Oleh ibn_bacoks
NUSAJAYA – Para pembeli rumah di Bandar Pulai Jaya, dekat sini kecewa dengan sikap Kerajaan UMNO Johor melalui wakil rakyatnya YB Aziz Sapian, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nusajaya yang didakwa cuba mengelak untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi sejak tiga tahun lalu.
Menurut Wakil pembeli, Ainul, kira-kira 314 orang penduduk sekitar hanya mampu menggigit jari gara-gara rumah yang dijanjikan siap pada 2007 terbengkalai akibat pemajunya Renewed Group Global Sdn Bhd gagal berperanan sebagai pemaju perumahan.
“Penduduk telah menghantar surat kepada Timbalan Perdana Menteri, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pusat Aduan Rakyat TV3 dan juga kepada YB Aziz Sapian selaku ADUN Nusajaya. Namun tidak ada respon yang baik dari mereka terhadap aduan kami ini.
“Lebih menyedihkan apabila wakil rakyat iaitu YB Aziz Sapian seolah-olah cuma untuk menggelakkan diri dari membantu kami menyelesaikan masalah kami ini,” ujarnya lagi.
Buntu dengan masalah yang dihadapi, wakil pembeli telahpun mengajukan aduannya kepada Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Nusajaya (PAR) Zon Nusajaya, Hj. Dzulkefly Ahmad untuk tindakan selanjutnya.
Sementara itu, Hj. Dzulkefly berkata, masalah yang dihadapi ini nyata membebankan pembeli kerana terpaksa membayar wang pinjaman kepada bank sebanyak RM800 sebulan untuk membeli rumah walaupun akhirnya terbengkalai.
Dzulkefly yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor berkata, penduduk telah mengunakan pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi ini bagaimanapun masalah ini terus menghantui mereka.
Malangnya kata YDP PAS Kawasan Gelang Patah itu lagi, kerajaan negeri yang diharapkan sebagai pembela sekali lagi gagal berjuang membantu rakyat termasuklah nasib pembeli rumah di Bandar Pulai Jaya.
“Siapa lagi nak membela rakyat jika bukan kerajaan negeri. Malangnya kerajaan negeri tidak mengambil peduli terhadap permasalahan rakyat ini. Kita mendesak kerajaan negeri supaya lebih serius untuk campur tangan bagi menyelesaikan masalah pembeli ini.
“Kerajaan negeri harus mengambil mudah terhadap masalah ini kerana mereka seharusnya membela penduduk yang dianiaya oleh pemaju yang tidak bertangungjawab ini. Di pihak Pakatan Rakyat, kami akan terus membantu pembeli rumah terbengkalai ini untuk menuntut hak mereka terhadap rumah yang telah mereka beli dan bayar,” ujar beliau lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan