Isnin, 30 April 2012

Peruntukan Bagi Pembinaan Jeti Tidak Sama Nilai?



Oleh Ibn_bacoks

PONTIAN – Pembinaan Jeti di Kuala Sungai Benut dekat sini dipersoalkan ke mana baki peruntukan yang didakwa anggarannya sekitar RM80,000 hingga RM130,000 itu namun apabila ingin diukur dari kekuatan struktur binaan malangnya ia hanya mampu bertahan untuk beberapa tahun sahaja.

Menurut Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut, Ustaz Atan Gombang yang menerima aduan daripada penduduk sekitar memberitahu sepatutnya jeti tersebut perlu mempunyai banyak tiang berfungsi sebagai penyokong kepada struktur binaan kerana ia kian retak dan condong ke sungai, bukannya hanya beberapa tiang yang sedia ada.

”Jeti itu dah mula retak dan senget nak masuk sungai. Kenapa buat macam itu. Seolah-olah tidak padan dengan nilainya.

”Penduduk mengadu, jeti itu ada beberapa batang untuk menyokong ketahanan jeti yang sepatutnya perlu dibuat banyak tiang. Barulah kukuh jeti tersebut,” ujarnya lagi.

Difahamkan, selain tempat kunjungan awam menikmati persekitaran flora dan fauna di situ ia turut menjadi tumpuan kaki pancing untuk melabuhkan jorannya.

Namun, jeti tersebut hilang daya tarikannya setelah beberapa binaannya retak dan keadaanya yang semakin condong boleh membahayakan keselamatan pengunjung.

Sehubungan itu, Ustaz Atan mendesak pihak berkaitan turun padang menyiasat dan membaikinya segera bagi mengelak sebarang kemungkinan buruk daripada berlaku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan