Rabu, 29 Februari 2012

Pantau Projek Sebagai Langkah Awal



Oleh ibn_bacoks

JOHOR BAHRU – Masalah yang dihadapi kira-kira 100 pengadu yang juga merupakan pembeli rumah di Taman Desa Kempas di sini, beransur-ansur menunjukkan perubahan positif apabila Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Kempas akan membuat pemantauan di lokasi pembinaan setiap dua minggu sebagai tindakan diperingkat awal.

Menurut Penyelianya, Suhaizan Kaiat, usaha ini dibuat bersama Jawatankuasa Bertindak perumahan berkenaan adalah bagi memastikan pemaju berjaya menyiapkan projek yang dijanjikan.

Difahamkan, para pengadu mendesak pemaju menyiapkan kediaman mereka kerana mendakwa sehingga 12 tahun menunggu keadaannya tetap sama tanpa sebarang perubahan.

Penantian ini sudah pasti membosankan meskipun rumah yang hampir 90 peratus siap itu kini melalui proses kerja akhir, namun tempoh sebulan yang diberikan oleh pemaju bukan satu jaminan.

Dalam pada itu, para pengadu bercadang untuk membawa masalah mereka ke persidangan parlimen untuk bertemu dengan menteri yang bertanggungjawab jika pihak pemaju gagal menunaikan janjinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan