Jumaat, 27 April 2012



Oleh Ibn_bacoks

MERSING – Perbuatan pihak tertentu yang membuat provokasi di tiga kejadian simbah cat dalam masa seminggu di Johor perlu diambil perhatian serius dengan meningkatkan keselamatan masing-masing terutama kepada pendokong Pakatan Rakyat (PR) bagi mengelak kejadian buruk terus berlaku.

Perkara ini dinyatakan secara tegas oleh Ustaz Azam Abdul Razak, Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Johor katanya petanda kebimbangan yang melampau dan gelabah kepada pengaruh pembangkang dipercayai  mendorong pihak tertentu bertindak khianat.

”Tiga kejadian simbah cat merah ke rumah
pemimpin dan markaz PAS di Johor dalam masa
seminggu. Ini petunjuk yang jelas UMNO-BN Johor berada dalam situasi yang amat cemas dan bimbang tentang perkembangn dan kemaraan PAS & Pakatan Rakyat (PR) di Bumi kelahiran UMNO.

”Bagi setiap pejuang kebenaran saat sebegini marilah kita tingkatkan soal keselamatan dan perbanyakkan doa munajat kepada Allah.

”Sebelum Allah menganugerahkan kemenangan kepada kita, ia perlukan menempuh ujian dan cabaran getir. Itu adalAh sunnatullah dalam perjuangan. Yakinlah Pertolongn Allah pasti datang,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Endau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar berhubung kejadian simbah cat yang berlaku kepada Mazlan Aliman, AJK PAS Pusat di rumahnya di Felda Bukit Ramun, Kota Tinggi pada jam 3.30 pagi dan disedari isterinya yang ketika itu masih belum tidur.

Mazlan dilaporkan berkata, perbuatan itu disyakinya kerana mempunyai kaitan dengan perjuangannya yang lantang menyuarakan hak rakyat terutamanya berkaitan penentangan penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) ke bursa saham.

Selain itu, tindakan Mazlan yang juga merupakan Pengerusi Gabungan Selamatkan Tanah Rakyat (TANAH)  menggesa 30,000 rakyat untuk berhimpun di pekarangan Plaza Angsana Johor Bahru 5 Mei ini dalam isu berkaitan masalah tanah didakwa telah menjadikan pihak tertentu berasa kurang selesa kepada tindakannya itu.

Bagaimanapun, katanya lagi, ia tidak melemahkan semangat juangnya untuk meneruskan dan  memperjuangkan agenda rakyat terbanyak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan