Ahad, 15 April 2012

TANAH Sokong Perhimpunan BERSIH 3.0



Blog ibn75.wordpress.com

SIMPANG RENGGAM – Perhimpunan BERSIH kali ini turut menerima sokongan daripada Gabungan SelamatkanTanah Rakyat Johor (TANAH) bagi sama-sama memastikan dan menjamin keadilan dalam perjalanan sistem pilihan raya negara ini.

Suhaizan Kaiat, Pengarah Sekretariatnya berkata, kumpulan mangsa yang ditindas berhubung masalah tanah antara ratusan ribu peserta yang akan menyertai BERSIH kelak.

”Kami jangkakan, ribuan mangsa akan bersama ke Dataran Merdeka. Di sana nanti, kelompok TANAH yang mempunyai identiti yang tersendiri akan bergabung dengan yang lain dalam satu perhimpunan BERSIH itu.

”Hal ini kerana, gelombang TANAH lebih memahami keadaan sama dengan tuntutan BERSIH memandangkan mereka terdiri daripada mangsa ketidak adilan.

”Mereka-mereka ini adalah seperti penduduk Tanah Sungai Balang Muar, Manong Ayer Hitam, Felda Cahaya Baharu, Plentong, Setinggan Kampung Plentong Tengah, Pasir Gudang, Tanah SEDC, Pulai, Felda Air Hitam, Simpang Renggam, Rumah Jualan Kerajaan Negeri atas tanah tol, Mersing, Bayaran Premium kepada JKK, Ledang, Projek Petrokimia, Pengerang.

”Kemudian Isu Kampung Ladang Hujung, Isu Pendas Laut, Gelang Patah, Pampasan setinggan dan banyak lagi tempat yang mengalami masalah tanah” katanya dalam satu kenyataan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan