Selasa, 3 April 2012

Kebajikan Tentera : UMNO Tidak Letak Keutamaan?


Oleh ibn_bacoks
PONTIAN – UMNO di bawah kerajaaannya didakwa tidak memberikan keutamaan dalam soal menjaga kebajikan bekas-bekas tentera kerana tidak diberi layanan yang sewajarnya, demikian kata Hj Nazari Mokhtar, bekas pesara Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM).
”Nasib mereka telah dipinggirkan. Anggota tentera berhak dapat 20 hektar tanah di mana-mana tempat di Malaysia. Ini janji yang telah diluluskan dalam Kabinet dan Agong,” katanya lagi.
Ekoran kelemahan BN menguruskan hal kebajikan mereka, Nazari berkata setiap kali menyambut Hari Pahlawan maka rayaun derma dilancarkan.
Sedangkan, tambahnya lagi, mereka mempunyai aset dari  Lembaga Tabung Angkatan Tentera bernilai 59.32 bilion iaitu pada tahun 2010.
”Ini bermakna sekarang boleh dianggarkan 60 billion. Aset itu milik bekas tentera yang berjuang tabur jasa kepada negara.
”Apa yang jadi, hidup mereka merempat. Berebut dengan orang Myanmar, Bangla rebut kerja jadi Jaga. Kerana pimpinan BN tak letak sebagai keutamaan, tak jaga kebajikan.
”Tentera duit banyak tapi tak ada yang nak membela,” ujar beliau lagi yang juga Presiden KERABAT pada majlis ceramah umum anjuran Dewan Pemuda PAS (DPPK) Pontian, di Markas PAS Cawangan Parit Tengah, Benut, dekat sini, baru-baru ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan