Oleh ibn_bacoks
PONTIAN – Dewan Muslimat PAS Negeri Johor bertekad untuk memperjuangkan dasar perjuangan PAS sekalipun terpaksa berdepan dengan pelbagai fitnah dan cabaran.
Perkara ini dinyatakan secara tegas oleh Ketua Penerangannya, Fatimah Ismail dengan katanya PAS yang dianggap penentang nombor wahid bagi UMNO bukan membabi buta membangkang atau menentang individu tertentu sebaliknya diatas dasar perjuangan yang dibawa.
Malah katanya lagi, seruan mengEsakan ALLAH adalah tujuan utama kewujudan PAS, malangnya segelintir masyarakat hanya mempercayakan media pro UMNO berbanding hadis-hadis Nabi Muhammad SAW.
”Dalam pada itu, betulkah UMNO nak bantu orang Melayu? Petang tadi. Saya bersama YB Zailah berkunjung di Kampung Sri Tanjung, Benut, Pontian. Rumah di situ, masya Allah. Ada yang sudah menetap 35 tahun. Ada rumah yang senget nak tumbang.
”Inikah dinamakan rakyat didahulukan. Betulkah? Apa-apapun biar rakyat rasa dahulu. Itu pun masih tak sedar lagi!,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya di pekarangan Markas PAS Cawangan Ayer Baloi, dekat sini, baru-baru ini.
Hadir sama, Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Pontian, Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Pulai Sebatang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan