Jumaat, 20 April 2012

Kesempurnaan Amalan Adalah Dengan Tidak Tolak Politik Islam



PONTIAN -  Pelaksanaan politik bercorakkan Islam  membawa kepada kesempurnaan amalan beragama kerana Islam merupakan agama yang menitikberatkan semua perkara, kata Ustaz Atan Gombang, mantan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor.
”Seperti ambil wudhuk tapi jari kelingking tidak dibasuh maka batal seluruh amalan.
”Macam juga berpolitik. Kita dah naik haji, tunai zakat, bersolat tapi politik tidak ikut cara Islam, batal seluruh amalan.
”Jangan kotori dengan menolak politik tiada kerja dalam Islam. Pendapat orang Melayu sebegini seolah sudah sebati dengan kata politik itu kotor.
”Solat boleh menjadi kotor kalau ikut cara agama lain. Tapi kalau ikut Islam tidak begitu,” terangnya lagi.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Tazkirahnya di program XPDC Dakwah di sebuah surau dalam Unit Peti Undi (UPU) Sri Jawa, Benut, dekat sini, baru-baru ini.
Sementara itu, beliau yang juga Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut menambah bahawa dakyah Yahudi dan Nasrani telah menyerap masuk ke dalam pemikiran orang Islam menyebabkan pemisahan antara agama dan soal keduniaan itu berlaku.
”Jangan terpengaruh dengan ajaran Kristian dan Yahudi yang tolak politik dengan agama. Kita mati esok-esok nak masuk kubur pastikan hidup arah tujunya ke arah Islam dan jalan yang lurus,” tegas beliau lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan