Jumaat, 6 April 2012

UMNO Perlu Turun Kerana Gagal Jaga Agama



PONTIAN – Kerajaan UMNO-BN dilihat gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai pemerintah, kata Dato’ Hj Taib Azamuddin Md Taib, Ahli Parlimen Baling.
Justeru, ujarnya lagi, rakyat perlu melakukan perubahan ini supaya pemuliharaan akidah umat terus terbela.
”Isu penari tiang. Peniaga kerepekpun boleh bayar. Seolah-olah ini mempersendakan Islam. Anak Islam dedah aurat, didakwa dan bersalah kena denda RM25. Bila imam lempar selipar kena penjara setahun,” katanya lagi.
Sementara itu, beliau yang juga bekas imam Masjid Negara menegaskan perbezaan PAS amat ketara kerana meletakkan Islam sebagai dasar perjuangannya.
Katanya lagi, politik tidak semestinya siasah akan tetapi siasah syariyyah adalah politik Islam sebagai mana yang diamalkan oleh PAS hari ini.
Malah, jauh lebih besar lagi katanya, PAS berpolitik kerana ingin mendapatkan reda ALLAH swt.
”Seperti sembelih binatang. Yang satu itu sembelih kerana ALLAH. Satu lagi tak niat kerana ALLAH. Halal tak? Ia bukan semata-mata sembelihan.
”Kenapa yang itu (sembelih) kita faham tapi politik Islam kita tak faham? Kenapa nikah boleh ikut cara Islam, yang ini (politik) tak?.
”Johor terkenal dengan sekolah agama. Rakyat saya yakin dah faham kedudukan ini bukan satu perkara yang sulit dan payah,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya di pekarangan Pusat Tarbiyyah PAS Kawasan Pontian, Pt. Hj Omar, Api-api, Pontian, dekat sini, baru-baru ini.
Hadir sama, Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Pontian, Dr Mumazaini Misri, Timbalan Yang Dipertua PAS Pontian, Prof Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Pulai Sebatang.
Pada majlis yang sama, Ustaz Taib turut melancarkan Dana Waqaf bagi Pusat Tarbiyyah Haraki An-nur dan Sekolah Agama Pondok Pengajian Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan