Oleh ibn_bacoks
MUAR – Dr Mohamad Taslim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani berkesempatan merawat mangsa kemalangan langgar lari Abdul Jabbar Yunus, 61, yang terlantar sakit sejak setahun yang lalu.
Menurut isterinya, Fatimah Omar, 52, pada jam 5.30 petang hari kejadian, Abdul Jabbar keluar rumah menaiki motosikal untuk membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadan berhampiran.
Dalam perjalanan katanya, suami dilanggar oleh sebuah kereta menyebabkannya koma hampir dua minggu di hospital dan lumpuh hingga kini.
Sejurus diberitahu kejadian itu, dia berkejar ke tempat kejadian dan mendapati suami sudah terlentang di tepi jalan raya dengan kepala yang berlumuran darah dan nafas tercungap-cungap.
Berikutan kemalangan itu, katanya, tempurung kepala bahagian suami terpaksa dibuang semasa menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru
Rentetan kecederaan yang dialami juga, mereka sekali lagi diuji apabila Jabbar mengalami komplikasi jangkitan paru-paru dan dimasukkan ke wad hampir tiga minggu.
Malahan, suaminya juga lumpuh, tidak boleh bercakap dan perlu diuruskan sepertu seorang banyi.
Lebih malang lagi, Jabbar tidak mampu menguruskan diri kerana kini bergantung sepenuhnya susu khas yang disalurkan melalui tiub ke hidung dan memakai lampin pakai buang.
Sehubungan itu, mana-mana pihak yang prihatin dengan nasib yang menimpa suaminya diharap tampil menghulurkan bantuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan