Isnin, 9 April 2012

UMNO Makin Cuak : Belum Berdemo, sudah dilarang berhimpun



JOHOR BAHRU – Kecuakan pemimpin UMNO negeri ini berhadapan dengan desakan dan tuntutan pembangkang terhadap isu tanah menyebabkan satu larangan kepada tempat untuk berhimpun telah diwartakan.
Akhbar sebelum ini melaporkan pemilik kompleks beli-belah Plaza Angsa, UDA Holdings Berhad (UDA) tidak membenarkan sebarang perhimpunan atau demontrasi diadakan di kawasan tapak atau premis miliknya, sama ada mendapat permit polis atau ibuat secara haram.
Pengerusi UDA, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata keputusan itu bagi melindungi keselamatan pengunjung dan peniaga pusat beli-belah berkenaan.
Difahamkan, Nur Jazlan yang juga ahli Parlimen Pulai dipercayai mengeluarkan kenyataan itu kerana bimbang dengan hasrat Gabungan Selamatkan Tanah Rakyat Johor (TANAH) yang telah merangka satu perhimpunan yang dijadualkan penganjurannya 5 Mei ini di pekarangan pusat membeli belah terkenal Plaza Angsana akan digerakkan secara besar-besaran.
Dalam pada itu, pihak penganjur menyasarkan kehadiran sekitar 30,000 orang akan berkumpul bagi menyuarakan berkaitan masalah tanah dan A Samad
Said, Sasterawan negara yang bertindak sebagai Penasihat Gabungan itu akan turut serta menyelami denyut nadi rakyat Johor.
Malah, BN Johor bakal berdepan risiko susutan sokongan seperti masyarakat Orang Asli Seletar pada pilihan raya umum akan datang jika masalah berkaitan tanah mereka tidak diselesaikan dengan segera.
Sebagai contoh, Komuniti itu, mendesak supaya kerajaan negeri memberikan layanan yang adil kepada mereka termasuk menimbang mewartakan kawasan perkuburan di Kampung Bakar Bata, dalam parlimen Pulai,yang mana Nur Jazlan adalah penyandangnya sebagai tanah rizab mereka.
Bagaimanapun, terserah kepada Nur Jazlan dengan pendirian terbarunya itu sama ada terus kekal dengan keegoaan atau biarkan sahaja rakyat menilai
kedudukannya dalam PRU 13 nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan