Khamis, 16 Ogos 2012

Hospital Pontian Perlu Dinaik taraf – Pak Ungku



PONTIAN – Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang Mendesak Datuk Ahmad Maslan selaku penyandang kerusi Parlimen Pontian membuat pertimbangan dengan menaik taraf Hospital daerah yang dikatakan mencecah usia tua didakwa struktur binaan dan prasarana tidak banyak perubahan.
Penyelianya, Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood berkata, pemimpin Barisan Nasional hanya mampu menabur janji untuk proses naik taraf setelah perasmian pecah tanahnya dilakukan pada tahun 2007 bagaimanapun sehingga kini tidak menjelma seperti yang dikotakan.
“Senasib dengan Hospital Pontian. Cuma Pontian, janji tak ditepati. Janji naik taraf 10 tahun dulu. Pecah tanah 2007 tapi habuk pun tak ada. Wakil rakyat tukar ganti. Pesakit kronik di kampung menghitung hari,” katanya bernada sinikal.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi UMNO Pulau Pinang hari ini mohon kerajaan membina Hospital baru Sungai Bakap yang telah berusia 120 tahun.
Beliau dilaporkan berkata, masalah timbul kepada kes-kes kecemasan yang memerlukan rawatan segera terpaksa dirujuk ke Seberang Perai menyebabkan kematian berlaku dalam perjalanan

Ahad, 12 Ogos 2012

Pembangunan Di Kampung Sebelah Pesat, Kampung Sendiri?




PONTIAN – Para penduduk Kampung Parit Jawa, Kayu Ara Pasong mempersoalkan tentang aktiviti pembangunan yang dikatakan tidak seimbang berlaku di kampung mereka.
Hal ini kerana jika ingin dibandingkan dengan kampung yang bersebelahan dengan mereka didakwa begitu pesat.
Tumiran Ahmad, 52, berkata, jalan yang dijadikan laluan pintas yang menghubungkan antara Johor Bahru dan Batu Pahat rosak dan berlubang pada sepanjang satu kilometer.
”Sedangkan jalan sepanjang 3 kilometer ini tidak ditampal yang berlubang seperti di kampung sebelah menyebabkan keadaan tidak selamat dan mengundang risiko kemalangan.
”Pernah terjadi seorang warga emas naik motor jatuh waktu siang-siang lagi bila nak pergi ‘jemputan’. Dah kalau malam lampu jalan tiada. Jalan pula berlubang-lubang. Kalau ada orang yang nak beranak, tak tahu lah macam mana,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Sementara itu, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Pulai Sebatang, Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood mendesak agar pihak yang bertanggungjawab turun padang menyelesaikan masalah penduduk.
”Khasnya kepada (Datuk) Ahmad Maslan, sila selesaikan masalah rakyat. Dahulukan rakyat. Selain itu, kita desak agar jalan ditampal. Manakala bahu jalan dilebarkan,” katanya lagi.
Bagaimanapun, setelah pihak terbabit menerima banyak bantahan, difahamkan jalan yang berlopak itu hanya ditaburkan batu-batu kerikil.
Dalam pada itu, Pak Ungku berkata tindakan itu dibuat dengan harapan dapat menutup pekung yang selama ini disembunyi kepada umum.
”Setelah hampir sebulan kami bangkitkan isu ini, hanya baru semalam mereka bertindak. Itupun hanya sekadar ditabur dengan batu putih. Penduduk berkata : sekadar nak tutup malu slogan janji ditepati. Kita akan terus pantau dan tunggu bila nak diturap,” katanya lagi.