Oleh ibn_bacoks
LABIS – Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK) mendakwa wujudnya penyalahgunaan kuasa sewenang-wenangnya di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Pentadbir sekolah (Pengetua dan Guru Besar).
Presidennya, Cikgu Normala Sudirman berkata Kementerian Pelajaran seolah-olah gagal mengawal pegawai-pegawai tinggi dari segi menurunkan kuasa, pelaksanaan peraturan dan prosedur kerja dalam melaksanakan tindakan.
”Oleh itu, PENDIDIK membantah sekeras-kerasnya tindakan tidak bertamadun dan tidak profesional ini serta mendesak Menteri Pelajaran agar menghentikan serta merta tindakan zalim ke atas warga pendidik yang telah banyak berjasa dan berkorban demi kemajuan anak bangsa yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran sejak sekian lama khususnya semenjak UMNO memerintah negara.
”Kedua, mengembalikan semula hak guru-guru yang teraniaya ini kepada keadaan asal dan sedia kala agar mereka dapat menyumbang perkhidmatan terbaik kepada jabatan dan sekolah seperti sebelumnya.
”Ketiga, Kementerian Pelajaran mesti memastikan bahawa tindakan yang tidak profesional ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang bagi tujuan kepentingan politik pegawai PPD dan JPN yang terlibat dan dikenalpasti sebagai orang kuat UMNO-BN.
”Keempat, mengambil tindakan disiplin lagi tegas terhadap pegawai di JPN, PPD dan sekolah yang bertindak tidak profesional, tidak mengikut priosedur dan mengikut telunjuk orang-orang politik yang mempunyai agenda khusus.
”Kelima, Menghentikan campur tangan dan pelabelan warga guru sebagai ‘UMNO’ dan ‘bukan UMNO’ melalui ‘Tapisan Keutuhan Peribadi’ dalam proses kenaikan pangkat guru di semua peringkat.
”Keenam, membentuk satu ‘Jawatankuasa Bebas’ di bawah Parlimen bagi menangani dan mengendalikan kes-kes penganiayaan yang melibatkan guru,” tegas beliau lagi dalam satu kenyataan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan