Khamis, 26 April 2012

PAS Bukan Berjanji Tapi Laksanakan Amanah



Oleh ibn_bacoks
PONTIAN – PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang apabila diberi mandat untuk memerintah bukan semata-mata menunaikan janji tapi laksanakan amanah ALLAH.
Demikian penegasan oleh Ustaz Atan Gombang, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut dengan katanya, hal sedemikian berbeza dengan UMNO yang hanya menabur janji malangnya ada sesetengahnya tidak dikotakan.
Beliau menambah lagi, calon yang berpeluang memenangi hati rakyat harus bebas dari unsur rasuah. Manakala pihak yang terpalit dengan perilaku songsang seperti menipu tidak akan bau syurga di Akhirat kelak.
”Kita nak sempurnakan amanah rakyat dan negara. Ini amanah yang Allah bagi.
”Nanti kalau mati, kena ikut cara Islam. Mesti cara Islam. Hidup ikut cara kafir, matipun cara kafir. Itu sifirnya,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada majlis Konvoi Kebajikan ke Unit Peti Undi (UPU) Permatang duku, dekat sini, baru-baru ini.
Hadir sama, Badrul Hisham Mat Saat, Ketua Penerangan PAS Pontian, Ustaz Mohd Faizul Hakim Ahmad, Ketua Dewan Pemuda PAS Pontian.
Terdahulu, Ustaz Atan berkesempatan menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan barangan harian kepada 8 orang yang terdiri daripada ibu tunggal, anak yatim dan golongan kurang berkemampuan.
Selain itu, edaran risalah telah digerakkan ke kawasan tersebut yang diketuai Ketua pemuda bersama ahli Jawatankuasanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan