Khamis, 2 Februari 2012

Tawaran Kepada Rakyat JOHOR Bila Undi PAS


BATU PAHAT – Pelbagai kebajikan yang bakal ditawarkan kepada Rakyat Johor jika mengundi PAS dan Pakatan Rakyat dalam Pilihan raya Umum (PRU) ke-13.
Menurut Dato’ Dr Mahfodz Muhammed, Pesuruhjaya PAS negeri Johor bahawa tawaran itu nyata lebih baik berbanding sekarang kerana dakwanya UMNO-BN didapati mengamalkan pelbagai kerosakan dalam pentadbirannya.
Justeru adalah suatu yang tidak praktikal bila kerajaan BN menyebut soal kebajikan sedangkan ia hanya menumpukan kepada segelintir individu tertentu sahaja.
”Tarif air di Johor (contohnya) paling tinggi di Malaysia. Kebajikan UMNO bukan bersungguh-sungguh tapi kepada individu kroni,” ujarnya lagi.
Sehubungan itu, antara tawaran yang disifatkan menifesto bayangan itu adalah seperti pemberian air percuma dibawah paras 20 meter padu kepada semua bangsa adalah dianggap munasabah.
Hal ini, kerana perkara itu sudahpun dilakukan di negeri PR seperti Selangor.
”Kita akan kaji berapa boleh diturunkan,” ujarnya lagi.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya pada majlis kemuncak bagi Karnival Sambutan 60 Tahun PAS peringkat Kawasan Parit Sulong baru-baru ini.
Selain itu, jelasnya PAS akan mengkaji semula isu tanah yang dahulu proses pemberian geran cukup merumitkan dan mengambil masa yang lama akibat karenah birokrasi.
Hal ini ujarnya yang juga Naib Ketua Dewan Ulamak PAS bahawa proses seperti itu boleh dipercepatkan tanpa perlu menanti selama puluhan tahun untuk diselesaikan.
”Kita akan cepatkan proses pemberian geran tanah yang mohon. Tak payah tunggu 50 tahun,” jelas beliau lagi.
Disamping itu, beliau turut dilaporkan berkata pihaknya memandang berat soal identiti umat Islam yang telah dilupuskan oleh kerajaan UMNO.
Hari Jumaat dahulu katanya merupakan cuti am bagi negeri ini telah ditukar kepada ahad atas alasan untuk  meningkatkan sumber ekonomi.
Justeru, PAS bertanggung jawab dan sedang berkira-kira untuk mengembalikan cuti am bagi rakyat Johor kepada hari jumaat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan