Isnin, 9 April 2012

Cubaan Khaled Nordin Raih Simpati Tidak Menjadi?



PASIR GUDANG – Cubaan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk mendekati  Orang Sarawak dan Sabah mungkin tidak ‘menjadi’ apabila sejumlah 40 orang daripada komuniti tersebut mengisytiharkan diri dengan menyertai PAS dalam program Jom Ubah, di pekarangan Markas Cawangan Seri Alam, dekat sini, baru-baru ini.
Ibn bacoks sebelum ini pernah menyiarkan bagaimana sewaktu merasmikan pelancaran Bilik Gerakan Jentera Pilihan raya Umum, Persatuan Gagasan Dayak Iban Bersatu Malaysia (G.A.I.U) peringkat Parlimen Pasir Gudang, Mohamed Khalid telah mengeluarkan kenyataan menuntut supaya mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan janji pembangkang, sebaliknya akan terus bersama BN.
Bagaimanapun, dengan perkembangan terbaru itu, dipercayai telah memberi tamparan hebat buat Ahli Parlimen Pasir Gudang itu.
Menurut Syed Othman Syed Abdullah, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Permas, wakil komuniti itu mendakwa mereka hilang kepercayaan terhadap Kerajaan Barisan Nasional yang gagal membantu nasib rakyat Sabah dan Sarawak.
Tambah beliau yang juga merupakan ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Johor itu, ramai lagi dikalangan mereka akan menyertai Pakatan Rakyat (PR).
”Mereka mendakwa, sudah merdeka hampir 55 tahun tapi negeri mereka mundur,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Parlimen Pasir Gudang telah menerima kehadiran kaum itu kerana mereka bekerja di pelbagai sektor pekerjaan dan mempunyai 1,700 orang yang mendaftar sebagai pemilih.
Dalam pada itu, tindakan Khaled yang dilihat kerana mendampingi pelbagai lapisan masyarakat dipercayai bimbang sokongan rakyat terhadapnya semakin terhakis.
Tambahan pula, apabila banyaknya siri-siri provokasi yang dilakukan pihak tertentu terhadap ceramah PR di Parlimen itu nyata sedikit sebanyak ‘kecuakan’ itu berlaku.
Malah, bunting yang berbunyi ‘‘Allah Bersama UMNO’’ yang digantung di tiang-tiang lampu beberapa bulan lalu, didakwa sebagai retorik politik untuk terus mengaburi mata pengundi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan