Isnin, 30 April 2012
Nilai Perubahan Di Johor Amat Ketara – Saifuddin
\
Oleh Ibn_bacoks
DATUK Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan bahawa Johor memiliki nilai perubahan yang ketara kerana sambutan program penerangan yang dianjurkan Pakatan Rakyat (PR) mendapat sokongan rakyatnya.
”Sokongan masyarakat meningkat dari hari ke hari, trend secara ketara, sebagai contoh sudah tentu sambutan program penerangan kami.
”Negeri yang berpotensi kami mendapat sokongan lebih besar adalah yang pertama, Johor, kedua Johor, ketiga Johor dan diikuti Melaka, Negeri Sembilan. Ini tidak termasuk negeri lain yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat (PR).
”Gelanggang baru kami ialah Johor. Saya tidak menolak dan menghargai setiap jemputan dari Johor. Johor berlaku nilai perubahan ketara,” katanya dalam satu kenyataan media.
Sementara itu, beliau dilaporkan berkata, selain Johor adalah negeri yang berpotensi dimiliki Pakatan Rakyat pihaknya yakin pembangkang mampu melakarkan kejutan dengan mengambil alih Johor dan menjadi pilihan rakyatnya.
”Sasaran kami adalah meningkatkan suara signifikan secara bilangan kerana sekarang ini kami hanya ada Parlimen Bakri yang diwakili DAP. PKR dan PR memperolehi lonjakan saujana dalam penguasaan kerusi Dun dan Parlimen di Johor. Saya optimis PR boleh mengambil alih Johor dan menjadi pilihan rakyat, kami bersedia,” tegasnya lagi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
ada x gambar nk jadikan rujukan
BalasPadam