Khamis, 12 April 2012

MELAYU Hilang Kuasa : Siapa Tukar Cuti Jumaat Di Johor? – Abang Mat



Oleh ibn_bacoks

PONTIAN – Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mempersoalkan tindakan UMNO Johor yang menukar hari cuti mingguan yang jatuh Jumaat kepada Ahad sebelum ini adalah kegagalan parti itu memartabatkan kesucian dan nasib orang Melayu-Islam.

Malah katanya lagi, UMNO yang menanam pemikiran jika ‘UMNO kalah, siapakah pejuang nasib Melayu’ merupakan alasan yang tidak masuk akal setelah banyak penyelewengan yang dibuat telah menghakis hak kaum bumiputera itu.

Beliau yang terkenal dengan panggilan Mat Sabu turut menambah bahawa masyarakat mudah terkesan dengan tanggapan itu kerana tidak mengetahui jumlah sebenar kerusi yang diperuntukan kepada orang Melayu.

Dalam pada itu katanya lagi, parti DAP pula yang dikambing hitamkan bagi meraih simpati dan sokongan rakyat.

”Tukar cuti jumaat siapa buat? DAP kah UMNO? Kita hairan, orang Putih (penjajah) tidak berani tukar (jumaat kepada ahad) tapi UMNO boleh.

”Kita bawa isu ini, orang Johor tak peduli. Kalau DAP tukar, (sudah tentu) berdarah di Johor.

”Yang tinggal (Kekalkan cuti jumaat) Kelantan, Terengganu dan kedah. Dahulu ada 5 negeri termasuk Perlis dan Johor.

”Hapus tulisan jawi, siapa buat? Pelik !. Siapa gadai tanah rizab Melayu, DAP kah?.

”Tapi, orang Melayu tergoda dengan isu ini (kalau UMNO kalah, DAP perintah).

”Bank Bumi, DAP ke yang pelingkup?. Yang melingkupkan hak kepentingan Melayu, semua UMNO,” tegas beliau lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya di majlis Hi-Tea di Pekan Parit Betak, Benut, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Pontian, Ustaz Atan Gombang, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan