Oleh ibn_bacoks
JOHOR BAHRU – Pekarangan pusat beli belah terkenal Plaza Angsana yang dimiliki UDA Holdings Berhad telah dinobatkan sebagai Dataran Rakyat kerana ia sinonim dengan himpunan Tanah Rakyat yang menyatukan suara mangsa-mangsa berkaitan tanah dan sebagai mesej jelas kepada Menteri Besar Johor.
Menurut Naib Pengerusi PKR Johor, Hassan Abdul Karim, selain menjadi tempat perbincangan buat rakyat biasa ia turut mendapat jolokan Parlimen rakyat apabila berjaya membongkar penyelewengan yang dilakukan kerajaan UMNO-BN selama 25 tahun lalu yang didakwa merampas tanah rakyat.
”Saya bercakap dengan penuh tanggungjawab. Kalau sesiapa rasa tidak setuju, boleh ambil tindakan.
”Tanah yang dirampas. Zaman (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) jadi menteri besar selama 2 penggal. (Datuk) Abdul Ghani Othman 3 penggal. Sebagai contoh, tanah orang Melayu di Pasir Gudang. Pembinaan pelabuhan. Johor Port. Ini siapa punya? Syed Mokhtar dan Dr Mahathir. Tanah orang Melayu diambil untuk kepentingan Melayu istimewa.
”Di Gelang Patah. Di bina pelabuhan Tanjung Pelepas. Dirampas dengan harga yang murah. Dibina pelabuhan Tanjung Pelepas. Siapa punya? ?Syed Mokhtar dan Dr Mahathir.
”Di Kukup, Pontian. Janakuasa Tanjung Ben. Diambil tanah orang Melayu. Siapa yang ambil? Syed Mokhtar. Cukup beberapa bukti untuk heret ke mahkamah kalau salah,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya di hadapan ribuan manusia di pekarangan Plaza Angsana, dekat sini, baru-baru ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan