Rabu, 4 April 2012

Melayu Hilang Kuasa? Ahmad Maslan Diselar



PONTIAN – Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri terus diselar setelah banyak kenyataan yang dikeluarkannya seperti menyebut kuasa Melayu akan hilang jika UMNO tidak mempunyai kuasa menyebabkan ada orang Melayu terpedaya dengan dakyah sedemikian.
Perkara ini dinyatakan secara tegas oleh M Subramaniam, Ketua Penerangan, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Johor dengan mempersoalkan di manakah kewajarannya Ahmad menyebut hal sedemikian sedangkan pencapaian UMNO sejak 50 tahun lalu disifatkannya tidaklah boleh dibanggakan.
”Tapi UMNO sukar mendengar kerana ada kawasan di kampung-kampung begitu taasub dengan keindahan UMNO. Mereka menganggap UMNO jamin nasib orang Melayu.
”Saya rayu kepada orang Melayu. Apa pencapaian 50 tahun. Sudah meningkatkah taraf orang Melayu?.
”UMNO ada 3P. Pangkat, Peruntukan dan Projek. Saya menyeru, jangan gadai masa depan anak cucu kita dengan keindahan UMNO.
”Jika mahu kerajaan yang telus, bagi pencen kerajaan yang lama perintah 50 tahun dah,” ujarnya lagi.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis Ceramah umum, di pekarangan Markas PAS Cawangan Parit Tengah, dekat sini, baru-baru ini.
Hadir sama, Ustaz Atan Gombang, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut, Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Pontian.
Sementara itu, beliau menganggap bahawa kebangkitan PAS dalam negara ini kerana memperjuangkan kebenaran.
Beliau, katanya akan terus bersama PAS dan akan  menyokong kepada mana-mana pemimpin yang dicalonkan dalam Pilihan raya Umum (PRU) 13 nanti.
”Bagaimanapun, kalau Ustaz Atan lepas menang nanti, dia tipu. Saya bagi amaran, kalau gagal tunai hak orang Melayu, bukan dia tipu pengundi tapi tipu ALLAH,” katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan