Ahad, 8 April 2012

PAS Johor Serius Untuk Menang



JOHOR BAHRU – PAS Johor telah menunjukkan satu kesungguhan yang tidak berbelah bagi untuk menafikan kekuatan UMNO-Barisan Nasional (BN) di negeri itu dalam PRU 13 nanti.
Perkara ini dinyatakan secara tegas oleh Dato’ Dr Mahfodz Mohamed bahawa kesungguhan itu telah diterjemahkan dengan idea membawa balik YB Salahuddin dan memberi peluang kepadanya bertanding di mana-mana kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Katanya lagi, Salahuddin sudahpun menyatakan persetujuannya, malan Kelantan bersedia memberikan laluan bukan kerana ahli Parlimen Kubang Kerian itu ditolak oleh mereka seperti tanggapan ramai.
”Ini menunjukkan serius PAS Johor untuk bertanding. Kita bertanding nak menang, bukan nak kalah.
”Jentera parti (PAS Johor) sudah bersedia mental dan fizikal juga material. Sudah sampai masa PAS Johor lawan sungguh-sungguh dengan UMNO.
”Kita nak ambil peranan masing-masing. Walaupun sukar tapi tak mustahil untuk capai hasrat makin ramai rakyat Johor beri sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat,” katanya lagi dalam satu kenyataan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan