Selasa, 24 April 2012

TANAH : Desakan Perberian PAMPASAN Dibuat



Oleh ibn_bacoks

PENGERANG – Pengerusi Pengerang Prihatin (Prihatin), Anis Afida mendesak kerajaan memberi pampasan yang setimpal mengikut penilaian harga semasa harga tanah di kawasan Pengerang Kota Tinggi ekoran pengambilan seluas 22,500 ekar tanah bagi menjalankan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia atau Rapid.

Projek ini katanya dijangka siap pada tahun 2016 di mana ia merupakan salah satu sektor di bawah program Transformasi Ekonomi Negara, Tujuan projek ini untuk dimajukan  sebuah terminal marin air dalam bebas untuk penerimaan, penyimpanan, pengendalian, percampuran dan pengedaran minyak mentah dan produk petroleum bertaraf antarabangsa.

Katanya, perpindahan melibatkan 1000 buah rumah, 927 keluarga dan 3122 orang penduduk yang terdiri daripada 2239 melayu dan 882 orang Cina yang bekerja nelayan, petani, kakitangan kerajaan dan swasta.

“Kita minta kerajaan menyediakan penempatan semula yang kondusif bagi penduduk berkenaan dan yang paling penting pampasan diberi secara telus kepada penduduk terlibat,” katanya dalam satu kenyataan yang dipetik dari Harakahdaily sebelum ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan cadangan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) optimis ingin membangunkan projek pusat Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) dengan pelaburan RM60 bilion di Pengerang dan direalisasikan pada pertengahan 2013.

Pengarah Eksekutif Projek Petronas, Wan Yusoff Wan Hamat dilaporkan berkata, projek Rapid bakal memberi impak besar kepada negara dalam tempoh 30 tahun akan datang dengan menjana Pendapatan Negara Kasar (GNI) RM280 bilion.

Bagaimanapun, projek ini mendapat bantahan daripada penduduk kerana didakwa mencetuskan satu masalah baru kepada mereka.

Difahamkan, pada 5 Mei ini, penduduk akan bersama rakyat Johor berhimpun di pekarangan Plaza Angsana sebagai menyatakan bantahan kepada kerajaan UMNO berhubung masalah tanah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan