Khamis, 19 April 2012

BERSIH 3.0 : FRU Disaran Tidak Guna Gas Pemedih Mata



JOHOR BAHRU – Dato’ Dr Mahfodz Mohamed, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor mencadang agar pihak Polis tidak mengerahkan pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak melepaskan semburan gas pemedih mata kepada peserta perhimpunan BERSIH pada 28
Hal ini kerana, katanya jaminan telah diumumkan bahawa Dataran Merdeka akan menyaksikan setengah juta manusia berkumpul dalam keadaan aman.
”Tiada apa yang perlu ditakuti. Kami berhimpun secara duduk. Orang awam pun jangan bimbang, kita tidak akan ganggu mereka. Para peniaga makanan dan minuman pasti jualan dan rezeki mereka bertambah laris,” katanya lagi dalam satu kenyataan.
Dr Mahfodz yang juga Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Bukit Gambir berkata PAS Johor tetap menyatakan pendirian akan menyokong perhimpunan berkenaan dengan menggalakkan 20,000 penyokong PAS negeri ini di setiap kawasan untuk turun ke Kuala Lumpur bagi sama-sama menjayakan 8 tuntutan yang dibawa sebelum ini.
”Kita akan kawal sendiri ahli kami sendiri biarpun datang beramai-ramai. Keselamatan tetap terjamin dan diutamakan. Kitapun tidak mahu siapa yang datang tercedera pada hari tersebut dan kucar-kacir berlaku.
”Kita juga akan sentiasa patuhi peraturan yang ditetapkan seperti mana yang berlaku dalam dua perhimpunan BERISH sebelum ini. Kita datang berhimpun di sana sekadar mahu berkumpul bersama sahaja.
”Lagipun, kita sekadar berhimpun secara duduk dan berjumpa dalam satu kumpulan. Tidak seperti sebelum ini. Kita tidak akan berarak atau menjalankan demontrasi jalanan,” terangnya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan