Sabtu, 17 September 2011

KUNJUNGAN YAB DATO SERI IR NIZAR JAMALUDIN KE PROJEK CENDAWAN SAIFULAM AGRO FARM

Kunjungan ke rumah dan kawasan projek Saiful Amri.

Saya menemani YAB DATO SERI IR NIZAR JAMALUDIN menjamu selera makanan tenghari masakan ibu sendiri.Masak ala kadar yang mampun sebab kehadiran beliau tidak memang terduga untuk ke rumah dan projek cendawan kami.

Sedang berbicara mengenai isu-isu tempatan khusus di dun Benut dan Parlimen Pontian.

Menu yang ala kadar sahaja.Tetapi YAB DATO SERI IR NIZAR tetap selera makan bersama rombongannya.Ikan masak sambal,telur dadar dan ikan bilis goreng sahaja.


Bersyukur kehadrat illahi kerana pada 16/9/2011,Jumaat tepat jam 1 petang rumah saya dan kawasan projek cendawan menerima kunjungan tetamu khas iaitu Menteri Besar Perak yang Sah serta merupakan Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Adun Perak.Saya secara peribadi memang tidak menyangka akan kehadiran beliau ke rumah dan tapak projek kami.Saya mendapat panggilan telefon dari Pegawai Khas beliau Haji Amran yang menyatakan menuju ke Benut dan kebetulan beliau memang ada program rasmi di Dun Benut ini.Iaitu Jamuan Hari Raya bersama penduduk Parit Betak dan Kg Permatang Duku.Kehadiran beliau di jangka sekitar jam 2.30petang di Pekan Parit Betak,Sebaliknya beliau telah sampai awal dan terus ke teratak kami di Kampung Parit Hassan,Benut,Pontian,Johor.

Secara peribadi,saya amat teruja akan kehadiran beliau ke rumah dan tapak projek cendawan dan melihat sendiri operasi yang kami lakukan di kawasan projek cendawan kami.Secara personal saya menerangkan aktiviti yang kami lakukan di kawasan projek serta hasil yang di keluarkan.Pelbagai soalan di lontarkan
YAB DATO SERI IR NIZAR JAMALUDIN kepada saya.

Semoga dengan kehadiran beliau akan menaikan lagi semangat untuk membesarkan lagi projek ini.Dan kata-kata nasihat beliau akan menjadi azimat kepada saya untuk menjadi usahawan yang berjaya.Amin,Terima kasih YAB
DATO SERI IR NIZAR JAMALUDIN atas kunjungan yang tidak di sangka-sangka.

Rabu, 7 September 2011

Umno tercedera dengan senjatanya sendiri

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 7 Sept: Umno disifatkan tercedera dengan senjatanya sendiri apabila membangkit isu ucapan timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu dalam isu perjuangan kemerdekaan negara.

Ini kerana, tindakan media Umno yang membangkitkan isu ini menyebabkan semua pihak mula menilai siapakah pejuang kemerdekaan sebenarnya.

"Ternyata kali ini Umno cedera dengan senjatanya sendiri," kata Dr Dzulkefly Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS.

Usaha media tradisional mengeksploitasi isu ceramah Mohamad Sabu berakhir dengan pendedahan sejarah yang lebih besar tentang perjuangan kemerdekaan.

Semacam baru disedarkan umum mula bertanya, bagaimana boleh digelapkan sejarah perjuangan kemerdekaan selama ini. Ini kerana, selama ini rakyat disogokkan hanya Umno yang memperjuangkan kemerdekaan negara.

Hari ini rakyat tahu bahawa ada tiga kelompok pejuang kemerdekaan iaitu agamawan yang diwakili oleh Dr Burhanudin Alhemi, Abu Bakar Al Bakir dan lain-lain, nasionalis kiri pula adalah sosialis dan komunis manakala nasionalis kanan adalah golongan seumpama Umno.

Turut terdedah fakta sebenar Mat Indera apabila buku 'Pengukir Nama Johor' yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor yang menamakan beliau sebagai salah seorang hero dan pejuang kemerdekaan dari Johor.

(Mohamad Sabu menunjukkan buku yang mendedahkan siapkah Mat Indera sebenarnya)

Kes ini juga, katanya, mendedahkan kepada rakyat bahawa mereka mahukan keadilan dalam penulisan sejarah negara.

"Malang dalam situai ini profesor sejarah yang terpaksa membuat kenyataan bahawa British bukannya penjajah..kalau gitu apa erti kemerdekaan kalau tidak ada penjajah pada tahun 1957 itu," soal Dr Dzulkefly terhadap kenyataan seorang profeor sejarah.

Pakar perlembagaan pula, katanya, menyanggah pandangan profesor itu kerana hakikatnya ia adalah penjajahan.

Dalam 12 hari polimik ini, katanya, ia telah menyebabkan rakyat mula memahami sejarah yang selama ini cuba dipendamkan oleh Umno di mana Umno mahu tonjolkan dirinya sahaja yang perjuang kemerdekaan.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat dan anggota parlimen Kuala Selangor berkata, sebagaimana Umno menutup pejuang sebenar kemerdekaan negara, perdebatan isu ini juga menutup isu sebenar negara sekarang.

"Isu sebenar negara sekarang adalah daftar pemilih yang kotor, tuntutan lapan perkara Bersih 2.0, kenaikan harga barang, pengurusan ekonomi yang buruk dan sebagainya," kata Dr Dzulkefly.

Selain itu, isu ranking universiti Malaysia yangt terus tercorot di belakang berbanding dengan lain-lain universiti juga terpadam dengan isu ini selepas 12 hari ia dibahaskan.

Universiti Malaya, iaitu universiti terbaik di Malaysia hanya berada di ranking 167 berbanding 700 universiti di dunia, manakala Universiti Kebangsaan Malaysia (279) berbanding National Universiti Singapura (28) dan Nanyang Universiti (58).

Namun begitu, katanya, perdebatan ini telah mendedahkan Umno kepada masalahnya sendiri iaitu apakah benar Umno sahaja yang berjuang untuk kemerdekaan negara ini.

"Seorang penulis Umno sendiri, Datuk Mohd Arif Sobri Aziz melalui blognya juga menghentam Umno kerana menurutnya Umno hanya terlibat dalam pusingan terakhir perjuangan sahaja dan menafikan segala perjuangan yang telah dibuat oleh pihak sebelum itu," katanya.

Umno tidak angkat senjata memperjuangkan kemerdekaab, orang lain yang perjuang dengn jiwa raga mereka, Umno tidak boleh mendakwa semua pujian untuknya kerana ia hanya mengambil lap terkahir sahaja, tulis pemimpin Umno Pahang itu.

Debat: Kelantan dakwa Khairy cuba raih populariti

Rizal Tahir

KOTA BHARU, 7 Sept: Kerajaan negeri Kelantan hari ini menafikan pernah membuat perancangan untuk mengadakan debat antara Timbalan Presiden PAS, Muhamad Sabu bersama dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Dr Mohmed Fadli Hassan (gambar) berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang surat rasmi menjemput mana-mana pihak untuk berdebat.

“Kita (kerajaan negeri) tidak pernah mengeluarkan sebarang surat rasmi jemputan kepada mana-mana pihak untuk menganjurkan debat,” ujarnya.

Beliau berkata, apa yang berlaku ialah, satu email telah dihantar oleh Ustaz Baihaqi Atiqullah, yang menanyakan pendapat kepada Khairy Jamaluddin, sekiranya diadakan satu perdebatan antara ketua pemuda Umno berkenaan bersama Timbalan Presiden PAS.

“Ust Baihaqi adalah timbalan saya. Beliau hanya menanyakan pendapat pada Khairy melalui email, bukannya jemputan rasmi.

“Ust Baihaqi dan Khairy telah pun mempunyai hubungan pribadi sebelum dari ini dan pertanyaan itu adalah bersifat peribadi,” ujarnya lagi.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Negeri Kelantan, berkata, PAS negeri Kelantan sanggup mengajurkan debat tetapi bukan Muhamad Sabu dengan Khairy, tetapi antara Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kita tidak mahu Khairy mengunakan Timbalan Presiden PAS sebagai batu loncatan untuk meraih populariti di dalam Umno.

“Khairy sudah tidak diterima di dalam Umno dan kerajaan dan dia nak gunakan isu ini untuk meraih populariti,” katanya.

Katanya, salah faham ini timbul kerana Khairy menjawab email pertanyaan dari Ustaz Baihaqi melalui tiwetternya dengan mengatakan kerajaan negeri Kelantan menjemput beliau untuk berdebat dengan Muhamad Sabu.

Dr Asri kecam tindakan Jais

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 7 Sept: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin (gambar)menyifatkan apa yang dibuat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sekarang adalah mengekalkan sistem penjajah untuk mengekang agama sendiri.

Sehubungan itu, beliau yang melahirkan simpati terhadap anggota parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang didakwa Jais semalam berkata, "jangan hairan jika ramai orang murtad..kuasa agama untuk menyusahkan perkembangan agama."

Asri mengulas tindakan Jais yang mendakwa Khalid semalam dan akan dibicarakan di Mahkamah Syariah Klang 24 November depan kerana memberikan tazkirah di sebuah surau tanpa tauliah dari Jais.

Sebelum ini, Asri juga adalah menjadi mangsa Jais apabila beliau dikepong oleh penguatkuasa Jais ketika sedang memberikan kuliah agama seumpama penjenayah.

Khalid dipanggil ke pejabat Jais Shah Alam semalam dan dibebaskan dengan jaminan mulut oleh pembantunya sementara menunggu tarikh perbicaraan.

Khalid didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor. Jika sabit kesalahan beliau boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Khalid didakwa memberikan kuliah agama Islam tanpa permit ketika memberikan tazkirah Ramadhan pada 16 Ogos lepas di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.

Turut menerima tindakan dari Jais adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman apabila tauliah beliau ditarik pada bulan Ramadhan baru-baru ini.

"..simpati apabila ada ahli Parlimen yang diambil tindakan oleh Jais kerana memberi tazkirah..sekalipun tiada bukti ada kesalahan dalam tazkirah tersebut.

"Begitulah susahnya berdakwah..sistem penjajah dipakai untuk mengekang agama sendiri..jangan hairan jika ramai orang murtad..kuasa agama untuk menyusahkan perkembangan agama," tulis Asri dalam Facebook.

Bagi beliau, tindakan Jais ini seumpama arahan Nabi s.a.w "Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat" dimansuhkan.

Bagi Dr Asri, perkara ini berlaku kerana pihak yang tidak layak dan berilmu sewajarnya diberikan kuasa mkenjaga agama.

"Yang tidak layak menaungi agama diberikan kekebalan yang tidak diberikan kepada al-Khulafa al-Rasyidin sekalipun..apapun yang selamat HARD ROCK CAFE jua," tulis beliau.

Bukan cakap kosong

PONTIAN - Pemuda Pas Pontian menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu, mengenai Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong.

Ketua Penerangannya, Noorsaiful Amri berkata, Mat Sabu bukan bercakap kosong mengenainya, tetapi turut mengemukan bukti terhadap kenyataan yang dibuat.

Menurutnya, bukti yang didedahkan berdasarkan kepada buku Pengukir Nama Johor yang diterbitkan sendiri oleh Yayasan Warisan Johor pada 2004.

“Baca dahulu, fahami isi kandungan buku yang diterbitkan sendiri oleh Kerajaan Negeri ini,” katanya ketika ditemui, semalam.

Noorsaiful berkata, isi kandungan tersebut jelas menunjukkan sejarah Mat Indera di Rumah Pasung Bukit Kepong yang selama ini menjadi pertikaian banyak pihak.

Beliau turut melahirkan kekesalan terhadap media arus perdana yang banyak mereka cerita berkenaan kenyataan Mat Sabu terhadap isu ini.

“Mat Sabu tidak pernah sebut perkataan komunis, tetapi menyokong perjuangan Mat Indera ketika tragedi Bukit Kepong,” katanya.

Justeru beliau berharap, dengan bukti kukuh yang dikemukakan ini, ia akan menjawab persoalan dan ketidakpuasan hati pihak-pihak yang menuding jari kepada Mat Sabu.

“Jangan pandai melabelkan orang yang bukan-bukan, fahami sejarah negara terlebih dahulu, banyakkan membaca dan bukan sekadar menonton filem Bukit Kepong sahaja,” katanya.

Menurutnya, apa yang dilakukan Mat Sabu bukan untuk mengubah sejarah, tetapi untuk memperbaikinya sahaja, memandangkan banyak kisah-kisah dan cerita pejuang kemerdekaan yang tidak diketengahkan.

Katanya, Pas dan PKR tidak buta sejarah seperti yang diperkatakan, sebaliknya merupakan parti yang benar-benar mahu menegakkan keadilan bagi pejuang kemerdekaan negara yang masih ramai tidak mengetahui kisahnya.

“Apa yang berlaku, manipulasi fakta dan kenyataan Mat Sabu sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati ahli keluarga anggota polis yang berjuang,” katanya.

Beliau turut memuji tindakan Mat Sabu yang mengadakan sidang media seperti yang dilaporkan dalam Sinar Harian, semalam.

Tindakan itu, katanya, menangkis segala tohmahan yang dilemparkan terhadap Mat Sabu mengenai kenyataan yang mengiktiraf Mat Indera sebagai hero Bukit Kepong.

Isnin, 5 September 2011

Umno gali kuburnya sendiri - Mohamad Sabu

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 5 Sept: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menyifatkan Umno menggali kubur mereka sendiri apabila mempertikaikan kenyataan beliau bahawa Mat Indera adalah salah seorang pejuang kemerdekaan negara.

Beliau kini memiliki buku terbitan Yayasan Warisan Johor yang berjodol "Pengukir Nama Johor" yang penaungnya adalah Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman sendiri yang menamakan Mat Indera sebagai salah seorang hero Johor.

(Mohamad Sabu menunjukkan buku Pengukir Nama Johor yang memaparkan Mat Indera sebagai salah seorang hero dan gambarnya diletak di muka depannya)

Ghani juga turut memberikan kata-kata aluan dalam buku yang diterbitkan pada tahun 2004 itu.

Mohamad dijangka akan membuat satu sidang media segera bagi menunjukkan bukti ke atas kenyataan beliau sebelum ini bahawa Mat Indera adalah salah seorang hero dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.

Umno melalui medianya Utusan Malaysia dan lain-lain media kawalannya menyerang Mohamad dengan dakwaan menyokong komunis apabila menyifatkan Mat Indera adalah hero kerana melawan British.

Selain media, Umno juga menggerakkan ahli-ahlinya agar membuat laporan polis dan demonstrasi membantah ucapan Mohamad Sabu.

Buku Pengukir Nama Johor diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri.

Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini.

Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn.

Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002.

Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato' Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor.