Rabu, 29 Februari 2012

PAR Permas Terima 12 ADUAN



Oleh ibn_bacoks

PASIR GUDANG – Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Permas telah menerima 12 aduan daripada penduduk yang menjadi mangsa jenayah pecah rumah di Jalan Teratai 14, Taman Johor Jaya, di sini.

Menurut Penyelianya, Syed Othman Syed Abdullah, penduduk sepatutnya tidak serik membuat laporan polis walaupun melibatkan kes jenayah kecil.

Difahamkan, para penduduk di situ diancam ragut dan jenayah pecah rumah ekoran kawasan semak berhampiran rumah kosong sejak tiga tahun lalu dipercayai menjadi tempat persembunyian penjenayah yang ingin meragut dan merompak.

Selain menyarankan kepada mereka supaya laporan polis dibuat, pihak bertanggung jawab turut digesa menebang pokok berhampiran kediaman supaya tidak lagi menghalang cahaya kampu jalan pada sebelah malam.

”Kita minta penduduk beri kerjasama kepada pihak polis agar segera membuat laporan polis sekiranya berlaku kes pecah rumah agar data yang diperolehi dapat diambil tindakan tegas.

”Kita juga minta polis meningkatkan kawalan dan rondaan di kawasan terbabit,” ujar ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Johor itu dalam satu kenyataan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan