Rabu, 18 April 2012

PTPTN : Mahasiswa Diajar Berhutang ?



PONTIAN – Adam Adli Abdul Halim, Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) berpendapat para pelajar negara ini telah diajar berhutang ekoran rasa terbeban dengan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Beliau yang juga ikon anak muda kepada kelompok mahasiswa pro-demokrasi mempersoalkan ketidakmampuan kerajaan di mana soal pendidikan secara percuma tidak diletakkan keutamaan dan baginya tiada alasan untuk tidak memansuhkan skim pinjaman tersebut.
”Bayangkan belajar 11 tahun. Habis sahaja nak masuk Universiti. Dapat apa? (setelah tamat pengajian), hutang!.
”Rakyat menangis tengok menteri naik helikopter, yang kita naik beca. Tapi hari ini cukup, anak muda Islam berdarah panas. Kita buka mata (lahir ke dunia) tengok ayah ibu susah. Kita bukan anak raja tapi rakyat biasa.
”Lepas 54 tahun cukuplah anak muda buka mata tengok rakyat susah boleh duduk diam kah?. Mahasiswa dikurniakan Allah kebijaksanaan. Tidak boleh tengok menteri rasuah.
”Walaupun jumlah anak muda tidak ramai tapi yang ratus-ratus ini akan gegar. Mana boleh duduk diam,” tegasnya lagi.
Adam berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya di majlis Pidato Anak Muda di pekarangan Markas PAS Cawangan Parit Betak, Benut, dekat sini, baru-baru ini.
Hadir sama, Che Gu Bard, Shazni Munir (GAMIS), Syed Omar, NGO Anak Muda, Ustaz Atan Gombang, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan