Sabtu, 21 April 2012

Simbah Cat Merah : Lagi Petanda ‘Cemas’ Dengan Pengaruh PR



Blog Ibn_bacoks

MERSING – Siri-siri sabotaj pihak tidak bertanggungjawab nyata tidak menunjukkan tanda-tanda yang ia akan berakhir apabila satu lagi kejadian simbah cat merah dilakukan di Markas PAS Cawangan Ayer Merah, Mersing, dekat sini, semalam.

Menurut Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Endau, Ustaz Azam Abdul Razak, Kejadian berlaku sekitar 1.00  hingga 5.00 pagi dipercayai satu tindakan terdesak akibat cemas kepada perkembangan PAS yang semakin diterima pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau.

”Saya balik malam tadi dari Simpang Renggam sekitar 1.00 pagi dan ia belum berlaku. Mungkin selepas pukul 1.00 ke atas.

”Markaz PAS Air Merah, Mersing di sembah cat merah. Kejadian disedari sewaktu ahli jemaah datang untuk menunaikan solat subuh pagi tadi.

”Cat Merah darah yang diisi dalam dua plastik. Disamping beberapa bendara & bennar lain hilang dan dikoyakkan,

”Kejadian ini tidak berakhir di situ. Sebaran risalah turut ditinggalkan dengan menabur fitnah mengenai keburukan Pakatan dan Tuan Guru Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan), gambar Salahuddin bersama saya dikoyak malah batang-batang bendera ada yang dipatahkan di sekitar Endau.

”Bagaimanapun, risalah itu berbentuk provokasi dan banyak yang auta. Tindakan ini disifatkan pengecut kerana tidak mampu berlawan dengan hujah,” katanya lagi yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor ketika menghubungi ibn bacoks malam tadi.

Difahamkan, Endau merupakan kawasan yang disebut-sebut boleh melakarkan kejutan dalam Pilihan raya (PRU) 13 nanti ekoran bekas calonnya Ustaz Azam dilihat banyak melakukan kerja-kerja menyantuni rakyat.

Terbaru, satu majlis yang dipanggil Dialog Isu Tanah telah dianjurkannya dan penampilan Pejuang Tanah Rakyat PAS, Mazlan Aliman di Kampung Tanjung telah memberi peluang kepada rakyat untuk menyuarakan masalah berkaitan tanah dibuat secara terbuka disamping kehadiran yang begitu memberangsangkan dan mendapat respon yang baik daripada peserta program tersebut.

Dalam pada itu, Mersing yang terletak di timur Johor antara daerah yang paling banyak terdedah dengan masalah tanah. Antara kawasan yang terlibat seperti di Kampung Tanjung Endau, Kampung Jalan Bulang dan Kampung Sungai Padang serta Tanjung Resang.

Tambahan pula, dengan kehadiran Ustaz Azhar Idrus pendakwah bebas yang tersohor dalam negara pada program Jom Gi Kuliah yang di adakan di Masjid At-Tanwir Kampung Semanyir, Endau, Johor pada sabtu 14 April lalu didakwa tidak terlepas sebagai penyebab mengapa tindakan tidak bertamadun ini boleh terjadi.

Disamping itu, rasa tergugat memang dirasai oleh pihak tertentu apabila laporan ibn bacoks berhubung satu lagi fenomena seperti anak-anak muda yang bermain bola sudah tidak menunjukkan kebencian dan rasa canggung dengan bendera ‘purnama’ nyata memberi keyakinan bahawa PAS sudah tidak asing buat mereka telah disiarkan secara meluas di media alternatif sama ada laman sosial facebook mahupun di blog-blog terkenal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan