Oleh ibn_bacoks
MERSING – Tindakan pihak tertentu yang meninggalkan risalah provokasi sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau, dekat sini, baru-baru ini dipersoalkan kerana edaran itu dibuat pada waktu malam sedangkan aktiviti itu boleh dilakukan di sebelah siang.
Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Endau, Ustaz Azam Abdul Razak menyifatkan perbuatan tidak bertamadun itu sebagai pengecut dan memperlihatkan bahawa mereka sudah kekeringan hujah berhadapan dengan Pakatan Rakyat.
”Pagi ni, sempat membelek-belek helaian risalah propaganda fitnah yang diedarkan (siapa lagi lawan PAS & Pakatan Rakyat?) di kampung-kampung sekitar Endau dua malam lepas. malam yang sama banner ‘HARAPAN BARU’ yang terpapar gambar YB Salahudin Ayub di Tenglu hilang.
”Manakala di Markaz Air Merah disimbah cat dan bendera PAS di Kampung Triang dikoyakkan.
”Bagi saya perbuatan ini adalah kerja buat golongan yang bacul dan cemas serta kering hujah untuk berdepan dengan PAS dan PR rakyat. Kenapa edar tengah-tengah lewat malam ?” katanya lagi.
Ustaz Azam yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor berkata demikian sebagai mengulas laporan ibn bacoks berhubung siri-siri sabotaj pihak tidak bertanggungjawab nyata tidak menunjukkan tanda-tanda yang ia akan berakhir apabila satu lagi kejadian simbah cat merah dilakukan di Markas PAS Cawangan Ayer Merah, Mersing, baru-baru ini.
Beliau turut dilaporkan berkata, kejadian yang berlaku sekitar 1.00 hingga 5.00 pagi itu dipercayai satu lagi tindakan terdesak akibat cemas kepada perkembangan PAS yang semakin diterima pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau.
Katanya lagi, cat Merah darah yang diisi dalam dua plastik diisamping beberapa bendara dan banner lain hilang dan dikoyakkan.
Kejadian ini tidak berakhir di situ, sebaran risalah turut ditinggalkan dengan menabur fitnah mengenai keburukan Pakatan Rakyat dan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan malah gambarnya bersama Salahuddin dikoyakkan selain batang-batang bendera ada yang dipatahkan di sekitar Endau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan