Jumaat, 3 Februari 2012

Lori Bermaharajalela, Lagi Aduan Diterima


PASIR GUDANG – Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Permas, Syed Othman Abdullah tidak putus-putus menerima kunjungan daripada orang ramai bagi membuat pelbagai aduan yang beribu pejabat di No 32-A & 32 B Jalan Mawar 46 Taman Mawar 2, 81700 Pasir Gudang.
Situasi ini seolah-olah membuatkan beliau yang juga ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Johor sebagai seorang Yang Berhormat gara-gara kerap turun padang bagi menyantuni masyarakat di situ.
Terbaru, isu ‘lori bermaharajalela’ telah menimbulkan keresahan kepada Kira-kira 500 penduduk di Jalan Bayu 17, Bandar Seri Alam, Masai di sini yang hidup tertekan ekoran kehadiran lori-lori yang bermaharajalela di laluan tersebut.
Difahamkan, situasi demikian dijadikan jalan pintas ke kuari berhampiran sejak dua tahun lalu telah mengundang ketidak selesaan kerana berasa terancam dan boleh menjejaskan keselamatan.
Selain itu, keadaan bertambah rimas apabila pencemaran bunyi dan alam sekitar turut menghantui mereka.
Dalam pada itu, Kenderaan berat ini termasuk treler mula menggunakan laluan ini seawal pukul 5 pagi sehingga larut malam.
Bukan sahaja bunyi bising dari enjin kenderaan malah treler misalnya mengeluarkan bunyi dentuman setiap kali melalui bonggol di atas jalan.
Sementara itu, Syed Othman atau mesra dengan panggilan Arab berkata pihaknya akan mengusahakan pertemuan antara Majlis Perbandaran Johor Bharu Tengah (MPJBT) dengan wakil penduduk bagi mencari jalan penyelesaian.
Katanya, bagi tempoh terdekat pihaknya memohon supaya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terbabit membina papan tanda amaran dan menambah bonggol untuk mengelak kejadian yang tidak diingin berlaku.
”Bagaimanapun, perbincangan akan dibuat bersama pihak MPJBT dan pemimpin tempatan untuk mendapatkan penyelesaian terbaik dalam isu itu,” ujarnya lagi kepada media, di sini, semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan