Sabtu, 31 Mac 2012

TIGA Kerusi Pilihan Salahuddin Di JOHOR



Oleh ibn_bacoks

SKUDAI – YB Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS membayangkan kawasan yang menjadi pilihannya untuk bertanding dalam Pilihan raya ke 13 nanti adalah di tiga kerusi sama ada di peringkat Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Katanya lagi, Batu Pahat, Pulai dan Tanjung Piai adalah kawasan yang disebut-sebut kerana ia dianggap dekat dengan nostalgia, pembinaan karier politik serta pendidikannya.

”Insya Allah, saya dah balik ke Johor. Itu keputusan yang saya buat dan sampaikan kepada pucuk pimpinan telah beri lampu hijau. Tunggulah saya buat sidang media khusus di mana kerusi yang bakal bertanding.

”Rasanya (kerusi) Batu Pahat, Pulau dan Tanjung Piai (kerana) kerusi tersebut menarik. Saya tiada masalah kalau pimpinan beri peluang bertanding di kerusi tadi,” ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Makan Malam Bersama Media di Hotel Gode Hope, dekat sini, malam tadi.

Hadir sama, Dato’ Dr Mahfodz Mohamed, Pesuruhjaya PAS Johor, Mazlan Aliman, AJK PAS Pusat, Dzulkefly Ahmad, Timbalan Pesuruhjaya, Aminolhuda Hassan, Timbalan Pesuruhjaya.

Seramai 22 orang wartawan dan juru gambar di pelbagai agensi berita negara ini hadir termasuk wartawan online dan blogger kecuali stesen televisyen RTM dan TV3.

Ketika ditanya mengenai isu bakal menteri besar beliau menganggap bahawa isu tersebut sengaja disensasikan oleh pihak media.

Bagaimanapun beliau berkata ia bergantung kepada perbincangan di peringkat pimpinan Pakatan Rakyat (PR) Johor dan pada waktu ini tumpuan kepada gerak kerja pilihan raya telah diambil sebagai keutamaan daripada membicarakan hal sedemikian.

”Itu bukan matlamat. Atas nama PAS dan PR, kita ada pimpinan yang terbaik untuk rakyat Johor. Dr Mahfodz (Pesuruhjaya PAS Johor) tokoh dikenali, pengalaman akademiknya luas. Dr Chua Jui Meng, bekas menteri dan pimpinan MCA, Dr Boo Cheng Hau, ada kemampuan sebagai ketua pembangkang. Tak boleh dipertikai.

”Atas pentas ini, Hj. Dzulkefly Ahmad (Timbalan Pesuruhjaya), Cikgu Aminolhuda, Mazlan Aliman, Ustaz Azlisham (Dewan Ulamak), Norhayati Bachok (Dewan Muslimat). Kita (PR) ada kumpulan pimpinan terbaik dan alternatif,” tegas beliau lagi.

Dialog TANAH Dijangka Hangat



Oleh ibn_bacoks

JOHOR BAHRU – Dialog Masalah Tanah Johor yang dijadualkan akan diadakan petang ini di Hotel Good Hope, Skudai dijangka hangat ekoran banyak permasalahan berkaitan pemilikan tanah yang akan dibongkar oleh kumpulan bermasalah tanah.

Antara isu yang dianggap panas adalah kemelut yang melanda penduduk di tujuh buah Kampung sekitar Tanjung Kapal, Pengerang yang bakal dipindahkan akibat projek Pembangunan Bersepadu Petrokimia dan Penapisan Petronas (RAPID).

Difahamkan, para penduduk bercadang menyewa sebuah bas untuk ke Skudai sebagai tanda sokongan kepada penganjuran dialog tersebut.

Selain itu, isu SEDC juga memperlihat bagaimana seramai 44 penduduk yang diarah keluar kecewa apabila tanah tapak rumah yang dijanjikan dengan pembinaan rumah baru untuk mereka telah dibina bangunan SPRM dan sebuah pasar raya.

Malah dipercayai, sebelum ini penduduk bersetuju keluar dari Rumah SEDC itu dengan harapan akan dibenarkan kembali menduduki rumah baru seperti janji menteri besar namun telah dibina bangunan lain.

Sementara itu, menurut sumber di pejabat Sekretariat Pusat Aduan Rakyat (PAR) Johor, selain menyediakan khidmat nasihat daripada perunding hartanah pihaknya turut menyediakan khidmat guaman secara percuma kepada orang ramai.

”Pada perjumpaan itu nanti kami turut menyediakan khidmat guaman dan perunding hartanah secara percuma, dengan itu orang ramai yang mempunyai masalah berkaitan pemilikan tanah dialu-alukan datang,” ujar Mohd Faizul Mohd Salleh, Timbalan Pengarah 2 PAR Johor dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, sebagai proses seterusnya pihak Sekretariat turut bercadang akan memperhalusi segala aduan dan tindakan susulan akan diambil seperti mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.

Khamis, 29 Mac 2012

Terkejut Berita Ali Masuk ICU



BATU PAHAT – Dewan Pemuda PAS (DPPK) Pontian amat terkejut dengan perkembangan seorang yang berpenyakit misteri Ali dipercayai dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Batu Pahat, semalam selepas menjalani pembedahan pada alat sulit 19 Mac lalu.
Menurut Ketua Penerangannya, Noorsaiful Amri A Suloh, pihaknya yang sudah beberapa kali melawat Ali dan agak terkejut dengan perkembangan terkini sedangkan beberapa hari lalu agak sihat dan boleh berbual mesra.
Lelaki yang menetap di Benut itu telah dimasukkan ke ICU kira-kira jam 11 pagi semalam, selepas menghadapi masalah pernafasan, selain tidak sedarkan diri.
Ibn bacoks sebelum ini menyiarkan penderitaan yang dialami Ali selama ini mungkin dapat diringankan apabila DPPK bersedia menyediakan khidmat pengangkutan ke Hospital bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.
Sementara itu, kakak iparnya, Azizah berkata, dia terkejut dengan perkembangan itu kerana baru mengadakan lawatan dan berbual dengannya pada petang semalam di hospital.
Menurutnya, ketika lawatannya itu, Ali asyik meminta air daripada adik iparnya itu dinasihatkan oleh doktor supaya mengurangkan minum.
”Saya dan keluarga akan sentiasa untuk mendoakan supaya dia sedar dan cepat sembuh seperti sebelum ini, kerana dia pernah berkata kepada saya, yang dia rindukan rumah dan rindukan untuk menukang rumah,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, sehari selepas itu difahamkan Ali yang menghadapi masalah pernafasan sudah sedar dan boleh bercakap dengan keluarga yang melawatnya.

TANAH Akan Buat Tuntutan Wakili Rakyat Johor



SIMPANG RENGGAM – Gabungan Selamatkan Tanah Rakyat Johor (TANAH) akan ditubuhkan pada program Dialog Masalah Tanah Johor yang dijadualkan perjumpaan kali pertamanya di Hotel Good Hope sabtu ini dijangka akan merumuskan satu tuntutan secara bersama.
Menurut Pengarah, Sekretariat Pusat Aduan Rakyat (PAR) Johor, Suhaizan Kaiat yang bertindak selaku penganjur, cadangan daripada tuntutan itu adalah menepati dengan manifesto Pakatan Rakyat (PR) negeri ini yang memberi tumpuan kepada masalah tanah yang dihadapi rakyat hari ini.
”Antara tuntutannya seperti tebus balik tanah rizab Melayu yang telah digadai, mengurangkan karenah birokrasi dalam hal penganugerahan dan pemprosesan, mendesak kerajaan anugerahkan satu keluarga memiliki satu unit tanah atau rumah.
”Selain itu, maksimumkan proses pemberian tanah hanya tiga tahun, diberi hak milik tanah dalam tempoh 6 bulan selepas bayaran premium dan proses pengambil balikan tanah yang disifatkan boleh menguntungkan rakyat,” ujar beliau dalam satu kenyataan.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas program Dialog Masalah Tanah Rakyat Johor yang bakal dihadiri lebih 100 orang peserta yang bermasalah tanah di seluruh Johor.
Suhaizan yang juga merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor berkata, pihaknya sudahpun menggariskan beberapa kategori yang difikirkan sesuai bagi memudahkan proses perbahasan dalam pertemuan itu nanti.
Tambahnya lagi, masalah yang berkaitan tanah yang  melibatkan isu Setinggan,  Permohonan Tanah Bertindan, Isu Orang Asal, Isu Tanah Felda, Projek Kerajaan Di atas Tanah, Birokrasi Urusan Tanah dan Penipuan Tanah wajar diketengahkan oleh para peserta bagi memudahkan proses dokumentasi dan tindakan selanjutnya.
”Banyak isu yang boleh diketengahkan oleh kumpulan rakyat yang bermasalah tanah antaranya di Labis sendiri isu tanah generasi kedua di Felda Cempelak dan Cempelak Barat,” katanya lagi.
Pertemuan yang bakal melakarkan satu sejarah itu dipercayai akan dijadikan sebagai perintis dan pencetus bagi membangkitkan kesedaran serta memperjuangkan hak rakyat Johor yang selama ini sebahagiannya menjadi mangsa kepada ketidakadilan dan terpaksa menghadapi karenah birokrasi yang amat merumitkan.

Rabu, 28 Mac 2012

DIALOG Masalah TANAH Di Mersing Berjaya



Oleh ibn bacoks

MERSING - Rakyat Johor dilihat sudah memiliki satu kesedaran bagi memperjuangkan hak berkaitan masalah tanah sehingga mengakibatkan satu lagi ledakan berlaku ekoran tertubuhnya Gabungan Selamatkan Tanah Rakyat (TANAH) Johor awal minggu lepas.

Rentetan dari itu, satu majlis yang dipanggil Dialog Isu Tanah telah dianjurkan dengan menampilkan Pejuang Tanah Rakyat PAS, Mazlan Aliman di Kampung Tanjung Endau, Mersing, dekat ini, baru-baru ini.

Menurut Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Endau, Ustaz Azam Abd Razak, kehadiran rakyat ke majlis itu begitu memberangsangkan dan mendapat respon yang baik daripada peserta program yang mempunyai masalah status tanah.

Katanya lagi, Mersing yang terletak di timur Johor antara daerah yang paling banyak terdedah dengan masalah tanah. Antara kawasan yang terlibat seperti di Kampung Tanjung Endau, Kampung Jalan Bulang dan Kampung Sungai Padang serta Tanjung Resang.

Selain itu, di Taman Sri Mersing dipercayai yang masih bertaraf TOL turut mengalami masalah yang sama.

"Mereka yang hadir terdiri Wakil Penduduk dari Kaum Wanita turut menyatakan permasalahan mereka. Wakil Penduduk dari Kampung Tanjung Resang turut serta menyatakan permasalahan Isu tanah di Kampung mereka. Isu tanah tapak rumah mereka bakal diambil untuk dijadikan padang Golf.

"Malahan ada sebahagian penduduk terdiri daripada kaum lelaki turut serta bersama dalam prorgam Dialog Isu Tanah di Kampung Tanjung Endau meluahkan bahawa sudah 30 tahun lebih masalah mereka berlarutan. Mereka amat-amat memerlukan pembelaan segera," ujarnya ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat khas isu tanah di pejabat Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, Taman Renggam Jaya, Simpang Renggam, baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau  yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Johor berkata, hasil pertemuan pihaknya dengan kumpulan yang bermasalah tanah itu, maka beberapa orang sebagai wakil kumpulan terbabit akan dihantar ke program Dialog Masalah Tanah peringkat negeri Johor yang dijadualkan akan di adakan di Skudai, sabtu ini.

Sokong PAS : Ramai Orang Susah Akan Dibantu



LEDANG – ”Beri peluang kepada PAS untuk mentadbir negara kerana lebih ramai golongan susah akan dibantu,” demikian kata Dato’ Dr Mahfodz Mohamed, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor.
Beliau berkata demikian selepas menghulurkan sumbangan berupa wang dan barang keperluan kepada Suminah Ros, 62, dan suaminya Masiken Yatim, 65, di Kampung Sagil Parit 3, Tangkak, dekat sini, baru-baru ini.
Akhbar sebelum ini menyiarkan kehidupan sepasang suami isteri yang terpaksa menindih bumbung reumah guna tunggul kayu bagi mengelak zink tercabut setelah ditiup angin berikutan keadaan bumbung rumah yang sudah uzur.
Difahamkan, rumah yang berusia hampir 50 tahun itu yang dibina menggunakan papan dan zink terpakai dan kini kian uzur dan mereput serta seakan menunggu masa untuk rebah menyembah bumi.
Bagaimanapun, penderitaan pasangan suami isteri itu mendapat perhatian Dr Mahfodz untuk membantunya.
Menurut beliau lagi, bantuan ini sebagai simbolik keprihatinan pihaknya terhadap rakyat yang dilanda kesusahan.
”Bantuan segera turut akan diberikan mereka hidup dalam kesusahan setelah kami mendapat maklumat tentang perkara ini.
”Sekurang-kurangnya bantuan ini dapat mengurangkan beban mereka dan memberi sedikit kegembiraan kepada warga emas terbabit,” ujarnya lagi.

Selasa, 27 Mac 2012

Petanda Awal Kubu UMNO Johor Bakal Pecah



Oleh Ibn_bacoks

MERSING - Rata-rata beranggapan bahawa antara tanda-tanda awal UMNO bakal kecundang di negeri Johor adalah apabila sokongan kepada pembangkang semakin terserlah seperti dalam gambar di sebelah.

Seorang juru gambar pro pembangkang Dhamam dalam ulasannya di facebook rasminya menyebut anak muda yang bermain bola sudah tidak menunjukkan kebencian dan rasa canggung dengan bendera 'purnama' nyata memberi keyakinan bahawa PAS sudah tidak asing buat mereka.

"Sewaktu pulang dari mesyuarat di Teluk Gorek, Mersing...aku melalui sebuah padang bola...kelihatan anak2 muda sedang bermain bola....tidak takut tidak gentar dengan bendera 'purnama'..... #UNTUK MAKLUMAN: Ini di Mersing, Johor....bukan Negeri Kelantan! :)," katanya lagi.

Difahamkan, bendera itu dipasang di kedua pintu gol sebuah padang bola sepak berhampiran persimpangan jalan ke Teluk Gorek dan Tanjung Resang, Mersing. Lokasi berkenaan juga merupakan tempat pelancongan kerana didapati banyak chalet-chalet didirikan disekitarnya.

Sementara itu, Dhamam turut menambah dengan katanya media massa sering mengadu domba dengan menonjolkan sesuatu yang negatif ke atas parti pembangkang, namun bila melihatkan situasi sebegini membayangkan bahawa anak muda kini tidak termakan dengan dakyah yang dilemparkan UMNO.

"Imej PAS sangat buruk di gambarkan media2 UMNO/BN...setiap hari di momokkan dengan pelbagai tuduhan supaya orang benci pada PAS tapi melihat pada situasi ini orang muda tak percaya....kalau mereka percaya segala yg media UMNo/BN gambarkan...usahkan bendara pas...dengar nama PAS pun mereka akan benci.... :)," katanya lagi.

Dalam pada itu, gelombang perubahan semakin kuat melanda bukan sahaja di Johor tapi di seluruh dunia, bagaimanapun persoalan tetap timbul disebalik paparan gambar berkenaan salah satu daerah negeri UMNO paling kuat dalam dunia, mengapa begitu daif sekali keadaan padangnya.

Tambahan pula, tiang golnya seperti menanti masa untuk rebah ke bumi.Bukankah negeri yang diperintah UMNO keadaannya semuanya indah dan hebat?.

Barangkali bendera yang bersama dengan anak muda yang bermain bola itu adalah jawapan yang tepat bagaimana kegagalan dan kepincangan UMNO BN dalam mengurus tadbir negara ini

Mangsa Kebakaran REDA Dengan Dugaan



Oleh ibn_bacoks

PONTIAN – Mangsa dalam kejadian kebakaran Selamat Kosnan, 50, reda dengan dugaan itu dan menganggap ia sebagai ketentuan dari ILAHI.

”Ini kali kedua keluarga saya diberi dugaan. Sebelum ini, anak sulung saya ketika itu berumur 16 tahun, meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya berhampiran Masjid Pekan Ayer Baloi lima tahun lalu,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan PAS Kawasan Pontian di rumah sementaranya Pekan Ayer Baloi, Pontian, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Razali Limat, Setiausaha Kerja PAS Pontian, Prof Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Pulai Sebatang dan Ustaz Muhammad Nazar, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pontian.

Sumbangan berupa wang dan barang keperluan harian telah disumbangkan oleh Dr Ungku Mohd Noor bagi meringankan beban mangsa.

Dalam kejadian pagi jumaat lepas, anaknya Khusnul Khatimah dan Rohman rentung selepas terperangkap di tingkat atas rumah kedai papan yang menjadi rumah kediaman mereka sekeluarga.

Kejadian turut melibatkan sebanyak 10 buah rumah kedai papan dua tingkat yang merupakan kedai runcit, kedai telefon bimbit, kedai kopi dan stor.

Manakala Selamat yang mempunyai tujuh anak sebelum ini, kini tinggal sempat iaitu Mohd Hanafi, 21;Nor Fitri Yana; Mohd Iskandar,17; dan Mohd Suhaiban,15.

Dialog Masalah TANAH : Pak Samad Akan Hadir



SIMPANG RENGGAM – Pusat Aduan Rakyat Johor akan mengadakan Dialog Masalah Tanah Rakyat Johor yang dijadualkan berlangsung pada 31 Mac ini di Hotel Good Hope, Skudai jam 2.00 hingga 5.00 petang.
Menurut Penyelianya, Suhaizan Kaiat, selain bertujuan untuk mengumpulkan maklumat dan merangka plan bertindak, ia turut dihadiri oleh seorang tokoh terkenal, A Samad Said, Sasterawan Negara.
Tambahnya lagi, hasil dari pertemuan itu diharap bakal merumuskan cadangan sekaligus membantu menyelesaikan masalah tanah yang dihadapi rakyat Johor.
”Dialog itu berkonsepkan, setiap kumpulan rakyat bermasalah dengan isu tanah yang diberikan masa 7 minit untuk memberikan maklumat berkenaan,” tegas beliau lagi.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Masalah Tanah Kali Kedua di pejabat Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, Taman Renggam Jaya, Simpang Renggam, dekat sini, malam tadi.
Hadir sama, Ustaz Mohd Azam Abd Razak, Timbalan Ketua Pemuda Johor, Faizul Salleh, Naib Ketua Pemuda Johor dan Mahadzir Mat Zili, Setiausaha Pemuda Johor.
Sementara itu, beliau menambah dengan katanya  antara peserta yang dijangka bakal menyemarakkan lagi sesi perbahasan seperti YB Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS, Mazlan Aliman, ikon tanah negara, Hj. Dzukefly Ahmad, Perunding Hartanah, A Samad Said, Sasterawan Negara, Hassan Karim, Peguam, wakil PERKASA dan kumpulan rakyat yang bermasalah dengan tanah di seluruh negeri ini.
”Pak Samad sudah menyatakan kesediaan hadir untuk sama-sama menyelami denyut nadi dan rintihan rakyat.
”Oleh itu, saya menyeru kepada semua yang pernah menjadi mangsa berkaitan tanah supaya dapat bersama-sama menjayakan program tersebut,” ujarnya lagi.

Isnin, 26 Mac 2012

Syed Othman Bersedia Berdepan Dengan Sesiapa



Oleh ibn_bacoks

PASIR GUDANG – Syed Othman Syed Abdullah, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Permas menyatakan secara tegas bahawa pihaknya tidak berasa gentar dengan sesiapa sahaja apabila terus diberi peluang untuk mengekalkan sebagai calon di kerusi DUN Permas.

Katanya lagi, sama ada pencalonannya sebagai wakil PAS di kawasan itu menjadi kenyataan atau tidak, bukanlah satu masalah yang berat sehingga membantutkan usahanya menangani permasalahan rakyat sekitar.

”Dicalonkan atau tidak, bukan menjadi masalah. Sekiranya terus dipilih, saya bersedia untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja calonnya,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Syed Othman yang pernah bertanding sebanyak dua kali di Dun tersebut bagaimanapun tewas dengan calon BN iaitu M Munusamy, hanya memperolehi majoriti tipis sebanyak 2,018 undi.

Difahamkan, jika mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan calon daripada Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama membuat keputusan yang sama maka ini bermakna Syed Othman bakal bertanding untuk kali ketiga dalam Dun terbabit.

”Memang benar nama saya antara yang tersenarai oleh kepimpinan PAS negeri untuk bertanding di kawasan itu, namun masih terlalu awal untuk saya mengesahkannya.

”Sebelum pemilihan, ada dua nama lain yang turut disenaraikan,” ujar beliau lagi.

SENIMAN Dakwa Dipinggirkan



Oleh ibn_bacoks

PONTIAN – Seorang penggiat seni mendakwa diri diabaikan kerajaan berikutan hasratnya ingin mendapatkan tapak kediaman yang selesa menemui kegagalan gara-gara permohonannya tidak diluluskan.

Abidin Hj. Mehad, 53, seorang pelukis dan bekas Duta Kemerdekaan sempena Perayaan 50 tahun kemerdekaan yang dilangsungkan di Melaka berkata tapak rumah yang dijanjikan sebelum ini telah mendapat sokongan daripada Balai Seni Lukis Negara juga dengan harapan untuk menjadikan sebagai pusat latihan bagi aktiviti kesenian.

”Saya anak tempatan. Mohon tanah ke pejabat tanah pada tahun 2002 tidak diluluskan kerana alasannya tapak rumah berkenaan berhampiran dengan sungai Sanglang.

”Saya pertikaikan tindakan ini kerana ada sebuah padang bola sepak yang turut dibina berhampiran dengan sungai lebih kurang 130 meter dan diberi peruntukan RM50,000 tapi terbengkalai serta tak terurus.

”Malah, projek Rumah Mesra Rakyat juga berhampiran dengan sungai kenapa boleh diluluskan?,” tanyanya lagi bernada kecewa.

Beliau berkata demikian sewaktu datang sendiri ke Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut untuk melakukan aduan berhubung hal itu, di Benut, dekat sini, baru-baru ini.

Katanya lagi, pelbagai ikhtiar telah dilakukan semata-mata untuk mendapatkan sebidang tanah termasuklah dengan datang sendiri ke pejabat Menteri Besar Johor di bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, di Nusajaya.

”Tujuan saya ke sana untuk mengesahkan kedudukan permohonan tanah no. Fail PTDP.5/28/2007, malangnya sampai sekarang tiada jawapan,” katanya lagi.

Tambah Mentor Kesenian itu lagi, rasa bimbang turut menghantuinya kerana rumahnya pernah dipecah masuk sebanyak 3 kali sebelum ini.

Tambahan pula, mata pencariannya hanya diperolehi dari hasil kebun yang sekangkang kera dengan dibantu isterinya yang bekerja sebagai pekerja pembersihan telah menghimpitkan lagi keadaan.

”Walaupun saya pernah terima sumbangan RM5000 dari Tabung Kesenian Skim Penggiat Seni namun ia tidak cukup untuk menampung sara hidup saya.

”Dulu, kita buat kerja dengan Kementerian (KEKWA), last-last rumah kita tak terurus,” kesal beliau yang mesra dengan panggilan Pak Bid lagi.

Sehubungan itu, mana-mana pihak yang ingin membantu, bolehlah menghubungi PAR Benut untuk mengurangkan beban yang dihadapinya.

Ahad, 25 Mac 2012

Dr Mohamad Bagi Khidmat Kesihatan Percuma



Oleh ibn_bacoks

MUAR – Para penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani amat bertuah kerana mempunyai wakil rakyatnya yang berstatuskan seorang doktor.

Kelebihan yang dimiliki Dr Mohamad Taslim, Adun tersebut dimanfaatkan dengan mengadakan program khidmat pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada penduduk sekitar di situ.

Menurut beliau, program tersebut bertujuan untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan menjalani pemeriksaan kesihatan secara percuma.

Difahamkan, kira-kira 50 penduduk mengambil bahagian untuk menjalani pemeriksaan tersebut.

Disamping itu, Dr Mohamad turut menyampaikan sumbangan beras dan barang keperluan dapur kepada 22 penerima melibatkan ibu tunggal, warga emas dan golongan kurang berkemampuan.

”Selain dapat bertemu rakyat, peluang tersebut digunakan untuk menasihati mereka supaya menjaga kesihatan dan pemakanan secara konsisten.

”Saya mahu rakyat di sini mengamalkan gaya hidup sihat kerana banyak penyakit berbahaya mudah dihidapi,” katanya lagi dalam satu kenyataan.

PAR Benut Sedia Terima Aduan


Oleh ibn_bacoks

PONTIAN – Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut bersedia menawarkan khidmat kepada mereka yang membuat aduan berhubung kegagalan untuk mendapatkan bantuan BR1M.

”Saya tawarkan khidmat ini kepada pengundi Dun Benut. Siapa lagi yang tak dapat BR1M sila adu kepada PAR Benut.

”Tak ada sebab khususnya orang PAS tak boleh dapat. Itu hak rakyat,” ujar Penyelianya, Ustaz Atan Gombang.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan pada Majlis Dialog Bersama Penduduk Kampung Parit Makuaseng, di Unit Peti Undi (UPU) Parit Abdul Rahman, Benut, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Ustaz Muhammad Nazar, Naib Ketua Pemuda Pontian, Mohd Firdaus Ismail, Setiausa Dewan Pemuda Pontian.

Difahamkan, majlis tersebut turut menerima pelbagai aduan daripada orang ramai manakala pihak PAR Benut dilihat begitu komited untuk menghulurkan bantuan sekadar yang mampu.

Sementara itu, beliau turut menambah dengan katanya, kepada wakil rakyat yang diberi peluang untuk menyuarakan masalah rakyat, pemimpin UMNO diingatkan agar tidak mengambil kesempatan diatas kedhaifan yang ditanggung oleh masyarakat.

Sehubungan itu, segala peruntukan yang ada harus disalurkan dengan betul tanpa sebarang penindasan dan amalan pilih kasih berlaku.

Sabtu, 24 Mac 2012

Shafie Apdal Tertipu Dengan Kemajuan Johor?



Oleh ibn_bacoks

PONTIAN – Datuk Seri Shafie Apdal, Menteri Luar Bandar dan Wilayah didakwa terpedaya dengan stigma Johor antara negeri paling maju sedangkan dalam negeri itu masih ada jalan yang masih belum diturap dengan sepenuhnya.

Timbalan Ketua Penerangan, Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Pontian, Asmadi berkata Shafie dalam kenyataannya 8 Mac lalu di Ayer Hitam, menyifatkan negeri ini ‘paling maju’ kerana kebanyakan daripada rakyat meskipun tinggal di kawasan terpencil tapi sudahpun menikmati kemudahan jalan bertar.

Sebaliknya, kesal Asmadi lagi, kekeliruan Shafie terserlah setelah didakwa tidak mengkaji sepenuhnya sebelum kenyataan itu dibuat kerana masih ada lagi jalan kampung yang tidak diturap.

”Jalan benteng dan lorong Hj. Rahim, Parit Makuaseng Benut tidak diturap lagi. Seperti Lorong Hj Rahim, Ahmad Maslan janji nak turap tapi dibaginya jalan tanah merah.

”(Datuk) Ir Hasni (Mohammad, Adun Benut) pula janji nak bagi tanah kasaran tiga bulan lepas tapi masih tak muncul-muncul !,” dakwanya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu menyertai program Konvoi Kebajikan Dewan Pemuda PAS Kawasan Pontian di Unit Peti Undi (UPU) Parit Abdul Rahman, Kampung Parit Makuaseng, Benut, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Ustaz Atan Gombang, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut.

Asmadi turut mempertikaikan kredibiliti kenyataan Shafie terhadap komited kerajaan BN untuk membangunkan negara namun hari ini boleh lagi dilihat ada jalan kampung masih kotor berdebu tanpa apa-apa perubahan.

”Kita minta Shafie turun ke semua kampung di Johor terutama di Parlimen Ahmad Maslan ini bukan hanya bercakap tanpa disokong fakta yang tepat,” tegas beliau lagi.

Akhbar Sinar Harian sebelum ini menyiarkan kenyataan menteri tersebut dengan menyebut kebanyakan kampung di Malaysia telah mengalami transformasi menjadi kawasan separa bandar dengan hampir setiap rumah mempunyai kereta dan motosikal.

Jumaat, 23 Mac 2012

Pengundi Muda Pencetus Perubahan Di Batu Pahat



Oleh ibn_bacoks

BATU PAHAT – Parlimen Batu Pahat bakal melakarkan sejarahnya tersendiri apabila kecenderungan anak muda dilihat berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR).

Menurut ketua cabangnya, Syed Hamid Ali, kejutan boleh berlaku kerana kebanyakan jentera Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah terdiri daripada pengundi muda yang berusia di bawah 30 tahun.

Katanya lagi, golongan yang bakal mewarisi kepimpinan negara pada masa akan datang itu mempunyai semangat mahukan perubahan ekoran kerajaan yang sedia ada gagal mengurus tadbir negara ini dengan baik.

”Semangat mereka untuk melakukan perubahan meluap-luap dan kebanyakannya mengambil pendirian konsisten perlunya ada reformasi serta perubahan yang menyeluruh dalam negara juga di Batu Pahat,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian kepada media dalam satu majlis yang dihadiri Pengarah Strategi PKR Pusat, dekat sini, baru-baru ini.

KREDIBILITI Ahmad Maslan Dipertikai


Oleh ibn_bacoks

PONTIAN – Tindakan Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menggunakan peruntukan sebagai Ahli Parlimen dipertikai bagaimana cara pengagihannya didakwa tidak dinikmati oleh seluruh rakyat di kawasannya.

Perkara ini dinyatakan secara tegas oleh Ustaz Atan Gombang, Penyelia, Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut dengan mempersoalkan agihan itu yang mana dilihat hanya disalurkan kepada projek tertentu tanpa melihat kepada keperluan setempat.

”Kita dengar rayuan rakyat. Ahmad Maslan selaku wakil rakyat punya peruntukan khas. Itu duit rakyat ! Apa-apa projek yang dia buat ini semua duit rakyat. Kenapa tak diberi? Kalau tak ada duit, tak munasabah. YB ada peruntukan. Mana duit itu? (adakah peruntukan itu hanya) Buat pintu gerbang dan gantung banner?,” ujarnya dengan nada sinikal.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis Dialog Bersama Penduduk Tampok Darat berhubung isu Jalan Alternatif, dekat sini, baru-baru ini.

Difahamkan, pada majlis tersebut juga satu jawatankuasa Badan Bertindak Isu Jalan berjaya ditubuhkan sebagai langkah untuk membawa isu tersebut ke peringkat atas.

Malahan, penduduk turut mendakwa permasalahan itu banyak kali diajukan sama ada kepada pihak pentadbir kampung mahupun dalam mesyuarat agung cawangan UMNO namun mereka hanya menggigit jari apabila jawapan yang sama diberikan meskipun perkara ini telah memakan masa hampir 30 tahun lamanya.

Sementara itu, Ustaz Atan turut mengingatkan kepada para wakil rakyat agar tidak menggunakan kuasa untuk memperdayakan rakyat kerana kelak akan dipersoalkan ALLAH berhubung tindakan tersebut.

”Tipu rakyat tak cium bau syurga. Kita tak akan lindungi orang buat salah.

”Kita akan bersama-sama penduduk dan minta kerajaan UMNO perhatikan Jalan Tampok-Parit Betak di seberang sungai lebih kurang 5 kilometer. Permintaan ini adalah hak rakyat.

”Saya ingin tegaskan, PAS bukan sekadar berjuang memperjuangkan nasib rakyat seperti buat jalan tapi nak selamatkan rakyat di dunia dan akhirat,” ujarnya lagi.

Khamis, 22 Mac 2012

Isu Jalan : GHANI Terus Diselar



Oleh ibn_bacoks
PONTIAN – Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Pontian menyelar Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor setelah kenyataan yang dibuatnya berhubung soal jalan kampung di negeri ini yang sudahpun diturap sedangkan masih ada lagi rakyat yang belum menikmati kemudahan asas sedemikian.
Menurut Timbalan Ketuanya, Abdul Rashid Taib, kerajaan UMNO digesa membina jalan alternatif sebagai jalan kedua yang menghubungkan Tampok dan Parit Betak sepanjang lebih kurang enam kilometer ini memandangkan Sungai Tampok yang berkeluasan lebih kurang 30 meter itu ini tidak memungkinkan penduduk  mampu membina jambatan masing-masing.
”Ghani pernah keluarkan kenyataan di Batu Pahat 19 Februari lepas yang dahulu sekitar 20 tahun, kerajaan UMNO sibuk dengan menurap jalan terutamanya jalan kampung, tetapi kini mula membesarkan jalan.
”Kata-kata itu seolah-olah seperti meludah ke langit. Buktikan slogan ‘rakyat didahulukan’. Ini retorik politik semata-mata,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau mengulas isu yang membabitkan lebih 30 penduduk di jalan Tampok Darat, Benut menuntut kerajaan menyelesaikan masalah mereka berhubung soal pembinaan jalan alternatif.
Penduduk mendakwa sejak 30 tahun lalu hinggalah sekarang aduan dan permohonan sudah diajukan namun jangankan bayang-bayang jalan yang muncul malah sebutir batupun tidak kunjung tiba.
Malah penduduk juga terpaksa menggunakan jambatan kayu yang hanya boleh dilalui motosikal dan pejalan kaki sahaja.
”Nak bina jambatan sendiri kosnya mahal hinggakan penduduk terpaksa hadapi risiko kehilangan kenderaan. Lebih membimbangkan lagi mereka berdepan dengan ancaman maut.” katanya lagi.
Beliau berkata, beberapa bulan yang lepas ada seorang penduduk telah mati lemas setelah jatuh ke dalam sungai.
”Kita tidak mahu lebih ramai lagi mangsa yang terkorban gara-gara kerajaan UMNO gagal melaksanakan tugasnya dengan baik,” tegasnya lagi.
Beliau berkata demikian sewaktu mengadakan lawatan bersama Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut, Ustaz Atan Gombang, di Tampok Darat, Benut, dekat sini, baru-baru ini.
Sehubungan itu, pihaknya bersama penduduk akan membawa perkara ini ke peringkat atas bagi menimbang dan mengkaji keperluan semasa penduduk di situ dan didengari oleh pihak-pihak terbabit.

Konvoi Kebajikan Jelajah Dun Benut Berjaya


Oleh ibn bacoks
PONTIAN – Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Pontian dengan kerjasama Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut telah mengadakan program Konvoi Kebajikan dengan menjelajahi sekitar kawasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut.
Menurut Setiausahanya, Mohd. Firdaus Ismail, program tersebut dibuat secara berkala dengan dimulakan di Kawasan Benut terlebih dahulu.
Manakala di peringkat Dun Pulai Sebatang pula jelasnya, bakal diadakan pada minggu yang berikutnya dengan melibatkan PAR Zon tersebut.
”Kita akan gerakkan anak muda di Pontian bersama kita menyantuni masyarakat tanpa mengira aliran politik,” ujarnya lagi.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Konvoi Kebajikan Jelajah Dun Benut di Pekarangan pejabat Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut, di Kampung Asam Kumbang, dekat sini, Ahad lepas.
Hadir sama, Ustaz Atan Gombang, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut, Nor Azan Mohmad, Bendahari Dewan Pemuda PAS Kawasan Pontian.
Difahamkan, dua buah Ranger dan tiga buah kereta telah digunakan bagi mengangkut barangan sumbangan ke Unit Peti Undi (UPU) Pt. Abdul Rahman, UPU Tampok, UPU Pt. Kahar dan UPU Sanglang.
Lebih 25 individu dikenalpasti sebagai penerima dalam program sehari tersebut antaranya ibu tunggal, anak yatim dan warga emas serta mereka yang mengalami kehidupan yang dhaif.
Beliau berkata, antara UPU yang menjadi tumpuan adalah kawasan yang dikenalpasti ‘gelap’ bagi PAS namun berjaya jua akhirnya ditembusi.
Dari perkembangan terbaru itu terangnya lagi, nyata menunjukkan pendekatan mesra pihaknya dengan masyarakat telah berlaku hasil dari program sebegini.
”Kalau sebelum ini, UPU Pt. Kahar adalah kawasan yang sukar ditembusi. Pernah dalam PRU lepas kita pacak bendera pada sebelah malamnya tapi kesal apabila siang hari hanya tinggal abu saja.
”Alhamdulillah, dengan program ini masyarakat di situ tidak segan lagi dengan PAS dan kejadian yang lepas mungkin tidak berlaku lagi,” ujarnya lagi.

Selasa, 20 Mac 2012

PAR Permas Berjaya Kembalikan Ashraf



Oleh ibn_bacoks
PASIR GUDANG – Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Permas sekali lagi mengilapkan sinarnya setelah kejayaan demi kejayaan dikecapi bagi memastikan permasalahan rakyat didengari sekaligus menyelesaikannya.
Terbaru, seorang ibu, Wanchak bersyukur setelah bertemu anaknya Ashraf kembali yang berpisah sejak setahun yang lalu.
Difahamkan, pertemuan semula antara kedua beranak itu merupakan hasil usaha dan bantuan daripada Polis dan PAR Permas serta keluarga angkat yang menjaga anak lelakinya selama ini.
Menurut penyelianya, Syed Othman Syed Abdullah, penemuan kembali Ashraf bersama Wanchak adalah kejayaan terbesar pihaknya dalam menangani masalah yang diadukan rakyat bagi tahun 2012.
”Selepas didedahkan kepada media, usaha pencarian Ashraf menjadi lebih mudan dan Polis memberikan kerjasama dengan baik dan bersikap berada di tengah-tengah.
”Alhamdulillah, Rabu lalu, Wanchak kembali bertemu dengan anak lelakinya yang sudah terpisah sejak setahun lamanya,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tinggal Di Pondok : Ahmad Maslan Diselar



PONTIAN – Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Pontian menyelar tindakan Datuk Ahmad Maslan, Ahli Parlimen Pontian yang membuat kenyataan bagaimana kejayaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara dengan baik sedangkan di Parlimennya sendiri masih ada manusia yang mendiami pondok sebagai tempat berteduh.
Menurut Ketuanya, Mohd Faizul Hakim Ahmad, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu sewajarnya lebih prihatin pada nasib rakyat di kawasannya sendiri dari mencanang pelbagai janji manis yang di jajanya ke seluruh negara.
”Apa Ahmad Maslan pandang sebelah mata saja melihat keperitan rakyat di kawasannya sendiri?,” tanya beliau lagi.
Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan bantuan kebajikan kepada seorang warga emas, Ali Laufek,78, di Parit Betak, dekat sini, baru-baru ini.
Difahamkan, rombongan Faizul bersama Jawatankuasa Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut sudahpun mengadakan lawatan sebanyak tiga kali sebelum ini dan berkesempatan menemukan wartawan Sinar Harian dengan Pak Ali.
Menurutnya, Pak Ali juga merupakan pemain muzik kugiran, menghabiskan sisa usia tinggal bersendirian di sebuah pondok usang terletak jauh dalam kebun kelapa sawit dengan bergelap pada waktu malam dan hanya menadah air hujan sebagai sumber air harian.
Ketika dikunjungi ujarnya lagi, Ali sempat menyanyikan beberapa buah lagi tanpa iringan muzik meskipun perkataan yang disebut dalam lagu kurang jelas kerana suaranya yang semakin serak dan penglihatannya yang makin kabur.
”Kita akan berunding dengan waris untuk mencari penyelesaian bagaimana kehidupan Pak Ali lebih terurus pada masa akan datang,” jelasnya lagi.

Ahad, 18 Mac 2012

Masalah Lalat Bakal Berakhir?



Oleh ibn_bacoks
SIMPANG RENGGAM – Barangkali Suhaizan Kaiat, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Simpang Renggam antara individu yang paling gembira apabila diberitahu bahawa jaminan Kerajaan Johor dengan menyasarkan negeri itu bebas daripada masalah lalat menjelang penghujung tahun hadapan.
Isu lalat meletus ekoran pendedahan yang dibuat Suhaizan bersama kira-kira 500 penduduk di Machap telah menandatangani satu memorandum bagi menangani masalah lalat yang membelenggu mereka sejak 10 tahun lalu telah diserahkan kepada Menteri Besar Johor baru-baru ini.
Penduduk mendakwa, masalah ini telah lama disuarakan kepada pihak berkaitan, namun isu ini masih berpanjangan.
Antara kampung yang dikatakan terlibat adalah seperti Kg Sri Jaya; Kg Perak; Kg Bukit Batu; Kg Sima; Kg Ulu Benut; Kg Empangan; Kg Paya Parlembang; Kg GSA; Kg Parit Jepun; Kg Bukit Keremoiyang; Kg Baru; Kg Mat Amin; Kg Hj Noh dan Kg Batu 6.
Sehubungan itu, penduduk berharap isu ini dapat diselesaikan segera kerana ia melibatkan kesihatan dan untuk mengelakkan kerugian yang lebih besar berlaku.
Akhbar sebelum ini melaporkan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bersidang di Kota Iskandar, di beritahu bahawa empat strategi utama dirangka untuk tujuan itu termasuklah meningkatkan keberkesanan pengurusan najis di ladang unggas.
Disamping itu, penguatkuasaan Enakmen Kawalan dan Pertenakan Unggas, selain mengadakan program transformasi sistem perladangan kepada sistem reban tertutup adalah antara usaha ke arah itu.

Jumaat, 16 Mac 2012

Shahrizat Wajar Lebih Bertanggungjawab : Cg. MALA


Oleh ibn_bacoks
LABIS – Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Wanita UMNO disaran agar lebih bertanggungjawab dalam menjalankan amanah yang telah diberikan, kata Pn. Normala Sudirman, Exco Dewan Muslimat PAS Pusat.
Katanya lagi, kes yang melibatkan diri dan keluarganya nyata memberi kesan yang cukup besar disamping menjejaskan imej UMNO kerana dilihat masih lagi belum bersedia melepaskan jawatan sebagai orang nombor wahid dalam memimpin kaum hawa di negara ini.
”Beliau adalah salah seorang idola di negara ini, namun kes yang melibatkan Shahrizat tidak sepatutnya berlaku kerana masih ramai rakyat yang mencatu makanan dan bersusah payah sedangkan pemimpin bermewah dengan wang rakyat.
”Antara yang penting ialah sejauh mana siasatan akan dilakukan terhadap beliau berkaitan fedlot yang melibatkan wang sebanyak RM250 juta selain pengunduran beliau masih belum mencukupi untuk rakyat,” ujarnya lagi.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media di kediaman Ketua Wanita Keadilan Johor, dekat sini, baru-baru ini.
Hadir sama, Natrah Ismail, Ketua Wanita Keadilan Negeri Johor.
Sementara itu, beliau turut menambah bahawa harapan rakyat kepada pihak berkuasa agar lebih telus menyiasat kes tersebut hingga selesai.
Beliau yang juga Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Pemanis percaya penyiasatan kes yang membabitkan bekas menteri itu masih diteruskan dengan tulus meskipun Shahrizat sudahpun menyatakan kesediaan untuk mengundurkan diri.
Disamping itu, rakyat katanya tidak akan berpuas hati dan tidak mahu menjadikan ini satu jalan keluar apabila melibatkan masalah integriti dengan cara berundur seolah-olah dilepaskan daripada tindakan undang-undang.
Akhbar arus perdana semalam menyiarkan pendakwaan terhadap Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail berhubung salah guna RM9.8 juta untuk membeli 2 buah kondo; pindah RM40 juta ke dalam akaun syarikat milik keluarga; Tanpa kebenaran mesyuarat agung NFCorp.

Sindrom Ketakutan : Undi Orang Sarawak Pula Ditagih


PASIR GUDANG – UMNO-Barisan Nasional Bahagian Pasir Gudang didakwa berada dalam sindrom ketakutan apabila Ahli Parlimennya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin didakwa cuba menagih undi komuniti Sarawak.
Menurut sumber, Khaled turut mengeluarkan kenyataan menuntut supaya mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan janji pembangkang, sebaliknya akan terus bersama BN.
”Ini tindakan orang yang sudah mati akal dan berada dalam sindrom ketakutan yang teramat sangat,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas satu laporan akhbar yang menyiarkan pelancaran Bilik Gerakan Jentera Pilihan raya Umum, Persatuan Gagasan Dayak Iban Bersatu Malaysia (G.A.I.U) peringkat Parlimen Pasir Gudang oleh Menteri Pengajian Tinggi itu, dekat sini, baru-baru ini.
Parlimen Pasir Gudang menerima kehadiran kaum itu kerana mereka bekerja dipelbagai sektor pekerjaan dipercayai mempunyai 1,700 orang yang mendaftar sebagai pemilih.
Dalam pada itu, tindakan Khaled yang dilihat kerana mendampingi pelbagai lapisan masyarakat dipercayai bimbang sokongan rakyat terhadapnya semakin terhakis.
Tambahan pula, apabila banyaknya siri-siri provokasi yang dilakukan pihak tertentu terhadap ceramah PR di Parlimen itu nyata sedikit sebanyak ‘kecuakan’ itu berlaku.
Malah, bunting yang berbunyi ‘Allah Bersama UMNO’ yang digantung di tiang-tiang lampu didakwa sebagai retorik politik untuk terus mengaburi mata pengundi

Khamis, 15 Mac 2012

Penduduk Tagih Janji MB Untuk Geran Tanah


Oleh ibn_bacoks

JOHOR BAHRU – Para penduduk Kampung Melayu Pandan di sini menggesa YAB Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor menunaikan janji dengan mengurniakan geran tanah terhadap kampung yang berusia lebih 70 tahun itu.

”Saya merupakan pemimpin kelapan yang mewarisi permohonan geran tanah penduduk di kawasan ini yang sejak berpuluh tahun menanti sabar.

”Dalam lawatan ke kampung ini bulan lepas, MB berjanji keputusan akan dibuat dalam tempoh sebulan sama ada permohonan geran tanah itu diluluskan atau tidak,” ujar Roslan Semin yang dipetik Sinar Harian.

Pada 25 Februari lepas satu lawatan daripada MB ke kampung berkenaan diharap berakhir dengan keputusan yang membawa makna kepada mereka.

Difahamkan, keseluruhan penduduk yang menetap di kampung itu sekitar 2,000 orang, tetapi hanya 250 keluarga yang layak memohon kerana merupakan peneroka asal.

Sementara itu, ada penduduk mendakwa kepercayaan terhadap kepimpinan UMNO-BN semakin tipis gara-gara penantian untuk mendapatkan geran tersebut begitu lama.

Sehubungan itu, keputusan berhubung status kampung yang terkenal sebagai setinggan tertua di negeri ini diharap memberi petunjuk yang positif atau mungkin MB Johor boleh berkira-kira sama ada masih lagi berpeluang kekalkan kuasa atau mengemaskan sahaja  barang di Pejabatnya di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar selepas PRU 13 nanti.

Selasa, 13 Mac 2012

Keyakinan Untuk Bertahan BN Johor Mulai Goyah


JOHOR BAHRU – Gara-gara kedatangan dan ucapan yang dikeluarkan oleh dua pemimpin tertinggi negara ke negeri Johor dalam jarak yang singkat nyata membayangkan tahap kegusaran pimpinan UMNO negeri ini yang berada dalam kebimbangan yang amat sangat.
Terbaru, dalam kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri ketika mengadakan lawatannya jumaat lepas telah mencetuskan keraguan apabila ungkapan ‘rasa’ terpacul daripada mulut pemimpin nombor wahid itu.
Hal ini menunjukkan tahap keyakinan untuk mengembalikan zaman kegemilangan BN suatu masa dahulu kini berada pada aras yang paling rendah maka tidakpun ia mungkin boleh dimuziumkan dalam jangka waktu terdekat ini.
”Alhamdulillah jelas rakyat Johor ceria dan rasa-rasanya masih lagi sebuah negeri yang terasnya BN.
”Saya boleh rasa seperti mana yang telah saya beritahu Menteri Besar, mesti bekerja keras dengan semua kelompok rakyat Johor dan seluruh negara untuk mendapatkan sokongan rakyat,” katanya lagi yang dipetik Sinar Harian.
Sementara itu, dalam laporan Ibn bacoks sebelum ini menyebut kedatangan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri ke Parlimen Simpang Renggam dipercayai dibuat bagi menyaingi asakan pembangkang yang berkubu di situ pada program Jom Ubah.
Bagaimanapun, ucapan Muhyiddin kepada orang ramai di Machap itu belum cukup untuk menyakinkan rakyat kerana masalah lalat yang menghantui penduduk di situ belum menunjukkan tanda-tanda penyelesaiannya.
Dalam pada itu, apabila Puteri UMNO bahagian terbabit yang turut melancarkan program Projek Puteri Prihatin Klinik Bergerak bagi mengesan dan membantu golongan pesakit kronik kawasan tersebut telah menguatkan lagi dakwaan bahawa keyakinan untuk mengekalkan prestasi sebagai deposit tetap BN bakal berkubur dalam PRU 13 nanti.
Malah, Datuk Razali Ibrahim, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pernah mengeluarkan kenyataan sebelum ini dengan menyeru jentera parti mereka tidak hanya bersandarkan kepada sokongan rakyat semata-mata.
Hal ini, kerana tsunami politik yang berlaku pada PRU 12 yang lalu mengubah landskap BN untuk berdepan dengan PRU 13 berikutan ia pasti tidak menjanjikan kemenangan mudah buat sebuah parti ‘veteran’ sedemikian.

Isnin, 12 Mac 2012

BATISTUTA Berjaya Disambar JOHOR?


Oleh ibn_bacoks

JOHOR BAHRU – Desas desus mengenai lamaran Johor ke atas penjaring gol terbanyak Argentita Gabriel Batistuta terjawab berikutan kenyataan terbaru Presiden Johor FA, Tunku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, di laman Twitternya.

Bagaimanapun, Batistuta dijangka akan tiba di Johor pada16 Mac ini diperlukan sebagai pemberi nasihat dan berkongsi idea untuk menjadikan Johor pasukan terhebat di negara ini.

Disamping itu, untuk mengembalikan zaman kegemilangan Johor dalam persada bola sepak negara  adalah antara usaha yang dilihat boleh membantu oleh kelab bola sepak di selatan semenanjung itu mencapai hasrat tersebut.

Batistuta yang dilahirkan pada 1 Februari 1969 pernah beraksi dalam tiga perlawanan akhir Piala Dunia.

Turut dikenali sebagai Batigol akibat tendangan kaki kanannya yang padu dan telah menjaringkan 10 gol dalam kejohanan Piala Dunia (1994,1998 dan 2002).

Beliau juga merupakan pemain Kelab Argentina Newell’s Old Boys, River Plate dan Boca Juniors, selain pernah beraksi dengan Kelab Qatar Al-Arabi.

Batistuta yang pernah beraksi bersama Argentina pada tahun 1991 hingga 2002 di peringkat Piala Dunia dan bersara pada tahun 2005.

Rabu, 7 Mac 2012

Program ‘JOM UBAH’ Gerunkan Muhyiddin?




Oleh ibn_bacoks

SIMPANG RENGGAM – Akibat tidak tahan dengan asakan Pakatan Rakyat (PR) selepas 3 hari berlalunya program ‘Jom Ubah’ anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) yang berkampung selama sehari di Parlimen itu didakwa membuatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri kini menjadi tidak keruan.

Menurut sumber, program ‘Jom Ubah’ telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat dan dipercayai pimpinan Barisan Nasional peringkat Bahagian tersebut mulai bimbang dengan perkembangan itu.

”Mungkin dengan kenyataan Muhyiddin itu dibuat  supaya boleh ‘basuh balik’ minda masyarakat di Simpang Renggam,” ujarnya lagi.

Terbaru, ketika mengadakan lawatannya ke situ, Muhyiddin telah disediakan pentas lalu menggesa rakyat negeri ini untuk turut sama majukan negara dengan memahami program pembangunan dan cuba mempengaruhi rakyat untuk menolak janji kosong pembangkang.

Muhyiddin mendakwa, Pakatan Rakyat sedang mengintai-intai negeri tersebut kerana dilihat maju dan mengintip hendak mencari jalan bagaimana boleh menembusi dan menguasai Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di sini.

Beliau membuat kenyataan itu di hadapan orang ramai pada Majlis Mesra Rakyat di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Machap, Simpang Renggam, semalam.

Hadir sama, wakil rakyat BN Datuk Abd Hamid Abd Rahman (ADUN) Machap, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Liang Teck Meng.

Sebelum itu, PAS telah menggerakkan jentera di seluruh kawasan dalam satu tempat pada program ‘Jom Ubah’ dengan mengadakan pelbagai pengisian antaranya Demontrasi lalat, Edaran risalah, pemeriksaan kesihatan, kenduri dan lain-lain.

Manakala pada sebelah malamnya pula merupakan kemuncak program apabila ceramah-ceramah  perdana ala pilihan raya yang melibatkan para pimpinan pusat telah di adakan di beberapa lokasi terpilih dalam Unit Peti Undi (UPU) di kawasan tersebut adalah dipercayai mendorong bekas Menteri Besar Johor itu membuat kenyataan sedemikian.

Dalam pada itu, Suhaizan Kaiat, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Simpang Renggam pula disebut-sebut bakal bertanding bagi merebut kerusi Parlimen terbabit kerana boleh memberi saingan sengit buat BN apabila penyandangnya Liang Teck Meng hanya mampu memperolehi kemenangan tipis pada PRU lepas.

Untuk rekod, majoriti yang diperolehi BN pada PRU 11 sebanyak 14,155 dikatakan turun mendadak kepada 7,853 pada PRU 12 bukti sokongan rakyat kepada PR semakin meningkat.

Dr Mohamad Santuni Pesakit, Anak Ucap Terima Kasih



Oleh ibn_bacoks

MAHARANI – Anak kepada seorang pesakit yang mengalami masalah kemurungan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani, Dr Mohamad Taslim kerana turun padang dengan mengadakan lawatan ke rumah mereka di Kampung Parit Amal Tengah, Jalan Abdul Rahman, dekat sini, baru-baru ini.

Menurut Mohd. Anwar Md. Ali, 19, ibunya Salamiah Abdul Majid disedari mengalami masalah tersebut selepas hari kematian bapanya pada 7 Januari lepas telah mendapat perhatian Dr Mohamad dengan turut menyumbang berupa wang tunai RM1,000 dan barang keperluan.

Katanya, sudah hampir sebulan ibunya dimasukkan ke dalam wad psikiatri di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk menjalani rawatan.

Akibat dihimpit masalah sedemikian, Anwar berkata dia dan tiga adiknya yang lain terpaksa menumpang di rumah ibu saudaranya yang tinggal berdekatan buat sementara waktu dan memohon orang ramai supaya membantu bagi meringankan beban.

”Terima kasih kepada YB Dr Mohamad dan kepada orang ramai yang berminat untuk hulur sumbangan boleh salurkan terus ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) milik Salmiah Abd Majid 01157-29-00002004-5,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Selasa, 6 Mac 2012

PR Nafi Sebagai Pemecah belah Masyarakat



Oleh ibn_bacoks
SENAI – Pakatan Rakyat (PR) menafikan kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman apabila mendakwa pakatan pembangkang telah menjadi pemecah belah masyarakat melalui siri-siri penerangan parti itu di negeri ini.
Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, Suhaizan Kaiat, tujuan siri ceramah dianjurkan untuk menjelaskan sesuatu isu dan menerangkan dasar-dasar PR sekali gus tidak langsung berniat memecahbelahkan rakyat.
”Kita lihat sahaja media arus perdana tidak kira di dada akhbar atau kaca televisyen, mereka terang-terangan membuat serangan. Apabila kita mengadakan ceramah, dituduh pula menghasut.
”Saya sendiri menafikan tuduhan Menteri Besar ini. Kalau mereka takut PR turun padang bertemu rakyat dan berceramah, buka ruang kepada kami memberi penjelasan dalam media secara bebas demi rakyat,” katanya lagi dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Dr. Boo Cheng Hau, Pengerusi DAP Johor menggesa BN membenarkan rakyat membuat penilaian menerusi maklumat yang disampaikan pada sesi-sesi ceramah yang diadakan.
Tambah beliau lagi, pimpinan UMNO perlu sedar bahawa Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi sekaligus mana-mana rakyat berhak bersuara atau mendengar apa jua maklumat yang disampaikan.
”Rakyat ada hak untuk mendengar apa yang pimpinan PR sampaikan dalam siri ceramah yang dianjurkan.
”Jadi kenapa beliau (MB) mahu mengingatkan rakyat agar tidak terpedaya dengan apa yang kami sampaikan sekali gus menyifatkan usaha kami sebagai pemecah belahkan rakyat? Saya fikir kenyataan beliau ini kurang matang,” ujarnya lagi.

Khamis, 1 Mac 2012

Lagi RASUAH Bola Sepak Terbongkar?



Oleh ibn_bacoks

JOHOR BAHRU – Pada perlawanan Johor FC melawan Perlis bagi merebut piala Presiden baru-baru ini dipercayai telah diserapi unsur-unsur rasuah ketika perlawanan itu berlangsung di Stadium Pasir Gudang.

Seramai 18 pemain telah diperiksa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) manakala daripada jumlah terbabit, enam pemain disyaki terlibat dengan aktiviti mengatur perlawanan hingga memaksa pihak pengurusan mengambil tindakan dengan membuat laporan polis.

Ekoran dari perkembangan terbaru ini, Johor FC terpaksa mengambil tindakan mengantung khidmat enam pemain terbabit sehingga selesai siasatan SPRM.

Pada 17 Februari lalu, Johor FC berjaya mengalahkan Perlis 3-0 namun perlawanan itu telah dicemari insiden memalukan ini kerana mengesyaki kesemua pemain yang berusia 20-an dikenakan tindakan penahanan gaji dan elaun lain selepas pemeriksaan mengejut dilakukan pihak pengurusan kelab terhadap telefon bimbit pemain berkenaan didapati mereka cuba mengatur perlawanan.

Justeru, dengan tindakan tegas daripada pengurusan kelab itu nyata meningkatkan lagi keyakinan umum bahawa penglibatan pemain dengan gejala rasuah perlu dibanteras hingga ke akar umbi.

Ada Hijab : Manusia Tidak Takut Allah



Oleh ibn_bacoks

PONTIAN – Bob Lokman, Selebriti terkenal berpendapat, manusia yang tiada rasa gerun terhadap Allah SWT kerana diri mereka dihalangi oleh hijab atau pagar.

Menurutnya lagi, suka kepada nafsu merupakan penyebab diri manusia dihijab sehingga akal tertutup untuk mentaati perintah Pencipta.

Beliau mendakwa, Yahudi telah mencipta hijab ini bagi melemahkan iman umat Islam malah lebih malang lagi pencipta-pencipta slogan kebendaan masih mengikut telunjuk mereka meskipun mengaku beragama Islam.

”Macam-macam slogan diperkenalkan. Dasar pandang ke timur, Wawasan 2020, Islam Hadhari, 1Malaysia, dan banyak lagi.  Slogan yang menjurus kepada ekonomi patut dipatuhi. Kalau tak ikut, orang akan  ketinggalan.

”UMNO dahulukan benda ini. Iaitu ekonomi. Lalu diberatkan. Orang akan jadi berat hingga kuat bekerja tapi lupa mati,” jelas beliau lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis Forum Hijrah di Unit Peti Undi Parit Abdul Rahman, Dun Benut, dekat sini, baru-baru ini.

Turut berucap, Sham Kamikaze, Gitaris terkenal, Hj. Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Pontian.

Tambah beliau lagi, rasa takut merupakan anugerah Allah yang manusia lupa untuk menghargainya.

Dalam pada itu, perubahan untuk menjadi ‘baik’ ujarnya adalah setelah melihat dua peristiwa kematian yang membabitkan manusia yang rapat dengannya.

Detik-detik yang menginsafi diri  itu membuahkan rasa gelisah dan persoalan ini bertalu-talu difikirkan bagaimana peluang untuk membaiki diri masih punya ruang baginya.

”Orang yang pertama, orang miskin tapi kenal kematian. Boleh jawab soalan kubur kerana hidup dengan kalimah syahadah.

”Manakala orang yang kedua, di hujung kematian sama. Bezanya sebelum mati, bagaimana kehidupannua. Bergelumang dengan dosa,” ujarnya lagi.