Rabu, 30 November 2011

PAS Bergerak Seiring Dengan Politik Moden


Oleh : ibn_bacoks

AYER HITAM – Tuan Guru Dato’ Seri Hj. Abdul Hadi Awang, Presiden PAS menjelaskan bahawa dalam amalan Politik moden hari ini PAS mengikuti perkembangannya kerana Islam boleh menghadapi cabaran sepanjang zaman.

Oleh yang demikian, PAS katanya telah mengambil keputusan untuk menyertai pilihan raya bagi tujuan memartabatkan Islam.

Bagaimanapun, Tuan guru kesal dengan tanggapan serong sesetengah pihak tentang penglibatan parti itu dalam pilihan raya kerana umum masih belum mengetahuinya secara mendalam.

Jelas beliau lagi, apabila Eropah mengalami perubahan dari Greek kepada moden, maka para Orientalis mengkaji Islam dengan membawakan kitab-kitab daripada ulamak-ulamak Islam bagi diterjemahkan kepada bahasa eropah.

Beliau mendakwa, masyarakat Eropah tidak mengetahui secara jelas demokrasi cara mereka sehingga berlakunya revolusi menyebabkan ramai pemimpinnya digulingkan akibat rasa tidak puas hati.

Setelah kajian dibuat, kata Presiden lagi maka Barat telah menjumpai dan kenal demokrasi cara Islam melalui sistem ‘syura’ yang diamalkan Nabi Muhammad saw sehingga ke zaman pemerintahan Khalifah yang lalu.

Namun katanya, kesilapan pengamalan demokrasi Barat adalah dalam soal dosa dan pahala iaitu matlamat menghalalkan cara.

Sehubungan itu, beliau menyelar pengamal demokrasi moden terutama para pemimpin politik negara ini yang tidak mengambil perhitungan akhirat yang disifatkannya melakukan kesalahan politik menyamai dengan kesalahan ibadah yang lain.

”Politik yang tak ada perhitungan dosa dan pahala, boleh buat apa sahaja. (contohnya) Lepas tunai haji boleh minum arak,” ujarnya lagi.

Sebaliknya PAS mementingkan soal itu termasuklah cara berpolitik. Hal ini kerana parti itu ingin mengembalikannya seperti yang diajar oleh Baginda saw.

”Kita pilih pilihan raya asalnya demokrasi pemilihan daripada Islam. (memang) amalan pilihan raya dari Barat.

”Bukan semua ditolak. Seperti ibadah guna microfon untuk laungkan azan di masjid,” terangnya lagi.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian penutup pada majlis Karnival Sambutan PAS Ke-60 di Dewan Marwan al-Hakam, Dataran Hj. Mardi, dekat sini, ahad lepas.

Hadir sama, Tn. Hj. Mohammad Sabu, Timbalan Presiden PAS, Dato’ Dr. Hj. Mahfodz Mohammed, Pesuruh jaya PAS Johor, Sdr. Mazlan Aliman, AJK PAS Pusat.

Sementara itu, beliau turut menegaskan bahawa PAS tidak berubah dari sudut dasar perjuangannya walapun menang atau kalah dalam pilihan raya disamping pernah menyertai kerajaan campuran dengan Barisan Nasional, Semangat 46 termasuklah yang terbaru bersama Pakatan Rakyat.

Sebaliknya PAS dilihat mempunyai sistem pemantauannya tersendiri dengan dikawal selia melalui Majlis Syura Ulamaknya iaitu mengkaji, berbincang, berbahas dan membuat keputusan termasuklah dalam soal kerjasama politik dengan bukan Islam.

”Kita berjaya tubuhkan kerajaan bersih dan berakhlak. Tahun 1978 jatuh di Kelantan. Tahun 1961 jatuh di Terengganu bukan kerana kita amalkan kezaliman dan rasuah. Akan tetapi kerana (musuh) amalkan penipuan pilihan raya dengan cara yang tak bermoral.

”Zaman mutakhir ini, kita berjaya memecahkan tembok pemisah dengan buka Islam. Kita buka pintu (buka keahlian), ramai yang sertai DHPP (Dewan Himpunan Penyokong PAS).

”Orang tak faham politik Islam. Inilah politik,” terang beliau lagi yang juga Ahli Parlimen Marang.

PAS Bergerak Seiring Dengan Politik Moden

Oleh : ibn_bacoks

AYER HITAM – Tuan Guru Dato’ Seri Hj. Abdul Hadi Awang, Presiden PAS menjelaskan bahawa dalam amalan Politik moden hari ini PAS mengikuti perkembangannya kerana Islam boleh menghadapi cabaran sepanjang zaman.

Oleh yang demikian, PAS katanya telah mengambil keputusan untuk menyertai pilihan raya bagi tujuan memartabatkan Islam.

Bagaimanapun, Tuan guru kesal dengan tanggapan serong sesetengah pihak tentang penglibatan parti itu dalam pilihan raya kerana umum masih belum mengetahuinya secara mendalam.

Jelas beliau lagi, apabila Eropah mengalami perubahan dari Greek kepada moden, maka para Orientalis mengkaji Islam dengan membawakan kitab-kitab daripada ulamak-ulamak Islam bagi diterjemahkan kepada bahasa eropah.

Beliau mendakwa, masyarakat Eropah tidak mengetahui secara jelas demokrasi cara mereka sehingga berlakunya revolusi menyebabkan ramai pemimpinnya digulingkan akibat rasa tidak puas hati.

Setelah kajian dibuat, kata Presiden lagi maka Barat telah menjumpai dan kenal demokrasi cara Islam melalui sistem ‘syura’ yang diamalkan Nabi Muhammad saw sehingga ke zaman pemerintahan Khalifah yang lalu.

Namun katanya, kesilapan pengamalan demokrasi Barat adalah dalam soal dosa dan pahala iaitu matlamat menghalalkan cara.

Sehubungan itu, beliau menyelar pengamal demokrasi moden terutama para pemimpin politik negara ini yang tidak mengambil perhitungan akhirat yang disifatkannya melakukan kesalahan politik menyamai dengan kesalahan ibadah yang lain.

”Politik yang tak ada perhitungan dosa dan pahala, boleh buat apa sahaja. (contohnya) Lepas tunai haji boleh minum arak,” ujarnya lagi.

Sebaliknya PAS mementingkan soal itu termasuklah cara berpolitik. Hal ini kerana parti itu ingin mengembalikannya seperti yang diajar oleh Baginda saw.

”Kita pilih pilihan raya asalnya demokrasi pemilihan daripada Islam. (memang) amalan pilihan raya dari Barat.

”Bukan semua ditolak. Seperti ibadah guna microfon untuk laungkan azan di masjid,” terangnya lagi.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian penutup pada majlis Karnival Sambutan PAS Ke-60 di Dewan Marwan al-Hakam, Dataran Hj. Mardi, dekat sini, ahad lepas.

Hadir sama, Tn. Hj. Mohammad Sabu, Timbalan Presiden PAS, Dato’ Dr. Hj. Mahfodz Mohammed, Pesuruh jaya PAS Johor, Sdr. Mazlan Aliman, AJK PAS Pusat.

Sementara itu, beliau turut menegaskan bahawa PAS tidak berubah dari sudut dasar perjuangannya walapun menang atau kalah dalam pilihan raya disamping pernah menyertai kerajaan campuran dengan Barisan Nasional, Semangat 46 termasuklah yang terbaru bersama Pakatan Rakyat.

Sebaliknya PAS dilihat mempunyai sistem pemantauannya tersendiri dengan dikawal selia melalui Majlis Syura Ulamaknya iaitu mengkaji, berbincang, berbahas dan membuat keputusan termasuklah dalam soal kerjasama politik dengan bukan Islam.

”Kita berjaya tubuhkan kerajaan bersih dan berakhlak. Tahun 1978 jatuh di Kelantan. Tahun 1961 jatuh di Terengganu bukan kerana kita amalkan kezaliman dan rasuah. Akan tetapi kerana (musuh) amalkan penipuan pilihan raya dengan cara yang tak bermoral.

”Zaman mutakhir ini, kita berjaya memecahkan tembok pemisah dengan buka Islam. Kita buka pintu (buka keahlian), ramai yang sertai DHPP (Dewan Himpunan Penyokong PAS).

”Orang tak faham politik Islam. Inilah politik,” terang beliau lagi yang juga Ahli Parlimen Marang.

Selasa, 29 November 2011

Majlis Penutupan KARNIVAL Dihiasi Dengan Pelbagai Pelancaran



Oleh : ibn_bacoks

AYER HITAM – Kemuncak Majlis Karnival Sambutan PAS Ke-60 peringkat negeri Johor telah menyaksikan pelbagai pelancaran sebelum penyempuraan perasmian penutupnya itu dilakukan sendiri oleh Tuan Guru Dato’ Seri Hj. Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), dekat sini, ahad lepas.

Antara pelancaran yang menghiasi Dewan Marwan Al-Hakam, Dataran Hj. Mardi itu seperti perasmian Jentera Pilihan raya Umum (PRU) Ke-13, Penyampaian Tokoh PAS negeri Johor dan Pelancaran Skuad Prihatin peringkat negeri Johor.

Adapun slot penyampaian Tokoh PAS pula, telah dibarisi daripada individu yang bekerja seikhlas hati bagi memartabatkan Islam di bumi Johor.

Antaranya Tn. Hj. Hassan Hussin, mantan Pesuruh Jaya, Allahyarham Ust. Omar Jani, Allahyarham Ismail Ibrahim, Tn. Hj. Sattar Kahar, Allahyarham Daing Turus Daing Malbek, Tn. Hj. Taib Hj. Kassim, Pn. Hjh. Sapiah Sapeh, mantan Ketua Dewan Muslimat negeri Johor dan Dr. Sanusi Daing Mariok, mantan Pesuruh Jaya.

Pada majlis yang sama juga, montaj Skuad Prihatin telah dipertontonkan dengan bermatlamatkan menyemarakkan gerak kerja kebajikan yang lebih tersusun dan berkualiti.

Skuad dibawah Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Badan Perhubungan PAS Negeri Johor itu, selain berfungsi menghubungkan PAS dengan masyarakat, ia turut berperanan mengambil berat masalah kesihatan dan kematian rakyat Johor.

Menurut Pengerusinya, Hj. Dzulkefly Ahmad, pihaknya cuba memperkenalkan skuad ini menerusi mottonya ‘We Care’ dengan harapan isu-isu kebajikan dan kemasyarakatan dapat ditangani dengan segera.

Justeru katanya lagi, beberapa unit telah ditubuhkan supaya penumpuan kepada beberapa komponen lebih terarah dan tersusun.

”Skuad ini akan digerakkan ke seluruh PAS kawasan DI johor ini dengan 3 Skuad iaitu Skuad Kesihatan, Skuad Bencana dan Skuad Sosial,” ujarnya lagi.

Sepanjang hari ketiga berlangsungnya Karnival ini pelbagai acara telah diadakan antaranya Rawatan Perubatan Percuma, Motor Show dan Auto Show.

Sementara itu, malam kemuncak program turut dihiasi dengan ucapan-ucapan pimpinan utama Pakatan Rakyat termasuklah Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tn. Hj. Mohammad Sabu, Timbalan Presiden PAS, Dr. Boo Cheng Hau, Pengerusi DAP Johor, Dato’ Dr. Hj. Mahfodz Mohammed, Pesuruh jaya PAS Johor.

Difahamkan, dewan terbuka yang baru dibina bagi membolehkan majlis karnival ini berlangsung adalah diusahakan oleh Tn. Hj. Mardi Marwan yang dahulu antara pemimpin UMNO yang dihormati.

Dalam pada itu, beliau yang pernah dilantik sebagai Ketua cawangan UMNO, amat gembira selain bangunannya telah dipilih oleh pimpinan negeri untuk dilakukan program parti malah pengisian program seperti munajat, solat hajat, solat berjemaah, taujihat pimpinan, forum dan ceramah turut diadakan.

Katanya lagi, pengisian program sebegitu, jauh lebih baik dan bermanfaat berbanding sewaktu beliau berada di dalam UMNO.

”Itu kemanisan (berjuang) dalam diri. Saya pernah pergi mesyuarat agung UMNO, tidur dekat hotel. Dalam PAS saya tidur dekat surau.

”Rezeki Allah yang bagi, bukan UMNO bagi. UMNO kalau dapatpun, (tapi) rezeki yang bukan-bukan. Saya tahulah. (sebab) lama dalam UMNO.

”Kalau duduk dalam UMNO tu, cepat-cepatlah (keluar). PAS ganti UMNO,” ujarnya yang juga mantan AJK Bahagian Sri Gading.

Tinjauan turut mendapati, sejak jam 8.00 malam lagi orang ramai mula berpusu-pusu memenuhi perkarangan Dataran Hj. Mardi menyebabkan pihak keselamatan terpaksa menutup ruang parkir di bahu jalan sekitar tapak program bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas pada jalan Ayer Hitam-Kluang.

Sejurus majlis bermula, Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang berkesempatan mengunjungi gerai-gerai pameran dan merasmikan gerai Madrasah Al-Masriyyah, Simpang Renggam yang baru sahaja menyambut perayaan Jubli Peraknya yang ke 25 tahun sambil diringi paluan kompang.

Disamping itu, Presiden PAS turut diberi penghormatan melancarkan montaj Sambutan 60 Tahun Peringkat Negeri Johor sebelum memberikan ucapannya.

Kaum Cina dan India bersama dengan kira-kira lebih 6000 orang antara pengunjung yang hadir menyaksikan malam kemuncak Karnival Sambutan PAS Ke-60 yang berakhir jam 12 00 malam.

Isnin, 28 November 2011

MCA Abai Penggunaan Bahasa Kebangsaan?


Oleh : ibn_bacoks

BATU PAHAT - Para pemimpin MCA diselar kerana mengabaikan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada program anjuran parti itu sebaliknya parti itu didakwa telah menggunakan bahasa Mandarin, demikian dinyatakan YB Dr. Boo Cheng Hau, Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri Johor.

Menurut YB Dr Boo dengan katanya DAP kesal kerana dituduh sebuah parti perkauman sedangkan setiap program anjuran parti itu menggunakan bahasa Melayu.

Perkara ini katanya adalah satu dakyah yang cuba dilakukan oleh pihak tertentu bagi menjauhkan DAP dengan masyarakat Melayu.

Beliau turut menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang mengatakan bahawa parti itu bersikap keras terhadap Islam sedangkan bagaimana PAS boleh menjadi rakan dan sekutu dalam Pakatan Rakyat.

''DAP tak pernah menjauhi Islam. Kita (DAP) tak takut nilai-nilai (ajaran) Islam sebab itu kita bekerjasama dengan PAS,'' tegas beliau lagi.

Sementara itu, Dr. Boo turut menyelar sikap pemimpin UMNO walaupun memperjuangkan hak dan kepentingan orang Melayu tapi didakwa meminggirkan kaum tersebut.

Katanya, isu pengambilan tanah di Kangkar Pulai sebagai contoh yang pada awalnya ditentang oleh pemimpin UMNO kerana memperjuangkan hak untuk tidak dibina sebuah sekolah kebangsaan jenis Tamil (SJKT).

Namun ujar beliau lagi, ia memperlihatkan bukan sekolah kebangsaan yang dibina sebaliknya sebuah stesen minyak Petronas pula berada di situ.

''Contoh tanah di Kangkar Pulai. Tanah Diperuntukan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. UMNO kata, kita pertahankan bahasa Melayu, tak benar bina sekolah Tamil.

''(tapi) tanah itu bukan dibina sekolah kebangsaan tapi dibina stesen minyak Petronas.

''Kenapa tanah itu untuk SJKT tapi jadi Petronas?'' soalnya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramahnya Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Batu Pahat, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, YB Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor.

Ahad, 27 November 2011

UMNO Tidak Mustahil Tumbang Di JOHOR - DSAI


Oleh : ibn_bacoks

PONTIAN - Adalah suatu yang tidak mustahil bagi negeri Johor yang terkenal dengan jolokan 'kubu kuat UMNO' boleh ditumbangkan dalam pilihan raya umum (PRU 13), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.

Hal ini kerana katanya dahulu Parlimen Permatang Pauh yang turut diberi jookan yang sama namun dalam beberapa siri pilihan raya, UMNO-Barisan Nasional tersungkur di kubu yang dibinanya selama ini.

Malahan pula ujarnya kekalahan itu telah meruntuhkan maruah parti berfahaman kebangsaaan itu ekoran pembangkang meraih kemenangan dengan majoriti yang besar.

''Johor katanya kubu kuat UMNO. Itu dulu. (Parlimen Permatang Pauh) dulu kubu kuat UMNO, 15.000 majoriti (menang). Sekarang UMNO kalah 15.000. Sebab (kalah) orang (pengundi) sudah buka minda,'' ujarnya lagi.

Mengulas lanjut, Anwar bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya terhadap dakwaan yang mengatakan bahawa apabila Pakatan Rakyat (PR) berjaya menduduki Putrajaya maka hak dan kepentingan orang Melayu akan terpinggir.

Sebaliknya tegas beliau lagi bahawa kedudukan kaum bumiputra dalam negara ini akan terus dibela dan tetap dipertahankan.

''(saya) jamin kedudukan dan keselamatan (orang) Melayu mesti dipertahankan,'' tegas beliau lagi. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di hadapan ribuan orang di perkarangan Rumah Ketua PKR Pontian, Parit Keroma, Ayer Baloi Pontian, dekat sini, malam tadi.

Hadir sama, Datuk Dr. Chua Jui Meng, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, YB Yaakob Sapari, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Sdr. Badrul Hisham Shaharin (Cikgu Bard), Pengerusi Solidariti Anak Malaysia (SAMM), Hj. Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Pontian.

Sementara itu, Anwar turut mempersoalkan dimanakah kewajarannya dalam hal beliau diaibkan, difitnah dan menghadapi tuduhan yang melampau sedangkan katanya isu yang melingkari kehidupan rakyat masih berada ditahap yang menduka-citakan.

''Masukkan Anwar dalam penjara. Saya diaibkan sebegitu rupa. Ada harga barang (naik) selesai (turun) ?'' soalnya lagi.

Bagaimanapun, ujar beliau lagi sambil memberi ingatan kepada para pemimpin UMNO supaya tidak terus mengekalkan keangkuhan selain mempertahankan dakwaan yang hanya mereka sahaja yang mampu berkuasa sedangkan 30 tahun Presiden Mubarak di Mesir berkuasa, boleh tumbang ditangan rakyatnya sendiri.

''Bila Mubarak digulingkan, 3 juta rakyat ikut berhimpun (Di dataran Tahrir). Ini sebab (sebelum ini) Mubarak dianggap macam raja, digelar Firaun Soghir (kecil),'' ujarnya lagi.

Sabtu, 26 November 2011

'KELAINAN' Teserlah Pada Malam Pembukaan Karnival Sambutan PAS Ke - 60 Tahun Negeri JOHOR



Oleh : ibn_bacoks

AYER HITAM - Kelainan program PAS sejak akhir-akhir ini nampak begitu terserlah termasuklah pada Majlis Karnival Sambutan PAS Ke - 60 Tahun yang diadakan di Dewan Marwan al-Hakam, Dataran Hj. Mardi, Ayer Hitam, dekat sini, malam tadi.

Kemeriahan pada program yang menapak tepat jam 9.00 malam itu, dipanggil 'Warong Kopi O Pentas Pemuda' dimulakan dengan persembahan kumpulan Alternatif Band Club (ABC) dengan membawakan beberapa buah lagu antaranya nyanyian penyanyi Amar dan kumpulan Nasyid Saujana dengan lagunya 'Keluarga Bahagia'.

Difahamkan, kumpulan ini yang berada di bawah Jabatan Amal Johor itu, ditubuhkan rentetan daripada isu serangan Amerika Syarikat ke atas Afghanistan sedikit masa lalu setelah mengadakan satu konsert yang diberi nama 'Untukmu Palestin'.

Menurut penyanyi solonya, sdr. Mohd. Nazri, kumpulan ini dianggotai seramai enam orang dengan diketuai sdr. Abas Suboh telah banyak mengadakan persembahan di pentas PAS.

''Kumpulan ini banyak buat persembahan seperti di Mersing, Parit Sulong dan Yong Peng. Kami turut mempunyai sebuah studio sebagai latihan dibuat secara mingguan.

''Sebelum ditubuhkan, kami telah mendapat nasihat daripada Dewan Ulamak negeri Johor.Hasil pertemuan itu, persembahan boleh diteruskan selagi tidak melanggar syarak'' ujarnya lagi ketika ditemu bual oleh wartawan Mtd Pas Benut sejurus selepas melakukan persembahan.

Menyusul kemudian, pasukan Team Tomoi Pulai pula mengambil alih gelanggang. Kumpulan yang julung kali membuat persembahan itu mempunyai 4 orang anggota terlatih dengan bimbingan daripada juru latihnya iaitu Pak Drahim cukup tangkas beraksi seolah seperti juara Tomoi dalam filem aksi Thailand.

Teruja dengan persembahan itu membuatkan para hadirin tidak berganjak dari kedudukan masing-masing sehinggalah seniman Amni Jagat naik ke pentas utama untuk mendeklamasikan Sebuah sajak.

Amni, sastrawan muda, anak didik Dinsman, diberi peluang beraksi dengan menampilkan judul sajaknya iaitu 'Ranjau 6 Dekat' itu ternyata tidak mengecewakan hadirin kerana penyampaiannya yang cukup menghiburkan dan menyentuh jiwa.

Apa kurangnya pula dengan bakat yang dipamerkan oleh sdr. Khairul Faizi Ahmad Kamil, Setiausaha Dewan Pemuda Malaysia. Beliau dengan penampilan yang segak telah menghadiahkan sesuatu pada malam tadi dengan menyampaikan sebuah lagu daripada nyanyian Anuar Zain.

Orang kata, PAS cukup sinonim dengan majlis ilmu. Pendek kata, meskipun perjalanan majlisnya santai, namun para hadirin tetap dibekalkan dengan santapan rohani. Ini dapat dilihat, seusai sahaja penyempurnaan majlis perasmian oleh Dato' Dr. Mahfodz Muhammad, Pesuruh jaya PAS negeri Johor, acara forum yang bertajuk 'Melangkah Ke Putrajaya' pula menyusul.

Slot itu telah menampilkan beberapa tokoh besar seperti YB Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS, Sdr. Badrul Hisham Shaharin (Cikgu Bard), Pengerusi Solidariti Anak Malaysia (SAMM), Sdr. Khairul Faizi Ahmad Kamil, Mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Johor dan sdr. Suhaizan Kaiat, Ketua Dewan Pemuda PAS negeri Johor dengan mengupas initipati tajuk sebagai dorongan dan harapan menjuarai hati rakyat Malaysia bahawa Pakatan Rakyat amat layak menjadi pemerintah buat mereka kelak.

Sementara itu, majlis terhenti seketika bagi memberi laluan kepada sdr. Suhaizan Kaiat berceloteh dengan mirip sebuah sajak yang diberi judul 'PAS Johor, Dulu Dan Sekarang' buat bekalan dan azimat kepada para hadirin yang hadir.

Majlis yang berakhir jam 12.00 malam yang dihadiri daripada pelbagai lapisan peringkat umur dan jantina, sekali lagi menyaksikan persembahan terakhir daripada Band ABC bagi menutup tirai majlis pada malam tadi.

Sesungguhnya, malam pertama bagi Karnival Sambutan Ke - 60 Tahun PAS disifatkan berjaya mempamerkan kelainan disamping ia merupakan nostalgia yang tidak mampu ingin dilupakan buat para pengunjung kerana PAS sudah jauh lebih matang dan terbuka sesuai dengan usianya yang menjangkau ke 60 tahun. Teruskan Perjuangan. Allahu Akbar !

Jumaat, 25 November 2011

UNIT AMAL Iringi Konvoi Berbasikal Fixie 2011


Oleh : ibn_bacoks

PONTIAN - Bagi tujuan memasyarakatkan PAS, Jabatan Amal dibawah Dewan Pemuda PAS Kawasan Pontian telah memainkan peranan itu dengan bersama-sama mengiringi para peserta program Konvoi Kemanusiaan Berbasikal Fixie 2011.

Menurut Naib Ketuanya, Ustaz Muhammad Nazar berkata program tersebut merupakan antara aktiviti yang telah disertai oleh Jabatan itu dengan bertindak sebagai pengiring peserta.

Menurut Nazar lagi, tujuan pasukan Amal Pontian menyertainya adalah disebabkan rasa kebertanggung-jawaban bersama bagi menyedarkan masyarakat akan bahaya dadah disamping membantu penganjur melicinkan lagi perjalanan program.

''Saya difahamkan program ini anjuran bersama Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Pontian dan beberapa agensi kerajaan terbabit bagi mengisi masa para remaja dengan aktiviti berfaedah.

''Disamping itu, kita mahu menyokong usaha mana-mana pihak dalam kempen memerangi dadah hingga ke akar umbi'' ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Mtd Pas Benut sejurus majlis penyampaian hadiah kepada peserta program di Dataran Pak Wan, Benut, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Puan Faridah Sulaiman, Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Pontian, Tuan A. Kader Abu Bakar, Pengarah Urusan Syarikat Nur Qamar and Son Enterprise.

Sementara itu, Penyelaras Program, Cikgu Ibrahim Abdul Rahman berkata selain bertujuan mendekatkan diri dengan aktiviti kebajikan yang dianjurkan NGO, ia juga boleh memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa aktiviti kebajikan, kesukanan dan kesukarelawan adalah satu kaedah yang perlu diberikan sokongan dalam menangani masalah sosial.

''Kami juga ingin tekankan kepada para peserta bahawa mereka juga disaran menjauhi daripada melakukan gejala anti sosial disamping bersama menyampaikan bantuan kepada golongan yang dhaif'' ujarnya lagi.

Tinjauan mendapati, peserta konvoi telah dilepaskan pada jam 8.00 pagi yang bermula dari Taman Megah Pontian dan berhenti sebentar di beberapa lokasi terpilih seperti Pekan Ayer Baloi, Pekan Sanglang dan Pekan Benut bagi tujuan edaran risalah dan misi kemanusiaan kemudian berakhir di Kampung Parit Kerimun Benut.

Kira-kira 60 orang peserta yang menyertai konvoi itu adalah terdiri daripada murid lepasan UPSR dan PMR di beberapa buah sekolah di daerah ini.

Program anjuran JKPD dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Pontian itu turut disertai agensi kerajaan seperti Pusat Kesihatan Parit Ismail Benut, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Pontian dan Angkatan Relawan Malaysia (RELA) Benut serta penaja daripada Syarikat Nur Qamar And Son Enterprise.

Khamis, 24 November 2011

Haji Sudah Selesai Tapi Belum Jumpa Tarikh PRU - 13


Oleh: ibn_bacoks

BATU PAHAT - Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Presiden UMNO diselar kerana masih gagal menemui tarikh yang sesuai bagi menghadapi pilihan raya akan datang walaupun sudah berkesempatan menunaikan Haji ke Tanah Suci.

Bagaimanapun, secara sinis Dr. Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor menyatakan kegagalan itu menggambarkan bahawa pilihan raya ke-13 akan datang merupakan acara paling getir yang bakal dihadapi oleh UMNO-Barisan Nasional.

Menurutnya, negara-negara yang dianggap maju sudah lama berbuat demikian dengan memberi peluang kepada parti yang bertanding untuk membuat persiapan seawal yang mungkin.

Namun beliau mempersoalkan dimanakah kewajarannya Perdana Menteri dilihat gagal mengumumkannya terlebih dahulu dan ini disifatkannya sudah jauh daripada pengamalan demokrasi sebenar.

''Negara kita istimewa. (Kerana) pilihan raya tak tahu melainkan Allah swt, Najib dan Rosmah'' kata beliau lagi dengan nada sinikal.

Selain itu, kata Dr. Dzul lagi yang juga merupakan AJK PAS Pusat, persaingan sengit ini turut dikenal-pasti setelah berlakunya beberapa siri pilihan raya kecil yang memberi keputusan seri lapan sama.

Ujarnya lagi, sudah sampai masanya negara ini mengamalkan sistem dua parti supaya parti yang berpeluang memerintah sentiasa dapat disemak dan dimbang daripada kerajaan yang menanti.

Malah terangnya lagi, ia juga boleh mengelak kebobrokan satu kelompok manusia yang telah lama memerintah daripada melakukan banyaknya penyelewengan.

''Sebab itu kita sudah tinggalkan politik lama. Sekarang kita (berada) politik baru. Kuasa yang berada ditangan rakyat adalah demokrasi sebenar. Ditangan (rakyat) inilah yang akan naikkan dan turunkan kerajaan dalam pilihan raya ke 13,'' tegas beliau lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya di perkarangan Markas PAS Cawangan Parit Bilal, Batu Pahat, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, YB Choi Tong Choi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chuah, Negeri Sembilan.

Rabu, 23 November 2011

YB DATO SERI ANWAR IBRAHIM DI DUN BENUT PADA 26/11/2011


CERAMAH PERDANA BERSAMA KETUA PEMBANGKANG MALAYSIA,YB DATO SERI ANWAR IBRAHIM DI DUN BENUT,PONTIAN PADA 26/11/2011,SABTU,9.00 MALAM.BERTEMPAT HALAMAN RUMAH KETUA CABANG PKR PONTIAN,PT KEROMA,AYER BALOI,PONTIAN.SEBARKAN KEPADA SEMUA.

Kurang Faham HUDUD : Pemimpin MCA Diselar - Choi Tong


Oleh : ibn_bacoks

BATU PAHAT - Para pemimpin MCA terutamanya presidennya Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek diselar kerana tidak memahami isu hudud secara yang sepatutnya.

Sebaliknya, hanya dilihat terus-menerus membangkangnya tanpa memiliki asas yang jelas. Demikian kenyataan YB Choi Tong Choi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chuah, Negeri Sembilan.

Katanya lagi, pandangan yang mengatakan bahawa jika hukum itu dilaksanakan dalam negara ini maka kebanyakan orang bukan Islam akan 'dipotong' adalah satu persepsi yang tidak tepat sama sekali.

''Soi Lek tak reti hudud. (pandangan) orang bukan Muslim kena potonglah !'' katanya dengan nada sinis.

Beliau berkata demikian kepada hadirin sewaktu menyampaikan ceramahnya di perkarangan Bangunan Markas PAS Cawangan Parit Bilal Batu Pahat, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, YB Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor.

Beliau juga memberitahu bahawa penentangan golongan tersebut adalah disifatkan 'berbau perkauman' dan isu ini sengaja diputar-belit sebagai menakut-nakutkan kepada bukan Islam khususnya kaum Cina negara ini.

''(tindakan ini) berbau perkauman. Ugut (masyarakat) Kaum Cina (supaya) tak sokong Pakatan Rakyat (PR)'' terangnya lagi.

Mengulas lanjut, Choi berkata lagi bahawa rakyat negara ini harus bijak menilai pemimpin yang berkualiti berbanding dengan mereka yang hanya muncul bila tiba pilihan raya sahaja.

Malah katanya lagi UMNO-BN sudah cukup lama memerintah dan pada pilihan raya akan datang merupakan peluang buat rakyat untuk melakukan perubahan bersama.

''Cukuplah 53 tahun BN memerintah. Mudah-mudahan Tuhan izinkan kita akan menang. Putrajaya milik kita'' ujar beliau lagi yang merupakan salah seorang ADUN PKR yang fasih berbahasa Melayu.

Selasa, 22 November 2011

Teruja Dengan Kehadiran Kaum Cina Pada Forum Perdana Bersama SELIBRITI





Oleh : ibn_bacoks

PONTIAN - Buat julung-julung kalinya masyarakat di Dun Benut teruja dengan Kehadiran kaum Cina pada majlis Forum Perdana bersama Selebriti, rancangan Keagamaan di kaca televisyen tempatan menyebabkan majlis itu menjadi meriah, dekat sini, sabtu lepas.

Perkara ini turut dinyatakan sendiri oleh Ustaz Roslan Mohammed, Pensyarah di Universiti Malaya (UM) dengan katanya, penglibatan masyarakat bukan Islam seperti itu menyatakan gambaran bahawa Islam mementingkan perpaduan.

Disamping itu menurut beliau lagi, kehadiran mereka juga tidak membawa sebarang masalah malah amat dialu-alukan.

''Saya amat seronok kerana malam ini kedatangan orang bukan Islam ke majlis ini. Islam tidak pernah taja perpecahan, keganasan, huru hara, tak ada.

''Islam agama penyelamat. Buktinya haji'' ujarnya.

Beliau berkata demikian sewaktu memberikan ucapannya pada majlis Forum Perdana bertajuk Haji Mabrur di Dataran Pak Wan, Kampung Parit Kerimun, Benut, di sini.

Turut berucap, Ustaz Mohd. Fauzi Mustafa, pengacara rancangan al-kulliyyah Tv3 dan Ustaz Zamri Zainuddin, bekas Pengacara Mari Mengaji Tv9.

Selain itu katanya, kepelbagaian agama dan bangsa dalam negara ini merupakan peluang bagi setiap anggota masyarakat untuk merapatkan perpaduan.

Jelasnya lagi, dengan pertemuan sebegini memberi harapan bahawa ia merupakan satu penerangan tentang kebaikan Islam itu sehingga menatijahkan sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain.

''Kita yakin, dalam Malaysia kita nak sampaikan (penerangan kepada) orang bukan Islam sebagai rakan yang patut dihormati macam mereka sayang kepada keluarga mereka'' katanya lagi.

Pada majlis yang sama, sejumlah 60 bungkusan hadiah telah diagihkan kepada hadirin yang bernasib baik dalam slot cabutan bertuah yang disediakan penganjur sendiri iaitu Syarikat Nur Qamar and Son Enterprise.

Kira-kira kurang 1000 orang telah menghadiri program seawal 9.00 malam itu dan majlis berakhir pula pada jam 11.30 malam.

Hadir sama, Ustaz Atan Gombang, Pengelola Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut, Hj. Bachok Welang, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Pontian. Ustaz Mohammad Nazar, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Pontian, Sdr. Saiful Amri A. Suloh, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Pontian.

Isnin, 21 November 2011

Harimau Akan GANAS Apabila Tercedera - Hassan Karim


Oleh : ibn_bacoks

BATU PAHAT - ''Harimau kalau dah cedera ia akan ganas'' begitulah analogi yang diterjemahkan oleh Encik Hassan Abdul Karim, bekas Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) kepada siri-siri provokasi pihak tertentu terhadap majlis ceramah anjuran Pakatan Rakyat Di Johor.

Katanya lagi, kuasa yang dimiliki itu bukan mutlak dan kekal selama-selamanya, akan tetapi ia bersifat sementara. Manakala pihak yang berasa akan hilang kuasa akan bertindak sesuka hati tanpa mengira pertimbangan akal dan hati budi.

Justeru katanya, adalah suatu perkara yang biasa jika kejadian luar norma dan tidak bertamadun itu berlaku kerana ia dianggapkan sebagai 'sifat alam'.

''Keseriusan parti pembangkang, ini tak berlaku pada pilihan raya ke 12.

''Bila dah perintah lama dan contohnya beberapa negeri dah hilang kuasa. Betapa susah nak (kembali) bangkit Barisan Nasional. Jadi BN akan bimbang dalam pilihan raya kali ini.

''Di Johor saja orang Melayu boleh berubah peratusannya (beralih kepada PR)'' jelasnya lagi yang juga Ketua Cabang Parti KeAdilan Rakyat (PKR) Parlimen Tanjung Piai.

Oleh yang demikian, beliau menambah dengan katanya bahawa pertembungan antara BN dan PR merupakan persaingan sihat dalam politik tanah air dan setiap parti politik itu harus menyedari bahawa perlawanan itu bukan dengan keganasan sebaliknya melalui pembuangan undi dalam pilihan raya.

''Ini persaingan politik, berilah peluang kita bukan rampas tapi dengan pensel (Buang undi)'' ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan alu-aluannya di majlis ceramah umum di perkarangan Markas PAS Cawangan Parit Bilal, Batu Pahat, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, YB Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor. YB Chai Tong Chai, ADUN Chuah, Negeri Sembilan.

Ahad, 20 November 2011

UMNO Johor Kini Berada Di Penghujung Usia



Oleh : ibn_bacoks

PONTIAN - UMNO Johor dibawah pimpinan Menteri Besarnya, Datuk Abdul Ghani Osman, didakwa kini berada di penghujung pemerintahannya.

Perkara ini dinyatakan secara tegas oleh M. Subramanian, Ketua Penerangan, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) negeri Johor dengan katanya berdasarkan kajian yang telah dilakukan bahawa pertambahan pengundi baru yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) rata-ratanya adalah daripada kalangan bukan Melayu.

Hal ini katanya menjadi petanda bahawa pengundi Melayu bukan penentu kepada kemenangan UMNO-Barisan Nasional dalam pilihan raya akan datang.

''Pengundi Melayu bukan penentu undi bagi kemenangan Barisan Nasional di Johor. Kajian mendapati 26.000 pengundi baru daripada orang Cina'' tegas beliau lagi.

Tambahan pula ujarnya lagi, Pakatan Rakyat (PR) Johor telahpun mensasarkan lebih 13 kawasan Parlimen manakala 35 lagi ialah di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), akan turut memberi kejutan kepada parti yang sudah 53 tahun menjadi pemerintah di negara ini.

''(sejumlah) 13 kawasan Parlimen dan 35 peringkat DUN (Dewan Undangan Negeri) Johor akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Ini laporan sulit yang terakhir (diterima)'' ujar beliau lagi.

Selain itu, kata Subramaniam lagi, negeri yang terkenal dengan jolokan 'kubu kuat UMNO' itu didakwa turut memiliki rekod kes khalwat yang banyak.

Dianggarkan kira-kira 1730 kes khalwat di negeri ini dan ini disifatkan satu jumlah yang cukup besar.

''Johor (ada) 1730 kes khalwat. Disebabkan kesilapan UMNO perkara ini berlaku.'' ujarnya lagi.

Justeru katanya lagi, adalah suatu yang malang bagi rakyat Malaysia yang mempunyai sebuah pemerintah yang hanya mendominasi sesuatu kaum dalam sesebuah parti.

Sedangkan katanya, rakyat negara ini harus berbangga kerana PAS bukan disifatkankan sebuah parti untuk satu kaum sahaja dan hal ini boleh membawa ke arah sebuah negara yang maju dan cemerlang.

''Kalau negara ini nak maju, jangan ada parti satu kaum.

''UMNO sendiri dalam bahasa inggeris. Kalau tak (amalkan) perkauman, parti dalam Malaysia dah maju seperti PAS'' tegas beliau lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada majlis Ceramah Umum anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Pontian, di perkarangan Markas PAS Cawangan Parit Ibrahim, Sungai Pinggan, Dun Benut, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Hj. Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Pontian, Ustaz Atan Gombang, Pengelola Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut, Ustaz Faizul Hakim Ahmad, Ketua Dewan Pemuda PAS Pontian.

Sabtu, 19 November 2011

ADIK Tak Rela MAT INDERA Difitnah


Oleh : ibn_bacoks

PONTIAN - Adik kepada tokoh yang dikaitkan dengan kenyataan Hj. Mohammad Sabu, Timbalan Presiden PAS sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya Mat Indera adalah Komunis.

Oleh yang demikian, kata Baharom Shah, ia merupakan fitnah yang sengaja dilemparkan kerana mempunyai agenda tersendiri.

Beliau memetik dari surah al-buruj ayat 10 yang menjelaskan akibat menyebar fitnah akan diseksa oleh Allah swt dengan seksaan yang dahsyat di akhirat kelak.

''Saya berasal daripada Batu Pahat. Lahir di Muar. Bekas mata-mata dipanggil ke Bukit Kepong, untuk sokong UMNO. Kenapa tak panggil keluarga Mat Indera. Bagi can (peluang) saya bercakap di pentas'pentas UMNO.

''Bila saya bercakap di youtube. Petang MB dah jawab. Mat Indera Komunis-kejam. Itu fitnah !'' tegas beliau lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya di perkarangan Bangunan PASTI Al-Hidayah, Markas PAS Cawangan Serkat, Parlimen Tanjung Piai, dekat sini, baru-baru ini.

Beliau menambah lagi dengan ceritanya British cuba mahu menangkap Mat Indera sama seperti siri penangkapan keatas ahli PKMM (Persatuan Kebangsaan Melayu Melaya) yang seramai 80.000 orang itu tapi ramai yang enggan diberkas dengan melarikan diri ke dalam hutan.

Sebaliknya Kata Baharom lagi, Mat Indera tidak mahu ditangkap kerana keluarganya itu berdarah pahlawan masakan begitu sahaja ingin menyerah diri kepada penjajah.

''Abang saya bernama Indera bin Mohd. Salleh bin Hussin. Hussin pernah jadi Bentara di Siam. Hussin bin Jubir. Jubir pula Bentara Sultan Siak di Riau.

''Kalau negara dijajah, kerana itu kena lawan (penjajah). Musuh Mat Indera bukan orang Melayu tapi inggeris (penjajah)'' tegasnya lagi.

Sementara iti beliau menafikan bahawa kedudukannya kini sebagai penceramah bukanlah untuk mengagung-agungkan pengganas. Akan tetapi pihaknya tiada pilihan lain selain berada di pentas PAS bagi membersihkan nama keluarganya.

''Saya berdiri (berceramah) bukan nak agung-agungkan gerila. Kewujudan (dakwaan) gerila Melayu bukan jahat atau bukan nak anut (fahaman) Komunis tapi tiada pilihan lain.

''Pada masa itu negara kita dijajah. Sebab itu perlu bangkit (tentang penjajah).

''Mat Indera seorang guru agama di Pontian Besar. Pejuang-pejuang kemerdekaan ramai golongan ulamak termasuklah Mat Indera'' jelasnya lagi.

Katanya lagi, Mat Indera bukanlah seperti yang didakwa dalam serangan peristiwa Bukit Kepong akan tetapi adalah individu yang bertanggungjawab menyelamatkan mata-mata yang tercedera di Balai Polis tersebut.

Beliau kesal lantas mempersoalkan dimanakah kewajarannya menuduh Mat Indera yang melakukan serangan sehingga ditawarkan RM75.000 kepada sesiapa yang berjaya menangkapnya.

''Mat Tokyo kawan karib Mat Indera. Memperdayakannya sebagai tukang masak. Suatu ketika di Pekan Sri Medan. Mesyuarat dijadikan alasan untuk menjemput Mat Indera. Kemudian dihidangkan tempe, air kopi dan serbuk kecubong.

''Selesai minum, Mat Indera rasa pening-pening lalu tertidur. Akhirnya diberkasnya di situ juga'' kata Baharom lagi.

Turut berucap, Sdr. Suhaizan Kaiat, Ketua Dewan Pemuda PAS negeri Johor, Sdr. Ghazali Ayub, Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS negeri Johor, Ustaz Ahmad Sani Kemat, Yang Dipertua PAS Kawasan Tanjung Piai.

Jumaat, 18 November 2011

Itu HARTA Semua Bukan Aku Yang Punya. Ini AMANAH Allah - Anwar


Oleh :ibn_bacoks

BATU PAHAT - ''ITU harta bukan aku yang punya. Ini amanah Allah'' begitulah ingatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang kepada pemimpin UMNO BN negara ini supaya kembali sedar bahawa kuasa yang dianugerahkan itu adalah milik Allah swt.

Beliau memetik ucapan itu berpandukan sejarah Khalifah Omar Abdul Aziz yang hanya memerintah sekitar dua tahun empat bulan sahaja namun memiliki pencapaian yang memberangsangkan.

Katanya lagi, antara rahsia yang dilakukan oleh pemerintahan yang telah memberi inspirasi kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng itu menurutnya adalah dengan memperingatkan kepada para Menterinya bahawa kuasa itu amanah Allah swt.

''Dua tahun boleh perintah sampai ke Azerbaijan, di Asia Tengah. Dia buat (berkuasa) untuk selesaikan (masalah rakyat) dua tahun.

''(pesanan) ingat ! Harta semua bukan aku yang punya. Ini amanah Allah. Itu diperingatkan kepada Menteri.

''Kalau kita (kebanyakan pemimpin) ana yang punya. Macam cerita Madu tiga. Ini ana yang punya.'' ujarnya sambil disambut gelak ketawa hadirin.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada majlis Ceramah Perdana, di perkarangan Markas PAS Cawangan Parit Bilal, dekat sini, selasa lepas.

Hadir sama, Datuk Dr. Chua Jui Meng, Pengerusi PKR Johor, Dr. Boo Chen Hau, Pengerusi DAP Johor.

Selain itu kata Anwar lagi, sistem pembayaran zakat juga merupakan satu unsur bagaimana sesuatu pemerintah boleh membantu rakyatnya kerana ia mempunyai hikmah tersendiri dengan menitikberatkan keadilan dan ihsan.

Sebaliknya beliau menempelak sesetengah pihak yang tidak menjadikan perbendaharaan negara sebagai harta awam akan tetapi membolotnya untuk kepentingan peribadi dan kroni.

''Omar laksanakan zakat. Kalau pemimpin (hari ini) . (ini) ana yang punya. Tak jadi (tidak dibenarkan). Zakat ia tiang rukun Islam. Tekankan adil dan ihsan.

''Dua tahun cari orang miskin. Malam menangis kalau ada seseorang yang (dhaif) dan ada yang lapar. (menangis) dia takutkan Allah. (ini contoh) baru boleh jadi pemimpin.'' terang beliau lagi.

Dalam pada itu, beliau turut mengambil contoh bagaimana Kedah yang memiliki pendapatan yang jauh lebih rendah sebelum PAS dan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan itu daripada UMNO-BN adalah disebabkan mengamalkan pemerintahan yang adil dan saksama.

''MB Kedah (Datuk Seri Azizan Abd. Razak) terkenal bukan kerana pakar ekonomi. Dia bekas pensyarah. Tapi baik, bersih. Orang tak boleh main-main.

''(sebelum perintah) balak satu ekar harganya RM 1000. Sekarang RM 19.000. Macam mana boleh naik dalam setahun? Dulu RM 18.000 lesap !'' soalnya lagi.

Dalam perkembangan berasingan, beliau menceritakan lagi dengan katanya ada seorang ulamak terkemuka memberi perangsang kepadanya bahawa selama ini beliau menghadapi penghinaan yang dahsyat tapi kini berbeza setelah banyak pihak melihat kerosakan pemimpin UMNO hingga ke tahap yang membahayakan hasil pendedahan yang dilakukan.

Beliau mengulas berhubung dengan laporan daripada sebuah portal pembangkang sebelum ini mendedahkan bagaimana keluarga bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammad didakwa membeli sebuah syarikat berkaitan arak yang terbesar di Filipina malah juga di Asia Tenggara.

Katanya lagi, ada satu doa yang diamalkannya supaya cekal menghadapi tohmahan yang diambil daripada seorang ulamak Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaili.

''Dr. Wahbah doakan saya. Kena yakin 'Qaluuu Rabbunal Lah tsummas taqim'' ujarnya lagi.

Anwar dalam rangka lawatan seharinya ke Johor sebelum ini telah menghadiri Jamuan Makan Malam KeAdilan di Grand Sea View Restaurant, Jalan Tanjung Laboh, Batu Pahat anjuran Parti Keadilan Rakyat, Cabang Batu Pahat.

Khamis, 17 November 2011

1 Malaysia : UMNO Cuba Main Wayang


Oleh : ibn_bacoks

PONTIAN - Slogan 1Malaysia yang merupakan azimat buat Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Presiden UMNO ditonjolkan bertujuan untuk mengaburi mata rakyat khususnya bukan Melayu kembali menyokongnya.

Perkara ini ditegaskan oleh Ustaz Ahmad Sani Kemat, Yang Dipertua PAS Kawasan Tanjung Piai dengan katanya permainan wayang ini dicipta dengan harapan perpaduan antara komponen Pakatan Rakyat berpecah selain untuk menampal pelbagai kelemahan yang dihinggapi parti yang berfahaman kebangsaan itu.

Sebaliknya kata beliau lagi, kerjasama (PR) semakin kukuh ekoran ramainya golongan bukan Islam kini tanpa segan silu bertandang di majlis-majlis anjuran PAS.

''Mereka dalam ketakutan, dia (UMNO) (ingin) dekat dengan Cina, buat (slogan) 1 Malaysia. (tujuan) nak bagi gambaran menarik bangsa lain menyokong UMNO.

''Ini wayang, bukan hakikat sebenar dalam hati. Barisan Nasional semakin lemah sehingga buat apa saja (untuk kekalkan kuasa)'' terang beliau lagi yang merupakan bekas calon PAS Dun Kukup.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapannya pada majlis Ceramah Umum di perkarangan PASTI Hidayah, Markas PAS Cawangan Serkat, Parlimen Tanjung Piai, dekat sini, baru-baru ini.

Dalam perkembangan berasingan beliau berkata lagi rakyat Malaysia cukup bertuah dengan penglibatan PAS dalam arena politik negara ini.

Adalah menjadi satu keperluan katanya Malaysia mempunyai pembangkang yang kuat bagi mengimbangi kedudukan pemerintah agar tidak melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan mudharat pada rakyat.

UMNO dakwanya akan terus mempergunakan segala-galanya untuk kekal berkuasa termasuklah yang disifatkan 'kelemahan' orang Melayu sebagai senjatanya.

''Saya dulu orang UMNO. Nak dijadikan modal pilihan raya beri tiang-tiang api. Dua tahun kemudian dipasangnya wayar. Bersorak orang kampung. Orang Melayu kena tipu! Tak akan berjaya kalau duduk dalam UMNO'' terangnya lagi.

Hadir sama, Mr. Teoh dan Mr. Goh, AJK DAP Tanjung Piai,

Rabu, 16 November 2011

Ceramah ANWAR Dicemari Letupan Mercun


Oleh : ibn_bacoks

BATU PAHAT - Satu insiden yang tidak bertamadun telah dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab dengan meletupkan mercun di tempat ceramah melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang di bandar ini, dekat sini, malam tadi.

Insiden ini berlaku sewaktu Dr. Zulkifli Ahmad, Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor sedang berucap.

Sebanyak dua kali cubaan dilakukan yang disifatkan satu lagi siri provokasi dengan harapan majlis ceramah pada malam tadi gagal dijayakan.

Tinjauan mendapati, dua letupan kecil yang berlaku itu, salah satunya meletup berdepan dengan pentas yang turut sama diduduki Datuk Dr. Chua Jui Meng, Pengerusi PKR Johor dan Dr. Boo Cheng Hwa, Pengerusi DAP Johor manakala satu satu lagi, begitu hampir dengan kedudukan wartawan Mtd Benut di sebelah kiri yang juga berhampiran dengan sebuah kenderaan pelbagai guna MPV berwarna hitam.

Pada awalnya Mtd Pas Benut menyangka letupan itu mungkin berpunca daripada penyambung wayar yang digunakan penganjur bagi membekal tenaga elektrik namun ia tidak berlaku.

Cemas dengan insiden ini menyebabkan pelaku berjaya melarikan diri ke semak berhampiran manakala pihak penganjur pula gagal menangkap pihak yang cuba melakukan sabotaj itu.

Bagaimanapun, dilaporkan tiada sebarang kecederaan yang berlaku pada kejadian tersebut.

Terdahulu, penganjur program turut didatangi rombongan daripada pihak Polis yang diketuai oleh Tuan Din bin Ahmad selaku wakil bagi pihak berkuasa untuk diadakan pertemuan. Manakala penganjur pula menghantar wakilnya iaitu peguam Hassan Karim.

Perbincangan yang berlangsung selama lebih kurang 15 minit itu membuahkan hasil apabila majlis tersebut dibenarkan penganjurannya setelah Pihak berkuasa berpuas hati dengan jaminan yang diberikan penganjur tapi bersyarat.

Menurut Hassan dengan katanya majlis yang berlangsung itu akan dipantau oleh pihak berkuasa dari masa ke masa bergantung kepada situasi.

Beliau berkata pihaknya akan bertanggungjawab dan jika ada sebarang provokasi akan dihadapinya sehingga selesai majlis.

''Saya sebagai peguam penganjur, kami adakan rundingan tadi dengan pihak Polis serba mesra, ringkas, bertukar-tukar fikiran dan cadangan. Alhamdulillah Polis beri semacam keizinan tapi bersyarat.

''Polis akan pantau majlis ini. Ia bergantung kepada kita. Sama-samalah memahami tugas Polis'' ujarnya kepada hadirin sebaik sahaja pihak berkuasa beredar dari tempat ceramah.

Sementara itu, Anwar turut dilaporkan berkata pihaknya berasa pelik kerana sebelum ini kehadirannya ke Johor menghadapi pelbagai halangan.

Sedangkan ujarnya kehadiran itu bertujuan memberi penerangan dan penjelasan sebaliknya bukan untuk menjatuhkan aib pemimpin UMNO-Barisan Nasional.

''Saya nak pergi Rengit (berceramah) dihalang. Adakah saya bawa peluru berpandu. Bukan nak pergi perang !'' soalnya lagi.

Beliau mengulas perkara ini ekoran kedatangannya ke Pekan Rengit beberapa bulan lalu disekat sehingga jalan Batu Pahat-Pontian ditutup oleh pihak berkuasa.

Anwar dalam rangka lawatannya ke negeri Johor sebelum ini telah menghadiri majlis Hi Tea anjuran Pakatan Rakyat di sebuah Restoran di jalan Tanjung Labuh sebelum bergerak ke tempat ceramah di kampung Parit Bilal, Batu Pahat.

Ibn_bacoks : Syabas dan tahniah kepada Polis diatas keizinan itu. Maaf dengan prejudis terhadap pihak berkenaan.

Selasa, 15 November 2011

Konvokesyen PASTI Tutup Tirai Persekolahan 2011



Oleh : ibn_bacoks

PONTIAN - Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (PASTI) Kawasan Pontian telah menganjurkan Majlis Konvokesyen 2011 sebagai program terakhir sebelum tirai 2011 dilabuhkan.

Acara yang melibatkan lebih 257 murid PASTI seluruh PONTIAN tu telah diadakan di Dewan Utama Markas PAS Kawasan Pontian pada 13 November, dekat sini telah menarik kira-kira 500 pengunjung yang terdiri daripada kalangan ibu-bapa, murid, guru dan para petugas.

Tepat jam 9.00 pagi majlis dimulakan dengan bacaan doa daripada Ketua Dewan Pemuda PAS Pontian, Ustaz Faizul Hakim Ahmad, juga sebagai penasihat program tersebut.

Kemudian disusuli pula dengan iringan lagu Negaraku, lagu bangsa Johor dan lagu PASTI.

Manakala adik Asiah Solahuddin pula mengambil tempat dengan memperdengarkan bacaan ayat suci al-quran.

Melihat ragam anak PASTI yang berbakat ini, telahmencuit tumpuan hadirin apabila sebuah sajak telah dideklamasikan oleh adik Fahmi Syakirin daripada PASTI As Salam dengan judulnya kejayaan lalu disusuli pula persembahan nasyid daripada PASTI Al-Hijrah dengan membawakan dua buah lagu iaitu Pujian dan I look see.

Sementara itu, Pengerusi PASTI Pontian, Sdr. Amin Sanusi berkata tahun ini ada sedikit kelainan memandangkan sebelum ini program itu dilakukan di luar perkarangan markas tersebut.

Namun katanya Pengusaha tempat yang menjadi kebiasaan program ini berlangsung telah menaikkan harga sewaan menyebabkan ia dialihkan ke tenpat itu.

''Kita ada masalah teknikal. Kita sudah mencari. Di tempat biasa, Pengusaha sudah naikkan harga. Lalu kita tanya di Hotel Pontian. Akan tetapi ruang dalam dewannya lebih kurang sama besarnya dengan dewan markas ini maka kita mengambil keputusan untuk laksanakannya di sini (Markas)'' katanya lagi.

Hadir sama, Hj. Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Pontian.

Isnin, 14 November 2011

Urus Lembupun Tak Berjaya Apatah Lagi Negara


Oleh : ibn_bacoks

PONTIAN-Pemimpin UMNO-Barisan Nasional diselar kerana ketidakmampuan mereka menguruskan 'lembu' dalam masa yang sama mendakwa berjaya mengurus negara ini dengan baik.

Hal ini kerana disebabkan menyalahgunakan kuasa yang dilakukan berikutan kes National Feldot Corporation Sdn. Bhd (NFC).

Perkara ini ditegaskan secara sinis oleh YB Amiruddin Shari, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Selangor dengan katanya perbandingan antara UMNO-Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat (PR) boleh dilihat bagaimana kemampuan pemimpinnya mengurus tadbir negara dengan baik.

Sedangkan katanya ketirisan dan salah guna kuasa tetap berlaku sehingga ke tahap tidak munasabah dan tidak mencapai tahap audit yang dikehendaki.

''Perbandingan UMNO mengurus lembu cara kita (PR) urus orang'' ujarnya.

Portal berita pembangkang sebelum ini melaporkan bagaimana penyelewengan wang rakyat berjumlah RM250 Juta dilakukan National Feedlot Corporation Sdn. BHD. (NFC) yang didakwa melibatkan syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramahnya di Perkarangan Markas PAS Cawangan Parit Ibrahim, Benut, dekat sini, jumaat lepas.

Justeru beliau menambah lagi dengan katanya adalah bagi memastikan UMNO tidak berjaya mengekalkan kuasa di Putrajaya dengan memenuhi beberapa ciri yang diperlukan.

''Nak (buang) undi senang sahaja. Asalkan jangan bukan (logo) dacing sudah. Pilih saja selain daripada itu'' tegas beliau yang merupakan anak kelahiran Benut itu.

Hadir sama, Hj. Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Pontian, M Subramaniam, Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Negeri Johor, Ustaz Atan Gombang, Pengelola Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut.

Ahad, 13 November 2011

BEKAS Anak Murid MAT INDERA Berjaya Dijejaki


PONTIAN - Petualang ! suatu tuduhan melampau yang telah ditujukan kepada pejuang kemerdekaan Mat Indera Shah kononnya bekerjasama dengan komunis.

Bagaimanapun, Wartawan Mtd Pas Benut baru-baru ini berjaya menjejaki bekas anak murid Mat Indera Shah di Kampung Serkat, Parlimen Tanjung Piai yang kebetulan berada di tapak ceramah dekat sini bagi mengetahui secara dekat peribadi tokoh yang penuh kontroversi itu.

Adalah suatu tuduhan yang janggal dan tidak masuk akal dengan mengatakan dan menjaja nama Mat Indera, bersekongkol dengan pengganas Komunis yang telah menyerang Balai Polis Bukit Kepong.

Sebaliknya, Mat Indera harus dinobatkan sebagai salah seorang pejuang kemerdekaan kerana ketokohan, keberanian dan sumbangannya menentang penjajah British.

Perkara ini ditegaskan oleh Ayub bin Sar, 78, atau lebih dikenali sebagai Pak Ayub dengan mempersoalkan bagaimana mungkin seorang yang kuat agama boleh terjebak dan menjadi petualang.

Sepanjang sesi temu bual ringkas itu, Pak Ayub begitu semangat menceritakan perihal Mat Indera walaupun dirinya telah dimamah usia.

Penampilan yang segak, bertubuh tinggi lampai, berkulit sawa matang dan berkasut hitam sudah tentu ramai yang tidak menyangka bahawa beliau adalah bekas murid kepada ikon yang menggemparkan negara sedikit masa lalu.

''Dia (Mat Indera) bekas guru saya. Guru agama di sebuah sekolah dekat Parit Ibrahim, Pontian sebelum perang Jepun lagi.

''Beza umur saya dengan dia 12 tahun. Saya lahir tahun 1932.'' ujarnya ketika ditemui wartawan Mtd Pas Benut sebelum mengikuti majlis ceramah umum di Serkat, Tanjung Piai, baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang isu komunis yang melibatkan bekas pejuang kemerdekaan Mat Indera yang banyak diperkatakan sebelum ini.

Oleh : ibn_bacoks

Sabtu, 12 November 2011

Terharu Dengan Kunjungan DPPK Pontian sempena Aidil Adha


PONTIAN - Seorang pesakit jantung begitu terharu kerana menerima kunjungan daripada Dewan Pemuda PAS Kawasan Pontian di Hospital Daerah Pontian sempena perayaan Hari Raya Aidil Adha.

Bagi pesakit Rosaini Ahmad, 43, berkata beliau tidak menyangka bahawa kunjungan seperti ini telah dilakukan oleh sayap kanan PAS Pontian itu walaupun mempunya...i aktiviti lain.

''Saya terharu dengan lawatan ini dan terima kasih kerana susah-susah datang'' ujarnya lagi ketika ditemui di Wad Bunga Tanjung, Hospital Pontian, semalam.

Sementara itu, ketuanya, Ustaz Faizul Hakim Ahmad berkata pihaknya sedaya upaya tidak mahu melupakan golongan yang tidak dapat bersama keluarga bagi merayakan Aidil Adha.

Katanya lagi, dengan kunjungan singkat tersebut sekurang-kurangnya mengurangkan bebanan yang ditanggung disamping boleh mengeratkan silaturrahim.

''Kita cuba memahami perasaan pesakit dengan berbual-bual, bertanya khabar. Setakat yang kami temui, rata-ratanya menunjukkan rasa senang hati walaupun mereka berperang dengan penyakit yang dialaminya'' ujarnya lagi.

Terdahulu, Ustaz Faizul bersama rombongannya tiba jam 5.30 petang dan berkesempatan menyampaikan sumbangan ihsan pada kunjungan tersebut.

Hadir sama, Ustaz Mohammad Nazar, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Pontian.

Oleh : ibn_bacoks

Jumaat, 11 November 2011

Mangsa KEBAKARAN Dibantu


Oleh : ibn_bacoks

PONTIAN - PAS Benut menafikan tanggapan bahawa kegiatan mereka kini hanya lebih mementingkan kaum Cina berbanding Melayu disebabkan banyaknya siri kebajikan tertumpu pada komuniti itu.

Sebaliknya, sebagai sebuah gerakan Islam, PAS terus berusaha memperkenalkan tawaran Negara Berkebajikannya apabila rombongan Majlis Tindakan Dun (MTD) Benut membuat lawatan mengejut ke atas sebuah keluarga yang ditimpa musibah.

Insiden 2 November lepas masih lagi terngiang-ngiang di sanubari bagi keluarga Mohd. Dahlan Sabar, 55, daripada Kampung Parit Dua, Unit Peti Undi (UPU) Parit Satu apabila rumah yang dibina sejak 12 tahun lalu musnah terbakar.

Menurut beliau yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah memberitahu pihaknya telah mengalami kerugian dianggarkan sekitar RM 60.000 akibat kebakaran yang berpunca dari kebocoran pada saluran gas memasaknya.

Namun Dahlan bernasib baik kerana kesemua 9 orang ahli keluarganya berjaya diselamatkan dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

''Semua orang tidur. Saya perasan bila siling yang dibuat dari kain terbakar. Saya terjaga sebab panas.

''Tak sempat nak selamatkan apa-apa kecuali motor aja.'' jelas bapa kepada 7 orang anak itu.

Beliau berkata demikian sewaktu ditemui wartawan Mtd Pas Benut di Pusat Pemindahan Sementara, Balai Raya Kampung Parit Dua, Unit Peti Undi (UPU) Parit Satu, Benut, dekat sini, baru-baru ini.

Bersimpati dengan insiden ini, Ustaz Atan Gombang, Pengelola Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut menyampaikan sumbangan atas nama PAS Dun Benut bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga malang ini.

Sumbangan turut disumbangkan oleh Sdr. Saiful Amri A. Suluh yang mewakili Dewan Pemuda PAS Kawasan Pontian.

Hadir sama, Hj. Bachok Welang, Naib Yang Dipertua PAS Pontian, Ustaz Mohammad Nazar, Naib Ketua Pemuda PAS Pontian.

Khamis, 10 November 2011

PAS Benut Terus Santuni Masyarakat CINA


Oleh : ibn_bacoks

PONTIAN - PAS Benut tidak jemu-jemu cuba menghubungkan perpaduan dengan orang bukan Islam yang selama ini sukar untuk didampingi adalah disebabkan dakyah songsang daripada parti lawan

Namun persepsi bahawa PAS parti jumud dapat dibuang jauh-jauhnya setelah banyak siri lawatan dilakukan.

Terbaru, kunjungan rombongan daripada Majlis Tindakan Dun (MTD) Benut telah dibuat ke rumah sebuah keluarga iaitu mendiang Tan Chew Hwa yang meninggal dunia sebulan yang lepas akibat kanser.

Menurut anak mendiang, Tan Hui Lew, 48, berkata mendiang yang baru mencapai usia 59 tahun itu telah menghembuskan nafas terakhir dan terlantar di Hospital selama sebulan.

Dalam ucapannya beliau mengucapkan penghargaan kepada PAS Benut diatas lawatan tersebut dan mengharapkan kegiatan seperti ini dapat diteruskan lagi.

''Dia (mendiang) sakit kanser. Setahun sakit kat Hospital. Sudah 4 malam buat majlis.

''Saya ucapkan terima kasih kerana sudi hadir'' ujarnya lagi sebagai anak sulung daripada 7 adik beradik yang lain.

Sementara itu, Ustaz Atan Gombang, Pengelola Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut berkata, Islam sebagai agama yang membawa rahmat seluruh alam ini begitu mementingkan perpaduan dan menganjurkan sikap saling hormat menghormati sesama manusia.

Katanya lagi, walaupun orang bukan Islam tidak seakidah dari sudut pegangan agamanya namun atas sifat kemanusiaan umat Islam harus menghormatinya.

''(Orang) yang mati (meninggal dunia) kita (Orang Islam) kena hormat. Kerana kita sesama manusia.'' katanya lagi dengan disambut tepukan gemuruh lebih 300 jemputan yang hadir.

Hadir sama, Amat Tee, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kawasan Pontian.

Rabu, 9 November 2011

Pemimpin ADIL Akan Diselamatkan Di Mahsyar - Hassan Din


PONTIAN - Imam atau pemimpin yang bersikap adil diberi jaminan perlindungan oleh Allah swt apabila dibangkitkan di padang Mahsyar kelak, kata Datuk Hj. Abu Hassan Din al-Hafiz, Bekas Penasihat Agama di Istana Negara.

Menurut beliau lagi pengertian adil itu perlu diperluaskan lagi yang bukan hanya kepada kelompok pemimpin atasan malah ia juga melibatkan peranan manusia dalam memimpin institusi kekeluargaan.

Beliau turut menjelaskan bahawa ada enam lagi golongan lain yang turut diberi keistimewaan oleh Allah swt di akhirat nanti.

''Ada tujuh golongan yang Allah swt selamatkan di Mahsyar. Satu, Imam yang adil, dua, pemuda yang asyik beribadah kepada Allah. Ketiga, lelaki yang hatinya terpikat dengan masjid. Keempat, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah. Kelima, lelaki bila bersunyian ingat Tuhan, mengalir air matanya. Keenam, lelaki bila diajak buat maksiat oleh perempuan, dia kata saya takutkan Allah, ketujuh, bersedekah.'' jelasnya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramahnya yang tajuk 'Menuju Titian Sirotalmustaqim' di Masjid Jamek Temenggong Ibrahim Benut dekat sini, baru-baru ini.

Beliau menambah lagi dengan katanya bersedekah selain menjadi 'perlindungan' kepada seseorang, ia juga dilihat memudahkan urusan perjalanan ke Mahsyar.

Hal ini kerana katanya banyak bentuk perjalanan yang akan dihadapi seseorang itu adalah dengan bersandarkan amalan masing-masing.

''Ada yang berjalan laju seperti Burak, ada yang seperti angin, ada yang seperti burung, ada yang seperti lelaki hebat, ada yang seratus tahun baru sampai dan ada yang seribu tahun baru sampai.

''Ada juga dalil mengatakan barang siapa yang banyak sedekah, mudahkan jalan ke Mahsyar.

''Bersedekah kena rahsiakan. Hingga tangan kiri tak tahu tangan kanan yang hulur. Nak bagi derma, janganlah ini nak derma bagi cek dua orang yang usung!'' katanya dengan nada sinikal.

Bagaimanapun katanya lagi masih ada golongan yang berpeluang mendapat bantuan Nabi Muhammad saw setelah menghadapi kesulitan yang amat sangat di akhirat nanti.

''Golongan yang mendapat syafaat Nabi Muhammad saw pula. Pertama, umat Nabi Muhammad saw sendiri. Kedua, dosa yang tak banyak dan ketiga masa hidup dengan memperbanyakkan selawat.'' ujarnya lagi.

Hadir sama, Sohibus Samahah, Sheikh Ustaz Mohd. Fauzi Bachok, Tuan Kadhi Daerah Pontian.

www.ibn75.wordpress.com

Selasa, 8 November 2011

Kaum CINA Benut Bersama Menyaksikan Majlis Korban



BENUT, PONTIAN - Keunikan program Korban peringkat Majlis Tindakan Dun (MTD) Benut tahun ini bertambah menarik dengan kehadiran kaum Cina ke program tersebut.

PAS Dun Benut sejak akhir-akhir ini sudah mula diterima oleh masyarakat itu dan perpaduan itu dilihat berpandukan program yang dianjurkannya sebelum ini.

Perkara ini turut diakui Hj. Bachok Welang, Naib Yang Dipertua PAS Pontian dengan katanya penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pontian beberapa bulan lalu berperanan mengembangkan dakwah PAS sehingga program yang berbentuk keagamaan turut diserta kaum itu.

''Sambutan tahun ini memberangsangkan keranan ia turut dihadiri kau Cina sebagai tanda sokongan terhadap parti Islam.'' ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu ditemui Mtd Pas Benut di Pusat Penyembelihan di Perkarangan Bangunan Markas PAS Cawangan Parit Ibrahim Benut, dekat sini, semalam.

Dalam pada itu beliau berkata PAS fof All antara slogan yang menyebabkan orang bukan Islam ingin berdampingan dengan parti itu.

Menurutnya lagi PAS tidak mementingkan bangsa yang jauh lebih baik daripada sebuah parti perkauman negara ini dan ia begitu mesra dengan kaum selain Melayu.

''Kita banyak buat program bersama dengan kaum bukan Melayu. Sambutan yang diberikan cukup baik dan mendapat respon berbanding dengan sambutan yang kami terima pada pilihan raya tahun 2004'' ujarnya lagi.

Sementara itu proses penyembelihan telah dilakukan oleh Ustaz Atan Gombang, Pengelola Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut bersama lebih 50 orang yang terdiri daripada anggota Jabatan Amal Pontian.

Sejumlah 150 bungkus daripada 80 kg daging telah diagihkan kepada penduduk di sekitar Dun Benut termasuk di 17 kawasan Unit Peti Undi (UPU) yang ada.

Hadir sama, Sdr. Badrul Hisham Mat Saat, Ketua Penerangan PAS Pontian, Sdr. Razali Limat, Setiausaha Kerja PAS Pontian, Sdr. Saiful Amri A. Suloh, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pontian.

www.ibn75.wordpress.com

Isnin, 7 November 2011

Perkasakan Agama dan Kesatuan


PONTIAN - Umat Islam disaran memperkasakan agama dan elakkan perpecahan bagi mengambil pengajaran bersempena dengan perayaan Aidil Adha.

Perkara ini ditegaskan oleh Khatib Masjid Jamek Pekan Tampok dengan katanya Allah swt menyeru supaya berpegang teguh kepada agamanya dan melarang pertelagahan sesama sendiri dengan bersandarkan firmanNya dalam surah ali-Imran, ayat 103.

Katanya lagi kesatuan umat Islam boleh dilihat dengan pekerjaan Haji itu bilamana kira-kira tiga juta manusia berwuquf di Arafah.

''Buat pengajaran yang pertama kesatuan umat kerana banyak bangsa, warna kulit sepertilah kaedah Haji niat yang sama, talbiah yang sama dan takbir yang sama'' ujar beliau lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan khutbahnya di Masjid Jamek Pekan Tampok, Benut, Pontian, dekat sini, semalam.

Katanya lagi, Hari Raya Aidil Adha juga dinamakan Hari Raya Kurban kerana padanya pelaksanaan ibadah kurban yang hukumnya sangat dituntut bagi mereka yang berkemampuan.

Beliau turut mempersoalkan bagi segenap lapisan masyarakat terhadap persediaan mereka menunaikan ibadah tersebut.

''Hukumnya sunat muakkad. Iaitu sangat dituntut. Kerana ia lebih tinggi dari sunah biasa.

''Sudah bersediakah berkorban untuk segala-galanya?' soalnya lagi.

Beliau turut menambah dengan katanya disamping ia merupakan latihan bagaimana kesanggupan menyerahkan harta semata-mata kerana Allah swt malahan ia adalah ujian untuk memupuk semangat berkorban.

''Latihan sebagai persedian berkorban sebahagian rezeki kurniaan Allah swt, ia juga dilihat sebagai cara mendekatkan diri kepada Allah swt dan tidak lupa juga dengan menghidupkan sirah Nabi Ibrahim as.'' jelasnya lagi.

Terdahulu sidang jemaah dijamu dengan hidangan 'Burasak' dan 'Lepat Luie' sejenis makanan bagi kaum Bugis yang cukup terkenal di Dun Benut ini sejurus selepas mendengar khutbah serta menunaikan solat sunat Aidil Adha.

Untuk rekod pekan kecil ini adalah kawasan bagi Allahyarham Dato' Hj. Jalok Dg. Malibok, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Benut yang dahulu pernah menggemparkan negara dengan isu 'Cawat Besi'.

Turut hadir Hj. Bachok Welang, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Pontian. Ustaz Mohammad Nazar, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Pontian.

www.ibn75.wordpress.com

Ahad, 6 November 2011

Teknik Tumbangkan UMNO-Barisan Nasional Di Bulan Zulhijjah


PONTIAN - Ahli PAS disarankan memperbanyakkan amalan zikir di bulan zulhijjah sebagai cara mendekatkan diri kepada Allah swt disamping berdoakan supaya kerajaan Barisan Nasional dapat ditumbangkan dalam pilihan raya akan datang.

Perkara ini ditegaskan oleh Ustaz Atan Gombang, Pengelola Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut dengan katanya ada satu amalan yang baik yang boleh diamalkan terutama kepada pendokomg gerakan Islam iaitu dengan perbanyakkan ucapan tahlil.

Beliau memetik sabda Rasulullah saw yang mafhumnya berdasarkan hadis di bulan zullhijjah apabila Nabi Musa as berdialog dengan Allah swt berkenaan soal penerimaan doanya.

Menurutnya, Nabi Musa as memohon petunjuk bagaimana doa itu mudah diperkenankan oleh Allah swt.

Caranya iaitu bilamana berada pada 10 zulhijjah maka diajarnya membaca kalimah 'lailaha illalLah' seberapa banyak yang mungkin.

''Baca sekali ucapan 'lailaha illalLah' nescaya kalau ambil timbangan dan letak kalimah itu maka lebih berat daripada segala isi yang ada pada alam ini'' jelas beliau lagi yang juga bakal calon PAS Dun Benut.

Beliau berkata demikian dalam kuliah mingguannya di Markas PAS Cawangan Simpang Empat Benut, Unit Peti Undi (UPU) Simpang Jawa, Dun Benut, di sini, baru-baru ini.

Sehubungan itu, beliau turut menyarankan Dewan Ulamak PAS memperbanyakkan program dalaman dan tarbiyyah sepanjang 10 zulhijjah kerana nilaiannya cukup tinggi disamping mendoakan kemenangan gerakan Islam di negara ini.

''Dewan Ulamak boleh buat program dalaman sepanjang 10 (zulhijjah). Tawasul dengan doa untuk tumbangkan Barisan Nasional.'' jelas beliau lagi.

Dalam pada itu beliau mengingatkan bahawa doa yang tidak diperkenankan Allah bukan bermakna tidak diterima akan tetapi ada hikmah yang tersendiri sama ada didahulukan mahupun dikemudiankan.

''Jangan jemu-jemu berdoa. Kita lihat selepas 60 tahun Nabi Musa as berdoa, Allah terima. Barulah tumbangnya Firaun'' ujarnya lagi.

Sabtu, 5 November 2011

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga

BENUT, PONTIAN – Pepatah Melayu ada mengatakan, ‘Sudah Jatuh Ditimpa Tangga’. Mungkin pepatah ini boleh digunakan bagi menggambarkan keperitan yang dialami oleh keluarga mendiang Tew Gee.

Insiden jumaat lepas itu sudah tentu tidak dapat dilupakan oleh waris mendiang kerana selain melakukan upacara keagamaan iaitu majlis memperingati tahun kematian bapa mereka akibat sakit jantung, kebakaran turut berlaku pada khemah yang didirikan di tempat berkenaan.

Difahamkan kebakaran berlaku berpunca daripada sistem pendawaian melalui litar pintas yang telah digunakan, dipercayai terbakar menyebabkan waris terpaksa menanggung kerugian sekitar RM 15.000.

Menurut anak lelaki mendiang, Twsee Seng, 48, katanya kejadian itu berlaku kira-kira pukul 8.00 pagi menyebabkan ruang udara di Pekan Sanglang itu, turut dipenuhi kepulan-kepulan asap tebal.

Katanya lagi, kereta bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Pontian dikejarkan ke tempat kejadian namun api sudahpun padam sebaik tiba di sana.

”Waktu Bomba datang, api sudah padam. Ramai juga yang tolong, Melayupun ada tolong (padam)” katanya lagi ketika ditemui.

Bersimpati dengan insiden tersebut, rombongan daripada PAS Kawasan Pontian telah melakukan lawatan dengan diketuai sendiri Setiausaha Kerjanya, Sdr. Razali Limat.

Razali berkata, pihaknya amat bersimpati dengan keluarga mendiang dan kunjungan rombongan PAS sekurang-kurangnya boleh melegakan keluarga terbabit.

Disamping itu jelasnya lagi, di bawah lajnah Perpaduan Nasional PAS Pontian, kegiatan ini turut merapatkan hubungan parti itu dengan masyarakat Cina.

”PAS bukan setakat terlibat dengan politik kepartian semata-mata malah kerja-kerja kebajikan turut diutamakan.” ujarnya lagi.

Hadir sama, Sdr. Ah Kong, Timbalan Ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pontian, Tn. Hj. Abdul Ghani, Ketua Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pontian, Sdr. Mohammad Nazar, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pontian.

Sukan PASTI Tarik Kehadiran Ramai


PONTIAN - Majlis Sukaneka Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (PASTI) Peringkat Kawasan Pontian berjaya menarik pengunjung daripada kalangan lapisan masyarakat.

Program Tahunan Dewan Pemuda PAS Pontian itu telah berjaya diadakan dengan menarik penglibatan ibu bapa, guru, murid dan masyarakat menjadikan PASTI setanding dengan institusi pendidikan pra sekolah yang lain.

Menurut ketuanya, Ustaz Faizul Hakim Ahmad program seumpama ini dianjurkan bagi melihat potensi murid yang mempunyai kepelbagaian bakat supaya mereka mempunyai pengalaman tersendiri bila dewasa kelak.

Tambahan pula ia merupakan aktiviti kokurikulum dan membuang persepsi yang mengatakan PASTI hanya mementingkan pengajaran di bilik darjah semata-mata.

''Anak-anak kita ramai yang berbakat. Mengapa tidak bakat itu dipamerkan pula di luar bilik darjah'' jelasnya lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada perasmian program Sukaneka PASTI Kawasan Pontian di perkarangan Markas PAS Kawasan Pontian, Kampung Api-api, dekat sini, baru-baru ini.

Beliau menambah dengan katanya program sehari itu membuka penyertaan kepada 7 buah PASTI di seluruh Pontian dan daripada kalangan ibu bapa masing-masing.

Pelbagai acara menarik telah dipertandingkan termasuklah penyertaan daripada masyarakat seperti anyaman ketupat, raut lidi, bowling kelapa, kelim ketupat, mewarna keluarga dan lain-lain lagi.

''Kita tak sangka penyertaan dikalangan orang dewasa begitu memberangsangkan seperti acara pancing botol. Kita jangka mungkin tiada sambutan. Tapi lain pula jadinya'' ujarnya lagi.

Pada majlis yang sama seramai 14 orang guru dengan dibantu 10 orang anggota Jabatan Amal Pontian bertungkus lumus menjayakan program itu.

Disamping itu, kaunter semakan daftar pemilih turut dibuka bagi memberi peluang kepada orang ramai menyemak kedudukan tempat mengundi masing-masing.

Terdahulu sesi penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Dr. Hj. Mumazaini Misri, bakal calon PAS Dun Pulai Sebatang merangkap Timbalan Yang Dipertua PAS Pontian.

Hadir sama Hj. Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Kawasan, Sdr. Amin Sanusi, Pengerusi PASTI Pontian, Cg. Kalthom, Ketua Majlis Guru PASTI (MGP) Pontian.

Jumaat, 4 November 2011

Kenapa sekarang baru haramkan Seksualiti Merdeka?


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 4 Nov: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) mempersoal pihak polis yang baru tahun ini bertindak mengharamkan Festival Seksualiti Merdeka sedangkan ia sudah wujud sejak 2008 lagi.

Meskipun menyambut baik pengharaman tersebut, Ketua Penerangannya, Aiman Athirah Al Jundi berkata, polis hanya bertindak apabila rakyat bangkit membantah walaupun jelas program tersebut seolah-olah menghina kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

"Persoalannya, mengapa baru tahun ini pihak berkuasa menyedari adanya acara ini? Bolehkah kita simpulkan bahawa PDRM dan pihak-pihak berkuasa yang lain selama tiga tahun yang lepas gagal menjalankan tugas mereka?

"Apakah sudah menjadi budaya Pentadbiran Umno BN yang akan hanya bertindak bila rakyat kebanyakan mula menunjukkan bantahan atau lebih malang jika ianya membabitkan individu atau pihak yang tidak seiringan dengan Umno BN?" soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau berkata polis dan Umno BN seolah-olah mengambil kesempatan untuk menunjukkan penetangan mereka kepada individu-individu tertentu.

Ini kerana Pengerusi Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreevanisan merupakan salah seorang penyokong program yang berlangsung di Annex Gallery bermula 1 November.

"Kesempatan ini diambil untuk melegitimasikan penentangan mereka kepada individu atau pihak-pihak berkenaan dan bukannya tindakan tegas yang bertitik tolak daripada rasa tanggungjawab, kesedaran dan amanah kepada tugas serta kehidupan beragama masing-masing," katanya.

Menurut beliau, penguatkuasaan undang-undang dan hukuman bukan langkah terbaik menyelelesaikan sesuatu isu namun harus dimulakan dengan langkah penerapan nilai-nilai murni dalam kehidupan masyarakat.

Semua pihak khususnya pihak polis tidak harus bertindak seperti melepaskan batuk di tangga namun isu ini harus dilihat secara menyeluruh.

"Menyelesaikan masalah ini sewajarnya bermula daripada pendidikan, keprihatinan dan penetapan prinsip hidup serta prinsip pembinaan masyarakat yang secara jelas mesti bertunjangkan kepada keimanan yang benar serta kehidupan beragama dan kehidupan berTuhan," katanya.

Tambah beliau, semua pihak harus menitik beratkan pendidikan anak-anak dan pembangunan sesebuah institusi keluarga sehinggalah kepada pembinaan sebuah pentadbiran yang baik - ”good governance”, dengan meletakkan prinsip-prinsip urus tadbir yang baik di pihak pemerintah dan setiap individu kepimpinan negara.

Hanya Sedikit yang Bekerja Untuk Agama


PONTIAN - Golongan yang dianggap 'pilihan' Allah yang bekerja menegakkan agamaNya begitu sedikit jumlahnya berbanding yang gemar beribadat semata-mata, kata Ustaz Adam Said, Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Terengganu.

Menurut beliau lagi adalah menjadi satu kefardhuan bagi mereka yang terpilih mempersiapkan diri dalam segenap perkara kerana di hadapan mereka banyak ujian dan cabarannya.

Sehubungan itu beliau mengingatkan, untuk menjadikan persiapan itu dilakukan dengan penuh kesungguhan maka sabar menunaikan perintah Tuhan, sabar bila berdepan dengan musuh dan mencari muslihat untuk menggagalkan strategi musuh, haruslah dipasakkan di dalam hati.

''(orang) yang bekerja untuk agama, sangat sedikit. Kita dipilih Allah swt, golongan sedikit ini menjadi satu fardhu yang dipilih ini ialah persiapan kita untuk laksanakan kerja yang mencabar ini.

''Jihad kerja mencabar. Mereka akan bertemu banyak ujian berbanding seorang abid (kuat beribadat). Hendaklah bersungguh-sungguh bina persiapan diri antaranya sabar tunai perintah Allah swt, sabar berdepan dengan musuh dan mencari persiapan helah akan musuh.'' terangnya lagi.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan kuliahnya di perkarangan Markas Unit Peti Undi (UPU) Tampok, Dun Benut, dekat sini, baru-baru ini.

Dalam pada itu, kesukaran menghadapi kelicikan musuh dianggapnya tidak sama seperti kesukaran membina agama, kerana hal itu memerlukan pengorbanan dan iltizam yang tinggi.

Justeru beliau menaruh harapan bahawa perlu ada segolongan yang menjadi penolong agama Allah berbanding penyumbang kepada kemenangan.

''Tak ramai bina keyakinan tapi berdepan dengan syaitan pada sebelam malam, kadang-kadang kita kalah. Bina iman lebih mustahak !.

''Tidak ramai pejuang Islam jadi penolong untuk kejayaan Islam, yang ada hanya penyumbang untuk dapatkan kemenangan.

''Orang kafirpun boleh (menyumbang kemenangan), tapi jangan harap dapat bantu kita dalam kejayaan 'agama'. Jelasnya lagi.

Khamis, 3 November 2011

Tahalluf Siasi Adalah STRATEGI bukan Dasar - Mustafa Ali


KERJASAMA Politik atau lebih dikenali sebagai Tahalluf Siasi yang diamalkan PAS dengan parti lain dalam Pakatan Rakyat merupakan strategi bagaimana mahu menang dalam Pilihan raya.

Dato' Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS Pusat berkata adalah tidak tepat anggapan yang mengatakan PAS sudah lari dari dasar perjuangannya sedangkan pendekatan strategi dengan dasar adalah satu yang berlainan.

Menurutnya lagi PAS tetap akan mempertahankan dasar perjuangannya iaitu Islam melebihi segala-galanya namun dalam masa yang sama sumber tenaga, organisasi dan teknik serta strategi tidak akan dipinggirkan.

''Dasar perjuangan tidak boleh berubah. Manakala tenaga kerja, organisasi dan strategi boleh berubah.'' tegasnya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan pada forum 'Masa Depan PAS Dalam Landskap Politik Semasa' di Dewan Dato' Fadzil Mohd Noor di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUIZM) di Ijtimak Tarbawi Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan di Taman Melewar di sisi, baru-baru ini.

Menurut beliau lagi 'strategi' juga boleh berubah mengikut suasana dan keadaan selagi demokrasi negara ini membenarkan PAS bergerak dalam situasi damai maka soalnya lagi mengapa perlu pendekatan lain digunakan.

''Keadaan di Malaysia. Sebuah masyarakat majmuk. Banyak kebudayaan. Mereka juga rakyat dalam negara ini.

''Kita berdepan suasana muwajahah silmiah. Ia jadikan orang Islam 56-58 %. Yang lain kaum dan agama lain.

''Tak ada parti pun boleh bertanding bersendirian. Tak mungkin. Berdasarkan pengalaman dalam pilihan raya hatta UMNO pun sama.

''Oleh itu, nak perolehi kuasa kena kaedah rakyat bersama kita'' jelas beliau lagi.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa kuasa diperlukan kerana berpandukan sirah Nabi Muhammad saw yang berhijrah ke Madinah yang ruang terbuka luas bagi melebarkan dakwah setelah memiliki sebuah kerajaan sebaliknya ruang cukup terbatas semasa berada di Mekah.

''Nabi saw berhijrah kerana kuasa politik. Di Mekah terbatas. Kita nak kuasa politik yang ditentukan oleh kita'' tegas beliau lagi.

Terdahulu, Ijtimak Tarbawi Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan ini telah dihadiri lebih 5000 peserta daripada seluruh negara.

Tinjauan turut mendapati bahawa para peserta turut bersesak-sesak sehingga melimpah ke luar dewan pada sepanjang tiga hari perjalanan program tersebut.

www.ibn75.wordpress.com