikan anak Sultan.Siapa yang punya skandal PKFZ? Dua Perdana Menteri di tipu. Altantuya? Scorepane? Cf? Siapa?” soal beliau lagi.

Khamis, 16 Februari 2012

Deposit Tetap : Igauan Ngeri Buat Ghani?



Blog Ibn_bacoks

JOHOR BAHRU – Johor yang menjadi stigma kubu kuat UMNO dipercayai tidak lagi boleh dinobatkan sebagai deposit tetap buat Barisan Nasional (BN) setelah kenyataan yang dikeluarkan Datuk Abdul Ghani Othman hari ini seolah menjadi igauan ngeri buat Menteri Besar itu.

Disamping itu, keegoaan beliau semakin terserlah apabila mendakwa Pakatan Rakyat tidak mempunyai pemimpin yang berkualiti dan tidak akan mendapat sokongan rakyat Johor.

Malahan, hasrat PAS meletakkan Salahuddin untuk bertanding di Johor nyata menggusarkan beliau setelah mengatakan kononnya pembangkang hanya bersandarkan keyakinan palsu bahawa masyarakat Cina akan menyokong mereka.

”Oleh itu saya menegaskan agar masyarakat Cina tidak menyokong DAP kerana ia sama seperti memberi kuasa kepada PAS,” ujarnya dipetik Sinar Harian.

Menteri Besar itu dilaporkan sebagai berkata Johor Bukan Deposit Tetap BN di bahagian muka hadapan agensi berita terbabit.

Sementara itu, Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri turut dilaporkan berkata, beliau akui sukar bagi BN mengekalkan kedudukannya kerana rakyat semakin terbuka dalam membuat penilaian dan tahu siapa yang bertungkus lumus membela nasib mereka.

”Rakyat mahukan terbaik, sekiranya apa yang mereka nampak tidak memuaskan hati, mereka akan kecewa dan akan memilih yang lain,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, gerak kerja pembangkang yang dilihat semakin dekat dengan rakyat sementelahan peranan media alternatif menambahkan lagi kredit pembangkang di mata masyarakat.

”Kalau dua, tiga bulan mereka tidak nampak wakil rakyat dan asyik nampak pembangkang sahaja, itu tidak menjamin kedudukan kita di situ. Rakyat pula kini sudah terdedah dengan pelbagai maklumat terutama di media maya,” katanya lagi.

Salah Orang Diperbesar, Kelemahan Sendiri Ditutup? Ahmad Maslan Terus Diselar



PONTIAN – ‘Kuman di Seberang Nampak, Gajah Depan Mata Buat Tak Tahu’ ungkapan sebegini mungkin amat sinonim dengan sikap yang dipamerkan Datuk Ahmad Maslan, Ahli Parlimen Pontian, sejak akhir-akhir ini.
Kita sering mendengar, slogan seumpama ‘juara rakyat’ telah di jajanya ke seluruh negara. Kononnya semua yang dilakukan BN cantik di mata, dekat di hati.
Sebaliknya, menyalahkan pembangkang dalam mengurus tadbir merupakan rutin harian tanpa sedikitpun mahu mengakui kesilapan diri.
Walhasil, semua tindakan itu nyata hanya ingin meraih sokongan tanpa nawaitu yang kukuh ingin membantu rakyat secara ikhlas.
Kesal dengan sikap ‘cakap tak serupa bikin’ini, maka Dewan Pemuda PAS Kawasan Pontian mempersoalkan tindakannya itu kerana isu yang melibatkan orang Asli di Kampung Sri Mahkota, Pontian Besar di sini, memerlukan perhatian daripada beliau.
Padahal, kata Ketuanya,Ustaz Mohd. Faizul Hakim Ahmad, media milik merekalah yang menyiarkan isu ini seperti dalam laporan Utusan Malaysia pada 6 Februari lepas seolah-olah membuka pekong di dada.
Semalam, Sinar Harian turut menyiarkan rungutan komuniti itu dengan menggesa pihak berwajib menunaikan janji untuk membina sebuah dewan orang ramai di kampung berkenaan.
Ahmad yang memang handal bermain kata-kata, sehingga dilihat oleh masyarakat Pontian bahawa beliau memang ‘kuat bekerja’ berbanding penyandang kerusi Dun Benut, YB Ir Hasni.
Namun, tambah beliau lagi, ada suara-suara nakal yang terkeluar dari mulut ke mulut malah menjadi stigma di mana kerjanya didakwa hanyalah ‘pasang banner’ dan bina pintu gerbang seolah-olah kedua-duanya itu lebih banyak berbanding jumlah penduduk di situ.
Ibn_bacoks dalam laporannya pada 7 Februari lepas, menyiarkan bagaimana desakan DPPK Pontian telah dibuat melalui ketuanya supaya Ahmad Maslan segera menangani isu tersebut.
”Kita ingatkan, setelah keluar dekat Utusan, isu ini selesai. Namun, saya terkejut bila Sinar Harian keluarkan lagi berita itu semalam,” ujar Faizul ketika dihubungi sebentar tadi.

Rabu, 15 Februari 2012

Masalah Air : ADUN Senggarang Terlepas Pandang?



Oleh ibn_bacoks

SENGGARANG – Penyandang Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Senggarang, YB Ja’afar Hashim (BN) barangkali tidak dikhabarkan mengenai kesulitan yang dialami penduduk Kampung Kelicap, Bukit Kelicap di sini, berhubung masalah bekalan air bersih tidak diperolehinya sejak 50 tahun lalu.

Atau mungkin keprihatinannya berada pada tahap yang rendah?

Permasalahan ini terus berlarutan sehingga menyebabkan penduduk rasa terbeban dan memohon agar pihak bertanggungjawab menguruskan bekalan kemudahan asas berkenaan dalam masa terdekat ini.

Manakala penduduk pula mendakwa sudah banyak kali permohonan dilakukan kepada pihak berkenaan, namun tiada maklum balas yang diterima.

Sudahlah air hanya diperolehi dari perigi yang dibuat bagi kegunaan harian, malah sumber airnya yang keruh itu dibimbangi apa sahaja yang dibasuh tidak sebersih air paip yang digunakan bagi kebanyakan penduduk kampung lain.

Paling menyedihkan lagi, selain mengharapkan air hujan sebagai alternatif, mereka turut bersusah payah berjalan sejauh 750 meter bagi mendapatkan bekalan daripada air bukit yang mengalir berdekatan dengan penempatan mereka.

Ibn_bacoks difahamkan, walaupun masalah mereka pernah dilaporkan Sinar Harian 17 Jun 2011, namun kemelut ini terus menghantui mereka tanpa sebarang tindakan.

Jika perkara ini terus berpanjangan, ada baiknya jika Kerusi DUN Senggarang diserahkan kembali kepada PAS pada pilihan raya ke 13 nanti. Pastinya Dr Mohd Ramli Md Kari, Timbalan Yang Dipertua PAS Batu Pahat (dalam gambar) bersedia menggalas amanah jika diberi mandat kelak.

UMNO Diibaratkan Orang Yang Sakit Tapi Sombong



Oleh ibn_bacoks

PONTIAN – Pak Jabit atau mesra dengan panggilan Man Kadir, selebiriti terkenal secara sinis menggambarkan UMNO kini berada di penghujung usia walaupun mereka menyedari hal itu tapi berlagak sombong.

Beliau bagaimanapun mengingatkan pendokong PR supaya tidak bersifat sedemikian bagi mengelak persepsi negatif dikalangan masyarakat.

Sebaiknya, katanya lagi, mereka harus bergaul dengan masyarakat dengan baik termasuk dikalangan ahli UMNO.

”Ibarat orang sakit. Pergi melawat diberi buah sedap-sedap. Kasi buah anggur tapi enggan makan. Sombong. Ini petanda orang itu dah dekat mati,” tegas beliau secara sinis.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada majlis perasmian Pembukaan Kedai Bundle milik Aufa and Colection, di Pekan Tampok, Dun Benut, dekat sini, semalam.

Turut hadir, Ustaz Mohd. Faizul Hakim Ahmad, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Pontian, Ustaz Muhammad Nazar, Naib Ketua Dewan Pemuda dan Sdr. Saiful Amri A Suloh, Ketua Penerangan Dewan Pemuda.

Beliau yang juga pelakon filem komedi Hantu Kak Limah Balik Rumah turut mengingatkan anak muda supaya menampal lambang parti komponen PR dikenderaan masing-masing sebagai imej dan proses publisiti kepada orang ramai.

”Kepada anak muda, letak lambang parti. Itu cara menghormati rakyat. Sebab ia pendinding dari buat yang tak elok,” ujarnya lagi dengan nama asal Abd. Kadir Abd. Manaf.

Selasa, 14 Februari 2012

Usaha PAR Simpang Renggam Dapat Respon KTMB



SIMPANG RENGGAM – Tindakan Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Simpang Renggam, Sdr. Suhaizan Kaiat, yang menyuarakan isu tuntutan pembayaran pampasan, yang melibatkan kira-kira 74 pemilik dan penyewa termasuk tuan rumah tanah di tanah rizab Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Layang-layang, dekat sini, telah mendapat perhatian agensi tersebut.
Walaupun KTMB mendakwa tidak mempunyai autoriti berhubung pembayaran pampasan itu tapi ledakan dari isu ini menandakan PAS mementingkan masalah rakyat.
Difahamkan, tujuan perpindahan berkenaan kerana melibatkan projek landasan keretapi berkembar elektrik antara Gemas-Johor Bahru.
Bagaimanapun soal itu tertakluk dibawah kuasa Kementerian Pengangkutan dan KTMB sekadar menerima arahan pihak tersebut sahaja.
“Hal pampasan ini seharusnya dirujuk kepada Kementerian Pengangkutan. Kami tiada apa-apa maklumat. Buat masa ini, kami belum melantik kontraktor secara kasar bagi projek berkenaan yang dijangka bermula tahun hadapan,” ujar Mohd Fazil Ismail, Pengurus Kanan Unit Komunikasi Korporat KTMB yang dipetik Sinar Harian.
Dalam perkembangan berkaitan, isu ini mula mendapat perhatian media setelah Sdr. Suhaizan Kaiat, yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS negeri Johor bersama kira-kira 74 pemilik dan penyewa kedai termasuk tuan rumah di tanah rizab milik Keretapi Tanah Melayu (KTMB) di layang-layang Simpang Renggam dilihat berada di bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar itu bagi tujuan penyerahan memorandum kepada Menteri Besar.
Ibn_bacoks dalam laporannya 11 Februari lepas, Satu memorandum bagi tujuan memohon pertimbangan supaya pihak bertanggungjawab membayar pampasan selepas diarah pindah, telah diserahkan kepada YAB Datuk Abdul Ghani Othman.
Bagaimanapun, memorandum itu hanya dapat diserahkan kepada Setiausaha Sulit II, Menteri Besar Johor, Noor Azmi Md Omar kerana Ghani tiada di pejabat.

Ulang Tahun Teluk Danga Diserikan Dengan Protes Lynas?



Oleh ibn_bacoks
DANGA BAY – Pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-15 Teluk Danga Johor mendapati sekumpulan 46 ahli Suaram daerah itu dan DAP Negeri telah mencuri perhatian ramai dengan mengadakan protes yang diberi nama ‘Selamatkan Malaysia, Hentikan Lynas’ dekat sini, awal minggu ini.
Selain bertujuan menarik perhatian Perdana Menteri yang kebetulan mengadakan lawatan ke negeri ini, ia juga langkah awal sebelum mengadakan persidangan untuk mengumpul seberapa ramai individu yang turut tidak bersetuju dengan pembangunan Lynas.
”Kami ada lukis payung tanda simbolik mahu kerajaan hentikan projek Lynas ini.
”Namun tidak sempat beliau (Najib) tiba, kami diarahkan bersurai,” ujar Koordinatornya, Marcus Sew yang dipetik Sinar Harian.
Ibn_bacoks difahamkan, kumpulan tersebut berkumpul di dataran Danga Bay dari jam 1 30 hingga 3 30 petang kemudian bersurai secara aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.
Isu Lynas dikatakan menjadi kegemparan penduduk kerana dikhuatiri boleh memberi kesan sampingan dan protes itu berlarutan sehingga kini bagi mendesak pihak kerajaan UMNO-BN untuk campur tangan.

Ruang Politik Perkauman Kian Malap Di Johor



Oleh ibn_bacoks
SKUDAI – Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub menegaskan bahawa pengamal politik berunsurkan perkauman kian berada dipenghujung.
Malah ujarnya lagi, Johor yang terkenal dengan kubu kuat UMNO dipercayai bakal menerima tempias yang sama setelah keyakinan itu diterjemahkan melalui sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini.
”Saya lihat politik perkauman tiada tempat dalam negara, mahupun di Johor ini. BN tidak boleh berbangga Johor akan jadi kubu kuat mereka kerana kita akan meruntuhkan kubu kuat ini,” ujar anak kelahiran Tanjung Piai itu yang dipetik Sinar Harian.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina PKR Johor di sebuah pusat membeli belah dekat sini, baru-baru ini.
Hadir sama, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang, Datuk Chua Jui Meng, Pengerusi PKR Johor.
Ibn_bacoks difahamkan kira-kira 5000 tetamu hadir dalam program tersebut.

Isnin, 13 Februari 2012

PAR Permas Berjaya Atasi Masalah Penduduk



Blog ibn_bacoks

PASIR GUDANG – Tindakan Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Permas yang menyuarakan masalah limpahan air kumbahan di Flet Jalan Ketapang Taman Rinting, di sini telah membuahkan hasil apabila Majlis Bandaraya Johor Bahru bersedia campur tangan.

Ibn_bacoks dalam laporannya 30 Januari lepas, telahpun menyiarkan isu ini dengan tajuknya ‘MBJB Digesa Beri Penjelasan Isu Flet Taman Rinting’.

Perkara ini disuarakan oleh Penyelia PAR, Syed Othman Syed Abdullah mendesak pihak berkuasa tempatan terbabit menyelesaikan isu ini kerana ia melibatkan kesihatan penduduk ekoran limpahan air najis memenuhi ruang di hadapan kediaman mereka.

Semalam, Sinar Harian melaporkan masalah penduduk di situ selesai hasil inisiatif yang diambil oleh PBT tersebut.

Laporan itu turut menyebut bahawa Badan Pengurusan Bersama (JMB) yang ditubukan perlu lebih aktif mengutip duit penyelenggaraan agar masalah sama tidak berulang.

Difahamkan, walaupun masalah berkenaan bukan dibawah tanggungjawab PBT itu, tetapi untuk jangka masa panjang JMB perlu mencari jalan penyelesaian agar tidak timbul lagi masalah kutipan yuran penyelenggaraan.

Pengusaha Kuil dan Penduduk Bakal Bertemu? : Suhaizan Turun Padang


SIMPANG RENGGAM – Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) berusaha mencari jalan penyelesaian berhubung gangguan asap dari tempat ibadah yang didakwa mengganggu ketenteraman orang ramai yang membabitkan Pengusaha Kuil di Dun Layang-layang, di sini.
Usaha ini dilakukan, kerana bimbang kejadian yang tidak diingini berlaku dan sebarang unsur yang boleh membawa kepada perbalahan kaum perlulah dielakkan.
Menurut Ketuanya Suhaizan Kaiat, setelah menerima aduan daripada penduduk, pihaknya terus mengadakan pertemuan dengan Pengusaha Kuil terbabit dan akhirnya kata sepakat diperolehi supaya perbincangan kedua belah pihak diadakan dalam masa terdekat ini.
“Baru selesai jumpa Pengurus kuil di Layang-layang. Ada komplain daripada penduduk. Akhirnya bersetuju buat pertemuan Muhibah kedua-dua kumpulan.
“Komplen pasal kuil itu ganggu penduduk. Asap kuil ganggu penduduk,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Ibn_bacoks difahamkan, isu ini sepatutnya dikemukakan kepada Majlis Daerah Simpang Renggam, namun ia ditangguhkan kerana dipercayai Suhaizan mampu mencari penyelesaian ekoran pertemuan muhibbah itu nanti.
“Mengikut jadual saya akan bertemu dengan pihak Majlis Daerah Simpang Renggam pagi ini berkaitan isu aduan kuil dilayang-layang. Pihak kuil setuju untuk pertemuan muhibbah maka saya tangguhkan dahulu pertemuan.
“Kita buat pertemuan muhibah dahulu. Jika gagal baru rujuk pada Majlis Daerah. Tapi saya yakin mampu didamaikan,” ujar beliau menerusi laman rasmi facebooknya.

Hutan Di Empangan Sembrong Telah Dinodai? Pihak Berkuasa Digesa Bertindak


AYER HITAM – Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Ayer Hitam menggesa pihak berkuasa menyiasat aktiviti pembalakan yang didakwa telah diceroboh pihak tertentu di kawasan hutan di Embangan Sembrong, dekat sini.
Kejadian ini berlanjutan sejak awal Disember lalu turut menjadi tanda tanya berkaitan aktiviti penebangan balak dan pergerakan lori keluar masuk seolah-olah mendapat ‘kebenaran’ kerana dijalankan pada waktu siang.
Seorang Ahli Jawatankuasanya, Muhammad Abdullah berkata, pihaknya telah menerima banyak aduan daripada penduduk di kawasan Sri Lalang dan perkara ini sudah lama berlaku.
Malah kawasan yang telah dilapangkan itu dibakar dan dikhuatiri mengakibatkan pencemaran kerana kemungkinan jika hujan, air daripada pembakaran itu akan mengalir ke dalam empangan.
Selain itu, kawasan tersebut dilarang untuk diceroboh kerana ia berdekatan dengan tempat tadahan air, bahkan aktiviti tersebut boleh menjejaskan kawasan tadahan air terbabit.
Sehubungan itu, ujarnya lagi siasatan harus dilakukan bagi mengesahkan sama ada ia dilakukan dengan kebenaran atau sebaliknya kerana penduduk setempat mahukan kepastian.
”Walaubagaimanapun, kami telah membuat laporan di Balai Polis Sri Lalang tiga hari lalu berkaitan pencerobohan tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Pada 10 Februari lepas, laporan Sinar Harian menyebut para penduduk Sri Lalang mendakwa hutan yang menjadi sebahagian daripada kawasan tadahan Empangan Sembrong diceroboh pihak tertentu.
Difahamkan, berpuluh-puluh pokok berkualiti tinggi ditebang dan dilonggokkan di beberapa tempat yang terletak 50 meter dari kawasan empangan dipercayai untuk dibawa keluar.
Kelihatan lori balak keluar masuk membawa kayu melalui beberapa kampung antaranya Kampung Banjir Bersatu sebelum keluar mengikut Kangar Baru di Yong Peng.

Ahad, 12 Februari 2012

Isu Wanchak Telah Menunjukkan Perkembangan Positif


PASIR GURANG – Usaha Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Permas akhirnya berjaya memecahkan kebuntukan ibu malang  Wanchak Ibrahim, 43, yang mendakwa telah diperdaya seorang wanita berhubung penjagaan anak sejak Mac tahun lalu.
Perkembangan kes ini telah menunjukkan tanda positif apabila pihak Polis bersedia mengaturkan pertemuan Wanchak dengan anaknya Muhammad Ashraf Abdullah, 1 tahun 10 bulan yang didakwa telah diserahkan kepada sebuah keluarga angkat lain di Kampung Sentosa, dekat sini.
Ibn_bacoks dalam laporannya 7 Fepbruari lepas, Syed Othman Syed Abdullah yang juga ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Johor mengesyaki  ada sindiket pemerdagangan orang dan unsur-unsur penipuan dalam hal jagaan anak.
Malah beliau mempersoalkan tindakan pihak yang disyaki itu kerana tiada sebarang peruntukan undang-undang yang boleh menyimpan dan menukar status seorang anak. 
Akhbar Sinar Harian semalam menyiarkan kenyatan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supertindan Mohd. Roslan Zainuddin, berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan dari segala sudut. Supaya semua pihak mendapat keadilam yang sepatutnya.
Kes ini ujarnya akan disiasat di bawah seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang daripada jagaannya yang sah yang boleh dipenjarakan sehingga tujuh tahun atau denda.

Khamis, 9 Februari 2012

BN Didakwa Gagal Bela Nasib Rakyat : Jui Meng



Oleh ibn_bacoks

MUAR – Kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal membela nasib rakyat terutama yang berpendapatan RM3000 ke bawah berikutan masih ramai yang tidak menerima wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500, dakwa Datuk Chua Jui Meng, Pengerusi PKR Johor.

Katanya lagi, rakyat menjadi semakin terbeban lebih-lebih lagi dengan kenaikan harga barangan yang seolah tiada kesudahannya.

Sehubungan itu, Pakatan Rakyat (PR) bersedia menawarkan banyak bantuan berupa kebajikan sekiranya diberi mandat oleh rakyat untuk menerajui Putrajaya.

”Kami mengutamakan keluarga miskin, warga emas, suri rumah yang berpendapatan bawah RM1.500 akan menerima bantuan sekurang-kurangnya RM1.000 setiap tahun.

”Manakala, keluarga miskin yang mempunyai anak berusia 12 tahun akan diberikan bantuan RM1.000 setahun,” ujar beliau yang dipetik Sinar Harian.

Jui Meng yang juga bekas Menteri Kesihatan turut dilaporkan berkata bahawa rakyat boleh memanfaatkan bantuan yang disalurkan dengan menghantar anak ke pusat jagaan.

Manakala ibu pula, ujarnya boleh menambah pendapatan keluarga dengan keluar bekerja.

”Kami tidak mahu lagi melihat rakyat hidup dalam kemiskinan terutamanya kaum Bumiputera yang paling ramai miskin,” tambah beliau lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis Sambutan Tahun Baru Cina anjuran Persatuan Bakti Bakri di Hotel Muar Traders di sini, semalam.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Maharani, Dr Mohamad Taslim (PAS), Adun Bentayan, Gwee Tong Hiang (DAP).

Rabu, 8 Februari 2012

Selepas Jatuh Ke Tangan PAS, Lagi Mercu Tanda Buat Maharani



MUAR – Pada Pilihan raya Umum 2008 lalu, PAS Johor telah mencatatkan satu lagi kejutan apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Maharani berada didalam genggaman parti Islam itu.
Kemenangan Dr Mohammad Taslim jelas telah menguburkan keangkuhan UMNO BN setelah habis-habisan mempertahankan kononnya kubu kuat mereka.
Namun takdir Allah SWT menentukan bahawa Parlimen Muar telah terlepas ditangan pembangkang, sekaligus menepis dakwaan songsang bahawa pembangkang tidak mungkin boleh bersuara di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Darul Takzim ini.
Muar atau sinonim dengan Maharani, sebuah pekan tua. Walaupun setengah orang menggelar bandar Muar sebagai bandar “pencen’ (bandar untuk menikmati persaraan), ia sebenarnya sesuai bagi mereka yang inginkan ketenangan.
Hal ini diakui sendiri oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sewaktu mengisytiharkan Bandar Maharani di sini sebagai Bandar Diraja Johor.
Sultan Johor membuat pengisytiharan tersebut pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Masjid Jamek Sultan Ibrahim baru-baru ini.
Bagi rakyat jelata pula, pengisytiharan itu merupakan penghormatan buat mereka dan disifatkan sebagai mercu tanda bandar Muar.
Justeru, disebalik kebanggaan rakyat Muar menerima gelaran baru itu, sudah pastinya UMNO BN berasa tersentak kerana PAS sebagai saingan terdekat mereka terlebih dahulu mencipta mercu tanda yang selama ini tidak termimpi bahawa Maharani boleh terlepas dari tangan mereka.

Isu Letup Rumah TPJ : PAS Mahu Serah Memo



SENAI – Sdr. Mazlan Aliman, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat menyatakan pihaknya akan menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang dijadualkan pada 8 Februari ini.
Ujarnya, penyerahan itu dibuat bagi mencadangkan pihak berkuasa supaya dapat menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kes khianat dalam kalangan ahli politik.
”PAS amat memandang serius terhadap perkara ini dan kita akan menyerah memorandum kepada Ketua Polis di Bukit Aman.
”Kita tidak mempersoalkan tugas yang dijalankan oleh PDRM (Polis Diraja Malaysia) di Johor tetapi mahu penjenayah yang terbabit diberkas segera dan diadili,” ujar beliau yang dipetik Sinar Harian.
Akhbar itu semalam dalam laporannya menyebut PAS sifatkan kejadian menimpa Dzulkefly ganas dan bermotif denda serta bersifat ‘politik ala mafia’ yang mula menular dan semakin serius dalam negara ini.
Mazlan yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor III turut dilaporkan berkata, pada masa ini pelbagai pandangan mahupun sentimen sensitif dalam masyarakat mula diperbesarkan melalui keganasan sebagai ugutan dan bermotifkan dendam.
”Peristiwa yang berlaku terhadap Dzulkefly menunjukkan seolah-olah kita tidak boleh menerima teguran ke arah pentadbiran yang baik,” tambah beliau lagi.

Selasa, 7 Februari 2012

PAR Permas Mengesyaki Ada Unsur Pemerdagangan Manusia


Oleh ibn_bacoks
PASIR GUDANG – Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Permas mengesyaki ada sindiket pemerdagangan orang berhubung kes seorang ibu malang Wanchik Ibrahim yang mendakwa diperdayakan seorang wanita untuk menjaga bayinya ketika bekerja di Singapura.
Menurut Penyelianya, sdr. Syed Othman Syed Abdullah pihaknya mendapati ada unsur-unsur penipuan dalam hal jagaan anak itu kerana tiada peruntukan undang-undang yang melibatkan penyimpanan dan menukar status seorang anak.
”Atas kuasa apa yang boleh menyimpan dan menukar status anak orang?” soalnya lagi selepas menerima aduan daripada wanita terbabit di pejabatnya, dekat sini, semalam.
Beliau berkata, pihaknya bersedia menyediakan khidmat guaman kepada mangsa sekiranya berlaku proses mahkamah dalam penyelesaian isu berkenaan.
Selain itu, pertemuan dengan pihak berkuasa akan diatur sebelum membuat aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) untuk siasatan lanjut.
Sehubungan itu, beliau menggesa pihak Polis untuk  melakukan siasatan dan mengharap kes seumpama ini tidak berulang kembali.
”Kami gesa Polis tegas dalam isu ini dan membuat siasatn sehingga ke akar umbi agar tiada lagi yang mwenjadi mangsa,” tegas beliau yang juga ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Johor.
Semalam, Sinar Harian melaporkan seorang ibu merayu agar bayinya dikembalikan setelah hampir setahun ‘disembunyikan’ penjaga.

Kenyataan Ahmad Maslan Disanggah



PONTIAN – Kenyataan Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri disanggah berhubung isu Salahuddin Ayub dakwanya sejak pilihan raya umum lalu tidak pernah datang melawat kawasan parlimen di dalam daerah Pontian.
Sedangkan Naib Presiden itu mempunyai keluarga, rumah di kampung Serkat dan tempat kelahirannya pula di daerah ini.
Menurut Hj Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Kawasan Pontian adalah suatu yang tidak benar mempersoalkan kedudukan Salahuddin kerana beliau sendiri  salah seorang ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Johor dan dalam masa yang sama bergelar ahli Parlimen Kubang Kerian sudah tentu punyai jadual kerja yang tersendiri.
“Tiga hari lepas saja YB Salahuddin berada di Simpang Renggam pada program Pelancaran Borang Masalah Tanah,” katanya lagi.
Beliau mengulas laporan Sinar Harian semalam terhadap respon Ketua Penerangan UMNO itu berhubung  hasrat YB Salahuddin mahu kembali bertanding ke negeri kelahirannya pada pilihan raya umum (PRU13) ini dan mempertikai soal kepulangannya ke Parlimen itu.
“”Tetapi jika beliau (Salahuddin) ingin bertanding di Pontian pun boleh, dulu lawan saya calon dari PKR, tapi saya yakin calon Umno jika bukan saya pun masih boleh menang di Parlimen Pontian,”” ujarnya dipetik akhbar itu.
Sementara itu, Hj. Raden turut mempersoalkan cara Ahmad mengeluarkan kenyataan yang mana kononnya banyak mengadakan program turun padang sedangkan banyak lagi isu yang belum diselesaikannya sepanjang empat tahun bergelar Yang Berhormat.
“Ahmad Maslan nampak saja hebat. Mana janji-janji dia dengan sekolah-Masjid? Tengok Balai Raya di Kampung Parit Gantong, Sanglang. Tunggu masa saja rebah. (Janji) nak buat Balai raya. Berapa (banyak) yang dia buat?
“BR1M bukan UMNO punya. Tapi kerajaan punya. Berucap dekat Ayer Baloi. Dia kata, apa yang boleh PAS bagi?.
“Kalau handal, cuba naik taraf dahulu Hospital Pontian yang telah berusia lebih 100 tahun, masih berkeadaan seperti dahulu. Ada nak bikin?” soal beliau lagi.
Beliau berkata demikian pada majlis Khidmat Rawatan Alternatif secara Percuma PAS Kawasan Pontian di perkarangan Markas PAS Cawangan Ayer Baloi, Pontian, dekat sini, semalam.
Hadir sama, Prof Dr Hj. Muhazaini Misri, Timbalan Yang Dipertua, Prof Dr Hj. Ungku Mohammad Noor Ungku Mahmud, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Pulai Sebatang.
Pada majlis itu, pelbagai rawatan alternatif yang disediakan kepada masyarakat antaranya Homeopathy, Asyifa`, Derma darah dan Refleksiologi.
Kira-kira lebih seribu pengunjung hadir bagi memeriahkan program dengan dijamu bariani gam dan gulai kambing.
Hj. Raden menambah dengan katanya Ahmad Maslan mempunyai personaliti yang diketahui ramai sama ada dikalangan lawan mahupun kawan dalam soal kedudukannya di daerah ini.
Sehubungan itu, beliau menasihati Ahmad supaya ‘cermin diri’ terhadap kenyataan yang bersifat meninggi diri sebelum ini.
“Orang Pontian sangat arif dengan Pontian. Dalam Pilihan raya ke 13 ini, Pakatan Rakyat ada calon berwibawa dan baik untuk melawan Ahmad Maslan,” tegas beliau lagi.