Ahad, 20 Disember 2009

Konvensyen Pakatan: Malaysia hampiri perubahan

Tranung

Oleh Husam Musa

Nampak jelas Utusan melalui tulisan Zul Bakar hari ini, yang tentunya menggambarkan UMNO juga,begitu cemas dan gentar bila Pakatan Rakyat semalam mengambil bentuk yang lebih konkrit dan konstruktif.

Di luar jangkaan dan agenda pecah belah Utusan, Pakatan Rakyat melalui satu perhimpunan besar yang bersejarah, keluar dengan persepakatan polisi utama, termasuk kedudukan Bahasa Melayu dan Agama Islam, yang menjadi peluru Utusan membakar sentimen pengundi Melayu terhadap Pakatan selama ini.

Pakatan kini, dari segi susanan ras, sudah at par dengan BN. Halangan mental yang cuma dibina sebelum ini ke atas Pakatan ialah ketidakselarian pendirian terhadap isu-isu kaum, agama dan kedudukan Perlembagaan. Kini, dengan persepakatan polisi Pakatan, Pakatan muncul lebih meyakinkan dari BN yang dihantui amalan tempangnya yang panjang selama ia berkuasa.

Kelebihan persepakatan polisi Pakatan ialah, ia menyelesakan isu fundemental hubungan antara kaum, ditambah dengan pembaharuan polisi governance yang menjadi kekurangan BN selama ini.

Apa yang boleh dibuat oleh BN ialah meniru polisi-polisi governance Pakatan tetapi persoalannya, dengan heretan permasalahan dan sikap Kerajaan sedia ada yang tidak coherent dengan apa yang dikehendaki oleh majoriti rakyat, menjadi halangan besar bagi BN.

Zul Bakar dan Utusan konsisten dalam usahanya memecahbelahkan Pakatan Rakyat. Target utamanya ialah PAS. Sejarah penulisan Zul dan Utusan sepanjang isu ini menjadi bukti.

Zul dan Utusan cuba satu masa meletakkan persetujuan PAS menerima Pakatan hanyalah agenda 'kumpulan Erdogan' dan saya adalah antara termasuk dalam label 'Erdogan' yang telah dimainkan oleh Utusan sekian lama.

Bila Ustaz Hadi berdiri bersama dua pimpinan Pakatan yang lain di atas pentas dan gambar mereka tersebar luas, nyata komitmen terhadap Pakatan adalah komitmen PAS, bukan komitmen kumpulan Erdogan yang kononnya wujud dalam PAS.

Tentulah hati Zul hancur dengan keadaan ini. Utusan berperanan menewaskan saya berdasarkan sejarah dan urutan berita dan rencana yang disiarkan. Namun, tewasnya saya tidak berjaya mencapai sasaran Utusan mengasingkan PAS dari rakan Pakatan yang lain.

Saya patut bergembira atas gagalnya Utusan. Giliran saya untuk mentertawakan Utusan.

Medan dakwah PAS menjadi lebih terbuka di bawah konsep Pakatan. Perjuangan PAS memerlukan public acceptance dari semua kaum dalam negara. Public acceptance itu boleh dicapai melalui public polisi mengikut stage siasah syariyyah yang benar dan tulin. Sudah tentu polisi yang diolah seperti itu boleh diterima umum dan pada masa yang sama tidak meningalkan asas perjuangan.

Ia mesti bermula dengan trust dan trust itu telah mula diperolehi melalui sokongan meningkat bukan Melayu dalam pilihanraya 2008. Kepercayaan itu tidak boleh dirosakkan dan tidak juga boleh digagalkan.

Dua perkara yang boleh merosakkan trust itu. PAS hanya menjuarai isu kemelayuan sekalipun bertentangan dengan konsep keadilan dan kesaksamaan sejagat. Bila nilai keadilan dijunjung tinggi, bukan bermakna segala yang terhak kepada orang Melayu mesti diketepikan seperti yang cuba digambarkan oleh media lawan.

Kedua, PAS menerima kerjasama dengan UMNO yang akan meletakkan segala korupsi, lunturnya rule of law dan hilangnya integriti segala institusi utama negara terus tertegak kerana hilangnya segala nilai murni dalam UMNO di semua peringkat. Samada PAS memimpin dan UMNO di belakang atau UMNO kekal di depan dan PAS mengiyakan kebobrokan yang berlaku kerana hilangnya jati diri parti itu.

Trust itu lebih penting bagi perjuangan PAS baik dari sudut dakwah mahupun politik.

Melalui Pakatan, PAS berpeluang menjadi rakan utama dengan meluaskan bilangan kerusinya dalam pilihanraya akan datang. PAS belum mencapai siling kekuatan. Ia masih boleh meningkatkan pencapaiannya baik di peringkat DUN mahupun Parlimen.

Dalam konteks perubahan dan reformasi, perubahan hanya boleh dilakukan oleh kumpulan yang mendokong dan menghayati nilai-nilai murni. Ia tidak boleh datang dari parti yang sudah korup nilai murninya dan luntur jati diri. Seperti disimpulkan oleh Tun, busuk sampai ke usus. Parti yang 'usus' dan ''akalbudinya' sihat saja mampu membawa perubahan.

Perubahan kepada kedudukan negara ini sangat kritikal dan mustahak. Semua pihak yang mencintai perubahan ke arah kebaikan, perlu mempersiapkan diri seberapa maksimum.

Jika ada lagi kekurangan Pakatan, ia perlu diperbaiki dan diolah terus menerus sehingga Pakatan layak di mata rakyat menggantikan UMNO/BN.Pada masa yang sama, setiap komponen Pakatan harus bergerak memperkuatkan pencapaian masing-masing secara bersama, termasuk di Sabah dan Sarawak.

Jika pencapaian setiap parti dalam Pakatan dapat dilonjak sedikit lagi, Insya Allah, era perubahan yang ditunggu sekian lama akan menjadi kenyataan.

Tuntut kerusi YDP MAIPP dan Pengerusi BN P. Pinang, UMNO makin kurang ajar ?

3 Muharram 1431
Cina Islam.

Semasa Pakatan Rakyat semakin menguat dan menawarkan alternatif terbaik untuk rakyat Malaysia, pada hari yang sama kita menyaksikan pergolakan dalaman Barisan Nasinal yang semakin parah dan semacam menambah luka yang memungkinkan tidak terubat lagi.

Media melaporkan Umno mahukan jawatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yang kini dipegang oleh Gerakan diserahkan kepada parti itu dalam usaha mengukuhkan kedudukan perikatan itu di peringkat negeri.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipetik sebagai berkata permintaan itu adalah munasabah kerana hanya wakil Umno telah memenangi semua kerusi yang dikuasai BN di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum lepas.

Dakwanya "Parti komponen lain tidak ada satu kerusi pun di Pulau Pinang," selepas mempengerusikan menyuarat Badan Perhubungan Umno negeri semalam.

Jawatan pengerusi BN Pulau Pinang tidak pernah dipegang wakil Umno dan jawatan itu kini dipegang Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan selama itulah tidak pernah ada pemimpin UMNO yang memegang jawatan Ketua Menteri sampailah Pulau Pinang di kuasai oleh Pakatan sejak 8 Mac 2008 lepas.

Walaupun Zahid mengatakan hasrat UMNO itu adalah untuk menguatkan BN namun yang saya nampak ianya melemahkan dan menkucar-kacirkan BN di Pulau Pinang. Nampaknya UMNO menampakkan belangnya yang sebenarnya di Pulau Mutiara, bak kata perpatan "habis manis sepah dibuang". itulah perangai UMNO yang sebenar iaitu sangat mudah melupakan jasa orang lain.

Dalam masalah sekarang jasa Parti Gerakan yang selama ini menempatkan Pulau Pinang dalam cengkaman BN sekian lama atas jasanya menang besar di situ seakan dilupakan langsung olen pemimpin UMNO.

Sepatutunya UMNO dan BN mesti terus diajar kerana dia cukup kurang ajar kepada jasa orang yang mendahuluinya. Tanpa menafikan memang semua calon Gerakan kalah dalam Pilihanraya yang lepasa namun adakah itu ukuran segera untuk menafikan kejayaan sebelum ini?

"Tidak semestinya saya selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri dilantik sebagai Pengerusi BN negeri, jawatan itu mungkin boleh dipegang oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri atau Ketua Pembangkang," katanya.

Semakin kurang ajarnya Zahid dan UMNO Pulau Pinang bila mereka menuntut kerusi Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) .Adakah mereka masih tidur dan tidak menyedari bahawa Pulau Pinang sekarang di bawah pakatan Rakyat. Siapakah yang berhak menentukan kerusi tersebut. Siapkah Zahid yang memandai untuk "berkokok" dalam masalah ini.

Tuntuan ini bagi saya tidak lebih dari membuka pekung didada dan melahirkan hasrat jahat UMNO Pulau Pinang yang semestinya mesti ditolak secara total di Pulau Pinang di masa akan datang.

Yang Dipertua MAIPP ketika ini, Shabudin Yahaya yang juga ADUN BN Permatang Berangan akan tamat tempoh perkhidmatan pada 31 Disember ini.

Selamat bersara Shabudin dari jawatan itu dan saya yakin Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin akan memperkenankan cadangan yang di kemukakan oleh Kerajaan Negeri yang sah dari Pakatan, bukanya mendengar nasihat dari pembangkang di Pulai Pinang yang cukup kurang ajar !

Tuan Guru Dato Seri Haji Hadi: Ketepi perbezaan, dahulukan sepakatan

Malaysiakini
Dis 19, 09 5:28pm
Hampir dua tahun selepas menerajui tsunami politik pada pilihanraya umum lalu, hari ini menyaksikan tiga parti gabungan Pakatan Rakyat - PKR, PAS dan DAP -mencapai muafakat untuk memperjuangkan satu dasar bersama.

Berucap di konvesyen sulung Pakatan Rakyat di Shah Alam hari ini yang dihadiri 1,500 perwakilan tiga parti berkenaan, Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang mengulangi jaminannya partinya akan bekerjasama dengan rakan-rakan yang lain.

Parti Islam itu yang sebelum ini dilanda kontroversi berhubung isu kerajaan perpaduan PAS-Umno sejak 8 Mac tahun lalu, hari ini berkata, ia akan membuktikan kesetiaannya kepada rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu, Abdul Hadi menyeru semua pemimpin, ahli serta penyokong Pakatan Rakyat supaya jangan melihat perbezaan antara mereka tetapi mendahulukan apa yang telah disepakati bersama.

Bagi beliau, perpecahan yang berlaku dalam Barisan Nasional (BN) sekarang perlu menjadi iktibar kepada mereka.

"Perpecahan dalam tiap-tiap satu parti BN yang sedang memerintah sepatutnya menjadi iktibar kepada Pakatan Rakyat, dan kita sendiri mestilah menunjukkan perpaduan walaupun berbeza pendapat dalam beberapa perkara.

"Dahulukan perkara yang disepakati dan mengambil masa dengan sabar dalam perkara yang masih berbeza," katanya.

Sebelum Abdul Hadi, Datuk Seri Anwar dan Lim Guan Eng memberikan ucapan perdana masing-masing."Alhamdulillah kita bersama-sama tinggal dalam negara Malaysia yang dibentuk di atasnya masyarakat majmuk, di mana semua kaum besar di Asia berada di sini.

"Sepatutnya kita membuka mata dengan realiti yang ada sehingga kita tidak boleh menganggap rakannya adalah pendatang , bukan penduduk asal, kerana kita semua tidak berasa asing disini, bahkan bila kita bertemu di luar negara kita terasa bersama daripada satu negara," katanya dalam laporan Harakahdaily.

Menurut beliau, PAS yang berlandaskan Islam menganggap semua manusia adalah sama, kerana realiti mereka percaya kepada Tuhan yang satu.

"Walau pun selepas itu adanya penganut agama yang melantik tuhan-tuhan yang banyak yang sangat bercanggah dengan Islam, tetapi semuanya mengaku kepada Tuhan yang satu sahaja iaitu pencipta alam yang Maha Berkuasa, maka di atas perinsip aqidah ini Islam mewajibkan kerajaan berlaku adil kepada semua tanpa mengira bangsa dan agama yang berlainan," katanya.

Menurutnya lagi, Islam menganggap semua manusia daripada keturunan Adam dan Hawa, ada pun bangsa dan bahasa yang berbeza, warna kulit yang berlainan, taraf hidup yang tidak sama, semuanya berlaku kemudian.

"Semua perbezaan itu terbentuk selepas proses masa yang panjang , Islam menjadikan perbezaan itu tanda kebesaran Allah," katanya dengan disambut berselang seli dengan tepukan dan teriakan takbir Allahu Akbar.

Abdul Hadi juga mahu rakan-rakan bukan Islam dalam Pakatan supaya tidak mengambil serius contoh-contoh Islam dalam Umno.

Sebaliknya, kata beliau, PAS akan membuktikan kesetiaannya kepada Pakatan.

Dalam ucapannya, Hadi mengibaratkan perjuangan Pakatan menentang BN umpama satu permainan bola sepak.

Bagi Pakatan, katanya, ia mempunyai peluang yang sedikit untuk menyumbat gol manakala BN mempunyai peluang yang besar kerana "kita bermain dengan hanya satu kaki, sedangkan mereka bermain dengan dua kaki'.

Dan pengadil (pihak berkuasa) pula sentiasa menyokong BN, sehingga adakalanya 'pengadil menyumbatkan gol untuk mereka", katanya disambut gelak ketawa perwakilan.

Sementara itu, setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng yakin dasar bersama Pakatan yang diumumkan hari ini, akan dapat mengeratkan hubungan walaupun ia tidak mungkin dapat memuaskan hati kesemua parti komponennya.

Beliau yang juga ketua menteri Pulau pinang memberi contoh pilihanraya kerajaan tempatan yang dikehendaki parti itu, yang tidak dikhususnya dalam dasar tersebut.

Sebaliknya, kata beliau, gabungan itu telah menerima
'demokrasi kerajaan tempatan' sebagai ganti kepada pilihanraya
kerajaan tempatan dalam dasar bersama itu.

Katanya, contoh kompromi seumpama itu adalah satu petanda yang baik kerana ia adalah menandakan bahawa Pakatan boleh bermuafakat selepas perbincangan dan perundingan.

Di dada Karpal Singh ada 'bulan' - Nik Aziz

Harakahdaily

SHAH ALAM, 19 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan 'di dada Karpal Singh ada bulan', merujuk kepada lambang PAS adalah bulan.

Nik Aziz berkata demikian ketika berucap dalam majlis penutup konvensyen pertama Pakatan Rakyat hari ini.

Sebelum Nik Aziz, Karpal telah memberikan ucapan dengan berkata, dia bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz hari ini tetapi di antara Nik Aziz dan 'Tok Guru Abdul Hadi'.

Karpal berkata demikian ketika menceritakan bahawa pihak sekretariat konvensyen yang bimbang bila beliau (Karpal) akan memberikan ucapan penutup.

"Jika Karpal beri ucapan penutup, bermakna dia akan duduk di sebelah Tok Guru Nik Aziz...apa salahnya...saya bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz tetapi antara Tok Guru Aziz dan Tok Guru Haji Hadi hari ini," kata Karpal yang mendapat tepukan gemuruh dari para perwakilan.

Kedua-dua mereka mempunyai sejarah perhubungan tersendiri dan konvensyen hari ini mencatat satu sejarah baru politik negara.

Konvensyen lulus Dasar Pakatan Rakyat

harakahdaily
Zulkifli Sulong, Hazayani Zakaria, Ismail Hashim dan foto Zamzarina Abdullah


SHAH ALAM, 19 Dis: Tepat jam 5.30 petang 19 Disember, bertempat di Auditorium MBSA, Dasar Pakatan Rakyat diluluskan sebulat suara dalam konvensyen pertamanya.

Ia diluluskan apabila semua perwakilan berdiri dan mengangkat tangan tanda setuju apabila ditanya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan cadangan Lim Kit Siang.

(Gambar: Tiga pemimpin utama Pakatan Rakyat menandatangani dokumen Dasar Pakatan Rakyat selepas diluluskan konvensyen)

Dokumen itu kemudiannya ditandatangani oleh tiga pemimpin utama Pakatan iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Dasar Pakatan Rakyat berupa dokumen yang dipersetujui bersama di kalangan pimpinannya dan diluluskan sebulat suara dalam konvensyen hari ini.

Ia mengandungi empat perkara asas iaitu demokrasi yang telus dan tulen, memacu ekonomi berprestasi tinggi, keadilan sosial dan pembangunan insan dan hubungan persekutuan - negeri dan dasar luar negara.

Jumaat, 11 Disember 2009

MIC minta pusat tahanan Simpang Renggam ditutup

( malaysiakini 11/12/09 )

MIC mahu kerajaan menutup Pusat Tahanan Simpang Renggam di Johor kerana mendakwa ia menjadi sarang pembiakan penjenayah khususnya di kalangan kaum India berbanding usaha memulihkan mereka.

"Penjenayah kecil-kecilan yang dihantar ke pusat itu kemudian keluar sebagai penjenayah tegar," kata presidennya Datuk Seri S Samy Vellu selepas merasmikan bengkel Pemuda MIC mengenai pencegahan jenayah di kalangan pemuda India di Petaling Jaya.

Menjawab satu soalan, Samy Vellu berkata beliau sedar bahawa beberapa badan bukan kerajaan (NGO) juga mahu pusat berkenaan ditutup.

Pusat tersebut dibina pada 1986 bagi menempatkan tahanan yang ditangkap di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 serta banduan lain dan banduan reman.

Samy Vellu, yang melawat pusat berkenaan pada 2007 ketika menjadi Menteri Kerja Raya, menegaskan bahawa pusat tersebut sesak dan banduan tinggal dalam keadaan jijik.

Dilaporkan bahawa pusat itu hanya boleh menampung 2,000 tahanan tetapi kini jumlahnya melebihi 4,000 banduan.

Samy Vellu mencadangkan supaya banduan yang menjalani hukuman penjara dipindahkan ke penjara moden seperti Penjara Sungai Buloh manakala tahanan yang
belum didakwa dibawa ke mahkamah untuk menghadapi hukuman.

"Bagi banduan yang tidak dapat didakwa di mahkamah atas pelbagai sebab, kami fikir mereka harus dikenakan hukuman khidmat masyarakat dan kemudian dipindah ke
pusat pemulihan lain yang dilengkapi dengan kemudahan moden," katanya.

Menurutnya, ketika kunjungan ke pusat itu, beberapa tahanan mengadu bahawa mereka sepatutnya ditahan selama dua tahun dan mendakwa pihak berkuasa telah melanjutkan tempoh tahanan mereka.

Katanya beliau yakin Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan mempertimbangkan permintaan MIC itu atau mencari penyelesaian alternatif. - Bernama

Umno gagal, dana masjid jadi isu DAP

( malaysiakini 11/12/09 )
Peruntukan yang tidak seimbang untuk rumah ibadat Islam dan bukan Islam menjadi isu akibat kegagalan Umno dan BN menjelaskan kaedah pengagihannya kepada rakyat pelbagai agama dan kaum, kata PAS.

Ketua Penerangannya Idris Ahmad kemudian menegaskan bahawa Islam mampu memberikan keadilan kepada semua pihak - termasuk isu dana rumah ibadat - seperti yang parti itu tunjukkan dalam pentadbirannya di Kelantan.

"PAS bertegas bahawa Islam mampu memberikan keadilan pada semua dan menolak sebarang tindakan menzalimi penganut agama lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"PAS juga tidak menolak tuntutan penganut agama lain bagi mendapatkan hak mereka secara adil dan kita yakin perkara ini boleh dibincangkan secara bijak dengan mengambil contoh terhadap apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan PAS di Kelantan selama hampir 20 tahun ini."

Idris merujuk kenyataan ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming, di Dewan Rakyat berhubung isu peruntukan besar kerajaan dalam membina rumah ibadat Islam dan tetapi kecil sahaja peruntukan untuk bukan Islam.

Kenyataan Nga, juga setiausaha DAP Perak, itu merujuk jawapan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, bahawa kerajaan memperuntukkan RM748.26 juta untuk membina dan menyelenggara 611 masjid tetapi hanya RM9 juta diagihkan untuk tujuan agama bukan Islam, iaitu 1.2 peratus sahaja.

Susulan kenyataan tersebut, beberapa tokoh dan NGO mempertikaikan Nga dengan alasan beliau tidak wajar mengungkitkan peruntukan untuk membina masjid kerana perlembagaan mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi.

Mengulas polemik tersebut, Idris menyeru semua pemimpin politik dan NGO supaya tidak mencetuskan sentimen yang boleh ditafsirkan sebagai menyentuh sensitiviti mana-mana agama di negara ini.

"Kita juga menyeru agar semua pihak menghormati hak dan kebebasan setiap agama yang dijamin dalam perlembagaan negara bagi mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat," katanya.

Tambahnya, PAS menghormati hak umat Islam dan penganut agama lain, sesuai dalam Perkara 11, tentang kebebasan beragama, Perlembagaan Persekutuan.

"Dan jelas di sana setiap penganut agama, berhak mengurustadbirkan agama masing-masing tanpa mengganggu kepentingan penganut agama lain," katanya.

Oleh itu, beliau menasihatkan agar semua pemimpin politik dan NGO dapat bertenang dan tidak menjadikan isu ini sebagai alasan untuk menidakkan hak setiap penganut agama di negara ini.

"Sama ada mereka Islam atau tidak, jika kita ada rasa hormat, sebarang masalah boleh diselesaikan," kata Idris lagi.

Ahad, 6 Disember 2009

Himpunan sokong Nik Aziz, signal rakyat Kelantan buat Umno

Muhammad Yusri Amin
KOTA BHARU, 5 Dis:
Perhimpunan lebih 10,000 penyokong Mursyidul Am PAS Tok Guru Datuki Nik Abdul Aziz Nik Mat dari pelbagai kaum dan lapisan masyarakat Kelantan yang berlangsung di Medan Ilmu di sini pagi ini merupakan satu signal ditunjukkan rakyat negeri ini kepada Umno-BN.Rakyat di negeri ini mahu menunjukkan bahawa selagi Nik Abdul Aziz Nik menerajui kepimpinan dan pemerintahan negeri Kelantan maka selagi itulah Umno tidak boleh menawan negeri ini .Exco Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPNK) Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman berkata momentum itu perlu diteruskan dalam usaha melebarkan kebangkitan ini ke seluruh Malaysia.“Momentum ini perlu diteruskan terutama ketika seluruh struktur organisasi politik Umno dan Barisan Nasional (BN) kini sedang menghadapi keruntuhan apabila berlaku kemelut dalam parti komponen BN seperti MCA, MIC dan PPP,” katanya kepada media ketika ditemui pada perhimpunan rakyat di Medan Ilmu di sini semalam.

Serentak dengan itu, beliau bersetuju dengan cadangan supaya Pakatan Rakyat Malaysia yang kini dalam proses pendaftaran diketuai Nik Aziz sebagai Pengerusinya.“Menteri Besar Kelantan perlu menjadi pemimpin kepada Pakatan Rakyat (Pakatan Rakyat Malaysia), dan jika perkara ini terbentuk, ia akan menjadi ketumbukan yang kuat bagi melawan BN yang kini sudah lemah.“Jadi kalau dibentuk satu Pakatan Rakayat yang kuat di mana Tok Guru Menteri Besar menjadi Pengerusi atau pun ketuanya bersama sahabat yang lain dalam Pakatan, insya Allah satu pasukan yang kuat dapat dibentuk bagi mencapai kesejahteraan yang baik untuk rakyat Malaysia umumnya,” katanya.Mengulas perhimpunan hari ini, beliau berkata ianya menggambarkan demontrasi yang begitu hebat. “Saya selaku aktivis pemuda, belum lagi tengok satu demontrasi yang diadakan begitu hebat, yang mana kita sama-sama menyokong kepimpinan Tok Guru Menteri Besar.“Dan kita mendoakan supaya Tok Guru Menteri Besar terus diberi kesihatan yang baik, kebijaksanaan dan kekuatan fizikal, mental dan spiritual untuk terus memerintah Kelantan,” katanya.Mengulas gesaan Umno-BN supaya Menteri Besar Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat meletak jawatan, beliau berkata sepatutnya Najib lah yang sepatutnya meletakkan jawatan.“Yang sepatutnya meletak jawatan ialah Najib dan bukan Tok Guru Menteri Besar.“Ini memandangkan pengkhianatan yang dilakukan Najib terhadap pemberian royalti minyak kepada Kelantan.

“Semenangnya Najib yang sepatutnya meletakkan jawatan. Ini kerana kita semua tahu bahawa perjanjian di antara Kerajaan Negeri dengan Petronas telah pun termeterai sejak 1974.“Jadi oleh kerana perjanjian ini tidak dipenuhi, tidak dipatuhi mengikut saluran undang-undang, jadi dialah yang sepatutnya meletakkan jawatan dan bukan Tok Guru.“Kita adalah rakyat Kelantan, royalti minyak itu hak rakyat Kelantan, kita patut menuntut hak kita. Islam pun menuntut (supaya) kita menuntut hak kita dan kita akan teruskan usaha ini sehingga kita dapat royalty, insya Allah,” tegasnya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).“Jadi kalau berlaku lagi gerakan meminta supaya Tok Guru meletakkan jawatan, insya Allah seluruh ‘massa’, setiap peringkat dari semua kaum akan bangun menentang gerakan ini, dan difahamkan bahawa gerakan ini akan diteruskan di seluruh negeri dan negara,” katanya.Mengenai pengorbanannya meletakkan jawatan yang disandangnya (sebagai CEO PMBK) dianggap pengorbanan yang suci yang wajar dicontohi pegawai dan anggota kerajaan yang lain, beliau memberitahu bahawa beliau meletak jawatan itu adalah atas nasihat Tok Guru dan pimpinan PAS Pusat.“Dan perletakan jawatan ini akan ‘memutihkan’ unsur-unsur yang membolehkan Umno-BN membuat tuduhan terhadap amalan kronisma. Pun perlantikan saya, saya melihat bahawa atas kepercayaan Tok Guru dan juga apa yang telah saya lakukan selama satu tahun setengah dan sepanjang saya berada di PMBK selama lapan tahun, bahawa saya fikir saya telah banyak menyumbang kepada Islam itu sendiri dan Kerajaan Negeri.“Jadi pada hemat saya, perletakan jawatan saya merupakan satu pengorbanan, di atas nasihat pimpinan, dan saya kira dengan perletakan jawatan ini, saya harap dapat memadamkan unsur-unsur yang boleh memberi ruang melakukan fitnah oleh Umno-BN.“Namun saya tidak akan berhenti di sini, saya akan terus menyumbang untuk kesejahteraan rakyat Kelantan, parti PAS dan jamaah Islam,” katanya yang juga menantu Meneri Besar.Isu Ariffahmi CEO PMBK menjadi kontoversi apabila ada dakwaan menjadikan imej PAS tercalar dan memburukkan imej mertuanya Mursyidul Am PAS yang juja Menteri Besar Kelantan.

Namun kini beliau berkorban untuk parti PAS dan jamaah Islam dengan melepaskan jawatannya setelah dikatikan dengan dakwaan rasuah dan penyelewengan dalam PMBK, manakala Mursyidul Am PAS Dato’ Nik Abdul Aziz sendiri menunjukkan sikap tegas apabila berdepan dengan isu Ariffahmi menantunya demi menjaga survival Islam dan PAS khususnya.Dalam menghadapi isunya yang kontroversi itu, Ariffahmi pada 23 November lalu pada sidang medianya menegaskan bahawa beliau akan sentiasa patuh kepada pucuk pimpinan dan akur dengan nasihat Menteri Besar.Dan menerusi siaran medianya semalam, beliau setelah berbincang dengan Menteri Besar dan pengurusan PMBK memaklumkan bahawa beliau memberi notis perletakan jawatan pada 24 Disember 2009.“Saya perlu memberi notis 90 hari dan ini bermakna tarikh akhir saya akan berada di pejabat ialah pada 23 Mac 2010,” katanya.

Sekitar Ceramah Yb.Ir.Khalid Samad Dan Hasan Karim







- Program Ceramah Umum di Pekan Parit Betak berjalan dengan baik sekali.Walaupun hujan petang tapi keadaan reda dalam jam 7 malam.Walaupun kehadiran tidak berapa ramai kerana program malam tersebut serentak dengan Ceramah Umum di Dun Rengit jarak dalam 15km sahaja yang di hadiri oleh Yb.Dato Nik Amar ( Exco Kerajaan Kelantan ).Dianggarkan kehadiran dalam 400-500 orang di Pekan Parit Betak.Ucapan dari Yb.Ir.Khalid Samad dan Hassan Karim sudah terang dan jelas bahawa rakyat perlu menolak dan menyokong perjuangan Pakatan Rakyat.Insyallah program yang seterusnya akan di adakan pada 26/12 nanti penceramah nya ialah Yb.Dr.Dzulkiflie Ahmad ( Ahli Parlimen Kuala Selangor ).Gempuran demi gempuran yang telah kami lakukan di Pontian ini telah membuatkan Yb.Datuk Ahmad Maslan gelisah..selepas mereka BN menjemput Ezam Md Noor berceramah kononnya menjawab tuduhan Pr.Maka selepas ini kemungkinan mereka akan menjemput Khairy Jamaluddin pula menjawab...panggil lah siapa pun walhal Najib sekalipun.Kami Pemuda PAS Pontian dan seluruh jentera PAS akan merempuh Kubu UMNO Pontian ini..Allahuakbar!!!

Khamis, 3 Disember 2009

Ayuh Turun Esok Program Ceramah Perdana

Kepada seluruh warga Parlimen Pontian ayuh kita turun beramai-ramai bersama untuk mendengar ceramah yang akan di sampaikan oleh Yb.Ir.Khalid Samad ( Ahli Parlimen Shah Alam ) , Hassan Karim ( Bekas Presiden PRM ) dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat Johor di Pekan Parit Betak,Benut,Pontian,Johor.

Cerita tentang kawasan Pekan Parit Betak ini sedikit.Ia merupakan kawasan majoriti melayu.Dan kawasan ini juga merupakan kawasan hitam ataupun kubu kuat UMNO dari dahulu sehingga sekarang.Kononnya hanya UMNO mampu membela nasib mereka...itu dahulu.Tahun 2009 telah menyaksikan kegelisahan dan ketakutan pemimpin-pemimpin UMNO Pontian.Pekan ini juga merupakan kampung kepada YB.Datuk Ahmad Maslan ( Ahli Parlimen Pontian,Timbalan Menteri dan juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia ) selain Cikgu Jais merupakan ( Naib Ketua Bahagian UMNO Pontian ) memang di lahir di kawasan ini.Kebetulan rumah beliau hanya dalam 400meter dari kawasan ceramah.Untuk pengetahuan semua..Kubu UMNO ini telah di gempur 3 kali untuk tahun 2009.Antara tokoh yang telah mengempur ialah Ustaz Badrul Amin,Yb.Datuk Hj Mahfuz Omar,Yb Saari Sungib dan esok YB.Ir Khalis Samad bersama Hasan Karim ( Bekas Presiden PRM ).

Ketakutan UMNO juga terbukti selepas kehadiran Yb.Datuk Mahfuz Omar dengan menyaksikan penyertaan ahli baru PAS sebanyak 50 orang.Dengan kehadiran beliau..UMNO telah memanggil ayam tempang mereka iaitu EZAM MD NOOR ( Bekas Ketu Pemuda PKR ) dan EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA membidas semula di Pekan Parit Betak ini.

Kami jentera Pemuda PAS akan terus berusaha dengan kental bagi memastikan gelombang rakyat memihak kepada PR pada PRU 13 nanti khususnya di Dun Benut dan Parlimen Pontian.Doakan kejayaan kami....amin

Selasa, 1 Disember 2009

(UMNO busuk hingga ke ususnya) - Blog Tun Mahathir

1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).

2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.

9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.

12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.

13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.