Sabtu, 7 Mei 2011

FACEBOOK MENGHINA ISLAM DAHSYAT DAN MELAMPAU - USTAZ ABDULLAH HUSIEN ( KETUA DEWAN ULAMA PAS JOHOR )


AYER BALOI, 7 April - "SANGAT dahsyat dan melampaui batas, lebih-lebih lagi guna bahasa melayu," demikian kenyataan akhbar daripada Ustaz Abdullah Hussin, Ketua Dewan Ulamak Pas Negeri Johor ketika ditanya mengenai satu penghinaan terhadap Islam di laman sosial facebook di Balai Polis Ayer Baloi, dekat sini, baru-baru ini.

Dakwanya lagi, pemilik yang menggunakan nama Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara itu datangnya daripada Nusantara ini telah menggunakan bahasa melayu yang boleh difahami.

Kesalnya juga, jika dahulu masyarakat Islam gempar dengan siri-siri penghinaan seperti karikatur menghina Nabi diakhbar Eropah namun kini sudah mula menular ke negara ini dengan menggunakan bahasa tempatan.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media ketika mengetuai bersama-sama dengan NGO Islam, Teras Pontian, Yayasan Amal Malaysia, Aic Johor, Dewan Ulama PAS Negeri Johor, PAS Kawasan Pontian dan Dewan Pemuda PAS Pontian sewaktu membuat laporan Polis berkenaan isu terbaru ini.

Lantaran ini, tindakan PAS katanya telah memandang serius perkembangan yang telah berlaku dan PAS akan memantau perkembangan ini dengan cuba menghalang sekeras-kerasnya dari berulang mengikut kemampuan dengan kuasa yang terhad.

Mtd Pas Benut difahamkan bahawa dalam laman social Facebook itu ia wujud akan tetapi status identiti tidak dikenal pasti. Manakala akaun lama pemilik facebook tersebut telah di tutup. Setelah beberapa laporan Polis di buat, minggu ini muncul semula dengan nama menggunakan "makcik" juga, cuma perkataan hujung di letakkan nama "RETURN".

Sementara itu, Shamsudin Jaafar, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Pulai Sebatang berkata, tujuan laporan ini dibuat supaya dapat memaklumkan kepada pihak berkenaan atas penghinaan yang dakwanya muncul seorang wanita duduk di atas kaabah.

Tegasnya lagi, pemilik akaun facebook itu merupakan individu yang sama dengan menggunakan nama yang awal "Makcik Hajjah dan berasal daripada Beranang.

Ketika ditanya apakah harapan beliau selaku wakil daripada NGO Islam disebalik laporan Polis ini, jawapannya ringkas iaitu "Minta SKMM siasat perkara ini".