Oleh ibn_bacoks
JOHOR BAHRU – Kerajaan UMNO didakwa hanya mementingkan pemaju pembinaan berhubung isu projek perumahan di Taman Desa Kempas dekat sini, yang terbengkalai sejak 12 tahun lalu.
Menurut Penyelia Pusat Aduan Rakyat Johor, Suhaizan Kaiat, meskipun projek berkenaan dijanjikan siap pada Mac tahun lalu malangnya pemaju gagal menyiapkan perumahan terbabit.
Malah, pemaju sebelum ini sudah berjanji kepada wakil daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) dan Majlis Bandaraya Johor Bahru pada 23 Disember 2011 namun masih gagal telah menyebabkan pembeli berasa kecewa.
Bengang dengan situasi demikian kira-kira 30 orang yang mewakili pembeli rumah terbabit mengadakan perhimpunan aman pada jam 11 pagi sambil membawa kain rentang dengan tulisan yang tertera seperti ‘Kerajaan Abaikan Pembeli, kerajaan pentingkan pemaju’.
Dalam pada itu, Suhaizan yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Johor berkata pemaju berjanji fasa pertama untuk 231 unit rumah teres kos sederhana akan disempurnakan pada bulan Mac 2011, manakala fasa kedua bagi 179 unit rumah pangsa kos rendah disiapkan pada Jun 2012.
”Lawatan tapak bersama agensi kerajaan juga ada dibuat pada 27 Februari lalu, malangnua sehingga kini wakil pembeli mendapati janji pemaju masih belum ditunai,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, satu memorandum dari wakil pembeli telah dihantar ke Parlimen pada hari selasa, bagi mendesak Kerajaan Persekutuan khususnya di bawah Jabatan Perumahan Negara dan kementerian bertanggungjawab mengambil tindakann sewajarnya suapaya projek itu dapat disiapkan segera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan