Oleh Ibn_bacoks
PONTIAN – Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut mempersoalkan kenyataan Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia berhubung perpaduan yang diidamkan UMNO adakah menjurus kepada acuan Islam atau Melayu dalam isu Muzakarah.
Penyelianya, Ustaz Atan Gombang turut mempersoalkan pendirian UMNO berkenaan isu hudud yang jelas katanya masih kabur sama ada menyokong mahupun menolak sistem perundangan Islam itu.
”Nak tanya pasal perpaduan atas dasar Islam atau Melayu? Di mana umno masa Tv3 siar Karpal Sing tolak hudud, manakala Hj Hadi Awang mahu hudud. UMNO di mana? Apa pendirian atau duduk tengah-tengah. Inilah wajah UMNO. Hudud persekutuan bukan negeri. Ini mesej kepada Ahmad Maslan yang sekarang tak dijawab,” katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahmad yang ingin merealisasikan kerjasama diantara PAS dan UMNO disebalik isu muzakarah.
Ahmad dilaporkan berkata, tidak pernah perpaduan itu merugikan dan tidak pernah perpecahan itu menguntungkan.
Ahli Parlimen itu menambah, akibat perpecahan umat Islam negara kita bakal diurus tadbir dikalangan bukan Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan