Ahad, 23 September 2012

Bersama Ir Nizar Gempur Kubu UMNO



BERSAMA Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin pada majlis Hi Tea di Kampung Permatang Duku Benut dalam misi menggempur kubu kuat UMNO.

Menariknya, UMNO telah menerima tamparan hebat apabila bekas pemimpin temoatannya Hj. Ahamadi Arjo yang bersama UMNO sejak 54 tahun telah mengisytiharkan diri menyertai PAS. 

ikutilah pendedahannya dihttp://ibn75.wordpress.com/2012/09/18/54-tahun-bersama-umno-kini-beralih-arah/

Sabtu, 22 September 2012

Sampaikan Sumbangan

USTAZ Atan menyampaikan sumbangan kepada seorang ibu tunggal di Unit Peti Undi (UPU) Permatang Duku.


Jumaat, 21 September 2012

Sinar Harian Siarkan Program PAS Benut



LAPORAN Program selebriti turun padang di Unit Peti Undi (UPU) Parit Betak mendapat liputan Sinar Harian hari ini.

Adam Hamid, Leman Raja Lawak dan ahli PAS Dun Benut serta Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyantuni 3 keluarga yang kurang berkemampuan. Berita akan menyusul kemudian, insya Allah.

Datuk Fauzi DI Pontian



DATO' Fauzi Shaari, bekas orang ke 3 dalam Polis kini berceramah di Taman Cahaya Pontian. Menariknya, pelbagai kaum dilihat menghadiri majlis ini. Turut hadir, M Subramaniam, Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS Johor.

Filem Pendek Pertama PAS Bakal Terbit



ADAM Hamid, Pengarah dan Pelakon Drama-Filem telah menyampaikan ceramahnya malam ini di pekarangan Unit Peti Undi (UPU) PARIT BETAK mengumumkan pembikinan drama PAS menceritakan perpaduan tentang Islam dalam format Youtube.

Proses pembikinan Dijangka akan dijayakan pada bulan November nanti.

Menurut Adam, ini merupakan tugasnya berdakwah bagi memberi kefahaman yang tepat kepada slogan 'Negara Berkebajikan'.

Akhbar Cina Buat Liputan Program PAS Benut



AKHBAR berbahasa Cina Sin Chew menyiarkan program Sambutan Hari Raya dan Penyampaian sumbangan kepada lebih 70 penerima termasuk kaum Tionghua anjuran PAS Benut di Dataran Unit Peti Undi (UPU) Sanglang baru-baru ini.

Berikutan tersiarnya laporan ini memberi petanda yang komuniti itu tidak segan mendekati PAS dan boleh duduk semeja dalam suasana yang harmonis.

Justeru, PAS Benut mencabar BN (MCA) menganjurkan majlis seumpama ini jika masih dianggap relevan lagi di sini.

Rabu, 19 September 2012

Pemuda PAS Bantah 28 September Ini


SIMPANG RENGGAM – Dewan Pemuda PAS Johor (DPPNJ) akan menganjurkan bantahan sebagai mengecam isu penayangan filem Innocence Of Muslims yang menghina Nabi Muhammad saw di negara ini.
Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, bantahan tersebut dijadualkan akan dijayakan pada 28 September ini di Batu Pahat.
Selain mengecam sekeras-kerasnya filem tersebut, pihaknya turut menyokong bantahan masyarakat Islam seluruh dunia kepada isu berkenaan.
Berikutan dengan penayangan itu katanya, ia bakal mengundang perpecahan kaum dan memberi kesan yang tidak baik.
”Isu ini telah menimbulkan kemarahan masyarakat Islam seluruh dunia kerana melibatkan sentimen keagamaan yang dipercayai mempunyai tujuan tertentu.
”Oleh itu, saya mengharapkan kerjasama semua pihak termasuk untuk sama-sama berusaha memastikan perkara ini dapat disekat daripada tersebar kerana jelas bakal memberi impak kepada kestabilan negara yang sedia ada supaya ada pergaduhan dan perselisihan faham antara satu sama lain.
”Justeru, ia sememangnya wajar disekat dalam apa jua bentuk media sekalipun. Saya turut menggesa agar kerajaan bersama pertubuhan bukan kerajaan hendaklah mengambil langkah proaktif dalam menangani isu ini dalam apa jua cara sekalipun untuk memastikan ia terhalang,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian semasa mempengerusikan mesyuarat bulanan Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, di pejabat DPPNJ, Taman Renggam Jaya, dekat sini, semalam.
Hadir sama, Mohd Faizul Salleh, Naib Ketua Pemuda, Mahadzir Mat Zili, Setiausaha Pemuda dan Shamsul Bakri, Ketua Penerangan Pemuda.
Sementara itu, Ibn Bacoks difahamkan, Mahadzir telah dilantik sebagai koordinator majlis bagi melicinkan perjalanan program itu nanti.

Selasa, 18 September 2012

54 Tahun Bersama UMNO, Kini Beralih Arah


Aduan Mangsa Pencemaran Diterima


BATU PAHAT – Kira-kira 200 penduduk Kampung Jorak Senawi, dekat sini mendapat perhatian Pusat Aduan Rakyat (PAR) Johor apabila masalah pencemaran berlaku dipercayai akibat pembuangan sisa kumbahan sejak empat tahun lalu.
Menurut salah seorang penduduk, Saat Ibrahim, 32, para penduduk sudah tidak tahan dengan bau busuk dan parit tercemar disamping bimbang terhadap tahap kesihatan akibat sistem perparitan telah dicemari dengan sisa kumbahan.
Malah, masalah yang dihadapi itu turut dikongsi oleh 30 keluarga lain yang melibatkan 200 penduduk dan mengganggu keselesaan.
”Sebelum ini, saya dan penduduk kawasan ini telah mengajukan masalah tersebut kepada pihak berkenaan, namun tiada tindakan susulan yang sewajarnya dilakukan, selain pemantauan sahaja.
”Dalam masa empat tahun ini, saya dan beberapa penduduk kampung telah membuat aduan, tetapu ianya tetap sama malah keadaan semakin teruk, saliran parit semakin tercemar selain bau busuk makin kuat,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Penyelia PAR Johor, Syed Othman Syed Abdullah memberitahu yang pihaknya akan membawa masalah ini kepada pihak berkaitan.
”Pihak kami akan ajukan kepada beberapa agensi berkenaan, selain akan buat laporan polis,” katanya.