Sabtu, 14 April 2012

10,000 Penyokong PAS Johor Dijanka Sertai BERSIH 3.0



Oleh ibn_bacoks

JOHOR BAHRU – PAS Johor membayangkan 10,000 dikalangan penyokongnya bakal berada di Dataran Merdeka pada 28 April ini bagi menyatakan sokongan kepada penganjuran BERSIH 3.0.

Perkara ini dinyatakan secara tegas oleh Pesuruhjayanya, Dato’ Dr Mahfodz Mohamed, selain menyertai perhimpunan itu, pihaknya turut menyokong penuh perkara yang dituntut bagi menjamin keadilan dalam perjalanan sistem pilihan raya negara ini.

”PAS (Johor) akan beri sokongan penuh dan kita menjangkakan lebih 10,000 penyokong akan sama-sama menyertai Bersih 3.0 dan mungkin lebih ramai berbanding penyertaan dalam Bersih 2.0 tahun lalu,” katanya lagi dalam satu kenyataan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berpendapat, syor JawatanKuasa pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung penambahbaikan pilihanraya tidak memenuhi tuntutan Bersih 2.0 maka penganjurannya wajar diadakan.

Malahan, kerajaan UMNO gagal meraikan tuntutan kerana daripada tujuh yang dikemukakan hanya satu sahaja yang diluluskan iaitu menggunakan dakwat kekal sahaja.

Sehubungan itu, PSC harus memenuhi kesemua tuntutan yang disuarakan sekiranya kerajaan tidak mahu perhimpunan Bersih diadakan secara berterusan.

”Pada zahirnya, saya berpendapat penubuhan PSC ini adalah sesuatu yang bagus tetapu terkilan kerana ia tidak dilaksanakan secara jujur.

”Kalau tidak mahu perhimpunan Bersih 3.0 diadakan, PSC hendaklah penuhi tuntutan yang dikemukakan Bersih 2.0 bagi menjamin keadilan dalam perjalanan sistem pilihan raya negara ini,” katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan