Oleh ibn_bacoks
PONTIAN – Che’ Gu Bard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendedahkan lagi beberapa siri pembohongan UMNO berhubung isu Melayu hilang kuasa dan memartabatkan Islam.
Hal ini kerana katanya, Melayu-UMNO merupakan dua entiti yang berasingan dan masyarakat harus memahami perkara ini dengan betul supaya tidak mudah terpedaya dengan dakyah mereka.
Sebelum ini, katanya perundangan negara menetapkan 3 juta hektar telah diisytihar tanah rizab bagi orang Melayu namun dua tahun kebelakangan ini dakwanya hanya tingga 1.7 hektar sahaja.
”Mana yang lain? Kalau nak jual, juallah pada Melayu. Ini harus diganti. UMNO perangai buruk. Mesyuarat Exco tanah Melayu boleh bertukar tangan.
”Di Johor banyak tanah hilang. Bilakah DAP jadi menteri besar Johor?. Tanah Johor peratus yang tinggi.” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada majlis Pidato Anak Muda di pekarangan Markas PAS Cawangan Parit Betak, Benut, dekat sini, baru-baru ini.
Sementara itu, beliau berkata, UMNO sekali lagi memperbodohkan orang Melayu dengan mencipta dakyah bahawa merekalah pembela Melayu.
Sedangkan tambahnya lagi, dengan mempersoalkan tindakan menteri yang menjaga agama didakwa selewengkan duit zakat nyata tersasar dari penyataan sebenar.
”Jamil Khir, lantik peguam lawan kes Datul Seri Anwar Ibrahim guna duit zakat lawan undang-undang Islam. Dia seleweng duit zakat, boleh tak jaga agama?” katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan