Ahad, 22 April 2012

KERAJAAN UMNO Tidak Serius Tangani Masalah Pelajar Al-Azhar?



JOHOR BAHRU – KERAJAAN UMNO-Barisan Nasional didakwa tidak begitu prihatin terhadap nasib rakyat Malaysia yang menuntut di Universiti Al-Azhar Mesir kerana Keputusan yang menunjukkan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) seakan-akan tidak memainkan fungsi yang sebenar, apabila bergantung kepada peperiksaan kelayakan ini, demikian kata wakil pelajarnya, Mohd Ikmal Mohd Ali menerusi laman rasmi facebooknya.
“Keputusan mengadakan imtihan qabul (peperiksaan kelayakan ke universiti al azhar) menunjukkan kerajaan Malaysia melalui pihak Kementerian Pengajian Tinggi, Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, dan Education Malaysia Egypt tidak serius menangani masalah ini.
“Keputusan ini sekaligus menunjukkan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) seakan-akan tidak memainkan fungsi yang sebenar, apabila bergantung kepada peperiksaan kelayakan ini,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas satu laporan yang dipetik dari portal berita www.pmram.org berhubung Majlis Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yang dianggotai daripada Presiden Saudara Abdul Aziz bin Ali, Timbalan Presiden Saudara Zulhafeez bin Ahmad Zahidi, Naib Presiden I Saudara Ahmad Baihaki bin Rashid , Naib Presiden II Saudara Nur Ahmad Wafiy bin Noor Azri , Naib
Presiden III Saudara Ahmad Huzaifah bin Fauzi , dan Setiausaha Agung Saudara Norhalis Syafiq bin Ahmad , telah mengadakan kunjungan hormat ke Education Malaysia Egypt (EME) di Pejabat EME, Mohandissien Kaherah baru-baru ini.
Dalam pertemuan sekitar dua jam itu turut membincangkan beberapa usul penting yang melibatkan pelajar, antaranya ialah berkenaan Imtihan Qabul ( Peperiksaan Kelayakan Al-Azhar ) bagi mendapat penjelasan sendiri daripada Pengarah EME berhubung dengan perkara tersebut.
Juru cakap pertubuhan itu Saudara Abdul Aziz bin Ali dilaporkan berkata, PMRAM terus komited dalam memastikan hubung baik antara PMRAM dan pihak Kedutaan, khususnya EME dalam soal pendidikan.
PMRAM katanya bersedia bertemu dengan mana-mana pihak dalam membincangkan hal yang berkaitan kemaslahatan pelajar, khususnya hal yang memberi manfaat kepada ahli PMRAM. Kita juga mengharapkan generasi graduan Mesir terus berkesinambungan sekalipun pelajar Malaysia terpaksa menghadapi beberapa siri ujian dan tapisan untuk datang ke Mesir. Kita percaya makin susah ujian yang di lalui, makin berkualiti
hasil yang diperolehi.
Dalam perkembangan berkaitan,Mohd Ikmal turut berharap mana-mana pihak harus tampil bersama mengenengahkan isu ini supaya harapan masyarakat dalam negara ini yang ingin melihat kelahiran ulamak terus subur dan menjadi pembela kepada agama.
“Justeru, saya menyeru pihak-pihak yang bertanggungjawab dengan masalah ini bertindak segera untuk kesinambungan pelajar-pelajar Malaysia ke bumi Mesir.
“Ustaz Yohanas Misuan, Ustaz Abdullah Husin (Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Johor) sebagai mudir sekolah arab, rasanya boleh usahakan sesuatu kepada persatuan sekolah-sekolah agama seluruh Malaysia. Saya pun tak tahu kalau-kalau ada persatuan tu…” ujarnya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan