Rabu, 1 Februari 2012

Majlis Daerah SR Terkhilaf Ambil Tanah Tanpa Kebenaran


Oleh ibn_bacoks

SIMPANG RENGGAM – Yang Dipertua Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) mengakui tersilap kerana mengambil Tanah bagi kerja-kerja  membuat longkang melibatkan pemiliknya di kampung Chokro, dekat sini.

Menurut Sdr. Suhaizan Kaiat, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor pihaknya selaku wakil mereka telah mengadakan pertemuan pada Isnin,30 Januari 2012 dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu yang berada di Pejabat Majlis Daerah Simpang Renggam, 86200 Simpang Renggam, Johor Darul Takzim bagi menyuarakan dan sekaligus ingin menyelesaikan isu ini.

Berikutan dengan itu, katanya yang juga bakal calon PAS Parlimen Simpang Renggam bahawa para pemilik tanah telah diberi pilihan sama ada ingin membuat tuntutan seperti yang termaktub dalam Kanun Tanah Negara atau mengadakan perbincangan mengikut budi bicara kedua belah pihak.

“Petang ini jam 2.30 pm saya mengadap YDP Simpang Renggam mengadu masalah longkang Majlis Daerah Simpang Renggam dibina atas tanah rakyat tanpa kebenaran.

“Alhamdulillah YDP Simpang Renggam mengaku pihaknya bersalah dalam mengambil tanah tanpa kebenaran pemilik di Kg Chockro. Pemilih tanah diberi pilihan membuat tuntutan pengambil alihan tanah spt yg termaktub dlm kanun tanah negara atau buat understanding kedua-dua pihak,” ujar beliau dipetik laman sosial facebooknya.

Majlis Daerah Simpang Renggam pada asalnya adalah Majlis Daerah Kluang Selatan, dimana pengistiharan sebagai Majlis Daerah Simpang Renggam adalah pada 1 Januari 2001.

Majlis Daerah Simpang Renggam merangkumi 5 buah Majlis Tempatan iaitu Renggam, Simpang Renggam, Machap, Layang-Layang dan Sungai Sayong. Manakala Kampung Chokro yang terletak lebih kurang 5 KM itu merupakan kawasan bagi majlis tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan