Isnin, 20 Februari 2012

UMNO Bakal TUMBANG Sebelum PRU 13? -Nizar



Oleh ibn_bacoks

PARIT SULONG – Bukan dalam Pilihan raya Umum (PRU) ke-13 sahaja Kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN) boleh ditumbang bahkan sebelum daripada itu lagi, demikian penegasan Dato’ Sri Ir Nizar Jamaluddin, mantan Menteri Besar Perak.

Hal ini, kerana setelah memperlihatkan PAS berupaya mempertahankan keyakinan rakyat melalui persefahaman politik yang dilakukannya selama ini.

Dalam masa yang sama, UMNO pula dilihat lebih bergantung kepada ketuanan Melayunya.

Maka katanya lagi, tidak seharusnya PAS membunuh keyakinan masyarakat bukan Islam itu kerana proses pemahaman dan memenangi hati mereka memakan masa yang panjang.

”Kita tidak mahu khianat keyakinan dan kepercayaan orang bukan Islam. Kalau kita khianat, tak tahu berapa kurun lagi nak tunggu seperti hari ini. Mereka (sekarang) nak datang kepada PAS.

”Marilah pelihara bersungguh-sungguh kepercayaan itu,” ujarnya lagi.

Menceritakan pengalamannya di Perak, beliau berkata persepsi buruk masyarakat bukan Islam terhadap PAS berjaya dipadamkan disebabkan unsur-unsur perkauman nyata tidak wujud dalam parti Islam itu.

Gara-gara terpengaruh kepada bacaan dan dakyah songsang UMNO menyebabkan mereka berjauhan dengan PAS.

”Sampai suatu ketika ada pimpinan DAP Sarawak yang punya permusuhan tegar dengan PAS.

”Bila diadakan dialog dan sesi soal jawab lalu difahami dengan baik. Mereka boleh terima, malah pelawa saya ke Sarawak. Katanya untuk cuci akidah (persepsi buruk terhadap PAS) orang-orang DAP di sana,” ujar Nizar lagi sambil disambut ketawa orang ramai.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada Majlis Taklimat Penerangan PAS Negeri Johor, di Dewan Bustanul Ariffin, Markas PAS Parit Bisu, Kawasan Parit Sulong, Batu Pahat, dekat sini. Semalam.

Hadir sama, Dato’ Mahfoz Omar, Naib Presiden PAS, Dato’ Dr Mahfodz Muhammed, Pesuruhjaya PAS Johor, Ust. Misbahul Munir, Setiausaha Lajnah Penerangan PAS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan