Oleh ibn_bacoks
MENARA MAYBANK – Gabungan Selamatkan Tanah Rakyat (TANAH) menyokong penuh tindakan rakyat Malaysia yang berhimpun hari ini bagi menyatakan kesungguhan kepada pilihan raya yang adil dan membersihkan sebarang penyelewengan dalam kepincangan PRU nanti.
Ketua Sekretariatnya Suhaizan Kaiat berkata, BERSIH 3.0 mempunyai 8 tuntutan kepada kerajaan malangnya tidak diendahkan oleh mereka.
Dalam pada itu tegasnya lagi, perhimpunan yang diadakan hari ini merupakan kemuncak bantahan rakyat kepada tindak tanduk kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN).
”Justeru, saya menyeru orang ramai supaya dapat berhimpun 5 Mei ini di Plaza Angsana Johor baru bagi menafikan yang Johor ini tiang seri UMNO. Kita kena hancurkan mereka. Jumpa di sana,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan ringkasnya di hadapan ribuan manusia dalam perhimpunan BERSIH 3.0 di pekarangan Bangunan Maybank, dekat sini, sebentar tadi.
Turut berucap, Cg Normala Sudirman, bekas calon Pilihan raya Kecil Dun Tenang, Ghazely Ayub, Ketua Penerangan PAS Johor, Ustaz Nor Azli Musa, bekas Ketua Pemuda Perak, Ustaz Azam Razak, Timbalan Ketua Pemuda PAS Johor serta wakil-waki daripada NGO mangsa masalah tanah di Johor.
Ditulis 12.28 pm di Kuala Lumpur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan