Sabtu, 21 April 2012

25,000 Tandatangan Disasar Berkenaan Kualiti Air



Oleh ibn_bacoks

BATU PAHAT – Dakwaan yang mengatakan kualiti air kurang memuaskan di daerah ini telah mendorong satu badan bukan kerajaan (NGO) bernama Kumpulan Prihatin Air Batu Pahat melancarkan gerakan mengumpulkan tandatangan.

Menurut Ketuanya, Syed Hamid Ali, selain bertujuan mengumpulkan  25,000 tandatangan, ia turut berhasrat untuk membuka mata pihak yang bertanggungjawab supaya dapat memberikan kepada pengguna bekalan air yang bersih.

Malah, beliau yang dikenali sebagai Pak Habib berkata gerakan pengumpulan tandatangan penduduk itu akan disertakan beberapa memaorandum yang akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak nanti.

”Dalam memorandum berkenaan yang bakal diserahkan dalam masa dua minggu ini juga mengandungi beberapa tuntutan selain tuntutan utamanya, yang melibatkan 500,000 pengguna,” katanya lagi yang juga Ketua Cabang PKR Batu Pahat dalam satu kenyataan.

Ibn bacoks sebelum ini menyiarkan bagaimana Isu berkenaan mula mendapat perhatian ramai setelah memperlihatkan keberanian Syed Hamid Ali menyerahkan memorandum terbuka kepada Perdana Menteri sempena lawatan kerja ke Batu Pahat baru-baru ini.

Syed Hamid mendakwa, beliau terpaksa menghadapi halangan manusia daripada pihak berkuasa sebelum berjaya menyerahkannya kepada Najib.

Dalam pada itu, Najib dalam lawatannya telah mengumumkan sebanyak RM9 juta bagi projek pembangunan dipercayai dilperuntukkan setelah banyak desakan dan serangan dilakukan pihak  pembangkang di Parlimen tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan