Rabu, 8 Februari 2012

Isu Letup Rumah TPJ : PAS Mahu Serah Memo



SENAI – Sdr. Mazlan Aliman, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat menyatakan pihaknya akan menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang dijadualkan pada 8 Februari ini.
Ujarnya, penyerahan itu dibuat bagi mencadangkan pihak berkuasa supaya dapat menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kes khianat dalam kalangan ahli politik.
”PAS amat memandang serius terhadap perkara ini dan kita akan menyerah memorandum kepada Ketua Polis di Bukit Aman.
”Kita tidak mempersoalkan tugas yang dijalankan oleh PDRM (Polis Diraja Malaysia) di Johor tetapi mahu penjenayah yang terbabit diberkas segera dan diadili,” ujar beliau yang dipetik Sinar Harian.
Akhbar itu semalam dalam laporannya menyebut PAS sifatkan kejadian menimpa Dzulkefly ganas dan bermotif denda serta bersifat ‘politik ala mafia’ yang mula menular dan semakin serius dalam negara ini.
Mazlan yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor III turut dilaporkan berkata, pada masa ini pelbagai pandangan mahupun sentimen sensitif dalam masyarakat mula diperbesarkan melalui keganasan sebagai ugutan dan bermotifkan dendam.
”Peristiwa yang berlaku terhadap Dzulkefly menunjukkan seolah-olah kita tidak boleh menerima teguran ke arah pentadbiran yang baik,” tambah beliau lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan