Rabu, 15 Februari 2012
Masalah Air : ADUN Senggarang Terlepas Pandang?
Oleh ibn_bacoks
SENGGARANG – Penyandang Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Senggarang, YB Ja’afar Hashim (BN) barangkali tidak dikhabarkan mengenai kesulitan yang dialami penduduk Kampung Kelicap, Bukit Kelicap di sini, berhubung masalah bekalan air bersih tidak diperolehinya sejak 50 tahun lalu.
Atau mungkin keprihatinannya berada pada tahap yang rendah?
Permasalahan ini terus berlarutan sehingga menyebabkan penduduk rasa terbeban dan memohon agar pihak bertanggungjawab menguruskan bekalan kemudahan asas berkenaan dalam masa terdekat ini.
Manakala penduduk pula mendakwa sudah banyak kali permohonan dilakukan kepada pihak berkenaan, namun tiada maklum balas yang diterima.
Sudahlah air hanya diperolehi dari perigi yang dibuat bagi kegunaan harian, malah sumber airnya yang keruh itu dibimbangi apa sahaja yang dibasuh tidak sebersih air paip yang digunakan bagi kebanyakan penduduk kampung lain.
Paling menyedihkan lagi, selain mengharapkan air hujan sebagai alternatif, mereka turut bersusah payah berjalan sejauh 750 meter bagi mendapatkan bekalan daripada air bukit yang mengalir berdekatan dengan penempatan mereka.
Ibn_bacoks difahamkan, walaupun masalah mereka pernah dilaporkan Sinar Harian 17 Jun 2011, namun kemelut ini terus menghantui mereka tanpa sebarang tindakan.
Jika perkara ini terus berpanjangan, ada baiknya jika Kerusi DUN Senggarang diserahkan kembali kepada PAS pada pilihan raya ke 13 nanti. Pastinya Dr Mohd Ramli Md Kari, Timbalan Yang Dipertua PAS Batu Pahat (dalam gambar) bersedia menggalas amanah jika diberi mandat kelak.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan