Jumaat, 20 April 2012

PAS Dan 30 NGO Protes Lynas Di BP



Blog Ibn_bacoks

BATU PAHAT – PAS Johor bersama 30 badan bukan kerajaan (NGO) sekitar Batu Pahat mengadakan perhimpunan aman di luar Masjid Jamek Sultan Ismail dekat sini, jumaat lepas sebagai membantah pembinaan loji nadir di Lynas, Pahang.

Perkara ini dinyatakan secara tegas oleh Ustaz Abdullah Hussin, Ketua Dewan Ulamaknya bahawa pihaknya menaruh keyakinan, jika pembinaan ini diteruskan juga, sudah pasti ia akan memberikan kesan negatif kepada penduduk sekitar kawasan berkenaan.

”Saya akan bersama beberapa NGO lain meneruskan ini (protes) di seluruh negara, selain akan mendengar suara rakyat berkaitan isu berkenaan,” katanya yang juga Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Machap dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Pengerusi Solidariti Hijau SeMalaysia, Khairuddin Abd Rahim memberitahu bantahan seumpama ini turut diadakan serentak di seluruh negara.

Bagaimanapun, perhimpunan ini dianggap tidak akan berakhir sekiranya usaha memberhentikan pembinaan loji berkenaan tidak dilakukan oleh pihak kerajaan.

”Jika tidak dihentikan juga, pihak kaim akan meneruskannya sehingga perkara ini menjadi perhatian dunia dan dibincangkan di Mesyuarat Perhimpunan Alam Sekitar Dunia, di Amerika Syarikat.

”Selain NGO, kami juga akan bekerjasama dengan Green Clean World Environment Healty Safety dan bergerak ke seluruh negara ini,” katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan