Selasa, 24 April 2012

Salmiah Terharu Dengan Kunjungan PAR Benut



Oleh ibn_bacoks

PONTIAN – Siti Salmiah Laumak, 50, seorang yang menderita akibat ketumbuhan dalam otak bagaimanapun terharu apabila menerima kunjungan rombongan daripada Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut ke rumahnya di Kampung Parit Satu, Parit Makuaseng Benut, dekat sini, baru-baru ini.

Menurut Penyelianya, Ustaz Atan Gombang, Salmiah yang merupakan seorang ibu tunggal turut mengharapkan ihsan dan simpati umum kerana menghadapi hidup yang sukar sejak beberapa tahun lalu.

Katanya lagi, 5 tahun lepas Salmiah telah melakukan pembedahan di bahagian kepala dan tempurung kepalanya sudah dibuang separuh.

”Dia strok dan lumpuh separuh. Matanya tidak nampak. Dulu bawa van kilang. Seorang yang ramai kenalan. Malangnya, dia dakwa ‘orang besar’ kampung itupun tidak menjengoknya.

”Masalahnya, walaupun terima bantuan seperti lampin pakai buang dari Perkeso. Tapi dia tidak mampu pergi mengambilnya kerana terlalu jauh iaitu di Johor Bahru lebih 90 kilometer dan tiada kenderaan,” jelas beliau lagi.

Terdahulu, Ustaz Atan berkesempatan menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan barang harian bagi meringankan bebanan yang dihadapi Salmiah selama ini.

Sehubungan itu, pihaknya merayu kepada orang ramai untuk turut membantu manakala sumbangan itu boleh disalurkan terus kepada PAR Benut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan